Monday 21 March 2022

Langkawi 2022 ; Oriental cafe

Assalamulaikum , semoga kita semua  sentiasa didalam lindungan  dan rahmat Allah SWT

Bersambung ceita Langkawi 2022 makcik, balik dari sini masing2 keletihan. Cuaca panas wat tekak haus .Lapar tak sgt,  sebelum ke cable car kitaorang dah makan kat cili burung . 

Masa berpusing2 di kawasan sekitar cable kitaorang  ternampak oriental cafe Memandangkan cafenya indah permandangannya  indah , kitaorang sepakat singgah disini.



Setelah penat berpusing2 ,tiba masanya untuk  meluruskan kaki.



Masing2 lega dapat meluruskan kaki. Budak 5 tahun je maintain  bertenaga🙄



Takkan nak luruskkan kaki je, haruslah order makanan kan. Cuaca panas angat2 , tekak nak minum ais sesaje.



Makcik   makan mee goreng, .  Fries tu untuk budak 5 tahun

Budak form 5  makan mushroom sup


Cik yuyi makan  club sandwich. Ada french fries lagi.ha ha ha. Hari tu juling mata tengok french fries.

Layan jugaklah makanan kat oriental cafe ni.harga boleh tahan mahal tapi tak pedulik janji boleh  luruskan kaki  disamping  basahkan tekak dengan isi perut.  Nasihat makcik,bila kita pertama kali masuk restoran yg kita tak pernah pergi, kita tengok menu,   harga makanan  dia mahal yg tak masuk akak. Tak payah kita order gajah ,rimau bagai,tak sedap kang ko jugak stresss kan. Kita org order makanan yg besha2 je, bolehlah makan. Syukur Alhamdulillah, Terima kasih atas kemurahan dan atas  rezeki mu ya Allah.






Thursday 10 March 2022

Langkawi 2022 :Langkawi Cable car


Assalamulaikum, semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat  Allah SWT, dijauhi segala penyakit , dan dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat. Amin. Jangan lupa untuk  sentiasa bersyukur dan ucapkan  Alhamdulillah setiap hari. Syukur Alhamdulillah beratus kali Allah SWT sudi bagi rezeki, bagi sihat bagi segala2nya.

Jom  layan percutian Langkawi  4 hari 3 malam Februari 2022 makcik . Tak sah kan kalau ke Langkawi tak melayan cable car.Tak caya tengok sini ha ha ha.  Mulanya cadang naik cable car waktu pagi. Tertang pagi tu  hujan lebat, kitaorang gi tengahari .Syukur Alhamdulillah  sampai cable car dalam pukul  1.00 tengahari ,cuaca cantik.  Makcik suruh budak form 5 gi kaunter tiket online. Menantu makcik belikan siap2 tiket online jadi kitaorang hanya tunjukkan QR code kat staf yg menjaga kaunter tiket online kemudian  dorang  printkan tiket gelang kertas.

Setelah selesai mendapatkan tiket gelang kertas dan kitaorang semua siap memakai gelang kertas dan menampal  dibaju sticker express lane .Biasalah menantu makcik ngan express lane  berpisah tiada. Takpe lah kan untuk kesenangan isteri dan anak2nya bonus tuk makcik dan budak form 5.ha ha ha.

Masa untuk menaiki cable car. Enjoy gambar dan video yg makcik ambik yg tak berapa nak semenggah



Budak 5 tahun cool je, langsung tak takut, budak 5 bulan syok tido


Budak 5 tahun yg  diam je sepanjang  dlm cable car.ha ha ha. Makcik tanya baru dia cakap tu pun cam takut2.ha ha ha

budak form 5 steady, cuma dia gayat berada kat tempat tinggi


Muka cuak je budak 5 tahun

Sampai sini jelah.cik yuyi nak gi skybridge.Makcik tak bagi

Masa di atas makcik ngan  budak form 5 sempat mengambil gambar dan video pendek  untuk simpanan sebagai kenangan























Saturday 5 March 2022

Tempat makan menarik Langkawi 2022 wajib try, kedai makan cili kampung

 Assalamulaikum , semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Syukur Alhamdulilah, syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT.

Kan  makcik dah berjanji akan merajinkan diri mengupdate blog.Insyaallah.Entry dalam draft makcik KIV dulu.makcik update cerita terkini ya.

Cerita berkisar pada bulan Februari 2022 .Rancangan nak  ke Langkawi bukan rancangan baru .Rancangan ke Langkawi asyik tertunda disebabkan covid. Last  makcik ke Langkawi  syawal 2014  . 2022 makcik dah tak pedulil covid movid, Langkawi makcik datang.Dengan SOP ketat , Februari 2022 makcik cik yuyi, budak form5, ngan 2 cucu  menaiki  flight pukul 11tengahari (Jumaat)  sampai Langkawi pukul 12.15 tengahari  .Cerita selanjutnya akan makcik ceritakan dientry yg lain.

Cerita hari kedua(sabtu) makcik di Langkawi.Tiber cerita hari kedua, pelan2 ya.makcik tengah susun gambar ☺️.Cik yuyi ajak makan tengahari kat cili kampung. Kata cik yuyi sedap.dia dah pernah makan kat sini.

Lain maciam panas kat Langkawi. Tapi tak menghalang makcik and family bergambar sakan depan kedai.ha ha ha. 


Papan di belakang tu dipenuhi  tandatangan  artis dan vip yg pernah makan kat sini.


Macam2 lah budak form 5 ni


cik yuyi bersama budak 5 tahun dan 5 bulan.ha ha ha.comei2 cucu makcik☺️

budak 5 bulan suka tau berdukung

Masa ni budak 5 tahun ngan makcik

Rasa makanan di masak penuh kasih sayang. Memang puas hati,pedas dia lemak dia semua terbaik...harga agak tinggi sedikit,tapi berbaloi.susah nak cari kedai rasa masakan macam ni di langkawi. Ikan siakap asam pedas terbaik cukup  semua rasa ...mula-mula ingat kecik jer saiz ikan, sekali sampai besar boleh makan untuk 3 orang...memang puas hati. Bendi goreng nampak bodoh,tapi sedap giler. Boleh kata masakan dia macam masak dekat rumah bukan macam masak di kedai...dari segi kebersihan kedai terbaik, tandas berseh dan wangi.okey. servis pun terbaik owner dan pekerja peramah.


 Kitaorang makan

-Daging salai masak lemak
-ikan siakap asam pedas
-ayam goreng kunyit
-bendi goreng




Kedai makan cili kampung

Pengikut Tegar : )