Thursday 3 November 2022

Sambal bilis garing viral hakak maneh terbaek

 Assalamu'alaikum, apa khabar semua. Setelah sekian lama menghilangkan diri,  tiber makcik  munculkan diri.hahaha Makcik nak tanya ni, korang pernah tak makan  sambal bilis garing viral hakak maneh. Makcih dah makan, sumpah sedap .korang cuba lah, sedap makan ngan bubur nasi, makan ngan roti, ,nasi, bihun goreng dan lain2 seumpama dengannya.


Sambal bilis garing viral hakak maneh


Makan ngan bihun goreng , perghhh sedap, krup krap,garing



Makan ngan bubur nasi pun sedap


Saper teringin boleh tekan  beg kuning,👇 mcm beg kuning tik tok kan😀




Saturday 9 April 2022

Langkawi ,February 2022 ; update secara pukal ; dayang bay sentiasa dihati




Assalamulaikum , semoga kita semua  sentiasa didalam lindungan  dan rahmat Allah SWT.  Selamat  menunaikan ibadah puasa.

Bersambung  cerita Jalan2 Langkawi 2022.  Tak  habis lagi ke cerita Langkawi makcik.  Memang taklah, masih  banyak gambar jalan2  Langkawi  dalam gallery nok. Jadi marilah kita pelan2 update.  Harap bersabar, tiber rasa cam org sekeliling hadap cerita Langkawi makcik.huk huk huk

Flight makcik hari   Jumaat 11.30 pagi, kalau   tak silap makcik.  Makcik   gi ke Langkawi berlima .Menantu  makcik tak  join rombongan cik kiah  ke Langkawi .  Dia cuma tolong hantar  kami ke KLIA,  uruskan boarding pas, cetak  tag bagasi, daftar bagasi   , dia tunggu sampai  kami naik  flight kemudian dia balik. Ni pertama kali menantu makcik pisah ngan anak perempuan dia lebih dari  2 hari , conform dia rindu terutama ngan budak  5 tahun. Dorang rapat.

Sejujurnya makcik  tak berapa suka naik flight. Setiap kali naik  flight makcik rasa berdebar2. Otak makcik tak  berhenti berfikir benda2  bodoh. Lagi2 bila dengar  anncounment bagitau cuaca tak berapa  elok.  Otomatik   jantung  makcik dup dap dup dap. Dalam dup dap dup dap , tak sedar sejam  masa  berlalu. Kami sampai Langkawi dalam.kul 12.30

Kami menginap  di Dayang  Bay Resort ,  tempat penginapan yg sama masa kami gi langkawi pada  tahun 2014  cuma masa tu cik yuyi yg booking, kali ni makcik yg booking, tu yg tersalah booking. Boleh plak makcik booking 2 bedroom suite seaview  yg takde connecting door. Makanya terpisahlah makcik ngan cik yuyi dan cucu.Takdelah terpisah jauh, sebelah2 je pun tapi terasa jugaklah.huk huk huk huk

Okeylah ,makcik takde idea nak taip panjang2. Layan jelah gambar2  ngan video yg budak form 5  edit.


Lama sungguh tak.jejak KLIA

Budak 5 tahun ngan paksu  berpisah tiada


Tukang bawak luggage

Bambannya budak 5 tahun.sayang cucu makcik ketat2


Kesayangan2

Bilik makcik

Bangun pagi tengok laut

Kat  sini  ada peti ais, microwave, pinggan mangkuk. Kat sini jugak makcik sidai kain baju basah


Ruang tamu ada sofa bed


Bilik cik yuyi bersama 2 org anak daranya.Seriuslah makcik lupa ambik gambar bilik dia. Kira halal lah makcik ambik dari google

Laut surut

Permandangan dari bilik

Masa nak check out. Baju baru beli  tu.ha ha ha 

Budak form 5 ngan budak 5 tahun

Masa ni kat Airport Langkawi, kat counter simpan bagasi 

budak 5 bulan, kalau ngan akaknya happy sentiasa. Masa ni kat airport  Langkawi, tengah tunggu flight nak balik  KL

Masing2 wat hal : )

Dalam flight , pening  makcik, aneh belakang makcik  bukak cite tamil tak pakai earphone.

Syukur Alhamdulillah selamat sampai KL. Tujuan makcik gi Langkawi nak rehat2 ngan makan2 jadi takde lah shopink banyak barang cuma beli sedikit cekelat ngan biskut2 wat ole2 org key ell☺️







Monday 21 March 2022

Langkawi 2022 ; Oriental cafe

Assalamulaikum , semoga kita semua  sentiasa didalam lindungan  dan rahmat Allah SWT

Bersambung ceita Langkawi 2022 makcik, balik dari sini masing2 keletihan. Cuaca panas wat tekak haus .Lapar tak sgt,  sebelum ke cable car kitaorang dah makan kat cili burung . 

Masa berpusing2 di kawasan sekitar cable kitaorang  ternampak oriental cafe Memandangkan cafenya indah permandangannya  indah , kitaorang sepakat singgah disini.



Setelah penat berpusing2 ,tiba masanya untuk  meluruskan kaki.



Masing2 lega dapat meluruskan kaki. Budak 5 tahun je maintain  bertenaga🙄



Takkan nak luruskkan kaki je, haruslah order makanan kan. Cuaca panas angat2 , tekak nak minum ais sesaje.



Makcik   makan mee goreng, .  Fries tu untuk budak 5 tahun

Budak form 5  makan mushroom sup


Cik yuyi makan  club sandwich. Ada french fries lagi.ha ha ha. Hari tu juling mata tengok french fries.

Layan jugaklah makanan kat oriental cafe ni.harga boleh tahan mahal tapi tak pedulik janji boleh  luruskan kaki  disamping  basahkan tekak dengan isi perut.  Nasihat makcik,bila kita pertama kali masuk restoran yg kita tak pernah pergi, kita tengok menu,   harga makanan  dia mahal yg tak masuk akak. Tak payah kita order gajah ,rimau bagai,tak sedap kang ko jugak stresss kan. Kita org order makanan yg besha2 je, bolehlah makan. Syukur Alhamdulillah, Terima kasih atas kemurahan dan atas  rezeki mu ya Allah.






Thursday 10 March 2022

Langkawi 2022 :Langkawi Cable car


Assalamulaikum, semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat  Allah SWT, dijauhi segala penyakit , dan dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat. Amin. Jangan lupa untuk  sentiasa bersyukur dan ucapkan  Alhamdulillah setiap hari. Syukur Alhamdulillah beratus kali Allah SWT sudi bagi rezeki, bagi sihat bagi segala2nya.

Jom  layan percutian Langkawi  4 hari 3 malam Februari 2022 makcik . Tak sah kan kalau ke Langkawi tak melayan cable car.Tak caya tengok sini ha ha ha.  Mulanya cadang naik cable car waktu pagi. Tertang pagi tu  hujan lebat, kitaorang gi tengahari .Syukur Alhamdulillah  sampai cable car dalam pukul  1.00 tengahari ,cuaca cantik.  Makcik suruh budak form 5 gi kaunter tiket online. Menantu makcik belikan siap2 tiket online jadi kitaorang hanya tunjukkan QR code kat staf yg menjaga kaunter tiket online kemudian  dorang  printkan tiket gelang kertas.

Setelah selesai mendapatkan tiket gelang kertas dan kitaorang semua siap memakai gelang kertas dan menampal  dibaju sticker express lane .Biasalah menantu makcik ngan express lane  berpisah tiada. Takpe lah kan untuk kesenangan isteri dan anak2nya bonus tuk makcik dan budak form 5.ha ha ha.

Masa untuk menaiki cable car. Enjoy gambar dan video yg makcik ambik yg tak berapa nak semenggah



Budak 5 tahun cool je, langsung tak takut, budak 5 bulan syok tido


Budak 5 tahun yg  diam je sepanjang  dlm cable car.ha ha ha. Makcik tanya baru dia cakap tu pun cam takut2.ha ha ha

budak form 5 steady, cuma dia gayat berada kat tempat tinggi


Muka cuak je budak 5 tahun

Sampai sini jelah.cik yuyi nak gi skybridge.Makcik tak bagi

Masa di atas makcik ngan  budak form 5 sempat mengambil gambar dan video pendek  untuk simpanan sebagai kenangan























Saturday 5 March 2022

Tempat makan menarik Langkawi 2022 wajib try, kedai makan cili kampung

 Assalamulaikum , semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Syukur Alhamdulilah, syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT.

Kan  makcik dah berjanji akan merajinkan diri mengupdate blog.Insyaallah.Entry dalam draft makcik KIV dulu.makcik update cerita terkini ya.

Cerita berkisar pada bulan Februari 2022 .Rancangan nak  ke Langkawi bukan rancangan baru .Rancangan ke Langkawi asyik tertunda disebabkan covid. Last  makcik ke Langkawi  syawal 2014  . 2022 makcik dah tak pedulil covid movid, Langkawi makcik datang.Dengan SOP ketat , Februari 2022 makcik cik yuyi, budak form5, ngan 2 cucu  menaiki  flight pukul 11tengahari (Jumaat)  sampai Langkawi pukul 12.15 tengahari  .Cerita selanjutnya akan makcik ceritakan dientry yg lain.

Cerita hari kedua(sabtu) makcik di Langkawi.Tiber cerita hari kedua, pelan2 ya.makcik tengah susun gambar ☺️.Cik yuyi ajak makan tengahari kat cili kampung. Kata cik yuyi sedap.dia dah pernah makan kat sini.

Lain maciam panas kat Langkawi. Tapi tak menghalang makcik and family bergambar sakan depan kedai.ha ha ha. 


Papan di belakang tu dipenuhi  tandatangan  artis dan vip yg pernah makan kat sini.


Macam2 lah budak form 5 ni


cik yuyi bersama budak 5 tahun dan 5 bulan.ha ha ha.comei2 cucu makcik☺️

budak 5 bulan suka tau berdukung

Masa ni budak 5 tahun ngan makcik

Rasa makanan di masak penuh kasih sayang. Memang puas hati,pedas dia lemak dia semua terbaik...harga agak tinggi sedikit,tapi berbaloi.susah nak cari kedai rasa masakan macam ni di langkawi. Ikan siakap asam pedas terbaik cukup  semua rasa ...mula-mula ingat kecik jer saiz ikan, sekali sampai besar boleh makan untuk 3 orang...memang puas hati. Bendi goreng nampak bodoh,tapi sedap giler. Boleh kata masakan dia macam masak dekat rumah bukan macam masak di kedai...dari segi kebersihan kedai terbaik, tandas berseh dan wangi.okey. servis pun terbaik owner dan pekerja peramah.


 Kitaorang makan

-Daging salai masak lemak
-ikan siakap asam pedas
-ayam goreng kunyit
-bendi goreng




Kedai makan cili kampung

Thursday 17 February 2022

Dari KLIA ke Penang Nyonya Bukit Tinggi



Assalamulaikum.tengah wat apa tu. makcik tengah  menaip entry post . ko mampu. tiber makcik terlebih rajin nak mengintai draft . Hurmm banyaknya entry  yang duk dalam draft  yg masih  belum dipublish .huk huk huk.Okey makcik cuba setelkan satu persatu insyallah.ha ha ha

Ceritanya cam ni , pada tahun 2015, tahun cik  yuyi kahwin , besan berhajat nak gi umrah. Tarikh dia gi tu makcik lupa, tapi yg pasti sebelum cik yuyi kahwin. Makanya pada tarikh yg dia nak gi umrah kitaorang beramai2 lah  menghantarnya ke KLIA. Balik dari KLIA , kitaorang singgah makan kat  Penang nyonya.tu je makcik nak bagitau. : )





Besan  hantar gambar melalui wasap 



Masa ni budak form 5 , darjah 5. gebus sungguh pipi budak form 5.ha ha ha



Makcik suka makan kat Penang nyonya, makanannya sedap, harga berpatutan


Kuey teow penang nyonya sedap


Roti jala cicah kari ayam pun sedap




Okey , Sekian terima kasih ... cerita2 lama akan menyusul tidak lama lagi.....ha ha ha







dapur bujang cik yuyi


Assalamulaikum, tengah wat apa tu??? makcik tengah tension. tapi malas nak cite  pasai apa. kang makcik cite, ada plak mulut2 takde insuran cakap makcik  tak tau nak bersyukur, dah  tua tak sedar diri. better makcik kunci mulut.syyy.


Dahlah.jom tukar topik.Tiber makcik rindu masa cik yuyi bujang. masa makcik ngan firdaus lepak rumah  dia. Lama noh makcik peram entry masak2 kat rumah cik yuyi ni, dari sebelum dia kahwin sampailah sekarang dia  dah ada 2 orang anak   Walaupun entry ni sikit lagi nak berkulat namun semangat untuk mengupdatenya tetap berkobar-kobar. makcik  akan menghargai setiap  detik yang kita luangkan bersama.


Masak2  kat rumah cik yuyi. Masa ni cik yuyi tinggal di apartment Taman Sentosa.


Sambal sardin


kobis goreng

Feveret cik yuyi , kerang rebus


Pencicah kerang rebus, kicap lemak manis campo cili ngan bawang putih kisar

Telur dadar cili bawang



Masa ni budak form 5 baru 9 tahun. Bambam lahai pipi dia. huk huk huk . 







Pengikut Tegar : )