Thursday 11 July 2024

Madam kwan, salah satu tempat makan yg betul2 mengamit memori

6 July 2024 Sabtu  Pagi makcik dengan Daus sarapan pagi  dekat  warung shahril, Kami  makan kenyang2. Tengahari, boleh  terus pergi Pavillion Damansara. Terakhir Daus potong rambut dekat A cut above Pavillion Damansara  1/6/24. Pejam celik sebulan dah Daus tak potong rambut. Pantang, pak akob bagi duit, laju je nak  perhabis. Harap pak akob tak baca blog makcik.Kalau baca, kantoi. 

Sampai Pavillion pukul 3. 30 pm, kami terus pergi A cut above. Sementelaah Daus gunting rambut, makcik buat perawatan kuku. Takde lah bosan menunggu. Selepas selesai, kami mencari tempat makan. Hampir setengah jam berpusing di tingkat yang sama, tetapi masih tidak jumpa tempat makan yang menepati citarasa. Kemudian kami naik ke tingkat 5, terdapat banyak tempat makan di situ. Cuma Madam Kwan menarik minat makcik. Sudah tentulah , Madam Kwan sebelum ini makcik dah pernah makan di Madam Kwan Subang Empire dan Madam Kwan Suria KLCC. Memang kena dengan selera.




Madam Kwan's terkenal dengan hidangan Malaysia seperti nasi lemak, rendang, laksa,rojak,mee udang, ipoh kway teow sup, kway teow  goreng  dan banyak lagi. 



Hiasan dinding yang mengandungi seni tradisional dan warna-warna cerah memberi suasana yang menyambut dan selesa.




Almari kayu yg diletak dekat dengan pintu masuk restoran  digunakan untuk menampilkan produk  yg dijual, keropok ubi kayu , kari paste  ngan char kway teow sos




Keropok ubi kayu


Layanan kakitangan  sangat baik dan peramah .Mereka  membawa makanan dengan cepat dan efisien.



"Daus cakap sama ngan keropok ubi kat luar.""Makcik cakap, apa-apa jelah, Daus. Mak nak makan jugak."




Suasana di dalam restoran  tidak terlalu bising, sesuai untuk  bersantai dan menikmati makanan dengan teman atau keluarga.


Sejak dikenalkan dengan seorang hair stylist lelaki Cina di A Cut Above, setiap bulan Daus menukar gaya rambut. Pertama kali Daus ke A Cut Above pada bulan Mei, dia  malu-malu dan gugup. Namun, hair stylist tersebut menyambutnya dengan mesra dan bersikap profesional, sehingga Daus merasa selesa dengan dia. 

Ya, sejak dikenalkan dengan hair stylist itu, Daus memang tidak pergi ke tempat lain lagi. Dia sangat teliti dan tahu apa yang Daus inginkan. Hasil kerjanya memang tip-top. Dia juga memberikan nasihat yang bagus tentang penjagaan rambut. Next time makcik pergi, ambil gambar hair stylist tu ya. Ha ha ha.


creamy mushroom soup, lemak berkrim



Daus makan nasi lemak kari .Nasi lemak dia  terkenal, disajikan dengan sambal yang pedas, telur rebus, kacang tanah, dan ikan bilis.

barli limau ais

char kway teow  seafood, ada udang besar , ada sotong besar dan lembut



Puas hati dapat minum teh tarik panas  gelas tinggi. La la la




Madam kwan




No comments: