Friday 14 July 2023

Pad kra pao black canyon sedap, cuma........

Senin  makcik cuti,  temankan anak bujang  gi Aeon B.Tinggi .Katanya  nak menghabiskan duit ebelia rahmah yg masih berbaki RM130. Hanya tempat shopink  yg selected  je boleh shopink guna ebelia ,di antaranya padini ngan uniqlo.

Sampai  Aeon Bukit tinggi anak bujang,  masuk padini. Makcik tumpang sekaki cuci mata.  Lepas  meninjau2 dan membelek2, dia cakap yg dicari takde .Dia ajak makcik masuk uniqlo. Kat situ dia berkenan ngan selai tshirt  hitam harga dlm RM50, Masa nak bayar,  touch n go ntah nape tak lepas2.  Anak bujang  tak jadi beli. Dia  tak nak bayar guna kad . dia cakap nak habiskan duit belia  tu jugak. Maka  tinggallah t shirt itu  .ha ha ha. 





Sekarang ni puma tengah sales  giler2 . RBD game sneakers yg anak bujang makcik beli ni  rega sebenar   RM420 lepas  sales jadi  RM240..termasuk stokin puma ngan selai  t shirt puma. 

Anak bujang beli guna duit sendiri. Sementara menunggu result SPM , dia  wat keja part time. Dapatlah dia beli barang2 yg dia suka, selebihnya dia simpan wat sambung belajar.Syukur Alhamdulillah



Anak bujang last  keja part time ,esok 15/7...minggu depan senin
17/7 dia  start  sambung belajar



Setel beli barang kat kul 3 . Makcik ajak anak bujang gi makan. Tak tahan, lapau sgt. Last makcik makan kul 10 pagi

Elakkan order makanan masa perut tengah lapau sangat2..terus lupa yg nak makannya 2 org je...huk huk huk .

Syukur Alhamdulillah , habis kitaorg makan Makanan kat sini semua sedap, harga pun berpatutan . Cuma ayam pad kra pao ,tak berasa sgt bumbunya. Nasib  baik makcik  order  set, dapat mini tomyam. Curahkan tomyam kat nasi, makan ngan ayam pad kra pao, telur mata baru sedap. Makan plak masa panas2. zup zap licin




Tak tau nape, setiap kali makan kat sini,  bbq ciken wing memangil2. Menu wajib order.ha ha ha 

Tuesday 4 July 2023

Secret recipe ; Spicy Tomato Chicken Chop.boleh repeat lagi dan lagi


Salam Khamis . Petang minggu  2/7/23 4.30 petang,  makcik ngan budak form  6 wat foot & shoulder massage  kat  Ayu Borneo, tempat feveret makcik sekeluarga . Selalunya makcik gi Ayu Borneo yg kat  Setia Alam sebab  dekat sikit ngan rumah makcik. 

Lepas habis 90 minit wat  foot & shoulder massage perut makcik lapau, normal lah kan..huk huk huk. Makcik ajak budak form 6 makan kat secret recipe  kat2  situ ,dekat dlm 1 1/2 minit   berjalan kaki.




Tadaaa Secret recipe Setia Alam. Wajib makan kat sini, setiap kali lepas urut  kat Ayu Borneo Setia Alam. Punyalah kerap datang, sampaikan pekerja kat situ dah kenal makcik .ha ha ha



Makcik order spicy tomato chicken chop (Sebelum2 ni tak nampak dlm menu. Makcik syak menu baru. Jarang makcik minat ngan menu ayam.tapi yg ni lain,  peha ayamnya ranggup dilitupi sos tomato pedas yg dibakar(korang kena cuba , serius sedap. ikut tekak makcik , sedap sosnya . Bertambah sedap dihidang panas2 bersama mashed potato ngan salad .  makcik rekmen , korang kena cuba.



Budak form 6 order nasi kerabu ,Tanjat makcik.  Dia tak pernah makan  nasi kerabu, tiber nak order.  Makcik  bagitau dia , nasi kerabu nasi campur ulam2. Dia cakap, dia okey je, dia nak cuba. Lepas habis dia makan nasi kerabu ,makcik tanya sedap ke idak.Dia cakap sedap . lepas ni boleh repeat.



Pengikut Tegar : )