26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Cerita bercuti di Johor Bahru makcik simpan dulu ya, almaklumlah makcik bercuti tahun lepas jadi gambar2 nya entah mana2. Makcik kena cari balik dalam galeri . Mengambil masa yang lama jugak nak mencarinya.
Makcik lompat ke cerita bercuti di Krabi, bulan sept tahun ni. Sempena harijadi siantu, Cik yuyi nak repeat Krabi, cik yuyi cakap siantu suka sangat nak pergi krabi. Siantu bagitau cik yuyi dekat Krabi, hari2 dia boleh naik motor, massage, buat rambut buat kuku. Hurm dekat krabi bolehlah, harga murah nok.
Makcik dengan Daus pertama kali bercuti ke Krabi. Kalau tak silap makcik, anak menantu dengan cucu masuk ni kali kedua . Last makcik bercuti bersama dorang di sini. Masa cik yuyi cakap dengan makcik , dia nak bawak siantu pergi Krabi, makcik on je. Tapi dalam hati Allah SWT je tahu. Sebenarnya makcik sejenis yang takut naik kapal terbang, Sebelum. Naik kapal terbang, conform malam tu tak boleh tidur, dalam otak ni fikir yang bukan2. Demi siantu,makcik cuba memberanikan diri. Huk huk huk
Sehari sebelum balik Malaysia, makcik temankan cucu mewarna t shirt dekat kids club. Budak2 ni dapat mewarna pun dah gembira kan.
Tu yang Siantu suka pergi Krabi, dapat pasang kuku panjang. Dekat Krabi, kita bagi lepas, sebelum balik Malaysia kita kopek ya. Good bye kuku panjang .he he he
T shirt sebelum diwarnakan
Kids club
No comments:
Post a Comment