Showing posts with label juadah berbuka. Show all posts

Monday, 20 June 2016
lauk kering dan bercili ; menu pilihan juadah sahur
Salam Ramadhan, Selamat berpuasa pada rakan blogger semua. Muah ciked kat blog sendiri.
Sebulan sudah blog cik ina tak berupdate. Apa dah jadi ni? Tulah asyik berinstagram je hampir terlupa dengan blog sendiri kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa lagi lah takde masa nak update blog.
Berbalik pada tajuk entri ; diam tak diam 15 hari sudah kita semua berpuasa . Para ibu mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk juadah berbuka & bersahur kan. Para bapa duk diam di situ. Para ibu tak payah nak pening sangatlah. Masak ikut kudrat memasing . Hari ni cik ina nak kongsi tips memasak dengan pantas buat para ibu yang bekerja yang sibuk mana nak urus anak, urus suami, urus rumah , urus entah apa lagi kan. Insyallah tips berikut dapat membantu serba sedikit
1. Bila ada masa terluang kupas bawang merah & bawang putih , masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.[tak payah tupperware sangatlah.Mak simpan dalam bekas microwave je] huk huk huk
2. Kisar cili merah besar & cili api, masuk dalam bekas simpan dalam fridge
3.Kisar cili kering masuk dalam bekas simpan dalam fridge
4.Pastikan sos tiram, sos cili, sos tomato,tomato puri, kicap cair dan kicap pekat sentiasa ada di dalam gerobok para ibu
Ramadhan 13 juadah sahur ; ikan sardin goreng cili & baki lauk berbuka
Sardin goreng cili ni sedap, dapat meningkatkan selera makan waktu sahur. Cara masaknya pun mudah .
Sardin goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1 tin besar sardin[asing ikan sardin dan sosnya]
3 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah] main ambik je stok cili kisar dalam peti ais,senang kan.
5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [kisar kering]
1/2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ikan sardin.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos ikan sardin, air asam jawa , gula diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga kuahnya sedikit kering.
Akhir sekali masukkan ikan sardin , gaul rata dan angkat.
Masuk hari ke 15 berpuasa baru rasa berselera sikit makan sahur dengan nasi berlaukkan sardin goreng cili.
Ramadhan 14 ; juadah sahur ; ayam goreng cili , kacang panjang goreng cili dan telur dadar
Ayam goreng cili sempoi dan kacang panjang goreng cili adalah juadah sahur feveret anak cik ina.
Ayam goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1/2 ayam dibersehkan dan dipotong2 kemudian digaram kunyit dan digaul dengan sedikit sos tiram.
2 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah]
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ayam sehingga separuh masak.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga cilinya sedikit kering
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan cili.
Sekian terima kasih. panjang umur kita jumpa lagi. Semoga bulan Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua. Insyaallah.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Friday, 18 July 2014
Drumet & kepak tengah bersalut istimewa , jenama ayamas terbaek ; koleksi juadah kegemaran keluarga,
Ramadhan kali ni tak seperti Ramadhan aku yang dulu..ceh wah. Dulu aku jarang masak juadah untuk berbuka, banyak beli kat pasar ramadhan,kalau masak pun juadah untuk sahur je. Entah kenapa ramadhan kali ni aku terlebih rajin nak masak sendiri juadah berbuka dan bersahur, kalau boleh kuih muih pencuci mulut semua aku nak buat sendiri.Pakkal tak larat. Tipulah kan kalau aku cakap tak jejak pasar ramadhan langsung .Sesekali ada jugak aku rasa penat,malas nak masak . Tapi mungkin dalam sekali dua, okeylah kan.
Juadah berbuka petang semalam simple je,drumet & kepak goreng cili,, bak choy goreng bawang putih dan tempoyak goreng cili dengan ikan bilis
Feveret aku, tempoyak goreng cili dengan ikan bilis. Tempoyak macam gini ,tak boleh selalu masak, bahaya ,lauk ni buat selera makan bertambah. Nak masak tempoyak cara aku ni senang je, Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah & bawang putih kisar hingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau,masukkan cili api kisar(saper suka pedas boleh lebihkan cili api kisar) dan ikan bilis.Tumis kedua bahan hingga garing .Setelah garing masukkan tempoyak , kacau hingga semuanya bergaul dan sebati. Guna api kecik semasa mengacau.Perasakan dengan garam dan gula sebelum angkat
Resepi drumet & kepak tengah bersalut istimewa goreng cili
Bahan -bahan
1)10 ketul drumet & kepak tengah bersalut istimewa jenama Ayamas.
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Goreng drumet & kepak tengah bersalut istimewa hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan drumet & kepak goreng diikuti dengan hirisan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api. Angkat dan sedia dihidang
Tarikh : 18 July 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Juadah berbuka petang semalam simple je,drumet & kepak goreng cili,, bak choy goreng bawang putih dan tempoyak goreng cili dengan ikan bilis
Feveret aku, tempoyak goreng cili dengan ikan bilis. Tempoyak macam gini ,tak boleh selalu masak, bahaya ,lauk ni buat selera makan bertambah. Nak masak tempoyak cara aku ni senang je, Panaskan sedikit minyak,tumis bawang merah & bawang putih kisar hingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau,masukkan cili api kisar(saper suka pedas boleh lebihkan cili api kisar) dan ikan bilis.Tumis kedua bahan hingga garing .Setelah garing masukkan tempoyak , kacau hingga semuanya bergaul dan sebati. Guna api kecik semasa mengacau.Perasakan dengan garam dan gula sebelum angkat
Resepi drumet & kepak tengah bersalut istimewa goreng cili
Bahan -bahan
1)10 ketul drumet & kepak tengah bersalut istimewa jenama Ayamas.
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Goreng drumet & kepak tengah bersalut istimewa hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan drumet & kepak goreng diikuti dengan hirisan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api. Angkat dan sedia dihidang
bak choy goreng bawang putih sayur feveret
Tarikh : 18 July 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Friday, 11 July 2014
koleksi juadah bersahur kegemaran keluarga.resepi maggi goreng,langkah demi langkah
Demi org preggy gigih sesudah subuh aku update resepi maggi goreng yang semenjak dua menjak ni menjadi menu feveret keluarga aku semasa bersahur.Saper di luar sana yang dah buntu mencari menu sahur bolehlah mencuba resepi maggi goreng ni.Seriously sedap dan mudah sangat menyediakannya.Masa sahur asyik makan nasi ,kekadang jemu jugak ye dak.Sekali sekala tekak kita ni nak jugak beralih ke benda lain . Okeylah,cukup sampai di sini je,tengah posa tak boleh taip panjang panjang nanti tekak kering.Kah kah kah taip guna jari apa kaitannya dengan tekak pulak.
Sudi sudikanlah ye bersahur dengan maggi goreng lepas ni....
Maggi goreng perencah kari ORI mudah disediakan dan enak dijadikan juadah bersahur.
Maggi yang telah siap dicelur dan dicampur bahan perisa yg dilampirkan bersama setiap bungkusan maggi goreng perencah kari ORI
RESEPI MAGGI GORENG
Bahan-bahan
1)3 bungkus maggi goreng perencah karI ORI[celur sampai lembut dalam air panas mendidih. Curahkan air sejuk dari peti ais ke atas maggi sejurus selepas dituskan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan dan bahan perisa yang disediakan.Ketepikan.
2)5 tangkai sawi hongkong [siang dan cuci berseh kemudian tuskan]
3)2 tangkai daun bawang[dipotong 1/2 cm]
4)3 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)3 biji telur
6)sedikit ikan bilis [icuci berseh]
Cara menyediakannya ;
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1 sudu kecil minyak bijan dan tumis ikan bilis dan bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan sawi ,kacau sekejap.Ketepikan ditepi kuali
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur dan agak garing
4)Masukkan maggi ,kacau sekata
5)Tutup api dan angkat.Tabur hirisan daun bawang atas maggi goreng.
Saper yang suka boleh makan dengan kicap cili[hirisan cili api bersama kicap cair]
Adik pesan, jangan lupa ambik kurma semasa sahur untuk mendapat tenaga sepanjang kita berpuasa.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Sudi sudikanlah ye bersahur dengan maggi goreng lepas ni....
Maggi goreng perencah kari ORI mudah disediakan dan enak dijadikan juadah bersahur.

Nampak tak disitu betapa garingnya tumisan bawang dan ikin bilis ku
RESEPI MAGGI GORENG
Bahan-bahan
2)5 tangkai sawi hongkong [siang dan cuci berseh kemudian tuskan]
3)2 tangkai daun bawang[dipotong 1/2 cm]
4)3 ulas bawang putih & 3 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)3 biji telur
6)sedikit ikan bilis [icuci berseh]
Cara menyediakannya ;
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1 sudu kecil minyak bijan dan tumis ikan bilis dan bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan sawi ,kacau sekejap.Ketepikan ditepi kuali
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur dan agak garing
4)Masukkan maggi ,kacau sekata
5)Tutup api dan angkat.Tabur hirisan daun bawang atas maggi goreng.
Maggi goreng yang sedia untuk disuap ke mulut
Adik pesan, jangan lupa ambik kurma semasa sahur untuk mendapat tenaga sepanjang kita berpuasa.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Tuesday, 8 July 2014
Juadah kegemaran keluarga KAMI semasa bersahur & berbuka : juadah bersahur & berbuka mudah dan sedap semestinya mengunakan produk maggi
Salam Ramadhan.....
Lain padang lain belalang lain orang lain lah ragamnya, tetiba aku pelik dengan sikap manusia yang entah apa apa ni. Tempoyak je kot,alamak dik ko nak seriusss sangat kenapa?. Bukan aku atau suami aku nak buat bisness tempoyak pun , aku cuma nak makan tempoyak style arwah ayah aku je kot. Tempoyak tadi satu jenis manusia ntah apa apa ntah ,, nak muntah terbelalak baca komen dia. haishhhh ada lagi satu jenis manusia ni , aku tak nak dikategorikan dalam jenis manusia yang bagaimana. Jenis dia ni tak nak membantu tapi sibuk nak ambik tahu seolah -olah cam ambik berat cam dia sangat caring .Paling tak tahan dan buat aku geram, dia pandai berlakon tak tahu apa apa dan aku tak tahu pun yang selama ni dia berlakon tak tahu apa apa . Sinyalam lah dia bak kata abang long fadhil. Fed up ahhhhh pakkal nak keja lama kat sini, kalau tak dah lama aku belasah dia. Lama sangat aku sabau dengan perangai dia.Tulah,ada ketikanya sebagai manusia biasa kita tak dapat membendung perasaan sedih bila diperlakukan seperti budak kecil tapi kita tak mampu buat apa apa ,kita terpaksa berkorban hati demi keamanan negara yang kita cinta walaupun sakitnya hati ni hanya tuhan je tahu. Korang perasan tak , kalau kita tengah bengang dengan sesorang tetiba kita jadi rajin semacam.
RESEPI IKAN BAWAL GORENG CILI
Resepi ikan bawal goreng cili
Bahan -bahan
1)seekor ikan bawal sederhana
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Ikan dibersehkan ,kemudian digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api.Angkat dan tuang kuah sos ke atas ikan bawal goreng.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang.

Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Lain padang lain belalang lain orang lain lah ragamnya, tetiba aku pelik dengan sikap manusia yang entah apa apa ni. Tempoyak je kot,alamak dik ko nak seriusss sangat kenapa?. Bukan aku atau suami aku nak buat bisness tempoyak pun , aku cuma nak makan tempoyak style arwah ayah aku je kot. Tempoyak tadi satu jenis manusia ntah apa apa ntah ,, nak muntah terbelalak baca komen dia. haishhhh ada lagi satu jenis manusia ni , aku tak nak dikategorikan dalam jenis manusia yang bagaimana. Jenis dia ni tak nak membantu tapi sibuk nak ambik tahu seolah -olah cam ambik berat cam dia sangat caring .Paling tak tahan dan buat aku geram, dia pandai berlakon tak tahu apa apa dan aku tak tahu pun yang selama ni dia berlakon tak tahu apa apa . Sinyalam lah dia bak kata abang long fadhil. Fed up ahhhhh pakkal nak keja lama kat sini, kalau tak dah lama aku belasah dia. Lama sangat aku sabau dengan perangai dia.Tulah,ada ketikanya sebagai manusia biasa kita tak dapat membendung perasaan sedih bila diperlakukan seperti budak kecil tapi kita tak mampu buat apa apa ,kita terpaksa berkorban hati demi keamanan negara yang kita cinta walaupun sakitnya hati ni hanya tuhan je tahu. Korang perasan tak , kalau kita tengah bengang dengan sesorang tetiba kita jadi rajin semacam.
Sos cili Maggi, sos tomato Maggi, sos tiram Maggi
RESEPI IKAN BAWAL GORENG CILI
Resepi ikan bawal goreng cili
Bahan -bahan
1)seekor ikan bawal sederhana
2)8 tangkai cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [dikisar kering]
4)3 sudu besar sos cili
5)2 sudu besar sos tiram
6)2 sudu besar sos tomato
7)1/2 sudu besar gula
8) 1 biji bawang[hiris bulat]
9) air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Ikan dibersehkan ,kemudian digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang kisar hingga garing
3)Masukkan cili api kisar, tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili ,sos tomato ,sos tiram diikuti gula dan sedikit air. Kacau sekata.
5)Masukkan bawang besar .Kacau sekejap dan tutupkan api.Angkat dan tuang kuah sos ke atas ikan bawal goreng.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidang.

Ikan merah goreng cili, resepi sama seperti di atas.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, 2 July 2014
Resepi Seri Muka Durian,langkah demi langkah ; Juadah berbuka puasa
Durian dah ada, ko tak reti reti lagi nak buatkan seri muka durian kegemaran suami ko.Aku memperingatkan diri sendiri. Sempena bulan ramadhan ,bulan baik, hari baik tunaikan permintaan suami kan mengejar pahala juga.(bulan ramadhan je ye ,larikkk)*tangan dibahu mata ke atas*
RESEPI SERI MUKA DURIAN[resepinya aku ambik dari majalah Rasa 2013]
Bahan-bahan
1)Isi durian[lebih kurang 500gm isi durian]
2)Pulut kukus secukupnya
3)200gm tepung gandum
4)150gm gula pasir
5)650ml santan
6)2 biji telur
7)1 tsp perwarna kuning
8)1 helai daun pandan
Cara menyediakan
1)Kisar isi durian bersama 200ml santan dan kemudian tapis.Tuang ke dalam periuk dan didihkan.
2)Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula, telur dan tepung gandum.Kacau sebati
3)Seterusnya masukkan pewarna kuning dan dikacau rata sehingga kuah menjadi pekat.Keluarkan daun pandan.
4)Tuangkan kuah durian diatas loyang berisi pulut kukus tadi
5)Akhir sekali, kukus selama 40 minit.Sejukkan sebelum dipotong.Sedia dihidangkan
Tarikh : 29 July 204, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Bahan-bahan
1)Isi durian[lebih kurang 500gm isi durian]
2)Pulut kukus secukupnya
3)200gm tepung gandum
4)150gm gula pasir
5)650ml santan
6)2 biji telur
7)1 tsp perwarna kuning
8)1 helai daun pandan
Cara menyediakan
1)Kisar isi durian bersama 200ml santan dan kemudian tapis.Tuang ke dalam periuk dan didihkan.
2)Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula, telur dan tepung gandum.Kacau sebati
3)Seterusnya masukkan pewarna kuning dan dikacau rata sehingga kuah menjadi pekat.Keluarkan daun pandan.
4)Tuangkan kuah durian diatas loyang berisi pulut kukus tadi
5)Akhir sekali, kukus selama 40 minit.Sejukkan sebelum dipotong.Sedia dihidangkan
Done, seri muka durian
Feveret suami forever
Tarikh : 29 July 204, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Friday, 23 August 2013
menu ringkas open house yang simple dan mudah ; Ayam panggang makcik tempe
Ye, murid-murid ayam panggang ni selain dijadikan juadah berbuka puasa ia juga boleh dijadikan salah satu daripada menu rumah terbuka . Boleh gitu dah nak dekat sebulan Ramadhan berlalu boleh pulak aku tepek juadah berbuka puasa.Nampak sangat aku dah kekeringan idea .Ekceli tak delah kering idea sangat pun cuma aku sayang nak delete entry yang bertimbun dalam draft .*wink wink wink tangan kat dada mata pandang atas bajet beratus entry dalam draft yang belum dipublish*
Bahan-bahan untuk perap ayam seekor
1)1 cm kunyit hidup
2)5 ulas bawang merah
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia
semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar
6)santan dari sebiji kelapa
7)6 helai daun limau purut
8)3 batang serai -dititik
9)3 sudu besar gula merah
10)Garam secukup rasa
Cara meyediakannya
1)Perap ayam dengan semua bahan
2)Biarkan selama satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3)Panaskan oven pada suhu 170
4) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak
Hidangkan bersama sos pencicah dan sedia dinikmati
Bahan-bahan untuk sos pencicah
Tarikh : 3 Aug 2013,Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah berbuka puasa
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Bahan-bahan untuk perap ayam seekor
1)1 cm kunyit hidup
2)5 ulas bawang merah
3)4 ulas bawang putih
4)2cm halia
semua bahan dikisar
5)4 sudu besar cili kisar
6)santan dari sebiji kelapa
7)6 helai daun limau purut
8)3 batang serai -dititik
9)3 sudu besar gula merah
10)Garam secukup rasa
Ikat @bedung ayam sebelum dipanggang supaya ia kelihatan kemas dan menarik ketika dihidang.Menarik sangatlah tu : )
Cara meyediakannya
1)Perap ayam dengan semua bahan
2)Biarkan selama satu jam-Perap lebih lama akan meninggalkan rasa yang lebih enak
3)Panaskan oven pada suhu 170
4) Apabila selesai diperap pangganglah ayam hingga masak
Hidangkan bersama sos pencicah dan sedia dinikmati
Bahan-bahan untuk sos pencicah
1)6 biji cili besar merah
2)2 ulas bawang putih
3)1/2 inchi halia
semua bahan dikisar halus
Cara menyediakannya
1)Masak bahan kisar bersama dengan 200 ml air-kacau sentiasa dan biar agak mendidih
guna api sederhana
2) Masukkan sesudu besar cuka untuk memberi rasa masam pada sos
3)Masukkan gula dan sedikit serbuk perasa .Pandai-pandailah seimbangkan rasa

3)Pekatkan sos pencicah dengan sesudu kecil bancuhan tepung jagung atau tepung ubi
Seksikan Ayam panggang makcik yummy yummy
Tarikh : 3 Aug 2013,Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah berbuka puasa
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Friday, 2 August 2013
Juadah berbuka & bersahur yang mudah disediakan ; roti tuna pedas mayonis bertelur
Hari ni masuk hari ketiga anak aku bersahur dan berbuka dengan roti tuna pedas mayonis bertelur, hazab nama roti sikit punya panjang . Entah apa yang sedap dengan roti ni pun aku tak tahu. Memandangkan ni kali pertama aku buat roti telur letak tuna aku sangka tak de yang suka .Rupanya Firdaus suka sangat dengan roti ni kalau tidak takkan malam tadi dia siap pesan suruh aku buat roti macam ni lagi masa sahur. Ekceli aku tak plan pun nak buat roti tuna pedas mayonis bertelur ni tapi kebetulan minggu lepas suami bawak balik 3 tin tuna pedas mayonis ke rumah, sebelum 3 tin tuna tadi bertukar menjadi tukun tiruan lebih baik aku jadikan juadah bersahur. Budak-budak suka roti macam ni.Buatnya amat mudah dan rasanya pun sedap.
bahan untuk membuat roti tuna bertelur
1)5 keping roti putih gardenia
2)dua biji telur dikacau bersama dengan sedikit kicap cair
3)Tuna pedas Mayonis ayam brand
Cara menyediakannya
1)Letakkan sedikit tuna pedas mayonis di atas roti dan ratakan.
2)lipat dua roti dan celup dalam telur
3) Bakar atas chefal.Sesekali terbalikkan roti hingga kedua-dua bahagian agak garing .

Tarikh : 1 Aug 2013, Khamis
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
bahan untuk membuat roti tuna bertelur
1)5 keping roti putih gardenia
2)dua biji telur dikacau bersama dengan sedikit kicap cair
3)Tuna pedas Mayonis ayam brand
Cara menyediakannya
1)Letakkan sedikit tuna pedas mayonis di atas roti dan ratakan.
2)lipat dua roti dan celup dalam telur
3) Bakar atas chefal.Sesekali terbalikkan roti hingga kedua-dua bahagian agak garing .
bakar roti atas chefal
Roti tuna pedas mayonis bertelur
sila fokus kepada tuna pedas mayonis ayam brand
Tarikh : 1 Aug 2013, Khamis
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Sunday, 28 July 2013
juadah sahur ; langkah demi langkah membuat kari ayam kampung
Petang semalam masa aku pergi pasar tani cum pasar malam kat area rumah yuyi aku tejumpa orang jual ayam kampung dan ayam daging biasa , aku beli sekali terus dua jenis ayam. Aku ni pantang sikit jumpa ayam kampung mesti nak beli. Mulanya sahur pagi tadi aku cadang nak masak ayam daging dulu tapi bila otak asyik teringat ayam kampung terus aku batalkan cadangan tu. Bila teringat ayam kampung tekak ni mulalah teringin nak makan kari ayam kampung atau rendang ayam kampung .Tapi tak kan lah subuh subuh sapie nak merendang ayam kampung nanti nampak sangat macam aku buang tabiat.Jadi aku masak jelah kari.
Bahan untuk memasak kari ayam kampung(Anggaran seekor ayam)
1)dua biji kentang -dibelah 4
bahan tumis
2)daun kari
3)sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
4)7 ulas bawang merah,5 ulas bawang putih dan 1cm halia -dikisar kering
5)6 sudu besar rempah kari daging -(dibancuh dengan sedikit air)
6)Seekor ayam kampung-dibasuh berseh dan digaram kunyit
7)800 ml santan-santan dari 1/2 biji kelapa
8)Garam dan secubit serbuk perasa jika suka
9)sekeping asam keping
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau
2)Tumis bancuhan rempah kari sampai pecah minyak
3)kecutkan ayam kampung dengan rempah
4)Masukkan santan diikuti dengan kentang-Masak hingga ayam dan kentang empuk
5)Masukkan garam, asam keping dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
kari ayam kampung
Tarikh : 28 July 2013, Ahad
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah sahur
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Saturday, 27 July 2013
Juadah sahur dan buka puasa ; Langkah demi langkah membuat tepung pelita cara tradisional
Ye, aku mengaku yang aku peminat tegar kuih muih tradisional Melayu sampai ke hari ni, lelagi resepi dan pembuatannya adalah resepi turun temurun. Tepung pelita adalah salah satu kuih muih tradisional feveret aku sejak zaman budak-budak lagi.Memang tidak dapat dinafikan di luar sana ramai peniaga yang bergiat cergas dalam penjualan tepung pelita bak kata yuyi "mak, ada peniaga yang hanya berniaga tepung pelita je kat bazar Ramadhan.Takkan tak boleh improve dari masa ke semasa,?"sambil menyuap sesudu tepung pelita air tangan aku : ) .Aku tersenyum bangga.ha ha ha.
Seboleh-bolehnya aku cuba kurangkan membeli kuih muih dalam bulan puasa ni ,orang kata tak banyak sikit dapat juga mengelak dari terus menambah dosa kering ye dak .
Oleh kerana ramai dalam rumah aku ni pengemar tepung pelita jadi petang semalam aku mengerah tulang empat kerat sendiri membuat tepung pelita versi arwah mak .Tapi sebelum tu marilah kita beramai -ramai tengok juadah sahur kami.la la la la
Jeng jeng nasi lemak sambal terbaek lagiiiii.ce ce cepat ambik pen dan kertas salin resepi NASI LEMAK & SAMBAL TERBAEK

Okey masanya telah tiba.Setiap orang nak mengecapi tepung pelita yang sedap habis lenyap masuk ke mulut.Sila benggang........
TEPUNG PELITA(Anggaran 18-20kelongsong)
Sediakan kelonsong tepung pelita ke SINI
A-Bahan lapisan bawah
1)250 ml Jus daun pandan(from asli daun pandan)
2)1 cup gula pasir
3)3 tbsp tepung jagung
cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan A
2))Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang ke dalam kelongsong anggaran 1/3 atau 2-3 tbsp .Biar sejuk.
Sementara tunggu bahan A sejuk, kita boleh panaskan kukus dan menyediakan lapisan atas.
B-Bahan lapisan atas
1)Tepung beras-1 cup
2)santan 350ml
3)garam secukup rasa
Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan B
2)Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang adunan B separuh penuh ke dalam kelongsong
4)kukus hingga masak

Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Seboleh-bolehnya aku cuba kurangkan membeli kuih muih dalam bulan puasa ni ,orang kata tak banyak sikit dapat juga mengelak dari terus menambah dosa kering ye dak .
Oleh kerana ramai dalam rumah aku ni pengemar tepung pelita jadi petang semalam aku mengerah tulang empat kerat sendiri membuat tepung pelita versi arwah mak .Tapi sebelum tu marilah kita beramai -ramai tengok juadah sahur kami.la la la la
Jeng jeng nasi lemak sambal terbaek lagiiiii.ce ce cepat ambik pen dan kertas salin resepi NASI LEMAK & SAMBAL TERBAEK
ikan bilis goreng dan hirisan timun mesti nak interframe
Sambal nasi lemak terbaek dari ladang
Nasi lemak yang gedik haruslah dilapik dengan daun pisang.
Hidangan sahur kami semalam.Tetiba je anak aku tak mahu dirakam. "mak, ambik gambar tangan jelah".kuang ajarkan.
Jemput sahur
Okey masanya telah tiba.Setiap orang nak mengecapi tepung pelita yang sedap habis lenyap masuk ke mulut.Sila benggang........
TEPUNG PELITA(Anggaran 18-20kelongsong)
Sediakan kelonsong tepung pelita ke SINI
A-Bahan lapisan bawah
1)250 ml Jus daun pandan(from asli daun pandan)
2)1 cup gula pasir
3)3 tbsp tepung jagung
cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan A
2))Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang ke dalam kelongsong anggaran 1/3 atau 2-3 tbsp .Biar sejuk.
Sementara tunggu bahan A sejuk, kita boleh panaskan kukus dan menyediakan lapisan atas.
Lapisan bawah tepung pelita
1)Tepung beras-1 cup
2)santan 350ml
3)garam secukup rasa
Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan B
2)Kacau sebati hingga sedikit pekat dan berkilat di atas api yang sederhana
3)Angkat dan tuang adunan B separuh penuh ke dalam kelongsong
4)kukus hingga masak
Lapisan atas tepung pelita
Lapisan bawah yang dah sejuk sedang menunggu untuk dituang lapisan atas
Tepung pelita yang sedang menunggu untuk dikukus
Tepung pelita yang dah bersedia untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa
Tepung pelita versi arwah mak tercinta, lembut dingin manis dibawah dan lembut lemak diatas.yummy selamat mencuba
Tarikh : 26 Julai 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah
Peristiwa : Juadah Berbuka & Bersahur
Wednesday, 24 July 2013
minuman terbaek pada waktu bersahur dan berbuka
Pengambilan air kosong amat penting dalam kehidupan seharian kita terutama dalam bulan Ramadhan .Kita digalakkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari. Semua orang pun tahu pasal kelebihan air kosong jadi tak perlulah aku bagi penjelasan panjang lebar kat sini. Kalau boleh elakkan minum minuman berais dan minuman bergas pada waktu berbuka dan bersahur. Aku tahu ramai yang tak berapa gemar minum air kosong termasuklah juga aku.Tapi nak buat macam mana kenalah paksa diri minum air kosong demi kesihatan tubuh badan sendiri ye dak : )
Kepada sesiapa yang tak mampu minum air kosong ,boleh guna tips dibawah : -
1) Campurkan air kosong/suam & sejuk dengan hirisan lemon atau jus lemon
2)Campurkan air kosong suam dengan sedikit madu dan hirisan lemon
3)Rebuskan air kosong dengan kurma cina
4) Rebuskan air kosong dengan barli cina & barli biasa
5)Campurkan air kosong suam dengan sedikit madu
Sekirannya tips yang aku beri ni masih belum dapat memupuk minat korang pada air suam ....boleh pegi main jauh-jauh ye : (
Jangan pandang sepi ,madu berkualiti juga boleh dibeli dipasaraya tempatan
Manuka honey UMF ialah makanan tenaga yang rendah kalori serta kaya enzim, vitamin dan mineral semulajadi
Air madu suam ni sesuai diminum untuk waktu berbuka dan bersahur
Sekadar luahan hati
kampeni besar, tapi konsep caca marba ni buat aku pening kepala siottt
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Subscribe to:
Posts (Atom)