Monday, 13 October 2025

Kembali ke D’Tavern: Steak Sedap & Kenangan Lama

 10 Oct 2025(Friday)

Rindu moment makan kat  sini dan sini  dengan kawan ofis, anak, adik-beradik, arwah ayah dan mak. Tempat ni memang betul-betul mengamit kenangan lama. Teringat juga uncle supervisor yang kerja sini dulu, orangnya baik dan ramah setiap kali kami datang. Sayang, dia dah pun pergi masa musim Covid.Tempat ni pun selalu jadi port kami meraikan kawan yang berhenti kerja atau sambut birthday. Setiap kali melangkah masuk kat sini, terus teringat moment lama dengan kawan-kawan ofis — yang masih ada dan yang dah bawa haluan masing-masing. Kenangan tu memang tak pernah hilang

Jumaat , makcik pergi  makan kat sini. Daus cakap nak makan beef steak, terus makcik cadangkan tempat ni — sebab teringat arwah ayah memang suka sangat beaf steak kat sini. Pak Akob pun join sekali. Ada je Pak Akob tu, cuma makcik jarang ambik gambar dia. Jadi yang selalu tanya “mana Pak Akob?”, haa kali ni tengok puas-puas gambar dia ya. Hehe. Tempat ni tetap sama, cuma orangnya je yang makin berbeza… tapi kenangan tu tetap hangat setiap kali datang.



Walaupun muka Pak Akob dah dimamah usia, tapi tetap nampak kacak... , Mak suruh pakai sunscreen, tapi degil tak nak... hehe

Muka Pak Akob nampak letih, baru balik kerja


Muka dah tak sabar tunggu beef steak sampai!

Dulu ada live band, sekarang dah tak ada dah.



Mushroom soup



Beef steak, Daus nak medium — sedang-sedang masak je. Abaikan luka kat tangan Pak Akob tu, tak sengaja masuk dalam frame.



Daus cakap sedap


Memandangkan makcik tak berapa lapar, jadi makcik share chicken chop black pepper dengan Pak Akob je



Lupa dah Daus minum air apa, makcik dengan Pak Akob cuma minum air suam je.

Makan sambil borak-borak kosong, lepas habis makan terus balik. Alhamdulillah, syukur atas segala rezeki dan nikmat yang Allah SWT  kurniakan









D'Tavern 
Port Klang 9,11,15
Ground Foor
Pelabohan Klang





No comments: