Monday, 6 October 2025

Restoran Wajib Singgah di Krabi: Langka Suka Muslim Pattani @Aonang, Krabi Muslim Pattani, Memang Padu!

 26 Sept  2024-29/Sept  2024  Khamis-Ahad(Throwback)  


Bersambung dari cerita di sini dan di siniKalau korang gi Krabi, jangan lupa singgah Kedai Muslim Pattani, memang tak rugi. Menu dia semua padu habis!

Ikan tiga rasa dia memang lain macam — luar rangup, isi juicy, kuah manis pedas pulak buat teringat sampai sekarang! Tomyam putih dan tomyam kelapa dua-dua padu, tapi tomyam kelapa tu creamy gila. Dah lupa isi apa, sebab makan tahun lepas… mungkin seafood kot.

Kangkung belacan pun ngam betul dengan lauk-lauk lain. Kerang rebus dia fresh gila, cicah pula dengan sos hijau dia — memang kena sepak balik sedap dia! Telur dadar pun tak boleh tinggal — luar rangup, dalam gebu, makan dengan kuah tomyam memang terbaik.

Lepas tu kami tutup dengan banana fritters dan pulut mangga – pulut dia lembut, santan cukup rasa, mangga pula manis ranum. Terus rasa macam nak order dua set!

Serius, kalau repeat Krabi lagi, confirm kami repeat kedai ni juga. Dah pun repeat sebenarnya masa gi pada  25–28 September 2025, siap duduk hotel sama, Holiday Inn.

Lepas kenyang, terus kami gi foot & shoulder massage kat tempat feveret — Ruen Sukhotai. Memang layan habis, terus hilang lenguh .


Drama queen muka tak puas hati. he he he



Panas tolak tepi, yang penting mak tetap vogue-ha ha ha




Siakap 3 rasa  padu , ranggup dan juicy ko



kegemaran besan


Pertama kali makcik makan kari Massaman kat sini nyah, terus jatuh cinta. Jam tu jugak makcik terus buka phone, google resepi—tak sabar nak cuba masak sendiri kat rumah. Rasa dia lain macam, lemak berempah tapi ada rasa kacang dan rempah Thai yang padu. Udangnya campur nenas  segar pulak tu, kuah dia pekat berkrim. Masa tu makcik macam “Eh, kenapa baru sekarang jumpa kari macam ni?”




tomyam putih


lupa, phad thai kot


kepah putih ni , sedap terasa serai teringah masa makan kat  Bagan HM, rindunya 


Kari hijau dengan daging


kerang dia sedap, kalau cicah kicap cili lagi sedap


lupa, kerabu sotong kot ha ha ha


Batang kangkung goreng ,ha ha ha


feveret cucu, tomyam putih


Pulut mangga dia padu


sotong goreng dan cik yuyi berpisah tiada. he he he



Banana fritter rangup diluar lembut di dalam nyah




Muslim Pattani

202 Ao Nang Mueng Krabi District

Krabi 

81180 Thailand

 






No comments: