Dah masuk bulan Mac, cik senah terhegeh -hegeh nak update cerita makan besar kat rumah MIL sempena tahun baru cina minggu lepas. Sejujurnya semenjak dua menjak ni cik senah sibuk yang amat. Cik senah sendiri kurang pasti apa yang cik senah sibukkan.hehehe. Apa yang pasti dalam minggu ni cik senah akan bepindah lagi ke tempat baru, bersebelahan dengan tempat sekarang. Apa- apa pun cik senah gembira dengan tempat baru, tak ramai ,ada privacy sikit laa. Terbaik buat cik senah ,biar dimata orang lain nampak serabut. Hahaha.Mungkin ada hikmah disebaliknya . Allah knows the best. Aahhh kang cik senah dah spekiong london tu.....
Tak nak membebel lagi,perut cik senah dah berdondang sayang. Cik senah nak pergi kantin. Korang layan je ikan jenahak goreng halia resepi turun temurun mil cik senah ni.
Mil cik senah aka popo forever young. Cik senah syak yuyi tengah belajar tips memikat hati bakal mak mertua dengan poponya
MIL sedang menunjukkan skill membalikkan-balikkan ikan dalam kuali
Resepi Ikan jenahak goreng halia
Bahan-bahan
1)Ikan jenahak saiz besar[dibersehkan dan dikelar dibahagian badan]
2)2 ketul halia tua[dikupas kulit dan dimayang halus]
3)Kicap cair 50ml -100ml[bergantung kepada saiz ikan]
4)sedikit air
5)Minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing[ketepikan]
2)Dalam kuali lain,panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan.Tumis hirisan halia hingga garing dan naik bau.
3)Masukkan kicap cair,kacau kesemuanya biar sebati .Masukkan air,kacau sekejap dan tutup api.
4)Curahkan bahan tumis ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Mengikut arah jam,ikan jenahak goreng halia,ayam goreng mengcongkam resepi MIL turun temurun[ko ado],kari ayam juga resepi MIL turun temurun dan sayur campur
Makan besar yang tak berapa nak besar. Apa-apa pun kita kena bersyukur, Alhamdulillah masih ada rezeki dari Allah SWT
Cik senah & anak -anak bersama family mil
Cukup setakat ini saje untuk hari ni,ada masa nanti cik senah update ye. Akhir kata majulah sukan untuk negara. ♥♥♥♥
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .