Saturday 17 February 2024

Padi House The Curve, jauh berjalan semalam

 16 Feb 2024  Jumaat, Semalam makcik gi Maybank PJ, nak collect dokumen. Daus temankan makcik. makcik ambik komuter gi subang, sampai subang ambik LRT gi Taman Jaya. Keluar dari LRT Taman Jaya ,makcik turun  ke A&W PJ, dari situ makcik ambik grab tuk  ke Maybank PJ. 

Sampai Maybank PJ dalam kul 12. Staf yg makcik nak jumpa tu kuar lunch. Nasib baik dia tinggalkan dokumen makcik  kat rakan sekerja dia. Takde lah makcik kena tunggu lama.

Nak balik umah awal sgt,makcik ajak Daus gi The Curve. Dari Maybank makcik ambik grab gi The Curve. Sampai The Curve, kat pukul 2. Perut lapau, malas nak cari2 tempat makan. Nampak Padi, terus masuk makan kat situ je.



Padi House The Curve



Sesuai ngan nama Padi House,ada pokok padi kat depan kedai.


Makcik order nasi goreng petai bersama hirisan cili api.




Masa makan Padi House kat SINI takde keropok


Makcik order mongolian lamb cutlet with garlic sauce. Penamakkan makcik, order sampai 2 menu.



Lupa nak order butter cake.Huk huk huk



Daus order Tomato rice with salmon fillet



cian, budak tak pernah minum root beer . Selama ni, dia ingat root beer tak boleh minum


Bagi can budak pestime minum root beer float Ha ha ha




Fatimah Thai Food Port Klang , wajib cuba

8 Feb 2024 Khamis   2 kali repeat makan malam   kat  Fatimah  Thai Food  . Kedai dia   biasa2 je,sama cam  kedai tomyam  yg lain . Ok lah kena  ngan tekak makcik terutama nagi goreng cili api dia, makcik mintak pedas, dia bagi pedas, sampai berpeluh2 makan . Makcik suka kedai ni sebab berseh dan boleh nampak tempat  masak dan tempat penyediaan makanan.

 


Kedai  dia betul2 tepi jalan. Pandai2lah cari parking terutama yg datang naik kereta



Kedai ni baru buat  renovation 




Environment nampak aesthetic cuma panas sikit, mungkin sebab  bumbung kedai dia guna zink



Makcik sejenis yg suka makan nasi goreng  ngan tomyam dan telur dadar atau telur mata.




Daus makan kuey teow garing ngan telur mata





Fatimah Thai Food
Persiaran Seri Junjung, Kawasan 14,
42000 Pelabuhan Klang, Selangor


Monday 5 February 2024

Repeat Padi House. Takde istilah bosan makan kat Padi House


28 Jan 2024  Ahad.  Masa makcik dlm grab nak menuju ke SINI  menantu call, dia bagitau makcik , ahad  kul 9.30 pagi dia nak bawak makcik jumpa lawyer kat Lotus Semenyih  . Jadi untuk menyenangkan urusan berjumpa ngan lawyer hari ahad tu,  makcik tak balik umah makcik. Makcik stay  umah cik yuyi je .Makcik gi bangi semata2 nak makan sate baung , conform lah takde bawak pakaian . Jadi  malam tu, cik yuyi  bawak makcik balik klang  jap ,  ambik pakaian . Isnin tu daus ada exam, dia ambik buku dia sekali  .

Pukul 9.30 pagi menantu bawa makcik  gi jumpa lawyer kat Lotus Semenyih . Sok sek sok sek kat sejam setengah. Selesai urusan ngan lawyer, balik umah cik yuyi. Dalam kul 1.00 pm gerak dari umah cik yuyi.  Makcik suruh dia  hantar sampai KL sentral je. 

Sejak dua menjak ni ,makcik ngan Daus  gila naik LRT & MRT. Sampai  Cik yuyi cakap,sangguplah mak, tak nak org hantar sampai umah semata2 nak naik LRT.Ha ha ha. Sebelum gi KL sentral , dia bawak kitaorg  makan kat Padi House IOI conezion.




Padi House IOI Conezion


Suka kat sini, tak ramai org. Makcik sejenis yg suka tempat sunyi



Dah lama tak tepek muka cik yuyi kat sini




Daus makan deep fried chicken parmigiana with pasta & salad


Menantu makan Mongolian lamb cutlet with garlic sauce  ngan  mouse coklat kek



Mouse coklat kek, makcik tak makan, makcik suka marble  kek dia je




3 kali tepek gambar mouse coklat kek tu,sebab cantik dik  .air tembikai menantu


Kitaorg  minum air kosong



Marble kek dia menjadi pujaan makcik dan cucu sulung. Sedap sesangat2


Makcik makan petai fried rice



Petai fried rice sedap makan bersama hirisan cili api kampung. sedap angat2


Spaghetti bolognese tuk cucu bongsu, cucu sulung makan paata mac & cheese, lupa nak ambik gambar.




Cik yuyi makan stir fried beef  horfun bersama extra hirisan cili api kampung



Padi House


 

Friday 2 February 2024

Mencari sate baung sampai ke Bangi

 27 Jan 2024 Sabtu , Makcik ajak Daus  gi bangi , tiber tekak teringin nak makan sate ayam diselang seli kulit ayam.Jemu lah makan sate yg tak diselang seli kulit ayam , mcm sate berinisial  HS isi ayam semata .  Bak kata Daus , sesekali nak tambah kolestrol.  Bukan makan hari2, takpe kot. Terutama tengah stress ni.  Tekak makcik ni nak makan mcm2 . 

Kul 1 makcik ambik grab gi subang.  Jalan jem, lambat sampai  Stesen LRT  subang.  Dari Subang kitaorg  naik LRT gi  Pasar Seni. Dari pasar seni ambik MRT gi  Kajang. Dari Kajang kitaorg ambik grab gi  Restoran Sate Baung. Grab waze wat hal, tak sampai ke destinasi. Pusing2 tang tu.  tak tahu nak salahkan saper. Malas banyak bunyik , makcik ajak  Daus turun depan Restoran Menate.

Masa dlm Grab,  makcik ada bagitau cik yuyi makcik OTW  gi  Restoran Sate Baung Bangi .  Mesti dia pelik , lepas setengah jam makcik senyap je. Makcik malas   kacau  Cik yuyi , makcik ingat nak ambik grab lain, tiber cik yuyi call tanya makcik dah sampai  mana. Makcik  cakaplah yang Grab tu tak  jumpa  Restoran sate baung. Huk huk huk. cik yuyi suruh makcik tunggu, jap lagi dia bawak makcik gi .  


Pestime kitaorang naik MRT. conform lepas ni akan selalu naik MRT.ha ha ha



Daus suka berdiri,   dia  suka menikmati permandangan di luar 

 



Cik yuyi tak join, dia nak ambik anak dia balik sekolah . Makcik berdua je ngan Daus. Mula2 order 10 cucuk, bila tamak menguasai diri tambah 5 cucuk plus lontong daun pandan sebatang Daus order milo ais  ngan fun fries. Daus ngan fun fries  berpisah tiada




Sate dia sedap , gemuk2, cuma tak puas hati ,tak banyak kulit ayam. Daus lepas ni kita cari sate kulit ayam jelah. senang, tak yah nak gado cari kulit ayam.




Tak pedulik ,nak minum nescafe ais jugak. Alah lupa nak pesan  nescafe nipis,. Kaw sgt, sampai jadi kurang  manis. 



Tulah pasal, order masa perut lapau, conform jadi penamak. ekceli cukup je sate tu nak jugak order  Char kuey teow .huk huk huk .okey lah char kuey teow dia , Makan panas2 sedap






Sate Baung Bangi
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi,
43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Pengikut Tegar : )