Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, 30 November 2016

Resepi sempoi cik ina do do cheng. Masak dengan hati penuh cinta gitu : )


Hari ni tetiba rasa baik hati nak import  resepi dari instagram
cik ina do do cheng  ke sini. kalau  berkenan dengan resepi sempoi aku ni,  jangan malu-malu nak mencuba. Aku doakan semoga berhasil. Good luck.Dongibab, kipidap.


SARDIN GORENG CILI SEMPOI SEMPOI  JEW
Bahan-bahan
1)1 tin sardin cap ayam(cap ikut suka korang)
2)5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih & 10 tangkai cili padi(kisar kering)
3)1 biji bawang besar ( dihiris)
4)2biji tomato(sebiji potong 4)
5)1/2  sudu besar sos tiram
6)secubit garam
Cara memasak
1)asingkan ikan sardin dengan sos(gorengkan ikan sardin)
2)panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak
3)masukkan bawang hiris & tomato, goreng sampai layu
4)masukkan sos sardin & sos tiram , dan biar garing
5)akhir sekali masukkan  ikan sardin. Perasakan dengan garam.Siap sudah


Aku payung korang  bideo ikan sardin sedang di goreng.huk huk huk



DAGING PAPRIK CARA MAKCIK
Bahan-bahan
Anggaran 400gm daging[potong nipis, rebus dengan sedikit garam atas api sederhana hingga lembut]-simpan air rebusan-kalau daging batang tak rebus pun takpe.
3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih & 5 tangkai cili api [kisar kering]
1 labu bawang besar[di potong baji]
6 tangkai cili api merah [belah 2]
6 tangkai kacang panjang[kerat anggaran 3 cm]
1/2 batang carrot[potong bulat & nipis]
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Secubit garam
Secubit gula
Cara memasak
Panaskan minyak, tumis bawang besar, serai,  daun limau purut & bahan kisar hingga naik bau
Masukkan carrot & kacang panjang , masak hingga separuh empuk
Masukkan daging, sos tiram , sos cili, garam dan gula, kacau  rata dan tuang air rebusan daging. Masak selama 2 minit.Tutup api & angkat


BABY KAILAN GORENG BAWANG PUTIH
1)10  ketul baby kailan[siang baby kailan  dengan cara buka kelopak baby  kailan satu2 , cuci bersih kemudian potong(bukan hiris) secara memanjang mengikut  size kelopak , jika besar potong 3  atau  4.Cuci dan tuskan]
2)5 ulas bawang putih [hiris nipis]
3)1 sudu besar sos tiram
4)secubit garam
Cara memasak
1)panaskan minyak masak yg dicampur ngan  2 & 3 titis minyak bijan, tumis bawang putih hingga agak garing
2)Masukkan baby kailan . Tabur secubit garam.Balik balikkan sekejap
3) Masukkan sos tiram. Balik balikkan dalam 2 minit
4) sebelum angkat masukkan sedikit air.Siap sudah.


BAWAL EMAS SWEET SOUR SEMPOI SEMPOI AJE
Bahan-bahan
1 ekor bawal emas[cuci berseh, kelar  3  kemudian digaram kunyit]
2 labu  bawang besar [hiris bulat]
1/2 cawan cili kisar[cili kisar aku dikisar bersama bawang putih & bawang merah]
1/2 cawan tomato ketchup[aku guna jenama del monte]

2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Gula  & garam secukupnya
Cara memasak
Panaskan minyak , goreng bawal hingga kuning keemasan.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang besar  hingga naik bau[tinggalkan sedikit bawang besar untuk  dimasuk akhir sekali]
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian
masukkan tomato ketchup, sos cili , sos tiram  dan air.  Kacau sekejap
Akhir sekali masukkan bawang besar, biar hingga bawang layu
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Tutup api, tuang sos sweet & sour atas ikan.Hias dengan potongan daun bawang.siap sudah.



NASI GORENG CAMPAK CAMPAK JEW
Bahan-bahan
3 cawan nasi sejuk[gaul ngan sedikit  garam]
5 ulas bawang merah[hiris]
3 ulas bawang putih[hiris]
10 ekor ikan bilis[cuci berseh]
4 tangkai cili api[belah2]
1 biji telur
1 tangkai daun bawang[kerat 1/2 cm]
1 sudu besar sos tiram
Cara  memasak
Panaskan minyak, tumis bawang merah putih, ikan bilis ngan cili api hingga agak garing
Masukkan sos tiram kacau sekejap kemudian pecahkan telur.kacau telur hingga garing
Masukkan nasi, goreng sampai naik bau
Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau sejap kemudian angkat. Siap sudah.







Sekian terima kasih, Selamat mencuba resepi sempoi cik ina do do cheng.  Insyaallah bila free aku update lagi : )
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 10 October 2016

Update secara pukal & pantas ; cerita hari raya aidiladha 2016 cik ina do do cheng

Tak tengok akademi fantasio ke ? Tetiba teringat awie dan johan dalam hantu kak limah. Biarlah orang sibuk tengok akademi fantasio  aku sibuk skodeng insta tok ram aka ramli ms, kelakar baca komen tok ram dan beberapa artis termasuk datin alyah sendiri. Tok ram ni orangnya  serius , ada masa dia melawak boleh tahan jugak dia  punya kelakar .Muka kejung je. Penangan final akademi fantasio insta follower  tok ram naik mendadak 35k berbanding sebelumnya 3k. Ek elah apasal plak cite  tok ram  masuk dalam ini cerita. Okeylah, alang-alang mata susah  nak lelap ni aku update cikit untuk sayam sayam semua .



Gulai daging qurban tanpa santan
Bahan-bahan
Daging lembu, anggaran 1\2 kilo, rasanya lah.Potong dan cuci berseh.
2 sudu besar campuran serbuk ketumbar , serbuk jintan dan serbuk jintan putih.
3 sudu besar serbuk rempah kari
2 batang serai [dititik]
500ml air
Sekeping kecil asam keping
1 sudu kecil gula
Garam
Rempah tumis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan kisar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Seketul kecil lengkuas
Cara membuat
Tumis  rempas tumis, serai dan bahan kisar  hingga naik bau
Masukkan daging, rempah dan garam secukupnya. Kacau rata dan biar daging kecut.Masukkan 500ml air dan kacau rata.
Masak daging atas api sederhana hingga daging empuk.
Setelah daging empuk, masukkan asam keping & gula.
Kacau sekejap dan tutup api.


Siap gulai daging qurban, dijudukan dengan kacang panjang & capsicum  goreng

Makan makan di restoran Subangku   2 hari  sebelum  hari raya aidiladha



Tak sabar nak makan lauk raya , sehari sebelum hari raya aidiladha  aku dah masak juadah  raya.


Sedih ; kami berhari raya aidiladha tanpa rendang & ayam masak merah sebab dah lenjan sebelum raya. Mujur ada pamoga oppss nasi himpit & kuah kacang masih berbaki .Masa pagi raya tu  gigih aku  masak kuah lodeh , ayam sambal bali & sambal ikan bilis dengan kentang  buat makan dengan nasi himpit dan kuah kacang.










Sekian terima kasih, insyaallah bila free aku update lagi cerita lepas lepas & resepi.Banyak nau aku berhutang resepi  dengan kawan maya .















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 18 July 2016

Puding roti mudah cara cik ina do do cheng


Salam syawal 1437 H 2016.....


12 syawal sudah, baru terkial -kial nak update blog kan. Kepada saudara mara, ada saudara mara ke? hurmmm sahabat handai , rakan blogger semua cik ina mengucapkan selamat  hari raya aidilfitri , cik ina minta maaf  kalau ada salah silap terkasar bahasa selama kita kenal di alam realiti mahu pun di alam maya.kosong kosong ya.

Hurmmm lately ni cik ina bizi sungguh sampaikan nak update blog pun takde masa. Entah apa yang dibizikan pun cik ina tak tahu. Nak kata bizi ngan anak, anak semua dah besau besau. Nak kata bizi kat tempat keja, tipu sangatlah kan. Nak kat bizi layan laki, memang tak ahhh. Kalau korang terperasan semenjak berinstagram cik ina mulai jarang update blog kan.Harap harap selepas ni cik ina semakin rajin ke sini. Banyak sungguh entry yang tengah  queue dalam draft untuk  di publish. Sekarang ni bulan syawal, takpe kan kalau cik ina update entry bulan ramadhan. Pelan pelan kayuh,  dalam hidup ni kita harus berani  menerima penderitaan dan kesusahan tapi biarlah bertempat. Sengaja  menempah penderitaan dan kesusahan, tu bengap bin bahalol  namanya . Allah SWT bagi akal guna bukan letak kat lutut nok. Lari tajuk sudah. Okepylah nak update resepi puding roti  feveret sibusyuk masyam cik ina. Bulan puasa hari tu sempat buat sekali je  insyaallah ada masa nak buat lagi .



Resepi  puding roti[cik ina buat dalam remekin]
Bahan -bahan
8 keping roti putih [sapu butter pada bahagian depan dan belakang kemudian sekeping roti potong  kepada 6 kepingan  kecil]
1 cup whipping cream
1 cup fresh milk
4 biji telur
1/2 cup gula pasir
Sedikit essen vanilla
Sedikit serbuk kayu manis
Kismis secukupnya
Cara membuat
Sapu dalam ramekin dengan  butter.ketepikan
Satukan whipping cream & fresh milk dalam periuk . Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga kita nampak  buih kat tepi periuk.Tutup api ketepikan
Dalam bekas lain pukul telur ngan gula hingga sebati
Tuang susu panas perlahan -lahan ke dalam adunan telur sambil memukul. Masukkan secubit serbuk kayu manis dan sedikit essen vanilla .Kacau rata.
Susun kepingan roti berselang seli dengan kismis
Tuang adunan telur ke dalam ramekin hingga hampir penuh. Taburkan baki kismis diikuti sedikit  serbuk kayu manis & brown sugar yang telah disatukan.
Susun ramekin dalam dulang pembakar.Tuang air panas dalam dulang pembakar
Bakar  guna keadah steam bake pada suhu 170 c selama 40 minit  hingga permukaan puding roti perang keemasan.


Puding roti feveret sibusyuk masyam



Moist sungguh puding roti mak , tak sia sia nok mak  bakar guna keadah  steam bake .lalalala


Bulan ramadhan habis sudah  cik ina masih nak tunjuk  juadah berbuka puasa, tak salah kan.









Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi Insyaallah.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 23 June 2016

Juadah sahur memikat selera anak


Salam Nuzul Al-Quran,


Syukur Alhamdulillah, ramadhan 17 sudah. Masa  sentiasa mencemburui, terutama masa kita  bahgia, gembira, seronok. Cuba masa kita susah & derita terasa lambatnya masa beredar..kan.lebih2 lagi  masa menunggu waktu nak balik kerja dalam bulan puasa.  Bila jalan jam hati dah mulai risau, sempat ke masak untuk juadah berbuka? Biasalah para ibu suka merancang dalam bulan puasa ni terutama merancang menu berbuka dan bersahur. Masa tengah bersahur  dah mula fikir nak masak apa untuk  berbuka kan. Baik mengaku cepat!!!!Masa bulan puasa lah memasing rajin masak tahap gaban. Segala tok nenek lauk pauk & kuih muih  kita nak buat.hehehe .Cik ina nak kata rajin masak pun tak .ikut mood jugak. Cumanya  masa bulan puasa ni semangat masak cik ina  lain macam punya mari. Sanggup cik ina bangun 4 suku masak juadah sahur je pun , sanggupkah bangun  buat amal  ibadat, jangan lupa  undi tau ustazah pilihan.......

Hasil bangun 4 suku .

Ramadhan 17 juadah sahur ; ikan selar goreng kicap kering & kacang panjang goreng cili.

Ikan selar goreng kicap kering
Bahan-bahan
3 ekor ikan selar [disiang dan dibersihkan kemudian digaram kunyit]
2 kuntum bunga lawang & 2 biji buah pelaga
5 biji cili api[belah 2]
3 biji bawang [dihiris]
3 ulas bawang putih [dihiris]
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Kicap kipas udang [kuantiti kicap terpulang pada citarasa masing2]
Cara memasak
Panaskan minyak, goreng ikan separuh garing.ketepikan
Tumis bunga lawang, buah pelaga dan bawang hiris hingga naik bau
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos tiram, kacau sekejap kemudian masukkan kicap kipas udang dan sedikit air.Biar kuah kicap sedkit kering
Akhir sekali masukkan ikan goreng diikuti dengan cili api.kacau hingga semua ikan bergaul dengan kicap. Tutup api dan angkat.

****************************************************

Cik ina goreng kacang panjang cili untuk melengkapkan juadah sahur

Kacang panjang goreng cili
Bahan-bahan
10-15 batang kacang panjang[kerat pendek, cuci dan tuskan]
2 biji cili merah besar[tumbuk halus]nak kisar pun boleh cik ina ni spesis malas basuh mesin kisar
2 biji bawang merah& 2 ulas bawang putih[tumbuk kasar]
5 ekor ikan bilis[tumbuk kasar]
Secubit garam & gula
1 Sudu kecil sos tiram
cara memasak
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang tumbuk  & ikan bilis tumbuk hingga naik bau
Masukkan  cili, kacau sekejap kemudian masukkan kacang panjang.
Tabur secubit garam. Goreng kacang hingga separuh empuk.
Masukkan sos tiram dan tabur secubit gula.Kacau sekejap dan terus angkat.









Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi Insyaallah. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada semua.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 20 June 2016

lauk kering dan bercili ; menu pilihan juadah sahur


Salam Ramadhan, Selamat berpuasa pada rakan blogger semua. Muah ciked kat blog sendiri.

Sebulan sudah blog cik ina tak berupdate. Apa  dah jadi ni? Tulah asyik berinstagram je hampir terlupa dengan blog sendiri kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa lagi lah takde masa nak update blog.

Berbalik pada tajuk entri ;  diam tak diam  15 hari sudah kita semua berpuasa . Para ibu mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk juadah berbuka & bersahur kan. Para bapa duk diam di situ. Para ibu tak payah nak pening sangatlah. Masak  ikut kudrat memasing . Hari ni cik ina nak kongsi tips memasak dengan pantas buat para ibu yang bekerja yang sibuk  mana nak urus anak, urus suami, urus rumah , urus entah apa lagi kan. Insyallah  tips berikut  dapat membantu serba sedikit
1. Bila ada masa terluang kupas bawang merah & bawang putih , masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.[tak payah  tupperware sangatlah.Mak simpan dalam bekas microwave je] huk huk huk
2. Kisar cili merah besar & cili api, masuk  dalam bekas simpan dalam fridge
3.Kisar cili kering  masuk dalam bekas simpan dalam fridge
4.Pastikan  sos tiram, sos cili, sos tomato,tomato puri,  kicap cair dan kicap pekat sentiasa ada di dalam gerobok para ibu



Ramadhan 13  juadah sahur ; ikan sardin goreng cili & baki lauk berbuka 

Sardin goreng cili ni sedap, dapat  meningkatkan selera  makan waktu sahur. Cara masaknya pun mudah .

Sardin goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1 tin besar sardin[asing ikan sardin dan sosnya]
3 sudu besar cili  kisar[cili api campur cili besar merah] main ambik je stok cili kisar dalam peti ais,senang kan.
5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [kisar kering]
1/2  sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ikan sardin.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos ikan sardin, air asam jawa , gula  diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga kuahnya sedikit kering.
Akhir sekali masukkan ikan sardin , gaul rata dan angkat.



Masuk  hari ke 15  berpuasa baru rasa berselera sikit makan sahur dengan nasi berlaukkan sardin goreng cili.


Ramadhan 14 ; juadah sahur ; ayam goreng cili , kacang panjang goreng cili dan telur dadar

Ayam goreng cili sempoi dan kacang panjang goreng cili adalah juadah sahur feveret anak cik ina.

Ayam goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1/2 ayam dibersehkan dan dipotong2  kemudian digaram kunyit dan digaul  dengan sedikit sos tiram.
2 sudu besar cili  kisar[cili api campur cili besar merah]
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1  sudu kecil gula
 garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ayam sehingga separuh masak.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga  cilinya  sedikit kering
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan cili.











Sekian terima kasih. panjang umur  kita jumpa lagi. Semoga bulan Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua. Insyaallah.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 25 February 2016

Ikan siakap masak stim lemon sempoi, ubat sakit gigi


Salam hari rabu, cik ina kambek


Tak tahu nak masak apa lah? Apa nak masak hari ni? Soalan yang sering bermain dalam kepala mak kan terutama mak yang jenis masak setiap hari. Zaman sekarang semua benda mahal, nak  tak nak kena masak .Jimat sikit.  Cik ina ingat lagi masa mula kerja cleaner kat company cik ina kerja sekarang ni, gaji dorang bagi  RM490 pun dah kira banyak .Dulu lainlah....dulu kos sara hidup rendah .Sekarang ni gaji RM10 ribu sebulan pun tak cukup .Tapi pada pendapat cik ina cukup atau tidak  gaji bergantung kepada individu tu sendiri. Bak kata pepatah melayu "ukur baju dibadan sendiri". Kehendak memang tinggi tapi kemampuan?kalau tak mampu buat cara tak mampu. Tapi kalau tak mampu pun nak jugak hidup macam org mampu, pedulik apa kan. Asal kan kita tak menyusahkan hidup orang lain.Cuma kena tahanlah telinga, sabarkan hati bila berhadapan dengan kawan atau orang yang tak boleh terima orang yang tak bekemampuan menyarung dress georgio armani, berheel Christian louboutin, berhandbag chanel .Who care, sebab bila kita sakit gigi , nyut nyut makan pun tak lalu ada orang sekeliling kisah ?habis kuat pun dorang cakap "kesiannya, mesti susah nak tidur, susah nak makan,sakit kepala  whatever lepas tu dorang sambung makan balik. Sure korang terliur. Jangan nak down sangat.pandai-pandailah masak lauk yang senang kunyah dan hadam, contoh ikan siakap masak stim lemon.



Resepi ikan siakap stim lemon
Bahan-bahan
seekor ikan siakap bersaiz sederhana[bersehkan semua sisik terutama dibahagian ekor, pipi dan bawah perut. Saje cik ina nak kasi ingat kengkawan sisik dibahagian tersebut tersangatlah halus sekiranya termakan terasa hazebedah sangat. Selepas siap dibuang sisik,  ikan dicuci berseh kemudian kelar2 sedikit dan gaul dengan sedikit garam.ketepikan
1/2 biji bawang holand[dipotong baji]*
3 ulas bawang putih[kupas kulit dan ketuk]*
2 batang serai[potong 2 secara menyerong  dan ketuk]*
1 inci halia(dihiris halus panjang]*
6 tangkai cili api[dibelah 2]saper suka pedas boleh tambah cili api
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan air
Garam dan gula secukupnya
2 keping hirisan lemon[sebagai hiasan]
2 tangkai daun ketumbar hiris kasar
Cara memasak
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau
Masukkan sos tiram, sos ikan , jus lemon, cili api diikuti dengan air.Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih
Masukkan ikan, tuang ikan dengan kuah dan masukkan sedikit bahan hiris di dalam perut ikan
Perasakan kuah dengan garam dan gula
Tutup kuali dan kukus ikan hingga masak [mata ikan terjuih keluar tanda ikan dah cukup masak]
Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan .Tuang kuah ke atasnya
Hias dengan daun ketumbar dan hirisan lemon


Lauk sampingan lain cik ina masak bayam goreng bawang putih & ikan bilis dan 


Telur dadar






Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi, Insyaallah.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 16 October 2015

Tomyam ayam mudah dan ringkas : resepi untuk yang baru nak belajar memasak : part 1

Salam Maal Hijrah,

Masih tak terlewat untuk cik ina  ucapkan selamat tahun  baru maal hijrah 1437H  kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru  hijrah kali ni memberi 1001  makna buat kita semua.Bersempena tahun baru ni cik ina berjanji akan lebih aktif  berkongsi resepi  yang dimasak didapur comel cik ina , InsyaAllah .Pandainya cik ina menabur janji. Janji dengan pengantin baru nak update resepi nasi goreng kampung , resepi asam tumis ikan, resepi tomyam  ayam sehingga sekarang masih belum cik ina tunaikan. Semua  resepi tu ada dalam blog cik ina cuma sedikit outdated, bak kata pengantin baru "payah nak cari resepi dalam blog mak sebab tajuk entry mak tak boleh blah. Okey fine. Ya, cik ina mengaku   tajuk entry lama cik ina banyak yang  merapu. InsyaAllah cik ina akan perbaiki pada masa akan datang.hehehe.

Lately ni pengantin baru asyik tanya macam mana nak buat tomyam tu yang gigih cik ina tepek resepi tomyam.

RESEPI TOMYAM AYAM
Bahan-bahan
1)1/2 ekor ayam[bahagian yang ada tulang dipotong kecik dan dibersihkan].Ketepikan
2)2 kiub  tomyam[cik ina campur kiub tomyam maggi & knorr]
3)1 labu bawang holland [potong baji]*
4)3 ulas bawang putih[dihiris nipis]*
5) seketul lengkuas size sederhana [dipotong ikut suka]*
6)5 biji cili api[dibelah dua]*
7)2 batang serai [dibelah ketuk]*
8)3 helai dun limau purut*
9)1 batang carrot[potong bulat]kalau suka boleh tambah kobis bunga, jagung muda atau batang saleri, ikut suka nak letak sayur apa.
10)1.2 liter air
11)1 keping asam keping
12)Garam secukupnya
Cara memasak
1)Panaskan sedikit minyak masak , tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau.
2)Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan ayam diikuti dengan kiub tomyam. Kecut ayam dengan bahan2  tadi supaya mesra
3)Masukkan 1.2 liter air  diikuti dengan carrot serta garam secukup rasa.
4)Sebelum angkat masukkan asam keping dan tutup api.


Tomyam ayam, kalau suka boleh campur makanan laut sotong, udang , ketam  dan lain-lain.


Cik ina suka judukan  lauk tomyam dengan telur dadar & kangkung goreng belacan

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahan
1)1 ikat kangkung segar
2)minyak masak secukupnya
3)1 tangkai cili merah[super suka pedas boleh tambah setangkai dua  cili padi]*
3)1/2 cm belacan*
4)1/2 biji bawang holland[dihiris baji]
5)2 ulas bawang putih[dicincang]
6)ikan bilis dalam 5 ekor yang dah berkopek[basuh dan toskan] kalau suka boleh jugak guna  udang kering atau  udang basah]
7)1 sudu besar sos tiram
Cara memasak
1)Siang kangkung, bersih dan toskan.
2)kisar bahan bertanda bintang.ketepikan
3)Tumis bahan kisar  dan ikan bilis dalam   sedikit minyak panas  hingga  naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram ,kacau sekejap
4) Masukkan kangkung , kacau serata sehingga kangkung sedikit layu.
5)Bagi yang suka berkuah boleh bubuh sedikit air. Bila kuah mendidih tutup api.













Okeylah setakat ni dulu, InsyaAllah  kalau ada masa cik ina akan tambah lagi stock resepi untuk yang baru nak belajar memasak, saper yang  dah pakar  main jauh jauh.














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 3 August 2015

Koleksi juadah kegemaran keluarga, ikan pari part 1

Salam syawal,


Pejam celik pejam celik , hari ni dah 18 syawal dik nun. Hapa cite raya cik ina ? Fasha sandha pun dah update cite raya , cik ina bila nak update ? Amboi makcik nak dicompare dengan fasha sandha je. Relaxlah baru 18 syawal, raya kan sebulan. Bagi laluan pada sambal ikan pari cik ina dulu ya. InsyaAllah ,bila free cik ina update cerita raya cik ina.

Ikan pari   cik ina beli dekat pasar Port Klang , sekilo RM20++nak jugak plus plus harga tutup mata lah kan... janji fresh.  Besar jugak ikan pari tu bila  dah dipotong  dapat  12 ketul. Keluarga cik ina kecik, cukup untuk   2 kali masak.

Resepi sayur campur cara cik ina
Bahan-bahan
1)3  ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang]
2)1/2 biji bawang holland[dihiris nipis]▪
3)6  batang jagung muda[dibelah 3 dan dipotong secara memanjang]
4)5  tangkai sawi hongkong[dicuci berseh dan disiang)
5)Suku  kobis cina[dihiris halus]
6)secubit kecil garam
7)1 sudu besar sos tiram
8)sedikit air
Cara memasak
1)Panaskan sesudu besar minyak masak bersama beberapa titis minyak bijan  dalam kuali .Tumiskan bawang putih cincang dan bawang holand hingga naik bau dan agak garing.
2)Setelah bahan yang ditumis naik bau, masukkan jagung.Tabur garam. Goreng  jagung hingga separuh empuk
3)Masukkan sawi hongkong dan kobis .Masak hingga sayur empuk
4)Masukkan sos tiram, Kacau sekata
5)Sebelum angkat masukkan sedikit air.

Ikan pari sambal  yang ciput  bila dah dihias dengan hirisan daun bawang, nampak meriahkan.hehehe
Resepi ikan pari sambal 
Bahan-bahan
1) Ikan pari dipotong pada size sederhana.Cuci berseh ikan dengan air asam jawa kemudian gaul dengan garam dan kunyit.
2)10 tangkai cili kering[cili dipotong dan direndam dengan  air panas]
3)6 ulas bawang merah                                                                    
Kisar halus   kedua-dua bahan
4) Sedikit air asam jawa
5)garam, serbuk perasa dan  gula secukupnya
Cara memasak
1) Goreng ikan pari  sampai garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak,tumis cili kisar sampai garing dan pecah minyak
3)Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Biar sedikit pekat
4)Masukkan ikan pari yang digoreng  ke dalam sambal.Kacau hingga rata
5)Tutup api dan hidangkan



Juadah simple tapi sedap kan.Naik lif tekan sendiri.

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 7 May 2015

sayur campur cara cik ina do do cheng

Salam Khamis,

Cik ina nak share semalam ada masak sayur campur  dengan  ikan kerisi goreng cili untuk anak bongsu busyuk masam . Hurm mesti korang muntahkan cik ina asyik cerita pasal masak. Habis tu korang nak cik ina cerita pasal apa?cerita pasal orang,orang mana?orang yang menyewa rumah cik ina. Dengan muka yang naif dan suci dia datang ke rumah untuk  memujuk cik ina agar menyewakan rumah  arwah ayah cik ina yang 2 tahun tak berpenghuni kepadanya. Selepas sepurnama dia menyewa, pada suatu hari cik ina wasap tanya pasal sewa rumah.Dia whatsapp balik kata sewa rumah RM300 hanya akan dibayar oleh pusat zakat 6 bulan sekali .Apa cik ina rasa masa tu?Rasa macam pengemiskan. Apa cik ina nak buat? nak halau balu 2 anak? Nanti apa orang sekeliling akan cakap. Isu balu, anak yatim piatu, ibu tunggal , buat masa sekarang ni isu sensitif. Suka suka nak halau, silap haribulan kena ludah. Akhirnya kena redho jelah kan.Orang mana lagi korang nak cik ina cerita, orang yang beli barang  tapi tak bayar dan setiap kali kita menuntut bayaran  dia dengan muka yang naif dan suci  bagitahu dia pergi bank duit tak masuk lagi. Tu belum lagi cik ina cerita pasal cik ta yang mengcopy paste bulat -bulat  entry bebola ayam  cik ina. The moral of the story cerita pasal orang sampai mati pun tak habis, boleh muntahh,baik kita cerita  pasal masak .

Cendawan takde dalam senarai, sebab adik kureng minat cendawan

Sayur campur  cik ina nampak sedikit serabut,tapi takpe janji (eja ramai-ramai) S E D A P, sedap

Resepi sayur campur
Bahan-bahan
1)4  ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang]
2)1/2 biji bawang holand[dihiris nipis]
3)1 sudu besar sos tiram
4))10 batang green beans [dibuang kulit arinya dan di potong dua]
5)1/2 batang carrot[dipotong ikut citarasa dan  kreativiti masing-masing]
6)suku  kobis cina[dihiris halus]
7)6 batang jagung muda [dipotong  secara memanjang]
8)secubit kecil garam
9)100ml air
Cara memasak
1)Panaskan sesudu besar minyak masak bersama dengan 3-4 titis minyak bijan dalam kuali dan tumiskan bawang putih cincang dan bawang holand hingga naik bau dan agak garing.
2)Setelah bahan yang ditumis naik bau, masukkan carrot, green beans dan jagung.Tabur garam[tutup kuali ,masak sayur hingga separuh empuk guna api kecik]
3)Masukkan kobis cina[goreng sampai empuk]
4)Akhir sekali masukkan sos tiram kacau sebati
5)Sebelum diangkat masukkan sedikit air. Kacau sekejap ,tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


RESEPI  IKAN KERISI  GORENG  CILI
Bahan-bahan
1)3 ekor ikan kerisi [ ikan kerisi  dibersehkan dan diselar .Gaul  ikan dengan sedikit garam dan kunyit hingga sekata. Perapkan 1/2 jam  supaya garam & kunyit meresap ke dalam ikan.
2)8 tangkai cili api[kisar kering hingga halus]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar kering hingga sederhana halus ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)3 sudu besar sos cili
6)1 sudu kecil gula
7)air
Cara memasak
1) Goreng ikan kerisi hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak ,masukkan sos tiram, sos cili dan gula.Kacau sekejap.
5)Masukkan air sebelum diangkat. Kacau sekejap.Tutup api dan tuang sambal ke atas ikan.



Mama pernah kata masak dengan kasih sayang[cilok iklan muffin in cup massimo sekejap] masakan akan jadi tersedap dihati keluarga tercinta.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 26 April 2015

tauhu sumbat cik ina do do cheng sedap dan mudah disediakan,langkah demi langkah


Salam sabtu


Rasanya lama jugak blog cik ina do do cheng  tak update kan?tetiba rasa rindu dengan blog sendiri.Maunya tak rindu,blog ni dah menjadi separuh dari nyawa cik ina. Tanpanya aku lemah pasti tak berdaya bak lirik lagu mahakarya cinta faizal tahir. Blog ni adalah segalanya dalam hidup cik ina selain anak-anak ,tanpa blog ni siapalah cik ina.Terima kasih kerana terus   menyokong blog cik ina do do cheng, Sebagai menghargai sokongan korang semua cik ina belanja resepi tauhu sumbat.hehehe,fresh from farm,tauhu sumbat  brekpes pagi tadi.


Resepi tauhu sumbat cik ina do do cheng
bahan-bahan
1)3 ketul tauhu[dipotong kepada bentuk segitiga kemudian dibelah dua.


 2)1/2 batang timun jepun[dihiris nipis kemudian dimayang halus seperti batang mancis
Cara menyediakannya
1)panaskan minyak ,goreng tauhu sampai garing
2)sumbatkan  hirisan timu ke dalam tauhu tadi. Susun tauhu sumbat dalam pinggan
Resepi sos tauhu sumbat cik ina do do cheng
1)4 biji cili besar merah[dicuci berseh dan dihiris nipis]
2)3 ulas bawang putih
satukan bahan-bahan diatas dan kisar  hingga  halus.ketepikan
3)3 sudu besar sos cili
4)garam dan gula secukupnya
cara memasak
1)Masukkan cili  kisar dan sedikit air ke dalam periuk.Masak hingga naik bau cili.
2)Masukkan sos cili,kacau sekata.
3)perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga agak pekat.

Hidangkan tauhu sumbat cik ina do do cheng bersama sos cili cik ina do do cheng.mantop .


Tetiba pagi ni tekak cik ina nak brekpes bihun goreng   dengan  tauhu sumbat





Teruskan menyokong blog cik ina do do cheng  #blogcikinadodocheng .kahkahkah,Jumpa lagi.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 9 March 2015

Masak masak untuk juadah makan Besar Tahun Baru Cina bersama MIL cik senah.

Salam Isnin,

Dah masuk  bulan  Mac, cik senah terhegeh -hegeh nak update cerita makan besar kat rumah MIL sempena tahun baru cina minggu lepas. Sejujurnya semenjak dua menjak ni cik senah sibuk yang amat. Cik senah sendiri kurang pasti apa yang cik senah sibukkan.hehehe. Apa yang pasti dalam minggu ni cik senah akan bepindah lagi ke tempat baru, bersebelahan dengan tempat sekarang. Apa- apa pun  cik senah gembira dengan tempat baru, tak ramai ,ada privacy sikit laa. Terbaik buat cik senah ,biar dimata orang lain nampak serabut. Hahaha.Mungkin  ada hikmah disebaliknya . Allah knows the best. Aahhh kang cik senah dah spekiong london tu.....

Tak nak membebel lagi,perut cik senah dah berdondang sayang. Cik senah nak pergi kantin. Korang layan je ikan jenahak goreng halia resepi turun temurun mil cik senah ni.

 
Mil cik senah aka popo  forever young. Cik senah syak yuyi tengah belajar tips memikat hati bakal mak mertua dengan poponya
 

MIL sedang menunjukkan skill membalikkan-balikkan ikan   dalam kuali

Resepi Ikan jenahak goreng halia
Bahan-bahan
1)Ikan jenahak saiz  besar[dibersehkan dan dikelar dibahagian badan]
2)2 ketul halia tua[dikupas kulit dan dimayang halus]
3)Kicap cair  50ml -100ml[bergantung kepada saiz ikan]
4)sedikit air
5)Minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing[ketepikan]
2)Dalam kuali lain,panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan.Tumis hirisan halia hingga garing dan naik bau.
3)Masukkan kicap cair,kacau kesemuanya biar sebati .Masukkan air,kacau sekejap dan tutup api.
4)Curahkan bahan tumis ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

 
Mengikut arah jam,ikan jenahak goreng halia,ayam goreng mengcongkam resepi MIL turun temurun[ko ado],kari ayam juga resepi MIL turun temurun dan sayur campur


Makan besar yang tak berapa nak besar. Apa-apa pun kita  kena  bersyukur, Alhamdulillah masih ada rezeki dari Allah SWT

 
Cik senah  & anak -anak  bersama  family mil










Cukup setakat ini  saje untuk hari ni,ada masa nanti cik senah update ye. Akhir kata majulah sukan untuk negara. ♥♥♥♥























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 30 January 2015

Bekal untuk adik


Salam Jumaat,


Dulu masa adik darjah 1-3 sekolah belah petang  dia bawak bekal  yang ringan2   ke sekolah  sebab   dia  dah makan tengahari  sebelum pergi sekolah .Berbeza dengan tahun ni ,adik darjah 4 sekolah belah pagi dia dah cakap awal -awal nak bawak bekal nasi sebab tak nak brekpes sebelum ke sekolah. Katanya  perut dia rasa tak sedap bila makan awal pagi.

Masa adik darjah 1 cik senah  pernah tanya dia  kenapa nak bawak bekal,kenapa tak beli je makanan kat kantin. Adik jawab malas nak beratur beli makanan. Tahun berikutnya cik senah aju soalan yang sama. Jawapan yang sama adik beri,malas nak beratur beli makanan.Minggu lepas cik senah tanya lagi  soalan  sama.Adik tak jawab, dia cuma suruh cik senah fikir kalau sehari dia belanja RM2 untuk beli makanan,dua hari,tiga hari, setahun , dua  tahun, tiga tahun,kiralah berapa dia kena habiskan duit untuk beli makanan. Cik senah pandang dia kecik besar kecik besar je.Kecik lagi dah pandai berkira. Cik senah cakap kat dia bila besar nanti kalau adik tak jadi gabenor bank negara atau  menteri kewangan  tak  tahulah mak nak cakap apa.kah kah kah #adikgabenorbanknegara2020   #adikmenterikewangan2020


Nah ,cik senah belanja sikit resepi ikan makerel goreng cili aka masak sos

 kobis cina goreng

 Ikan makerel goreng

RESEPI  IKAN MAKEREL GORENG  CILI AKA MASAK   SOS
Bahan-bahan
1)1 ekor ikan makerel bersize sederhana
2)10 tangkai cili api[kisar hingga halus guna mesin pengisar kering]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar sederhana  halus guna mesin pengisar kering ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7) Sedikit air
 8)1/2 sudu besar gula
Cara memasak
1)ikan makerel dibersehkan kemudian  dipotong menyerong. Garam kunyitkan ikan kemudian gaul ikan dengan sedikit tepung jagung. Goreng ikan hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air. Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan makerel goreng dan  kaup balik  dalam sekejap.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.


 Bekal adik ke sekolah  tiga hari lepas, nasi goreng
 Bekal adik ke sekolah  semalam , nasi putih, ikan makerel masak sos & ulam timun


Bekal adik ke sekolah hari ni, nasi putih ,,,telur sambal & kobis cina goreng






Cukup setakat ni saje perkongsian cik senah untuk hari ni. Sekian, terima kasih.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 27 January 2015

Gulai daging cara cik senah,langkah demi langkah


Salam Selasa,

Dengar cite  po po po (maaflah mulut cik senah ni berat nak teruskan perkataan tu. Sukar sesukar rasanya) aka sipenyebar & siperakam  video zamani legend sudah dimaafkan oleh tuan punya badan . Tulah, lenkali sebelum buat tu fikir dulu guna otak,  bukan kepala lutut. Ni cik senah nak pesan ,  Kalau dah rasa diri  kita ni  susah sangat nak buat  kebaikan, janganlah  buat jahat walaupun sekali . Salute dengan Zamani sebab baik hati nak maafkan sipenyebar & siperakam. Dan sedikit nasihat kepada sipenyebar & siperakam ,jadikan peristiwa tu sebagai iktibar agar tidak mengulangi kesilapan sama waima kepada mat pit bawah jambatan,mat rempit dan pesalah -pesalah yang lain. Cik senah sentiasa percaya yang kekerasan, keganasan, membuli ,mengherdik & memaki hamun bukan cara yang sesuai untuk mendidik dan memberi peringatan  kepada pesalah terutama pesalah remaja~Cik senah sentiasa memerhati dari jauh~

Okeylah kita tinggalkan dulu cerita zamani legend & video,marilah mari kita melayan gulai daging cik senah. Gulai  daging really make me gelak gelak broken perut(oh my english).OMG masa somi menambah lagi gulai daging ke dalam  pinggannya dia tanya cik senah "yang!!kat mana beli daging kambing ni? Cik senah glurpp telan air liur yang takde.Ek eleh apa kena somi cik senah ni nyanyuk ke?atau mungkin  gulai daging cik senah terlampau sedap sampaikan dia tak dapat beza daging kambing dengan daging  lembu.



Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit : )

RESEPI GULAI DAGING CARA CIK SENAH
Bahan-bahan
1)Anggaran 800gm-1kg  daging lembu dibersehkan,kemudian dipotong kecil  dan digaul bersama  serbuk kunyit
2)rempah 4 beradik [bunga lawang ,jintan manis ,jintan putih , cengkih, kayu manis & buah pelaga] dan daun kari
3)5 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 2cm halia, 2cm lengkuas,1cm kunyit hidup, 2 [dikisar halus]
4)5 sudu  besar cili kisar
5)4 sudu besar rempah kari-dibancuh dengan sedikit  air
6)asam keping[sekeping]
7)800ml santan[santan dari sebiji kelapa]
8)2 biji kentang-dikupas dan dibelah dua
9)1 sudu besar gula merah
10)garam secukupnya  
Cara-cara memasak
1)Tumis rempah 4 beradik [bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga] dan daun kari hingga naik bau
2)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing
3)Tumis cili kisar  hingga pecah minyak
4)Kemudian masukkan rempah kari- Tumis sekejap
5)Masukkan daging-Gaul rata dan  biar  daging mesra dengan bahan rempah.
6)Masukkan santan diikuti dengan kentang- Biar kentang agak empuk
7).Perasakan dengan 1 sudu besar gula merah dan garam secukupnya


Ehem ehem my gulai daging





Gulai daging dengan sambal belacan ibarat irama dan lagu ianya tak dapat dipisahkan

Dah lama rasanya cik senah tak goreng bayam. Bayam goreng



Takde ulam-ulaman, timun pun dah okey : )

Sedapnya makan nasi dengan gula daging, kena pulak ada ikan masin,somi duk sebelah pun tak perasan.





Setakat ni je cerita cik senah untuk hari ni. Cik senah akan update  lagi jika ada masa terluang. Akhir kata majulah sukan untuk negara.




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .