Thursday 10 October 2024

Fraser Place Puteri Habour Iskandar Puteri Johor , Best of the best hotel

16 June  2023(Jumaat)-19 June 2023(Isnin)(Throwback) Jumaat -Isnin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama dah  makcik tak pergi Johor Bahru. Last makcik pergi tahun 1989. Jangan gelak ya.  Selepas 1989 hati makcik tak pernah tergerak nak ke Johor Bahru, nak buat macam mana kan. Tapi bila cik yuyi  ajak makcik bercuti ke Johor Bahru. makcik sangat teruja Almaklum lah  lama tak pergi, hati ni tertanya2 macam manalah rupa Johor Bahru tahun 2023.he he 

Sampai Johor Bahru petang jumaat 16 June 2023 tempat pertama yg  makcik pergi JPO, Johor premium outlets. Besar betul JPO. Kami singgah makan dulu kat Absolute Thai.Makcik tengah cari gambar makan2 di Absolute Thai JPO, kalau ada makcik  post kat sini. Selesai makan , kami meneruskan penjelajahan ke semua kedai2 di situ He he he. Makcik tak beli apa2, Daus je beli jam tangan Micheal  Kors. 

Selesai menjelajah ke semua kedai2 di JPO, menantu terus bawak kami ke Fraser Place Puteri Harbour. Kami menginap di Fraser Place selama 4 hari 3 malam . Lokasi fraser Place  berdekatan dengan restoran dan tempat makan. Hard Rock Cafe berada dalam bangunan yang sama  dan hanya  6 minit memandu ke Legoland.

 

Permandangan dari bilik makcik


Bilik dengan pemandangan laut, menenangkan.




Suka tempat ini! Jauh dari bandar , makcik love 


Laluan ke bilik penginapan

Daus lupa nak bawak  teropong



sofa  sangat selesa

Masa ni muka daus tengah breakout




Love  double line duvet, cadar , sarung bantal, pertama kali makcik tengok hotel guna double line.


Bilik besar dengan dapur dan mesin basuh, sesuai untuk penginapan jangka panjang.


wajib bawak berus gigi dengan  ubat gigi dari rumah, baru puas hati.he he he



Macam biasa, bilik mandi , tandas, wavib ambik gambar.he he he


Tak sia2, menantu  tempah hotel dengan sarapan pagi sekali.  Swatches Restoran terbaek, banyak pilihan sarapan. Semua menu makanan dan minuman sedap2 belaka



Sarapan berempat, cik yuyi dan family  turun lambat. Dia tak nak kacau anak dia tidur. Anak2 dia masuk tidur lambat


Variety menu breakfast ada menu asian, western, local favourites


kek, puff semua sedap belaka


siapa pulak ambik gambar baju merah tu.he he he


Roti canai pun sedap.Mak love

Nasi lemak sambal dia sedap, rendang ayam pun sedap


Sedap sangat sampai tak rasa bahang matahari .ha ha ha


Scrambled egg, puding roti sedap jugak. Ha ha ha


Bubur jagung pun ada


Talam  nyonya  pun sedap


Makcik suka ada sayur2 rebus. Sedap makan bersama dengan bihun goreng


Croissants segebu tangan org yg makan . He he he



Sukanya,  ada idli. Lama dah tak makan idli



Puding roti, Daus cakap sedap. Makcik kurang minat dengan puding roti


Makcik  suka pemandangan di Fraser Place Puteri Harbour dengan bilik yang selesa, kemudahan dalam bilik  terbaek, dan sarapan  sedap, menu sarapan pun banyak.Makcik bagi 10 bintang. 

Makcik macam  nak cari Fraser  Place Kuala Lumpur , tiber rasa nak makan dekat Swatches Restoran.




Fraser Place Puteri Harbour
Residensi & Hotel Marina
jalan Persiaran Tanjung Pengkalan Puteri
79100 Iskandar Puteri Johor






No comments: