Showing posts with label resepi dan juadah. Show all posts
Showing posts with label resepi dan juadah. Show all posts

Tuesday, 3 December 2024

Loaded potato bowl dengan brokoli, homemade 🤭


Anak bujang makcik yang nombor tiga tu memang suka sangat makan loaded potato bowl. Setiap kali makcik pergi KFC, mesti dia kirim beli. Satu hari tu, makcik tak sihat, tak ada selera makan, jadi makcik order online bubur ayam MB untuk diri sendiri. Sebelum itu, makcik tanya si bongsu, “Daus nak beli apa-apa tak?” Dia terus jawab, nak loaded potato bowl. Jadi, makcik pun orderkan untuk dia.

Sebaik sahaja bubur sampai, makcik terus makan dengan lahapnya. Hehe! Memang sedap betul makan bubur nasi panas-panas. Sementara tu, makcik perhatikan Daus makan loaded potato bowl dia separuh je. Makcik pun tanya, “Kenapa tak habiskan?”
Dia jawab, “Tak sama macam mak buat.”
Makcik tanya lagi, “Apa yang tak sama?”
Dia kata, “Kentang tak sama.”
Makcik pun balas, “Memanglah tak sama, ni kentang segera! Faham tak? Kalau tak faham, buat-buat faham je.”



Loaded potato bowl sebelum letak topping mayonis dan cheese



Loaded potato bowl selepas letak topping mayonis dan cheese

Resepi Loaded Potato Bowl dengan Brokoli
1. Brokoli
Didihkan air dengan sedikit garam.
Setelah air mendidih, masukkan brokoli dan celur selama 1-2 minit.
Angkat dan tuskan.

2. Popcorn Ayam(makcik guna CP popcorn ayam) 
Ketepikan.

3.Sweet corn kernel, siap sedia untuk digunakan. (makcik guna sweet corn kernel ayam brand) 

4. Kentang Lenyek
Kentang, dipotong kecil-kecil.
Rebus hingga empuk.
Setelah empuk, masukkan sedikit butter dan lenyek hingga halus.
Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus melenyek hingga mencapai tekstur yang diingini.

5. Topping
Mayonis secukupnya.(makcik guna mayonis kewpie) 
Sos cheese secukupnya.(makcik guna Mama G sos cheese) 
Bahan-bahan:
Goreng hingga keemasan.

Cara Penyediaan:
1. Susun kentang lenyek di dasar mangkuk sebagai lapisan pertama.
2. Tambahkan brokoli, popcorn ayam, dan jagung manis di atas kentang lenyek.
3. Tuangkan mayonis dan sos keju secukupnya di atas bahan-bahan tersebut.
4. Hidangkan segera.

Tip:
Untuk rasa lebih menarik, boleh tambahkan serbuk cili atau herba pilihan seperti parsley sebagai hiasan




Thursday, 28 November 2024

Aruan tasik, Jenahak hasil pancingan pak akob dan rakan2 kembali-resepi kari aruan tasik

 27 Nov 2024 Assalamualaikum. Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing   Pak Akob  dan hasil  pancingannya. Tiba-tiba hari ni, tergerak hati nak bercerita. Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya  ialah pada tahun 2014. Bukanlah makcik tak nak berkongsi, cuma sejak 2014, Pak Akob memang kurang aktif  memancing.

Hari  Sabtu, Pak Akob beritahu Makcik, hari Ahad dia nak bawa  bos dan kawan bos pergi memancing  . Kalau makcik  tak silap dengar, mereka keluar memancing berempat, Pak akob,kawan pak akob, bos  dengan kawan bos. Hasil memancing hari Ahad mereka dapat ikan jenahak, talang dan aruan tasik

Pada tengah hari Isnin, Pak Akob menyiang dan memotong ikan aruan tasik serta ikan talang. Selepas selesai, dia balik ke rumah dan menyimpan semua ikan itu ke dalam peti sejuk beku.

Makcik sampai rumah sekitar pukul 7.30 malam. Bila Makcik buka peti sejuk beku, ikan aruan tasik masih belum keras sepenuhnya. Jadi, Makcik keluarkan ikan itu dan pindahkan ke peti sejuk bawah untuk memudahkan urusan memasak esok pagi tanpa perlu nyah beku.



Di sebelah kiri , bos Pak Akob, manakala di sebelah kanan pula kawan bos Pak Akob, kalau tak silap makcik. Jadi, cuba teka yang mana satu Pak Akob. Tiber!




Hasil pancingan pak akob dan kawan2 



Ikan talang kelihatan di bahagian atas, diikuti ikan jenahak yang agak terselit di tepi sebelah kiri, manakala di bahagian bawah sekali, terdapat ikan aruan tasik.

















Dah  lama tak tengok aruan tasik, tiba-tiba terasa teringin nak makan kari aruan tasik tanpa santan, dengan rasa masam-masam yang menyelerakan. Pagi tadi, makcik masak aruan tasik tanpa santan, lebihkan asam seperti yang diidamkan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Syukur Alhamdulillah!

Resipi Kari Ikan Aruan Tasik Tanpa Santan

Bahan-bahan:
Ikan aruan tasik – basuh bersih dan gaul dengan garam kunyit
Terung hijau thai– belah dua
Pes asam jawa Adabi
air secukupnya
Daun kari
Halba campur
2 bungkus kecil serbuk kari ikan Adabi – bancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan hiris:
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis halba campur, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan garam untuk perasa.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan pes asam jawa diikuti dengan air secukupnya.
4. Biarkan kuah mendidih. Apabila mendidih, masukkan terung dan masak hingga separuh empuk.
5. Masukkan ikan aruan tasik dan serbuk perasa. Masak selama kira-kira 6 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Tutup api dan angkat. Kari ikan aruan tasik siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Tuesday, 12 March 2024

Daging masak merah ala Thai. Mudah masak dan sedap

 7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali  makan kat kedai tomyam asyiklah  dapat daging  keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.



Daging masak merah ala thai 



sos tuk masak daging masak merah ala thai



Bahan2 tuk masak daging masak merah ala thai




Makcik beli daging  Aus chuck block kat AEON  , Insyaallah lembut. Rebus daging  selama 15 minit.Masa merebus letak sos labu thai  bagi daging jadi sedikit merah2 gitew.Takde sos labu thai boleh letak sedikit perwarna merah. Simpan sedikit air rebusan daging



Selepas 15minit angkat daging. Biar sejuk lepas  tu hiris daging nipis


Goreng daging seminit lepas tu angkat


Tumis bawang holand, bawang putih , daun limau purut dan serai hingga naik wangi dan layu



Lepas semua bahan layu, masukkan sos ikan, sos cili sos tiram, sos labu, sedikit air rebusan daging. Masukkan semua sayur.Biar kuah mendidih dan sayur lembut. Akhir sekali masukkan daging, cili api dan hirisan bawang holand.Perasakan ngan garam, gula dan perasa secukupnya.Masak dlm seminit , boleh tutup api .


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan2
Daging (Makcik guna daging Aus chuck block dlm 300gram, conform lembut)
Sedikit air rebusan daging
Sos labu thai(makcik beli kat shopee)
Sos tiram
Sos ikan
Sos cili
Cili kisar
Daun limau purut
Serai
Bawang holand
Bawang putih
Cili api
Kobis bunga
Kacang panjang
Carrot
Garam, gula dan perasa secukupnya








Sunday, 7 May 2023

dalca sayur campur boneless mutton dengan pressure cooker Dessini

Salam syawal. Cerita semalam, hari sabtu, makcik macam malas je nak masak juadah tengahari .Ingat nak  beli tapi tak  tau nak beli apa. Pagi dah beli nasi lemak. Hurmmm tak nak pening2 pale pikir nak beli apa, baik masakkan, dah  tentu2  lauk kita masak boleh makan  dari tengahari  sampai ke malam. 
.
Ada 2 ekor  ikan selar goreng baki 2 hari lepas, makcik goreng balik, makcik goreng sikit ikan talang masin, lepas tu makcik masak dalca sayur letak boneless mutton, makcik kuar sambal hijau .setel.syukur Alhamdulillah
.
Makcik mengunakan pressure cooker Dessini untuk  memasak  dalca sayur campur boneless mutton . Kerja memasak mengambil masa yg lama utk siap, terutama  memasak  makanan  berasaskan daging atau kacang Tapi dengan adanya  pressure cooker dessini makanan akan lebih  cepat masak  dan nutrisi didalamnya tetap terjaga.Harga mampu milik setanding kualiti

Makcik beli Dessini Italy  10IN1 Electric pressure cooker digital Non Stick, Stainless steal Inner pot rice cooker steamer(6L) hanya RM130 di tiktok shop. Sesaper nak beli boleh gi tik tok shop makcik dengan harga RM120 korang boleh dapat pressure cooker dessini sebiji mcm makcik punya. Jgn lepaskan  peluang sementara tengah murah, beli  sekarang kat SINI
.




Pressure cooker Dessini makcik beli dengan harga RM130

Bahan2 utk masak dalca sayur


Makcik  guna button fried  untuk menumis


Tumis bahan tumbuk, rempah kari hingga pecah minyak



Kacang dal bersama boneless mutton

Dalca sayur pressure cooker
Bahan2
500gram boneless mutton(basuh berseh)
200gram kacang dal (basuh berseh)-nak kurangkan pun boleh)
1/2 batang lobak putih 
1/2 batang Lobak merah
2 biji kentang
9 batang kacang panjang
2 biji terung bulat
3 tangkai cili kering
2 keping asam keping
Air(cukup sekadar menutup semua bahan)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Halba campur
Daun kari
Rempah kari daging bancuh ngan air
Bahan tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia


Masa menumis makcik guna button fried.Lepas bahan tumisan garing. Makcik cancel. Makcik masukkan mutton,kacang dal dan air. Makcik tutup, makcik guna button meat, dan masak 20 minit.Selepas 20 minit , keluarkan wap, bukak tutup periuk, makcik masukkan sayur2an, gula dan asam keping, sambung masak tekan button meat masak selama 15 minit.done.



Dalca sayur campur boneless mutton

Tuesday, 2 May 2023

nasi goreng ala spaghetti aglio olio. sumpah sedap


Salam syawal.  Semalam,lepas anak bujang makan spaghetti aglio olio yg makcik masak,dia cakap, mak sedaplah brokoli letak dalam spaghetti. Makcik cakao,tulah ko baru nak belajar makan brokoli. Sepantas kilat , makcik order online brokoli kat pandamart , tuk tambah stok brokoli dlm peti ais.   Mak2 pantangkan anak cakap sedap sesuatu makanan.Kalau boleh, hari2 mak  nak masak  makanan yg anak mak cakap sedap tu.



NASI GORENG  (dimasak ala2 sapghetti aglio olio)
Bahan2
1.nasi(dlm5-6 cawan nasi digaul sekata ngan 1 sudu kecil garam)
2.fresh shitake mushroom(hiris nipis)
3. Brokoli(belah 2)
5.beef roll(potong kecik)
6.1 ketul kuib pati ayam
7.hirisan bawang putih
8.cili kering digunting halus
9.4 bji telur , kacau sekata
CARA MEMASAK
Tumis bawang putih & cili kering sampai naik harum atau garing
Setelah bahan tumisan garing masukkan 1 kiub pati ayam.kacau sekata
Masukkan beef roll, shitake, masak sekejap.kaup balik supaya semua bahan bergaul.
Masukkan brocoli. Kacau kaup balik seminit
Ketepikan semua bahan , masukkan telur. Biar telur masak kemudian kacau sekata
Akhir sekali masukkan nasi, goreng nasi hingga naik bau.

Beef roll yg makcik guna

Monday, 1 May 2023

spaghetti aglio olio di hari pekerja


Salam syawal. Apa khabar???makcik khabar baik seadanya. Meriah tak hari raya korang.confirm meriahkan.Hari raya makcik tahun ni sama macam hari raya tahun  sebelum nya. Makcik masak nasi himpit,kuah kacang, rendang kambing, ayam masak merah  Makcik masak awal .Makcik cuti 3 hari sebelum hari raya. Makcik mula keja,hari selasa  raya ke 4. Meriahlah jugak raya tahun ni, budak kampung datang beraya, bakal menantu, bakal besan ,anak menantu datang beraya.syukur Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik , hari ni dah 10 syawal.cepatnya masa berlalu meninggalkan kita.
.
Pagi semalam beli sarapan online, pagi ni tak kan nak beli. Ada baki spaghetti hari tu,pagi ni makcik wat spaghetti aglio olio.



SPAGHETTI AGLIO OLIO
Bahan2
1.spaghetti(makcik guna angle hair)
2.fresh shitake mushroom(hiris nipis)
3. Brokoli(belah 2)
4.tomato ceri-belah 2
5.beef roll(potong kecik)
6.1 ketul kuib pati ayam
7.hirisan bawang putih
8.cili kering digunting halus
9.cili flake(makcik tambah ,,nak bagi rasa pedas)
10. Olive oil
CARA MEMASAK
Didihkan air. Setelah mendidih masukkan garam dan spaghetti angle hair.kacau sekata.Masak 4 minit. Setelah 4 minit
 Buang air
Tumis bawang putih & cili kering sampai naik harum atau garing
Setelah bahan tumisan garing masukkan 1 kiub pati ayam.kacau sekata
Masukkan beef roll , shitake, brokoli,masak sekejap.
Kemudian masukkan angel hair.tabur secubit garam. angkat kaup balik supaya semua bahan bergaul.
Akhir sekali masukkan tomato ceri dan tabur cili flake. Kacau sekata.kemudian tutup api


Spaghetti aglio olio

Saturday, 24 October 2020

vadei ranggup diluar gebus didalam gitew


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu


Tiber  tekak  makcik nak makan vadei. Malam tadi sebelum masuk  tido makcik rendam kacang dhal , pagi senang keja, tinggal kisar je. Syukur Alhamdulillah , makan 3 ketul ,kenyang perut makcik.


Vadei ranggup diluar gebus didalam.ha ha ha


VADEI
Bahan2
1)1  1/2 cawan kacang  dhal direndam(malam, sebelum tido rendam. Pagi , boleh terus kisar kan)
2)Sedikit soda bicarbonate
Sedikit perasa
3)1 sudu kecil garam
4)1 sudu keci jintan manis
5)1/2 sudu kecil biji sawi
6)1 tangkai daun kari
7)3 tangkai cili kering digunting kecik
8)4 ulas bawang merah dihiris
✍️Rehatkan adunan selama 5 minit sebelum digoreng




.

Friday, 23 October 2020

resepi cucur ikan bilis lembut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu.

Cucur ikan bilis makan bersama sambal pecal aqilah kita pagi ni .  Makcik ngan anak2 berkenan betul ngan sambal pecal aqilah ,rasa pedas manjah, manis , masin  semua cukup. Cara penyediaannya pun  mudah, cuma perlu bancuh ngan air mendidih je.


CUCUR IKAN  BILIS
Bahan2
2 cawan tepung gandum
Sedikit taugeh/kucai(tak letak pun takpe)
1 sudu kecil garam
Secubit soda bicarbonate
Secubit perasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis
✍️Rehatkan adunan cucur ikan bilis selama 5 minit sebelum digoreng




.

Sunday, 18 October 2020

Resepi mee goreng basah rencah sotong



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu.

Sekejap je dah hari ahad, malasnya bila pikir nak keja esok.huk huk huk. Tak tahu nape, semakin umur meningkat ni,  makcik malas nak gi keja. Pakkal ada komitmen yg perlu dilunaskan setiap bulan.Kalau tak dah lama berhenti keja.Sabarlah  wahai hati.

Pagi ni masak apa kita... Makcik goreng mee & goreng telur mata.. Pagi dah goreng mee, lambettlah lagi nak masak juadah tengahari.Siap goreng mee terus makcik ambik semangkuk mee , makan dengan lahapnya. Pagi lagi dah rasa lapar.hurmmm



Bahan2 mee goreng basah rencah sotong . Abaikan telur tu, makcik nak goreng telur mata.

MEE  GORENG BASAH
BAHAN2
1)Mee kuning sebungkus basuh dan tuskan
2)sawi dlm 5 tangkai , basuh dan tuskan
3)taugeh dlm 2 genggam, basuh dan tuskan
4)Sotong dlm 5 ekor ,dibersehkan dan dihiris bulat2
5)sedikit Karamel masakan untuk mengelapkan sedikit warna  mee
6)sedikit maggi cukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
1.Cili kering 5 tangkai
2.Bawang putih 8 ulas
3.bawang merah 2 ulas
BAHAN SOS
1)2 sudu besar  sos tiram
2)2 sudu besar sos cili
3)Kicap lemak manis
Cara2
Tumis bahan kisar  sampai pecah minyak. setelah pecah minyak masukkan bahan sos.Kacau sekata.Masukkan sotong kacau sekejap kemudian masukkan mee.Balik2 angkat sehingga kesemua bahan bergaul sempurna bersama mee. Setelah semua bergaul masukkan sawi. Balik2 angkat hingga mee lembut  dan masak sempurna.Akhir sekali masukkan taugeh. Balik2 angkat 1/2 minit tutup api.


Mee goreng basah rencah sotong. Selamat mencuba.

Saturday, 12 September 2020

Cara mudah masak sup daging sedap guna rempah sup homemade..MANTUL



Sup adalah menu kegemaran anak2 makcik. Hidangkan nasi dengan sebarang sup, sambal cili api kicap atau sambal belacan  dan telur masin ,  bagi anak2 makcik dah cukup sedap. 

Hari ni makcik masak awal. Tiber lapau nasi. Masak  simple2 je,masak  sup  daging campur carrot dan kentang, rebus telur  masin & buat  sambal cili api kicap

Jom masak sup daging guna rempah sup homemade

Bahan2 untuk buat rempah sup  homemade

Bahan rempah yg dah dikisar guna pengisar kering

SUP DAGING
Bahan2 untuk masak sup daging(utk 1/2 kilo daging)
1)1/2 kilo daging tendeloin import , dihiris nipis
2)air secukupnya
3)garam secukupnya
4)kentang 3 biji(anak makcik suka kentang, tu yg letak banyak kentang)
5)1 batang carrot
6)daun sup/daun bawang(makcik takde)
Bahan tumbuk
1)6 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)halia sebesar ibu jari
Bahan rempah sup homemade
1)1 sudu kecil jintan manis
2)1 sudu kecil jintan putih
3)1  batang kecil kayu manis 
4)1 kuntum bunga lawang
5) 3 biji buah pelaga
6)1/2 sudu besar lada hitam
Basuh bahan rempah sup homemade dan tuskan kemudian kisar kering
Cara masak
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
Setelah naik bau ,masukkan rempah sup homemade. Kacau sekata, masukkan sedikit air.Kacau sekata kemudian masukkan daging.Kacau rata supaya daging bergaul dengan bahan tumisan.
Masukkan air secukupnya diikuti dengan carrot dan kentang
Reneh atas api sederhana hingga daging empuk
Setelah daging empuk, perasakan dengan garam secukupnya
Tutup api, akhir sekali tabur daun sup/daun bawang dan bawang goreng

Video cara masak sup daging tekan SINI

Reneh sup daging atas api sederhana

Sup daging otw masak,masa ni boleh masukkan garam.

Sup daging siap, kalau suka boleh tabur daun sup & daun bawang & bawang goreng

Atas meja ; sup daging,   sambal cili api kicap, telur masin . Syukur Alhamdulillah , atas nikmat rezeki yang Allah SWT  bagi pada kita.

Selamat berhujung minggu sahabat semua.

Tuesday, 18 August 2020

bayam masak lemak cili basah, sedapkan


Hari  ni  masak simple2 je, sambal telur rebus campur kentang ngan bayam masak lemak cili basah . Tiber tekak  ni teringin nak makan masak lemak bayam  guna cili basah, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, rencah ikan bilis  . 

Cukuplah tuk 4 org makan

Bahan2 untuk ditumbuk

Tertunai gak hasrat hati nak makan bayam masak lemak guna bahan2 yg ku sebut tadi. Syukur Alhamdulillah

Sambal telur rebus campur kentang, haruslah sambal lebih

Juadah hari ni.Sosej tuk brekpes. 

Sunday, 21 October 2018

Ikan siakap bakar dengan adabi perencah ikan bakar

Assalamulaikum blogger semua. Lama sungguh mamy tak update blog, tiber rindu kat blog sendiri.  Sejujurnya  banyak benda  mamy nak luahkan kat sini tapi  buat sementara waktu biar mamy  simpan dulu.  Malam ni  mamy  dah  update mamy masak2 tengahari tadi  tuk family. Biasanya hujung minggu anak  menantu balik jadi mamy masak lebih sikit.

Makan2 hujung minggu bersama family di rumah

Ikan siakap bakar cicah air asam. Air asam ni kalau buh nenas lagi sedap

Ikan siakap bakar
Bahan2
Sekor ikan siakap-mamy potong 4  kemudian mamy gaul garam dan kunyit
1 bungkus adabi perencah ikan bakar @adabi_consumer 
Daun pisang-takde pun takpe
3-4 titis Minyak masak
📌gaul ikan siakap dengan garam.dan kunyit kemudian lumur sekata dengan Adabi perencah ikan bakar
📌perap 30 minit sebelum dibakar
📌bakar setiap bahagian selama lebih kurang 7-8 minit atas api sederhana


Sunday, 14 January 2018

Sardin campak2 feveret anak


Hari ni budak form 1 ada gerko , sibujang keja pagi jadi mamy kenalah bangun awal  wat brekpes ngan masak lauk bekal sibujang  nak bawak gi tempat keja.  Ikut badan tak larat rasa  nak tido terus tapi tak sampai hati plak nak biar dorang keluar rumah ngan perut kosong. Mamy gigihkan jugak diri  ni bangun masak. Mamy masak yg sempoi2 je, nasi goreng campak2, telur mata goreng kicap, sardin goreng campak2, lepas tu mamy masak nasi sikit . 

Tempat mamy duk ni hujan tak benti2 , cuaca sejuk  macam duk london .Air paip pun sejuk. Bercinta nak mandi.  Sejuk2 semedang perut  lapau, masing2 duk berulang makan. Sementara menunggu cik yuyi datang bawak mamy gi shopink barang dapur ,  diam tak diam 3 kali mamy makan nasi . Lepas shopink barang dapur , cik yuyi bawak mamy makan kat black canyon, nasi jugak mamy tala. Hurmm  tak tau nape , ni pestime mamy dalam sehari 4 kali mamy makan nasi. Ni semua gara2  sardin campak2 hahaha


Sardin campak2




Sardin goreng cili api campak2
Bahan2
1 tin sardin besar[asing sos]
10 tangkai cili api
1 biji tomato belah 6
Garam dan perasa secukupnya
Asam jawa secukupnya
Bahan hiris/tumis
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara2
Tumis bahan hiris , cili api dan tomato hingga layu
Masukkan ikan sardin, masak hingga agak garing
Masukkan sos sardin dan asam jawa
Perasakan dengan garam dan perasa  secukupnya
Masak hingga  kuah sardin agak pekat
Tutup api dan angkat

Monday, 6 November 2017

Kuih lopis throwback Ramadhan 2015


Ko ado, post dalam draft tahun 2015 baru nak publish tahun 2017, janji publish  tak kiralah kan bape tahun punya cite.huk huk huk.kuih lopis ni aku buat untuk berbuka puasa. Macam tak caya , rajinya aku bulan ramdhan 2 tahun lepas buat kuih. Tetiba rasa bangga dengan diri sendiri. Tengah membangga diri ni elok sangatlah aku update resepi kuih lopes yg kalau arwah mak aku masih  hidup ni tengok cara aku buat  kuih lopis ni dia pitam. Maafkan anakmu mak, anakmu tak serajin mak. Anakmu buat yang ado je


Kuih lopis
Bahan2
1/2 kilo beras pulut
1 kotak santan M&S 
garam secukupnya
1/2 sudu kecil air kapur
Jus daun pandan secukupnya
setitik 2 pewarna hijau
kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara2
Cuci beras pulut, rendam dengan air , pewarna hijau dan air kapur selama 4 jam.
setelah direndam 4 jam tuskan beras pulut. Kemudian masukkan beras pulut dalam rice cooker bersama santan, garam secukupnya dan jus pandan.sukatan santan ialah sehinga beras pulut tenggelam kira macam separas dengan beras pulut.Petik cook , biar pulut masak sendiri
Sejukkan  pulut sekejap.layurkan daun pisang sekejap atas api.
 Bentangkan daun pisang, bubuh  pulut  ikut  kuantiti yg kita nak kemudian gulung 2 , 3 lapis. Punjut kiri kanan sambil dipadatkan kemudian ikat dengan tali. Kukus dalam pengukus selama 20 mnit.Aku kukus dalam rice cooker boleh gitu.Kebetulan masa buat kuih lopis tengah masak nasi mode keep  warm jadi aku susun punjut pulut dalam loyang aku masuk dalam rice cooker.
Selepas 20 minit keluarkan punjut pulut,sejukkkan dan potong kemudian gaul dengan  kelapa parut yg telah digaul garam. 
Sedia dihidangkan bersama air gula merah


Air gula Melaka
Bahan2
3 ketul gula melaka
gula pasir secukupnya
daun pandan disimpul
3 cawan air
cara2
Masukkkan semua bahan dalam periuk, masak atas api sederhana  hingga agak likat




 Bila dah lama tak update ayat adalah sedikit kaplamyanga. Insyaallah ada masa aku sambung lagi ok.











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 30 November 2016

Resepi sempoi cik ina do do cheng. Masak dengan hati penuh cinta gitu : )


Hari ni tetiba rasa baik hati nak import  resepi dari instagram
cik ina do do cheng  ke sini. kalau  berkenan dengan resepi sempoi aku ni,  jangan malu-malu nak mencuba. Aku doakan semoga berhasil. Good luck.Dongibab, kipidap.


SARDIN GORENG CILI SEMPOI SEMPOI  JEW
Bahan-bahan
1)1 tin sardin cap ayam(cap ikut suka korang)
2)5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih & 10 tangkai cili padi(kisar kering)
3)1 biji bawang besar ( dihiris)
4)2biji tomato(sebiji potong 4)
5)1/2  sudu besar sos tiram
6)secubit garam
Cara memasak
1)asingkan ikan sardin dengan sos(gorengkan ikan sardin)
2)panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak
3)masukkan bawang hiris & tomato, goreng sampai layu
4)masukkan sos sardin & sos tiram , dan biar garing
5)akhir sekali masukkan  ikan sardin. Perasakan dengan garam.Siap sudah


Aku payung korang  bideo ikan sardin sedang di goreng.huk huk huk



DAGING PAPRIK CARA MAKCIK
Bahan-bahan
Anggaran 400gm daging[potong nipis, rebus dengan sedikit garam atas api sederhana hingga lembut]-simpan air rebusan-kalau daging batang tak rebus pun takpe.
3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih & 5 tangkai cili api [kisar kering]
1 labu bawang besar[di potong baji]
6 tangkai cili api merah [belah 2]
6 tangkai kacang panjang[kerat anggaran 3 cm]
1/2 batang carrot[potong bulat & nipis]
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Secubit garam
Secubit gula
Cara memasak
Panaskan minyak, tumis bawang besar, serai,  daun limau purut & bahan kisar hingga naik bau
Masukkan carrot & kacang panjang , masak hingga separuh empuk
Masukkan daging, sos tiram , sos cili, garam dan gula, kacau  rata dan tuang air rebusan daging. Masak selama 2 minit.Tutup api & angkat


BABY KAILAN GORENG BAWANG PUTIH
1)10  ketul baby kailan[siang baby kailan  dengan cara buka kelopak baby  kailan satu2 , cuci bersih kemudian potong(bukan hiris) secara memanjang mengikut  size kelopak , jika besar potong 3  atau  4.Cuci dan tuskan]
2)5 ulas bawang putih [hiris nipis]
3)1 sudu besar sos tiram
4)secubit garam
Cara memasak
1)panaskan minyak masak yg dicampur ngan  2 & 3 titis minyak bijan, tumis bawang putih hingga agak garing
2)Masukkan baby kailan . Tabur secubit garam.Balik balikkan sekejap
3) Masukkan sos tiram. Balik balikkan dalam 2 minit
4) sebelum angkat masukkan sedikit air.Siap sudah.


BAWAL EMAS SWEET SOUR SEMPOI SEMPOI AJE
Bahan-bahan
1 ekor bawal emas[cuci berseh, kelar  3  kemudian digaram kunyit]
2 labu  bawang besar [hiris bulat]
1/2 cawan cili kisar[cili kisar aku dikisar bersama bawang putih & bawang merah]
1/2 cawan tomato ketchup[aku guna jenama del monte]

2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Gula  & garam secukupnya
Cara memasak
Panaskan minyak , goreng bawal hingga kuning keemasan.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang besar  hingga naik bau[tinggalkan sedikit bawang besar untuk  dimasuk akhir sekali]
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian
masukkan tomato ketchup, sos cili , sos tiram  dan air.  Kacau sekejap
Akhir sekali masukkan bawang besar, biar hingga bawang layu
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Tutup api, tuang sos sweet & sour atas ikan.Hias dengan potongan daun bawang.siap sudah.



NASI GORENG CAMPAK CAMPAK JEW
Bahan-bahan
3 cawan nasi sejuk[gaul ngan sedikit  garam]
5 ulas bawang merah[hiris]
3 ulas bawang putih[hiris]
10 ekor ikan bilis[cuci berseh]
4 tangkai cili api[belah2]
1 biji telur
1 tangkai daun bawang[kerat 1/2 cm]
1 sudu besar sos tiram
Cara  memasak
Panaskan minyak, tumis bawang merah putih, ikan bilis ngan cili api hingga agak garing
Masukkan sos tiram kacau sekejap kemudian pecahkan telur.kacau telur hingga garing
Masukkan nasi, goreng sampai naik bau
Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau sejap kemudian angkat. Siap sudah.







Sekian terima kasih, Selamat mencuba resepi sempoi cik ina do do cheng.  Insyaallah bila free aku update lagi : )
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .