Salam syawal 1437 H 2016.....
12 syawal sudah, baru terkial -kial nak update blog kan. Kepada saudara mara, ada saudara mara ke? hurmmm sahabat handai , rakan blogger semua cik ina mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , cik ina minta maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa selama kita kenal di alam realiti mahu pun di alam maya.kosong kosong ya.
Hurmmm lately ni cik ina bizi sungguh sampaikan nak update blog pun takde masa. Entah apa yang dibizikan pun cik ina tak tahu. Nak kata bizi ngan anak, anak semua dah besau besau. Nak kata bizi kat tempat keja, tipu sangatlah kan. Nak kat bizi layan laki, memang tak ahhh. Kalau korang terperasan semenjak berinstagram cik ina mulai jarang update blog kan.Harap harap selepas ni cik ina semakin rajin ke sini. Banyak sungguh entry yang tengah queue dalam draft untuk di publish. Sekarang ni bulan syawal, takpe kan kalau cik ina update entry bulan ramadhan. Pelan pelan kayuh, dalam hidup ni kita harus berani menerima penderitaan dan kesusahan tapi biarlah bertempat. Sengaja menempah penderitaan dan kesusahan, tu bengap bin bahalol namanya . Allah SWT bagi akal guna bukan letak kat lutut nok. Lari tajuk sudah. Okepylah nak update resepi puding roti feveret sibusyuk masyam cik ina. Bulan puasa hari tu sempat buat sekali je insyaallah ada masa nak buat lagi .
Resepi puding roti[cik ina buat dalam remekin]
Bahan -bahan
8 keping roti putih [sapu butter pada bahagian depan dan belakang kemudian sekeping roti potong kepada 6 kepingan kecil]
1 cup whipping cream
1 cup fresh milk
4 biji telur
1/2 cup gula pasir
Sedikit essen vanilla
Sedikit serbuk kayu manis
Kismis secukupnya
Cara membuat
Sapu dalam ramekin dengan butter.ketepikan
Satukan whipping cream & fresh milk dalam periuk . Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga kita nampak buih kat tepi periuk.Tutup api ketepikan
Dalam bekas lain pukul telur ngan gula hingga sebati
Tuang susu panas perlahan -lahan ke dalam adunan telur sambil memukul. Masukkan secubit serbuk kayu manis dan sedikit essen vanilla .Kacau rata.
Susun kepingan roti berselang seli dengan kismis
Tuang adunan telur ke dalam ramekin hingga hampir penuh. Taburkan baki kismis diikuti sedikit serbuk kayu manis & brown sugar yang telah disatukan.
Susun ramekin dalam dulang pembakar.Tuang air panas dalam dulang pembakar
Bakar guna keadah steam bake pada suhu 170 c selama 40 minit hingga permukaan puding roti perang keemasan.
Puding roti feveret sibusyuk masyam
Moist sungguh puding roti mak , tak sia sia nok mak bakar guna keadah steam bake .lalalala
Bulan ramadhan habis sudah cik ina masih nak tunjuk juadah berbuka puasa, tak salah kan.
Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi Insyaallah.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .