Friday 26 January 2024

Ikan tenggiri masak sambal cili kering tumbuk

 20 January 2024  Makcik kalau weekend jarang masak. Selalunya kuar beli lauk, balik umah masak nasi. Kalau malas kuar  ,  beli online je.

Bangun pagi ni, semangat makcik  wat brekpes cucur ikan bilis ngan sos pencicah. Tengahari masak ikan tenggiri sambal, semangat makcik masak sambal guna cili kering tumbuk.Masa tengah menumbuk, teringat masa zaman  remaja, mengiling cili guna batu giling. Rindu  moment tu..




Juadah hari ni timun goreng campur tempe goreng, ikan tenggiri sambal cili kering tumbuk



Hasil  pak akob gi ke laut. Syukur Alhamdulillah .Ikan tenggiri makcik gaul  ngan garam dan kunyit. 



Cili kering sebelum tumbuk,makcik rebus dulu



1/2 biji bawang besar ngan 2 ulas bawang putih tumbuk  halus, nak tumbuk kasar pun boleh, ikut suka korang



Nak bagi cili cepat lumat, tumbuk cili bersama  ngan 1/2 sudu  kecil garam 




Tumis  bawang yg dah ditumbuk lumat hingga agak garing

Setelah tumisan  bawang tadi agak garing , masukkan cili kering yg dah ditumbuk lumat. Masak cili hingga 3 kali pecah minyak. 3 kali tambah air. Perasakan sambal dengan garam secukupnya(jgn lupa masa menumbuk cili kering  kita dah letak garam jadi  pandailah adjust sukatan garam) Masukkan 1/2 sudu besar gula dan sedikit perasa. Akhir sekali masukkan  asam keping, diikuti ikan tenggiri goreng ngan hirisan bawang besar. Kacau kaup balik hingga sambal menyelimuti ikan.Siap, boleh tutup api.


Siap ikan tenggiri masak sambal cili kering tumbuk

 

Thursday 18 January 2024

Kedai makan Legend Village Kg Raja Uda, tak pernah tak sedap


3  malam berturut2  makcik ngan daus makan kat kedai makan Legend Village Kg Raja uda, kedai makan ni  berdekatan  dengan jambatan motor kampung Raja Uda, Port Klang.   Lokasi kedai betul2  kat tepi jalan .Saper yg gi jambatan motor KRU, mesti jumpa kedai ni dulu.

Menu makanan di sini majoritinya  sama mcm menu kedai tomyam yg lain2.  Makanan sini sedap2, menepati citarasa ,  yg penting harga berpatutan.  Kalau tak silap makcik, di Kelang ni,  kedai makan Legend Village   ada  4 cawangan  ,di  Pandmaran,  Kg Delek , Bayu Perdana  ngan KRU




Fun fries sedap makan panas2,cicah plak ngan mayonis campo sos cili, laju makan


 Dah 2 malam  makan nasi lauk, jemu plak. Jadi malam tadi , kitaorg makan  kuey teow goreng  telur mata ngan fun fries. 




Kuey teow goreng  telur mata, sedap makan panas2




Fikir exam nak dekat letew



Telur dadar wajib order (menu 2 hari lepas)



(Menu 2 hari lepas)Sotong goreng pedas campo petai, sedap




(Menu 2 hari lepas) Kangkung goreng besha extra batang kangkung. ha ha ha



(Menu 2 hari lepas)Sambal belacan, sedap



Menu malam semalam ; ekceli daus nak order  fun fries je, makcik paksa  dia order kuey teow goreng telur mata.ha ha ha




Daus cakap sedap




3 malam berturut2 daus order fun fries. Dia cakap  garing , makan panas2 sedap., yg penting dia bagi sos cili ngan mayonis




Menu malam semalam, makcik makan sup tulang, kailan ikan masin & sambal belacan ulam timun





Makcik makan nasi separuh je

Wednesday 17 January 2024

La Meridien KL. 2 hari 1 malam -28 Sept 2023-29 Sept 2023

Azam  2024,  makcik berjanji akan sentiasa memastikan blog ini berupdate .INSYAALAH.ha ha ha  teringin nak rajin update  mcm mula2 makcik berblog tahun 2009  . Pada waktu tu,kebanyakan post2 makcik banyak berkisar kisah anak2 takpun masak2 . alah masak maen2 je, ikut mood makcik. Janji ada modal tuk update blog . Tahun 2009, anak2 makcik dah besau,  yg  kecik tinggal sibongsu umur 4 tahun sekarang  dah 18 tahun form 6. Saper yg  ikut blog makcik, dorang tahulah,, makcik selalu update pasal  sibongsu, makcik gelar dia sibusyuk masyam.  Sekarang sibongsu suka bahasakan diri dia "Daus". 

Tak tahu dari mana nak mula update. Banyak sgt entry , gambar tersimpan dlm draft. Lat tali lat tali tam plom ,   Ok lah makcik update dulu  percutian  2 hari 1 malam makcik  ngan daus bulan  9 2023 . Bercuti santai2 je, just  untuk berehat.   Kat rumah takde maknanya nak berehat, ada je keja umah nak buat kan . Cara makcik nak betul2 berehat, tak nak pikir pasal kerja2 rumah, makcik akan bercuti ,gilah mana  hotel2, dapat tido dalam semalam pun jadiklah .  Gi ngan Daus oklah semalam. Kalau gi  ngan anak menantu cucu conform2  4 malam. 

Petang khamis makcik bertolak dari rumah ke KL sentral naik komuter Sampai KL sentral, makcik cakap ngan  Daus  nak jalan kaki gi Le Meridien ke,  Daus  cakap , jauh dia tengok waze 20 minit gak nak   jalan kaki .  Makcik cakap, ok.makcik ambik grab. Malas nak bertengkar. Pagi , masa  turun ke bawah, nak ambik makanan  dari rider kat bawah, kitaorang nampak KL sentral ,baru perasan  Le.Meridian kat tepi  KL Sentral je. Kemain naik grab ....


Lepak kat sini sementara menunggu grab datang, bawak gi muzium negara. Daus  terpaksa ikut makcik gi muzium .ekceli dia tak nak gi.



Le Meridien ,Hilton  kedua-dua hotel sebenarnya bersebelahan


Superior room, city view




Motip daus ambik gambar ni???



Dah  terbiasa, setiap kali gi hotel bawak peralatan mandian dari  rumah 


Malam2  Daus  suka  minum kopi  kat tepi tingkap sambil healing





Sila percaya, masa korang  tengok tv kat hotel lah , korang akan jumpa drama zaman kegemilangan spektra .Korang kenalah tengok sampai habis. hurmmmm

Kat bawah tu  KL Sentral  daus 



Pool  share jugak ngan hilton 



pool hilton





Duk hotel masa  hari bekerja seronok  , tak ramai org



Setiap kali gi pool makcik akan  bawak makanan, beshalah lepas berendam conform perut lapau 



Rupa muka budak kena paksa gi muzium, makcik pun satu, tiber nak wat lawatan ke Muzium .ha ha ha



Masa dalam  Muzium makcik banyak ambik gambar,  tapi malas nak tepek kat sini.  

KL Sentral, Nu Sentral sebelah Le Meridien, banyak tempat makan best2, makcik nak jugak  ajak Daus  gi  makan kat  Bangsar Shopping Centre .  Tak salah kan  makcik B40 nak makan kat sini sambil ambik vibe org have2. la la la.






Tuesday 9 January 2024

Lepak, makan2 , Padi House The Garden Malls


7 January 2024   Memang dah  plan  nak jumpa kezen sebab memang dah janji akan wat kunjungan  balas lepas kezen berkunjung ke rumah makcik 2 minggu lepas .Sehari sebelum gi rumah kezen makcik  wasap kezen , makcik  bagitau dia makcik sekeluarga makan kat umah dulu jadi tak yah masak apa2. Lepas zuhur baru kami gerak .

Sampai rumah kezen dalam kul 2.30 pm. Melangkat masuk umah kezen ,  Tanjat   makcik ,tengok  atas meja terhidang nasi ayam . Degil betul, makcik dah pesan tak yah masak apa2. Dia masak.jugak. Rajin sungguh kezen makcik ni, complete set nasi ayam sebijik cam chicken rice shop. 

Sessi makan  sambil mengimbau kisah zaman anak dara hingga ke zaman mak dara,.kat sejam jugak duk kat meja makan. Selesai  makan, perbualan bersambung ke ruang tamu.Dari satu ke satu topik. masa berbual mata makcik ngan mata cik yuyi  tak lepas memerhati sikakak. Takut, manalah tau,tengah boring dia  buat onar. Siadik tengah syok tidur sambil nenen

Selesai sessi kunjungan balas dalam kul 6.30pm , makcik sekeluarga gerak balik . .Dah alang2 rumah kezen dekat ngan  garden.malls, Cik yuyi ajak  makan kat padi house.  Lama dah tak makan kat garden malls.Almaklumlah ,  garden malls ngan rumah  makcik, jauh kat sejam perjalanan .




Padi House Garden malls, Cik yuyi kerap makan kat sini, makcik pestime. Dulu2 kalau gi sini cik yuyi selalu bawak kami makan TGI


                    Padi house Garden malls


 Padi House , ada menu  timur barat, dessert, kek,


Tiber Cik yuyi  order soft boiled egg, Teringin letew



Sikakak order spaghetti bolognese.  dia cakap tak berapa sedap, dia suka siadik punya penne mamamia. Nasib baik  mood adik baik , dapatlah dia merasa sikit 
Tulah , masa mummy tanya, nak order apa. Dia, ralit tengok hp.


Siadik  makan penne mamamia(creamy turkey ham & ice cream cup choc,habis dia makan.


Seharian tekak tak merasa manis tiber  nak makan homemade butter cake 




Budak form 6 order Cheese baked tomato rice 



         Budak form 6 cakap sedap



Makcik makan Mongollian lamb cutlet wt garlic sauce



Setiap kali makan kat sini, cik yuyi  order menu feveret dia , cantonese  style noodle. 





Padi House
T-237 A&B, 3rd Floor, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Lokasi Garden Malls

Pengikut Tegar : )