Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts
Monday, 20 June 2016
lauk kering dan bercili ; menu pilihan juadah sahur
Salam Ramadhan, Selamat berpuasa pada rakan blogger semua. Muah ciked kat blog sendiri.
Sebulan sudah blog cik ina tak berupdate. Apa dah jadi ni? Tulah asyik berinstagram je hampir terlupa dengan blog sendiri kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa lagi lah takde masa nak update blog.
Berbalik pada tajuk entri ; diam tak diam 15 hari sudah kita semua berpuasa . Para ibu mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk juadah berbuka & bersahur kan. Para bapa duk diam di situ. Para ibu tak payah nak pening sangatlah. Masak ikut kudrat memasing . Hari ni cik ina nak kongsi tips memasak dengan pantas buat para ibu yang bekerja yang sibuk mana nak urus anak, urus suami, urus rumah , urus entah apa lagi kan. Insyallah tips berikut dapat membantu serba sedikit
1. Bila ada masa terluang kupas bawang merah & bawang putih , masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.[tak payah tupperware sangatlah.Mak simpan dalam bekas microwave je] huk huk huk
2. Kisar cili merah besar & cili api, masuk dalam bekas simpan dalam fridge
3.Kisar cili kering masuk dalam bekas simpan dalam fridge
4.Pastikan sos tiram, sos cili, sos tomato,tomato puri, kicap cair dan kicap pekat sentiasa ada di dalam gerobok para ibu
Ramadhan 13 juadah sahur ; ikan sardin goreng cili & baki lauk berbuka
Sardin goreng cili ni sedap, dapat meningkatkan selera makan waktu sahur. Cara masaknya pun mudah .
Sardin goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1 tin besar sardin[asing ikan sardin dan sosnya]
3 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah] main ambik je stok cili kisar dalam peti ais,senang kan.
5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [kisar kering]
1/2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ikan sardin.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos ikan sardin, air asam jawa , gula diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga kuahnya sedikit kering.
Akhir sekali masukkan ikan sardin , gaul rata dan angkat.
Masuk hari ke 15 berpuasa baru rasa berselera sikit makan sahur dengan nasi berlaukkan sardin goreng cili.
Ramadhan 14 ; juadah sahur ; ayam goreng cili , kacang panjang goreng cili dan telur dadar
Ayam goreng cili sempoi dan kacang panjang goreng cili adalah juadah sahur feveret anak cik ina.
Ayam goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1/2 ayam dibersehkan dan dipotong2 kemudian digaram kunyit dan digaul dengan sedikit sos tiram.
2 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah]
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ayam sehingga separuh masak.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga cilinya sedikit kering
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan cili.
Sekian terima kasih. panjang umur kita jumpa lagi. Semoga bulan Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua. Insyaallah.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Monday, 1 February 2016
Ayam roasted lemon & herb & ayam rosemary simple dan sedap
Salam Isnin, sibuk sangat ke cik ina?
Lately ni, banyak sangat urusan dunia yang belum selesai sampai tak sempat nak update blog kesayangan cik ina. Tapi bila mengenangkan 2 hari lepas baru cashoutkan earnings nuffnang terus hari ni cik ina bersemangat nak update blog untuk kumpul balik earnings yang dah yilek tu. Diam tak diam nok sepanjang cik ina berblogging ni dah masuk 7 kali cik ina cashoutkan earning nuffnang . Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.
Berbalik kepada tajuk entri, ekceli lama dah nak update resepi ayam roasted cik ina ni tapi tulah asyik tertangguh je. Ayam roasted cik ina ni sempoi je. Resepinya bersepah , google je. Alah zaman sekarang ni zaman internet resepi dihujung jari lepas tu pandai-pandailah adjust resepi ikut logik akal dan kesesuaian selera sendiri .yang penting "be yourself" tetibakan.ha ha ha ha
Dibawah ni antara bahan-bahan yang selalu cik ina guna untuk membuat ayam roasted lemon herb atau ayam rosemary
1.ayam[bahagian peha & kepak atau thigh]
2.lada hitam kisar kasar
3.minyak zaitun
4.fresh rosemary & rosemary kering
5.garam
6.brown sugar
7.lemon thyme
8.sage
9.rosemary
10.lemon black pepper seasoning
11.kentang Australia kuning & merah
12.carrot
13.capsicum merah
14.bawang putih parut
15.sos tiram[jarang letak]
16.bawang holand[jarang letak]
17)lemon
18)Aluminium foil
Pemarut yang sangat berjasa kepada tuannya
Ayam roasted cik ina versi malas, perap 30 minit terus masuk oven
1.gaul ayam dengan garam,sos tiram, 2 tbsp brown sugar, bawang putih parut , lada hitam kasar, rosemary kering dan minyak zaitun secukupnya. Perap 30 minit.
2)potong carrot 2 cm, cucuk kentang dengan garfu kemudian gaul dengan sedikit garam, lada hitam dan rosemary kering dan minyak zaitun.ketepikan.
Rupa ayam yang telah siap di grill selama 15 minit.Ayam rosemary versi rajin sebab siap perap dan grill sebelum bakar dalam oven.
3)Grill ayam yang telah diperap supaya bahan perapan menyerap dalam ayam.
4)Susun ayam, kentang dan carrot di dalam tray pembakar. Taburkan sedikit fresh rosemary , sage dikuti dengan capsicum dan bawang holand. Again,tabur sedikit lada hitam kasar dan rosemary kering .Letak hirisan lemon diatasnya.Percikkan minyak zaitun sebelum dibakar.
5)Tutup tray pembakar dengan aluminium foil. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 200 darjah selama 50 minit.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Friday, 16 October 2015
Tomyam ayam mudah dan ringkas : resepi untuk yang baru nak belajar memasak : part 1
Salam Maal Hijrah,
Masih tak terlewat untuk cik ina ucapkan selamat tahun baru maal hijrah 1437H kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru hijrah kali ni memberi 1001 makna buat kita semua.Bersempena tahun baru ni cik ina berjanji akan lebih aktif berkongsi resepi yang dimasak didapur comel cik ina , InsyaAllah .Pandainya cik ina menabur janji. Janji dengan pengantin baru nak update resepi nasi goreng kampung , resepi asam tumis ikan, resepi tomyam ayam sehingga sekarang masih belum cik ina tunaikan. Semua resepi tu ada dalam blog cik ina cuma sedikit outdated, bak kata pengantin baru "payah nak cari resepi dalam blog mak sebab tajuk entry mak tak boleh blah. Okey fine. Ya, cik ina mengaku tajuk entry lama cik ina banyak yang merapu. InsyaAllah cik ina akan perbaiki pada masa akan datang.hehehe.
Lately ni pengantin baru asyik tanya macam mana nak buat tomyam tu yang gigih cik ina tepek resepi tomyam.
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahan
1)1 ikat kangkung segar
2)minyak masak secukupnya
3)1 tangkai cili merah[super suka pedas boleh tambah setangkai dua cili padi]*
3)1/2 cm belacan*
4)1/2 biji bawang holland[dihiris baji]
5)2 ulas bawang putih[dicincang]
6)ikan bilis dalam 5 ekor yang dah berkopek[basuh dan toskan] kalau suka boleh jugak guna udang kering atau udang basah]
7)1 sudu besar sos tiram
Cara memasak
1)Siang kangkung, bersih dan toskan.
2)kisar bahan bertanda bintang.ketepikan
3)Tumis bahan kisar dan ikan bilis dalam sedikit minyak panas hingga naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram ,kacau sekejap
4) Masukkan kangkung , kacau serata sehingga kangkung sedikit layu.
5)Bagi yang suka berkuah boleh bubuh sedikit air. Bila kuah mendidih tutup api.
Okeylah setakat ni dulu, InsyaAllah kalau ada masa cik ina akan tambah lagi stock resepi untuk yang baru nak belajar memasak, saper yang dah pakar main jauh jauh.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Masih tak terlewat untuk cik ina ucapkan selamat tahun baru maal hijrah 1437H kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru hijrah kali ni memberi 1001 makna buat kita semua.Bersempena tahun baru ni cik ina berjanji akan lebih aktif berkongsi resepi yang dimasak didapur comel cik ina , InsyaAllah .Pandainya cik ina menabur janji. Janji dengan pengantin baru nak update resepi nasi goreng kampung , resepi asam tumis ikan, resepi tomyam ayam sehingga sekarang masih belum cik ina tunaikan. Semua resepi tu ada dalam blog cik ina cuma sedikit outdated, bak kata pengantin baru "payah nak cari resepi dalam blog mak sebab tajuk entry mak tak boleh blah. Okey fine. Ya, cik ina mengaku tajuk entry lama cik ina banyak yang merapu. InsyaAllah cik ina akan perbaiki pada masa akan datang.hehehe.
Lately ni pengantin baru asyik tanya macam mana nak buat tomyam tu yang gigih cik ina tepek resepi tomyam.
RESEPI TOMYAM AYAM
Bahan-bahan
1)1/2 ekor ayam[bahagian yang ada tulang dipotong kecik dan dibersihkan].Ketepikan
2)2 kiub tomyam[cik ina campur kiub tomyam maggi & knorr]
3)1 labu bawang holland [potong baji]*
4)3 ulas bawang putih[dihiris nipis]*
5) seketul lengkuas size sederhana [dipotong ikut suka]*
6)5 biji cili api[dibelah dua]*
7)2 batang serai [dibelah ketuk]*
8)3 helai dun limau purut*
9)1 batang carrot[potong bulat]kalau suka boleh tambah kobis bunga, jagung muda atau batang saleri, ikut suka nak letak sayur apa.
10)1.2 liter air
11)1 keping asam keping
11)1 keping asam keping
12)Garam secukupnya
Cara memasak
1)Panaskan sedikit minyak masak , tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau.
1)Panaskan sedikit minyak masak , tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau.
2)Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan ayam diikuti dengan kiub tomyam. Kecut ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra
3)Masukkan 1.2 liter air diikuti dengan carrot serta garam secukup rasa.
4)Sebelum angkat masukkan asam keping dan tutup api.
Tomyam ayam, kalau suka boleh campur makanan laut sotong, udang , ketam dan lain-lain.
Cik ina suka judukan lauk tomyam dengan telur dadar & kangkung goreng belacan
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahan
1)1 ikat kangkung segar
2)minyak masak secukupnya
3)1 tangkai cili merah[super suka pedas boleh tambah setangkai dua cili padi]*
3)1/2 cm belacan*
4)1/2 biji bawang holland[dihiris baji]
5)2 ulas bawang putih[dicincang]
6)ikan bilis dalam 5 ekor yang dah berkopek[basuh dan toskan] kalau suka boleh jugak guna udang kering atau udang basah]
7)1 sudu besar sos tiram
Cara memasak
1)Siang kangkung, bersih dan toskan.
2)kisar bahan bertanda bintang.ketepikan
3)Tumis bahan kisar dan ikan bilis dalam sedikit minyak panas hingga naik bau dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram ,kacau sekejap
4) Masukkan kangkung , kacau serata sehingga kangkung sedikit layu.
5)Bagi yang suka berkuah boleh bubuh sedikit air. Bila kuah mendidih tutup api.
Okeylah setakat ni dulu, InsyaAllah kalau ada masa cik ina akan tambah lagi stock resepi untuk yang baru nak belajar memasak, saper yang dah pakar main jauh jauh.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Tuesday, 31 March 2015
Sejenis ayam black pepper grill yang mudah dan sedap ,langkah demi langkah
Salam Selasa,
Pernah tak korang rasa letih, penat dan lain-lain perkataan yang seumpama dengannya? penat layan orang sekeliling , penat jaga hati orang, penat layan kawan plastik, penat layan kawan yang suka menabung dalam masa yang sama ada habit mengokak ,penat tengok second bos dan kawan yang berusaha nampak baik, penat layan orang yang tak berada tak habis -habis mengutuk orang berada, penat layan kawan loser,sampah, penat dengan pemilik kenderaan yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka depan rumah, penat tengok orang buat kerja separuh jalan, Penat layan orang yang depan cakap lain belakang cakap lain ,penat layan orang kuat bunyi ibarat tin kosong bunyi kuat tapi hakikatnya kosong, penat cakap dengan orang yang cakap dia je betul.Ya yang penat tu cik senah. Penat menelan kata -kata sendiri tapi satu je cik senah tak penat melayan keranah anak-anak dan masak.
Bahan-bahan
1)8 ketul peha ayam(nak dapatkan peha ayam sedondon belilah di kedai Ayamas)
2)1 1/2 sudu besar lada hitam kisar*
3)2 sudu besar sos tiram*
4)2 sudu besar madu*
5)Sedikit daun Rosemary segar*
Cara-cara menyediakannya
1)Peha ayam dicuci berseh dan disejatkan airnya
2)Gaul ayam dengan bahan bertanda *
3)Masukkan ayam yang sudah diperap dalam plastik berseh/ziplock
4)Perap paling kurang sejam.Kalau nak sedap perap semalaman barulah sebati rasanya.
Ayam black pepper grill sedia untuk dihidang
Gambar terkini adik yang semakin sihat dan comel.
Cik senah penat, rasanya cukup setakat ni , InsyaAllah kalau ada masa cik senah update lagi resepi yang mudah dan sedap. Akhir kata dari cik senah, majulah sukan untuk negara.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, 18 February 2015
Ayam goreng mengcongkam style cik senah,langkah demi langkah
Salam Rabu,
Takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Semoga Allahyarham telah pergi dalam khusnul khatimah dan dicucuri rahmat Allah SWT ,Al .Fatihah. Melihat di TV1 lautan manusia mengiringi jenazah Allahyarham Tuan guru Nik Aziz ke kubur, cik senah teramat sebak dan mengalirkan air mata. Ternyata mereka semua amat menyanjungi keperibadian Allahyarham. Umat Islam negara ni telah kehilangan tokoh ulama dan pemimpin yang berpengaruh dan disegani. Pemimpin silih berganti,tapi Almarhum Tuan guru Nik Aziz tiada galang ganti. Walaupun Allahyarham sudah tiada dan telah meninggalkan kita tapi segala pengorbanan dan jasa Allahyarham akan sentiasa tersemat dihati kita semua.
Masa cik senah di dalam bilik tengah sebak & sedu sedan menonton secara langsung upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz , tetiba suami terjengul muka pintu.Dia tanya cik selalunya cik senah masak nasi berapa cawan . Cik senah cakap buat apa nak masak nasi, pagi tadi cik senah udah masak nasi goreng. Haouk aloh ingatkan apalah yang penting sangat.Kacau daun je suami cik senah ni,tak bolehlah nak feeling sebak jap.Selang beberapa minit,suami terjengul lagi.. Dia tanya bila cik senah nak goreng ayam?. Sekejap lagi adik dah nak balik sekolah .Cik senah cakap baru pukul 11,kalau goreng awal sangat nanti sejuk tak sedap makan. Tetiba je kan suami tukar job. Cik senah terus melangkah keluar dari bilik. Takde mood dah nak tengok tv. Baik cik senah pergi goreng ayam.
RESEPI AYAM GORENG MENGCONGKAM
Bahan-bahan
1)1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar
2)2 cm halia[dikupas kulit]*
3)4 ulas bawang putih[dikupas kulit]*
4)1 biji telur
5) 1 sudu besar rempah kari
6) 3 sudu besar tepung gandum & 3 sudu besar tepung beras
Cara menyediakannya
1)Ayam dicuci berseh dan digaram kunyit
2)Kisar bahan bertanda bintang bersama sedikit air hingga halus.Ketepikan
3)Didalam satu bekas, Satu ayam, bahan kisar dan rempah kari. Gaul rata.Perap ayam sekurang-kurangnya 1/2 jam
4)Gaul ayam yang telah diperap bersama telur kemudian gaul pulak dengan tepung
Cukup setakat ni saje pengkongsian cik senah untuk hari ni, bila ada masa lapang nanti cik senah update lagi. Sebelum terlambat cik senah ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada semua penganut agama Buddha. Berhati-hatilah ketika memandu sempena perayaan tahun baru cina ni. Pandu cermat jiwa selamat

5)Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan betul2 panas
Cubalah resepi ayam goreng style cik senah ni : )
Cukup setakat ni saje pengkongsian cik senah untuk hari ni, bila ada masa lapang nanti cik senah update lagi. Sebelum terlambat cik senah ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada semua penganut agama Buddha. Berhati-hatilah ketika memandu sempena perayaan tahun baru cina ni. Pandu cermat jiwa selamat
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Tuesday, 11 November 2014
resepi mudah dan ringkas ; bendi goreng cili ohsem
Salam Selasa,
Cak !!!!! tengah buat apa tu? jangan cakap dengan odah yang korang tengah buat bodoh .Don't play play odah tengah tension ni. Entahlah , odah rasa tak aman dah nak duduk dalam opis ni semenjak kehadiran jiran lelaki yang tak diundang disebelah nun. Lokasi sebenar harus dirahsiakan bagi mengelak odah jadi bahan umpatan sorang rakan ofis tu.Rimas lemas odah Sebenarnya dah lama odah nak cerita pasal jiran tak diundang tu Tapi hati ni berbelah bagi pulak ,rasa macam nak cerita, tak nak cerita, cerita je lah. Masa mula-mula dia masuk adalah rasa macam "alamak " Baiknya budak ni ,buat kerja dia je,.Kalau orang tak tanya dia tak cakap. Kalau tanya sepatah , dia jawab sepatah. Ya, itu dulu, sekarang ni dia dah mula tunjuk belang. Belang dianggota badannya semakin lama semakin terserlah. Dia ingat Odah ni pegawai Welfare, setiap kali jumpa odah , mengadu lapar, minta karipap dan sebagainya.Budak lelaki gaji 3-4 ribu minta odah cleaner karipap , annoying giler ok. Sekali atau dua kali bolehlah odah layan kehendaknya tapi kalau dah sampai tisu lap hingus pun nak mintak odah, bukan sekali 5-6 kali u really make my blood go upstairs.Kemuncak kemarahan odah kat dia ,bila dia dengan selamba badaknya tanya odah "kak, mana biskut hari tu.? Odah terdiam 3 saat sebelum dengan penuh tenangnya menjawab "kan dah lama habis." Haish ada yang makan penampau siam jugak dengan odah nanti. Sekianlah cerita budak suka mengicak karipap. Semoga Allah SWT selalu memberi odah kesabaran
Okey, stop cerita pasal budak tut tut, odah nak cerita ketang ketung pagi tadi.Macam sedap macam sedap je tengahari tadi odah makan lauk pauk odah yang ohsem , bendi goreng cili, telur dadar, tomyam ayam dengan nasi putih . Tetiba odah terasa berada dalam lif yang odah tekan sendiri.tut tut tut
RESEPI BENDI GORENG CILI
Bahan-bahan
1)12 batang bendi muda [dicuci berseh]
2) 5 biji cili api merah [dikisar kering]
3)4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih [dihiris nipis]
4)Secubit gula & secubit garam
5)1/2 gengam ikan bilis[dicuci berseh dan toskan]
6)1/2 sudu besar sos tiram
7)Secubit gula & secubit garam
Cara memasak
1)Panaskan sesudu besar minyak masak dalam kuali, tumis bawang hiris hingga wangi
2)Masukkan ikan bilis dan tumis sekejap
3)Tumiskan cili api kisar hingga pecah minyak
4) Masukkan kacang bendi yang dihiris serong-serong terus ke dalam tumisan
5) Tabur garam dan gula, kacau guna keadah kaup balik hingga bendi sedikit empuk
6)Masukkan sos tiram, kaup balik sekejap kemudian tutup api
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau. Jangan potong bendi terlalu awal untuk mengelakkan bendi berlendir.Sebaiknya bendi dipotong setelah bahan tumis di tumis garing.
Tomyam ayam
Telur dadar simple ; Pecahkan 4 biji telur ke dalam sebuah bekas , masukkan sedikit kicap cair , secubit parsley flakes dan bawang holand yang telah didadu. Pukul sekata .Panaskan pan dan masukkan bancuhan telur. Masak hingga garing.
Sekian terima kasih, majulah sukan untuk negara

1)1/2 ekor ayam dipotong sederhana besar dan dicuci berseh
2)1 1/2 kiub sup tomyam maggi
3)1 labu bawang holland [dihiris nipis]*
4)3 ulas bawang putih[dihiris nipis*
5)2cm halia[dihiris kasar]*
6)5 biji cili api[dibelah dua]*
7)3 batang serai [dibelah dua]*
8)3 helai dun limau purut*
9)1 batang carrot kecik[potong baji]
10)1 biji tomato[dipotong baji]
11)garam secukupnya
12)600 ml air
Cara memasak
1)Panaskan 1/2 sudu besar minyak masak dan tumis bahan bertanda bintang hingga naik bau.
2)Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan Ayam ,kiub sup tomyam maggi ,tomato dan carrot .Biar ayam kecut sekejap.
3)Masukkan 600 ml air .Biar sampai carrot empuk
4)Sebelum angkat bubuh sedikit garam.Pandai-pandailah seimbangkan rasa. Jika suka masam , boleh perah sebiji limau nipis
Telur dadar simple ; Pecahkan 4 biji telur ke dalam sebuah bekas , masukkan sedikit kicap cair , secubit parsley flakes dan bawang holand yang telah didadu. Pukul sekata .Panaskan pan dan masukkan bancuhan telur. Masak hingga garing.
Sekian terima kasih, majulah sukan untuk negara
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Friday, 17 October 2014
koleksi juadah kegemaran keluarga ; ketang ketung ketang ketung meh masak ayam goreng sos tiram & kacang buncis goreng isi ayam
Salam Jumaat,
Problem betul nak update blog .Dari tadi buka blog tutup buka blog tutup .Macam ada sesuatu yang menghalang.Akhirnya update jugak, Alhamdulillah. Sebenarnya takde apa2 yang menarik pun cuma nak cerita pasal ketang ketung ketang ketung pagi tadi masak ayam goreng sos tiram dan kacang buncis goreng isi ayam.Jom intai resepi ayam goreng sos tiram dan kacang buncis goreng isi ayam
Bahan-bahan
1) Separuh ekor ayam dipotong sederhana besar[dicuci berseh]
1) Separuh ekor ayam dipotong sederhana besar[dicuci berseh]
2)*5 ulas bawang merah[dihiris
3)*4 ulas bawang putih[dihiris]
4)*Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
5)*2 cm halia[dihiris bulat-bulat]
6)10 tangkai cili padi[dibelah dua]
7)1/2 sudu kecil gula
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
6)10 tangkai cili padi[dibelah dua]
7)1/2 sudu kecil gula
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
8)3 sudu besar air asam jawa
9)3 sudu besar sos tiram
10)1/2 cawan air
Cara memasak1)Ayam digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan dua sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bahan bertanda bintang hingga naik wangi dan garing
3)Masukkan sos tiram kacau rata , kemudian masukkan air asam jawa ,cili padi dan gula.Biar mendidih sekejap
4)Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.
5)Masukkan 1/2 cawan air. Biar mendidih sekejap kemudian angkat.
Bahan-bahan
1)10-15 batang kacang buncis[Dicuci kemudian buang urat tepi dan potong serong]Ketepikan
2)1 keping dada ayam[dicuci berseh dan potong kecil kemudian gaul sebati kan dengan sedikit kicap cair . Selepas tu gaulkan isi ayam tadi dengan sedikit tepung jagung.Ketepikan
3)4 ulas bawang putih[ketuk dengan belakang parang.Buang kulit kemudian cincang]
4)Sedikit air
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)secubit kecil garam
Cara memasak
1)Panaskan 1/2 sudu besar minyak masak.Tumis bawang putih cincang hingga separuh garing
2)Masukkan isi ayam goreng sekejap
3)Masukkan kacang buncis dan taburkan garam. Masak hingga kacang buncis sedikit layu
4)Akhir sekali masukkan sos tiram dan sedikit air. Bila mendidih bolehlah diangkat.
Gunakan api kecik semasa proses menumis.
Kacang buncis goreng isi ayam
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, 10 September 2014
Berhujung minggu dengan Ayam percek sedap. Resepi ayam percek yang simple lagi sedap
7 September 2014, Ahad.....selalunya tak keluar ke mana-mana . Hanya duduk di rumah menghabiskan masa bersama keluarga .Tiada apa yang dapat membahagiakan hati seorang ibu tua yang bekerja melainkan hanya dapat merehatkan diri barang seketika. Poyokan,,,bila ada peluang berehat di rumah tak reti-reti nak gunakan peluang tu.... ada je benda yang aku nak buat . Sampai kadang -kadang tu yuyi naik rimas pantang aku bangun dia tanya aku nak ke mana. Jangan salah paham, cerita ni bukan nak menampakkan aku macam isteri yang rajin mengemas dan menghias rumah bagai ye, bab tu semua aku surrender !!. Bertuahlah para suami yang dapat isteri rajin mengemas dan menghias rumah . Kalau bab masak memasak ,aku mengaku memang rajin memasak.Tak salahkan aku mengaku.ha ha ha
RESEPI AYAM PERCEK Bahan-bahan
1)Seekor ayam potong 4 (aku prefer beli ayam yang dah siap potong ikut bahagian)
2)tiga sudu besar gula merah*
3)6 batang serai*
4)halia sebesar ibu jari*
5)1 sudu besar ketumbar*
6)6 ulas bawang merah*
7)5 ulas bawang putih*
8)1 sudu kecil serbuk kunyit*
Kisar bahan bertanda bintang hingga halus
9)3 sudu besar cili kisar
10)1 bungkus kecil santan segar[kalau takde santan segar, boleh guna 1 kotak kecil santan kara]
11)asam keping sekeping
12)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Bersehkan ayam. Buang segala lemak, dan darah beku pada ayam. Ketepikan
2) Masukkan ayam dalam kuali. Tuangkan bahan kisar,cili kisar dan asam keping ke atas ayam ,kemudian tuangkan santan. Kacau hingga ayam sebati dengan ke semua bahan.
3)Renihkan kuah dengan api perlahan hingga kuah pekat.

4)Angkat ayam dan letakkan di atas tempat pemanggang. Simpan baki kuah. Panggang ayam sambil melumur ayam dengan kuah sehingga masak sepenuhnya .[kalau nak panggang guna oven pun boleh]
5) Hidangkan ayam percek bersama lebihan kuah
5) Hidangkan ayam percek bersama lebihan kuah
Bahan perapan ayam percek
Sambal belacan cair, pedas sedap ni boleh juga dijadikan sos pencicah ayam percek(khas untuk yuyi)
lebihan kuah aka kuah percek
Ayam percek sebelum dicurah kuah percek nampak togelkan
Sayur menu wajib , aku buat sayur campur versi cik ina do do cheng.la la la la
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Monday, 1 September 2014
Selamat hari merdeka ke 57, Di sini lahirnya sebuah cinta ♥♥♥
31 Ogos 2014,Ahad, Selamat hari merdeka Malaysia tanahairku tercinta.Semoga Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, keamanan dan kemajuan. Terima kasih para pejuang kemerdekaan dan perwira negara dan Al-Fatihah buat semua yang gugur dimedan perang. Jasamu tidak terbalas.
Hari ni aku tak kemana-mana,duduk rumah melayan suami dan anak-anak je. Pagi tadi bangun terus basuh kasut sekolah Firdaus. Malas nak suruh firdaus basuh takut tak berseh. InsyaAllah bila dia masuk darjah 4 nanti baru aku suruh basuh sendiri kot. Pagi ni aku tak buat sarapan sebab takde orang makan .kalau buat kang , tak habis membazir je .Lepas setel bab kasut sekolah aku terus masak juadah makan tengahari. Masak simple je,aku buat suap dengan kacang buncis goreng .
RESEPI KACANG BUNCIS GORENG
Bahan-bahan
1)300gm kacang buncis[buang urat tepi dan potong menyerong]
2)4 ulas bawang putih[dicincang]
3)5 biji fishball [dibelah 4]
4)garam secukupnya
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)Minyak secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
2)Masukkan fishball,kacau sekejap
3)Masukkan kacang buncis. Taburkan dengan sedikit garam kacau perlahan hingga kacang buncis empuk sepenuhnya.
4)Akhir sekali masukkan sos tiram,kacau sekejap kemudian tutup api.
Kacang buncis goreng
Bahan-bahan
1)700gm ayam[dibasuh berseh]
2)2 biji kentang[dikupas kulit dan dibelah 4]
3)1 batang carrot[dipotong ikut suka]
4)5 ulas bawang merah[kupas kulit dan ketuk]*
5)4 ulas bawang putih[kupas kulit dan ketuk]*
6)2 ketul halia size sederhana[kupas kulit dan ketuk]*
7)2 sudu besar rempah sup[dibancuh dengan sedikit air]
8)1 liter air
9)1/2 ketul kiub ayam
10)Garam secukupnya
11)1/2 sudu besar lada hitam kisar
12)1 tangkai daun sup dan daun bawang[dihiris sederhana halus]
Cara menyediakan
1)Panaskan 1/2 sudu minyak kemudian tumiskan bahan bertanda bintang hingga naik bau dan agak garing
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup .Tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan ayam,kecutkan sekejap.
4)Masukkan kentang dan carrot diikuti dengan air.
5)Reneh sup ayam dengan api perlahan sehingga ayam ,carrot dan kentang tadi masak sepenuhnya.
6)Kaup sebarang buih dan minyak dipermukaan sup ayam mengunakan senduk
7)Akhir sekali perasakan dengan garam ,lada hitam kisar dan kiub ayam knorr. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan saderi di atasnya.
Sup ayam,sila abaikan hirisan daun sup yang agak tak semenggah di situ.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Thursday, 28 August 2014
Juadah makan tengahari budak budak suka ; resepi ayam kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan langkah demi langkah
Salam Khamis........................
Hari ni hari Khamis, esok hari Jumaat, tulat hari sabtu tulat lagi ahad, yeah yeah seronoklah hari sabtu, Ahad tak kerja.Entahlah... semenjak kebelakangan ni aku dah macam bosan nak kerja.hurmm mungkin sebab duit aku dah banyak kot... sejujurnya bagi aku , jawapan tu jawapan paling bangang yang boleh buat orang lain benggang.kah kah kah. Aku sebenarnya dah tak larat dah , tak tahu nak cakap macam mana. Tak payah cakaplah,kalau aku citer pun bukan korang paham. Okeylah aku nak cerita pasal juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi. Aku masak dua lauk je ,ayam goreng kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan
1)(Campuran dada dan peha)12 ketul ayam yang dipotong kecik kemudian perap ayam bersama dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan rempah kari selama 1/2 jam.
2)Tomato ceri 5 biji[dibelah dua]
3)4 ulas bawang merah[dihiris]
4)4 ulas bawang putih[dihiris]
5)12 tangkai cili api[dibelah dua]
6)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
7)Air secukupnya
Cara menyediakan
1)Gorang ayam hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali,Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3)Masukkan cili api dan tomato ,kacau sekejap.
4)Masukkan kicap kipas udang lemak manis dan air secukupnya[Kalau nak kuah lebih boleh lebihkan kicap]
5)Akhir sekali , apabila kuah kicap hampir pekat,masukkan ayam goreng tadi.Kacau sekejap kemudian angkat
Sejuk sejuk macam ni perut asyik lapar je kan. Okeylah, cau dulu nanti ada masa mak update lagi.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Hari ni hari Khamis, esok hari Jumaat, tulat hari sabtu tulat lagi ahad, yeah yeah seronoklah hari sabtu, Ahad tak kerja.Entahlah... semenjak kebelakangan ni aku dah macam bosan nak kerja.hurmm mungkin sebab duit aku dah banyak kot... sejujurnya bagi aku , jawapan tu jawapan paling bangang yang boleh buat orang lain benggang.kah kah kah. Aku sebenarnya dah tak larat dah , tak tahu nak cakap macam mana. Tak payah cakaplah,kalau aku citer pun bukan korang paham. Okeylah aku nak cerita pasal juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi. Aku masak dua lauk je ,ayam goreng kicap sempoi & baby lettuce goreng bijan
RESEPI AYAM KICAP SEMPOI
Bahan-bahan1)(Campuran dada dan peha)12 ketul ayam yang dipotong kecik kemudian perap ayam bersama dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan rempah kari selama 1/2 jam.
2)Tomato ceri 5 biji[dibelah dua]
3)4 ulas bawang merah[dihiris]
4)4 ulas bawang putih[dihiris]
5)12 tangkai cili api[dibelah dua]
6)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
7)Air secukupnya
Cara menyediakan
1)Gorang ayam hingga garing.Ketepikan
2)Panaskan minyak dalam kuali,Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3)Masukkan cili api dan tomato ,kacau sekejap.
4)Masukkan kicap kipas udang lemak manis dan air secukupnya[Kalau nak kuah lebih boleh lebihkan kicap]
5)Akhir sekali , apabila kuah kicap hampir pekat,masukkan ayam goreng tadi.Kacau sekejap kemudian angkat
Ayam kicap sempoi tapi sedap , yang penting budak budak suka
Bijan
RESEPI BABY LETTUCE (YAU MAK TAM)GORENG BIJAN
Bijan
Bahan-bahan
1)Lettuce secukupnya
2)1/2 sudu besar bijan
3)3 ulas bawang putih[dicincang]
4)Garam secukupnya
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak ,tumis bawang cincang hingga naik bau
2)Masukkan bijan, tumis hingga naik bau
3)Masukkan baby lettuce, taburkan sedikit garam ke atasnya.Kaup balik kemudian angkat

Baby lettuce goreng bijan
Sejuk sejuk macam ni perut asyik lapar je kan. Okeylah, cau dulu nanti ada masa mak update lagi.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, 27 August 2014
Juadah makan tengahari budak budak suka
Salam Rabu....
Tengah buat apa tu? Aku tengah buat buat kerja dan tengah mengantuk giler. Huk huk huk, macam mana tak mengantuk ,pukul 12 tengah malam mata masih terkebil -kebil,tangan asyik tergaru-garu kaki ,pukul 2 -3 pagi baru dapat tidur ,itu pun tak cukup lena. Letihnya ,mengantuknya ,hanya Allah je yang tau. Itu yang gigih petang petang hari ni share gambar juadah makan tengahari yang aku masak sebelum pergi kerja pagi tadi ,. sedikit sebanyak boleh gak menghilangkan rasa mengantuk kan.
Ayam masala (saki baki jamuan raya kat ofis isnin hari tu)
Kailan goreng bawang putih
Ayam goreng rempah,cara-cara nak buatnya senang je. Perapkan ayam bersama garam, serbuk kunyit ,serbuk jintan manis dan serbuk kari selama 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi sampai garing.Satu benda yang aku perasan pasal jam ni, bila aku tengah giler mengantuk lambat sangat jarum jam nak begerak ke angka 5.45 .sedih .Okeylah cau dulu.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Subscribe to:
Posts (Atom)