Thursday, 30 May 2013

Epilog Cinta Khirana cum Mencari jalan ke syurga ;tetiba je I love Tasha Shilla

Tak kenal maka tak cinta , itu pepatah yang boleh aku ungkapkan selepas pertama kali melihat lakonan Tasha Shilla dalam Samarinda terbaru    Epilog Cinta Khirana. Ekceli samarinda ni diadaptasi dari novel mencari jalan ke syurga penulis Hasliza Ismail , mungkin mencari jalan ke syurga tak berapa sesuai  dijadi tajuk cerita  untuk mengisi slot samarinda itu sebabnya ditukar  tajuk kepada  Epilog Cinta Khirana tapi  kalau cerita tu untuk mengisi  slot zehra mungkin tajuk asal novel akan dikekalkan kot. Sikit punya tinggi imiginasi aku ni. Kalau tak silap aku  samarinda ni bermula pada 28 May 2013 bersiaran  selama sejam dari pukul 10-11malam  setiap selasa hingga khamis. Tanjat, macam mana aku boleh ingat  tarikh dan waktu  siaran samarinda ni . Suami pun tanjat , awal  pagi lagi  dia tanya  apa cerita yang buat aku ralit depan tv malam tadi . Macam manalah dia tak tanjat, selama ni dia konker remote control  tv dengan tv, alih alih malam tadi aku pulak minta izin nak konker  tv dengan remote tv sekali  dalam sejam dari pukul 10 sampai 11. Wajib mention Remote control sekali, bukan apa ditakuti tengah aku syok melayan epilog cinta khirana ada pulak tangan gatal  lain yang akan  menukar chanel setiap kali waktu siaran iklan . Makcik tempe  agak marah dengan tindakan tangan yang bertanggungjawab itu. : )

Suami aku kenal sangat dengan perangai aku.  Aku jenis orang yang  susah nak melekat depan tv kecuali masa siaran berita pukul 8 malam. Suami pun  tahu aku jarang layan drama melayu tu sebabnya dia sibuk nak tahu aku tengok cerita apa malam tadi. Tak tahu nak cakap apa, aku senyum dengan pertanyaan suami. Aku syak aku suka tengok drama yang penuh  konflik , tragik atau  drama/filem yang berat dan bersahaja.Pada pemerhatian aku  sekarang ni musim produser drama/filem adaptasi  novel cinta melayu  ke drama/filem  , pada pendapat aku yang pernah menjadi pembaca novel tegar  sebelum ni , tak semua novel sesuai diadaptasi sebagai drama atau filem terutama novel yang jalan ceritanya sangat tak logik  , sangat klise  atau  novel yang membawa pembaca berkhayal menjadi puteri raja hingga singki kat rumah penuh dengan pinggang mangkuk  bertimbun  tidak berbasuh , baju kerja suami tak disediakan , habis tu kata puteri raja tak pun anak orang kaya, dah tentu-tentu tunggu bibik yang buat semua tu.  Okey , jangan lupa menonton   Epilog cinta Khirana  malam ni 10 malam TV3, lakonan mantap Tasha shilla dan Nazim Othman, ..amboi kemain lagi mak suruh mengaji malas...........tengok  samarinda laju je.
                                                                             Tasha Shilla
Nazim Othman




Sinopsis Epilog Cinta Khirana


Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar.
Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.
Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut. Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.
Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya. Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas. Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.
Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka. Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin bersikap adil. Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar?




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 29 May 2013

Ikan kerapu harimau..masak sos pun sodap

Hari ahad tu suami ikut kawan dia  memancing . Haishhh rasanya dah lamanya  tekak ni  tak merasa hasil pancingan suami .Sejak kebelakangan ni  suami tak  de rezeki nak dapat ikan.Hari ahad tu pun  suami  memancing tak dapat ikan cuma kawan dia je  yang dapat ikan..suami cakap kawan dia tu  dapat dua ekor ikan jenahak sederhana besar. Suami takdelah   frust  sangat bila  tak dapat ikan , ekceli dia saje je  ikut kawan  memancing.Nak lepas gian lah katakan .Almaklumlah sejak  kebelakangan  ni suami terlalu sibuk dengan urusan kerja sampaikan  takde masa nak pergi memancing dengan kawan-kawan .

Syukur Alhamdulillah , kalau dah rezeki tak kemana.ikan kerapu pemberian kawan suami.
1)Ikan kerapu disiang dan dicuci berseh kemudian dilumurkan dengan kicap cair dan lada sulah.
2)celup ikan dalam bancuhan telur.
3)Gaul rata ikan tadi dengan tepung jagung
Aksi berani  penerjun negara digoreng dalam minyak yang banyak
Sebenarnya resepi ikan kerapu masak sos aku ni tak boleh nak dibanggakan sangat . Masak  main campak-campak je , nak share resepi pun malu. .Bukan susah  mana pun,aku cuma tumis hirisan halia dan hirisan bawang besar sehingga naik bau .Bila  dah naik bau  ,aku masukkan sos cili padi delichef  pedas kebabom(saper suka pedas boleh letak lebih) dan sos cili life.Kacau rata semua bahan sampai sekata.Kalau pekat sangat tambah lagi sikit air, pandai-pandailah adjust.Bila sosnya dah mesra bolehlah tutup api .Angkat dan curahkan sos di atas ikan tadi.
Abaikan tangan Rosyam Noor disitu.............dengar dik Runika mampus aku kena sepak
Firdaus suka yang teramat dengan sebarang jenis ikan yang dimasak sos





Tarikh : 19 May 2013, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Menu makan tengahari





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 28 May 2013

Rindu masakan emak , walaupun emak tak reti nak masak masakan thai feveret , saya tetap sayang emak; Thai Thai tomyamnya terbaek

Pejam celik pejam celik, dah hampir 15 tahun arwah mak  pergi  menghadap ilahi,meninggalkan aku. Sedih ,, arwah mak pergi setahun  selepas pemergian abang sulung. Masa arwah abang meninggal dunia , kitaorang ambik masa yang lama  jugak  nak  bagitahu arwah mak .Lepas  arwah  tahu  yang abang sulung meninggal dunia,  dia terus sebak  dan tak berhenti-henti menangis . Aku cuba tenangkan diri, aku tak nak lemah   depan arwah. Aku perhatikan kesihatan arwah mak semakin merosot sejak arwah abang meninggal .Setiap saat arwah  tak pernah lupa  arwah abang dan setiap saat mulutnya tak lekang menyebut  nama arwah abang. Hampir setiap hari arwah  menanyakan soalan yang sama, abang ko mana?, abang ko dah makan ke?, abang ko dah balik ke?.the moral of the story .Ibu mana yang tak sedih bila kehilangan anak buat selama-lamanya  dan ibu mana yang tidak sayangkan anak???.arghhhhkalau dia tak sayang kita sejurus kita dilahirkan , dipijaknya  kita  bagi mampus.Esok bila mak kita dah pergi menghadap ilahi masa tu pangkat, wang berjuta berbillion, harta menimbun pun dah tak bernilai.

Akhir kata sebelum mata terpejam buat selama-lamanya,  hargailah orang tersayang......................
Tempat wajib posing
Mari berdansa bersama Firdaus
Mari berice skating bersama Firdaus,opss maaf saya tak pandai berice skating
wajah keletihan
Ingat pesanan akak, apa-apa pun keluarga kena diutamakan.Hargai sebelum terlambat
Tak lama lagi nak periksa, tu yang tekun baca ipad.
Jom tengok bikers kental
Fried rice crab meat
Tomyam seafood terbaek,

 Tomyam seafood
 Cari dimana
Honey dew juice
mocha blended
lemon grass
mineral water

Creamy Butter prawn
Stir fry beef ginger onion

Mango S.Rice






Sekadar luahan hati

Tegarnya hati seorang ibu ; Tidak adakah  sekelumit perasaan  kasihan, simpati dihatinya   bila melihat anak yang dikandung selama 9 bulan  sedang  dirundung nestapa serta  dicaci , dimaki hamun dan diherdik masyarakat.

Tegarnya hati seorang anak ; Tiada adakah sekelumit perasaan bersalah dihati anak yang tergamak  membuat hati ibu terluka .Tiada seorang ibu pun sanggup melihat anaknya ditimpa kesulitan.

Aku rasa tak salah sebagai  seorang ibu nak  minta maaf dengan anak kalau kita salah.  Demi kebahagian sesebuah keluarga dan demi menjamin  masa depan anak tu apa salahnya kita mengalah. Tak rugi pun mengalah dengan keluarga sendiri.











Date : 26 May 2013, Ahad
Lokasi : Thai Thai Sunway Pyramid
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Bowling longkang ; Teknik asas bermain bowling dari pemain bowling amatur


Sementara menunggu filem Bikers kental bermula, sempatlah juga kitaorang menghabiskan sekitar 2-3 jam bermain bowling di Sunway Mega Lanes bowling centre. Sebenarnya aku nak story  satu kisah benar , okey  korang janji jangan ketawa dengan kisah ni......  korang tahu tak??? kali pertama dan terakhir aku main bowling ialah pada tahun 1988 manakala  bagi yuyi dengan Firduas  ini merupakan  pengalaman kali pertama main bowling. Apa tunggu lagi , bola bowling dah ditangan.........Manafaatkanlah masa yang ada sebaik mungkin ye dak..............

Pemain bowling amatur sedang menunggu giliran...haktuiiiii
yeah!! yeah!!! itu dia balingan strike kemudiannya terus menjurus ke longkang .Tak pelah janji tak melantun ke lane lane
yeah!! yeah!!!  itu dia bakal pemain bowling negara sedang memberi tunjur ajar kepada pemain-pemain bowling  amatur.Ini lebih kepada ketam mengajar anak berjalan betul.
Bakal pemain bowling negara-pelan pelan kayuh
Ini bukan Zanda Aziela pemain bowling negara
 
Gaya seorang pemain bowling amatur selepas membuat satu balingan yang menghasilkan strike.yeah yeah yeah

Yuyi suka beli tiket wayang secara  online. Selalunya dia beli  tiket online MBO   harbour place  atau tiket  online TGV Jaya Jusco Bukit Tinggi .Tapi  memandangkan pada hari ahad tu MBO offline dan dia pulak  ada terdengar   ura -ura yang Aaron Aziz dan beberapa artis nak datang ke Jaya Jusco Bukit Tinggi untuk  memeriahkan ulang tahun pertama  mustika HD  astro  maka terpaksalah dia membeli tiket wayang TGV online  Sunway Pyramid  demi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan melancarkan pergerakkan.
muka blur?????????????

Abang next week  kita tengok cerita ni ye........
Gaya seorang bikers kental???????????????.Salute , seat  kat TGV Sunway Pyramid tersangatlah empuk



Date : 26 May 2013, Ahad
Lokasi : Sunway Mega Lanes, TGV Sunway Pyramid
Peristiwa: Jalan-jalan cuti sekolah





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 23 May 2013

Jawablah diakhirat nanti...




Bila tekak dah teringin  nak makan sesuatu masa tu mulalah ketamakkan merasuk diri. Rasanya sebelum ni aku belum pernah lagi memborong  macam ni punya banyak bom pisang.Jelas sekali aku tamak. Tipah tertipu....huk huk huk melihat kepada rupa paras bom pisang itu  nampak sedap sekali. From now on aku kena pasak dalam otak tagline  "rupa yang indah tidak semestinya menjanjikan rasa yang sedap". Seriously buat pertama kali dalam hidup aku merasai kelainan bom pisang. Rasa pahit berlawanan dengan rasa masam  bom pisang itu  membuatkan aku agak trauma setahun nak makan bom pisang .


Bukan senang nak senang ,bila kita dah memilih mencari rezeki dengan berniaga makanan , buatlah cara berniaga makanan betul-betul . Tapi sekarang ni, aku perhatikan kebanyakkan  perniaga makanan hanya mementingkan keuntungan sahaja tanpa  mementingkan kualiti  dan kesedapan makanan. Sebenarnya peniaga dan pembeli mempunyai hubungan yang rapat serta memerlukan antara satu sama lain,tiada peniaga tanpa pembeli dan  tiada pembeli tanpa peniaga. Masing-masing ada kewajiban yang harus dilaksanakan dan ada hak masing-masing yang harus dipenuhi  jadi peliharalah amanah dan tanggungjawab masing-masing.




Yang berkhidmat bukan yang berhormat


makcik bom pisang @ makcik tempe












Tarikh : 9 May 2013, Khamis
Lokasi : Tempat kerja, Kedai makan MPK Pulau Indah
Peristiwa : Jalan-jalan cari breakfast







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak . 

Wednesday, 22 May 2013

cara untuk mengelak kita dari memaki hamun rakan sendiri

Semalam aku  balik kerja lambat. Lambat balik kerja tak bermakna aku banyak kerja atau terlebih rajin kerja. Orang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri macam aku ni, balik kerja awal dengan balik kerja lambat tak membawa apa-apa makna atau erti kepada aku.Orang yang menumpang macam aku ni kenalah  sedar kekurangan diri dan kena sentiasa bersabar dan redho.Bila orang yang kenderaannya aku nak tumpang tu nak balik lambat , aku yang sipenumpang ni tak berhak nak menghalang. Lainlah kalau aku naik teksi  masa tu bolehlah aku balik sesuka hati ye dak.

 Berbalik pada cerita aku balik kerja lambat semalam. Rakan sekerja yang selalu aku tumpang balik  kerja cuti semalam . Pada pada mulanya aku cadang nak tumpang kereta rakan sekerja lain yang agak rapat dengan aku tapi memandangkan dia nak balik awal sebab nak pergi check up pregnancy ,maka  terpaksalah aku membatalkan niat nak menumpangnya .

Last kopek aku terpaksa menumpang kereta kipas susah mati bos aku. What should I do??? buat bodoh. Lebih kurang pukul 5.30 petang aku bagitahu  dia yang aku nak tumpang kereta dia balik kerja.Dia cakap dia belum tahu lagi nak balik pukul berapa, dia cakap selalunya dia tunggu bos balik dulu. Aku cakap kat dia yang aku tak kisah nak balik pukul berapa pun.Mulut aku cakap tak kisah tapi dalam hati berbakul -bakul sumpah seranah, kutuk dia kaki bodek , kaki ampu, kaki kipas waima segala macam kaki yang ada dalam dunia ni  .

Tapi satu benda pasal diri aku yang orang lain tak tahu InsyaAllah Allah SWT tahu , aku ni  suka cepat sedar diri , muhasabah diri, sedar kekurangan diri. Aku belajar bersyukur dan kena  berterima kasih di atas kesudian mereka yang menumpangkan aku pergi dan balik dari kerja.Hidup ni singkat je , masa pun tak banyak kalau boleh aku naklah buat baik pada orang, tak nak ada rasa iri hati dengan kebahagian dan kejayaan orang lain, sentiasa berusaha membuang perasaan dengki khianat dan segala macam perbuatan yang  mengandungi keburukan , baik besar maupun kecil.  Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunilah dosaku, bagilah aku waktu untuk diri aku, membaiki diri dan iman  : (.

Bila aku dah memilih untuk memanjakan  diri di SPA, makan sedap direstoran mewah , makan angin kat luar negara puiii Langkawi pun belum sampai lagi, shopping barang ditempat orang kaya puii Pavillion pun belum sampai lagi  dari membeli sebuah kereta , kenalah tanggung risiko bila menumpang kereta  orang .

Berbalik pada cerita aku balik kerja lambat semalam.Aku sampai rumah  nak dekat  pukul 7.45 malam.Sebelum sampai ke rumah, aku singgah beli makanan kat kedai makan berdekatan dengan rumah. Aku beli nasi goreng ayam dengan karipap je

Karipap panas terbaek.Aku beli 5 ketul je.
Nasi goreng ayam aku beli dua bungkus je
Berehat sebentar melepas lelah
Jus oren untuk menghilangkan dahaga



Tarikh : 21 May 2013, Selasa
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 21 May 2013

Jus honeydew terbaek dari ladang

Aku peminat tegar honeydew dalam bahasa melayunya  tembikai susu. Macamlah orang tak tahu honeydew tu tembikai susu.ha ha ha ha .so what. Petang Jumaat lepas aku senyum sampai ke telinga bila nampak  suami  bawak balik honeydew .Boleh tahan besar honeydew  tu . Proses pengupasan kulit honeydew  hinggalah proses pembelahan honeydew semuanya suami yang buat, he he he. Dosa dera suami hambik ko  dapat honeydew tak berapa manis. Redo jelah tapi kalau mengikut kata orang tua-tua makin panas cuaca makin manis la rasa buah terutama buah tembikai . Sekarang ni kan cuaca panas  alah kenapa tak berapa manis.Dosa tau tak pelah dah tak de rezeki nak makan honeydew manis, nak buat macam mana.

Bila  honeydew dah tak berapa manis  jadi kuranglah orang nak makan. Bila kurang orang nak makan, kenalah aku  cari jalan untuk menarik minat orang nak makan . Jalannya bukan  jalan bertar mahupun jalan bersimen , Jalannya ialah dengan membuat jus honeydew.kah kah kah


Baki  honeydew yang tinggal, yang lain semua aku  buat jus
Kisar honeydew yang sudah dibuang kulit dan biji
Sila abaikan dapur ku yang berselerak, beri fokus kepada senyuman anakku yang manis menawan.
 
Susu ideal memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan jus honeydew terbaek dari ladang

Cara menyediakannya

1)Masukkan 4 sudu susu ideal ke dalam bekas yang berisi jus honeydew-kacau sekata
2)Tambah air gula(gula pasir  yang dimasak dengan air)-ikut suka kalau nak manis bubuh lebih
3)Nak extra sejuk  tambah ais batu
Tengah-tengah panas macam ni nampak  ais, sejuk je rasa tekak terus hilang dahaga
Adik, masa  ibu  ambik gambar jangan pandang  macam tu boleh tak?. spoil je tau adik ni : )
Habis manis sepah dibuang. Jangan tak tahu, sepah tulah yang berguna boleh buat masker muka, kumpulan sepah pulak boleh buat lawak.
Jangan pandang remeh terung kecil ni....ia memiliki tekstur yang lembut dengan rasa manis.Goreng dengan udang kering pun sodap

Bahan-bahannya
1)Lebih kurang 12 biji terung bulat size kecil-dibelah dua , dibasuh,dibelah dua dan digaul dengan sedikit garam
2)5 tangkai cili kering dikisar bersama 3 biji bawang merah
3) 4 ulas bawang putih-dicincang
4)lebih kurang 1/2 genggam udang kering -dibasuh dan dituskan air kemudian dikisar sederhana halus
5) 1 sudu besar sos tiram
6)1 sudu kecil gula

Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak, deep fry terung tu
2)Angkat dan susun dalam pinggan sesuai
3)Tumis bawang putih cincang  sehingga naik bau dan agak garing-guna api sederhana
4)tumis cili kisar sehingga pecah minyak
5)Masukkan sos tiram diikuti dengan gula-tumis sekejap
6)Tambah sedikit air kacau dalam 2-3 minit
7)Tutup api, angkat dan curah kuah di atas terung tadi
terung kecil goreng udang kering 
Syukur Alhamdulillah separuh  ikan pari ni pemberian kawan suami,separuh pun separuh janji fresh , rezeki jangan ditolak ye dak .Semenjak dua menjak ni suami aku sibuk kerja sampaikan tak de masa nak  pergi memancing .

Ingatkan nak masak asam tumis ikan pari tapi jemu pulak  asyik lauk asam tumis je.Fikir punya fikir...akhirnya ikan pari tu aku masak sambal.
Abaikan seketul ikan pari yang tak bersalut sambal itu.

Sekali sekala makan nasi dengan sambal  ikan pari  layan gak .Resepi sambal ikan pari aku ni simple je macam sambal ikan yang lain gak.





Tarikh : Malam 17 May 2013 , Petang jumaat& 18 May 2013, Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiawa : Menu makan tengahari



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

kek kopi yang besa besa je untuk minum petang


Sejak arwah mak dan adik beradik  dah tak de jarang aku buat minum petang.Teringat dulu masa mak dan  adik beradik aku  masih ada,waktu  petang pada setiap  hujung minggu  masing-masing  merengek-rengek minta dibuatkan lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis  tak pun cekodok ikan bilis  untuk  minum petang. Aku ni  walau penat macam mana pun , jarang sekali menolak segala permintaan adik beradik. Sedih bila difikirkan balik sejujurnya aku rindu gelak tawa dorang tapi tak pelah sekurang-kurangnya ada juge  benda yang aku buat dapat  membahagiakan dorang.

Petang sabtu yang lepas tetiba je mode nak buat kek kopi  untuk  minum petang come back.Lebih kepada mood teringat orang yang dah tak de agaknya : (



Tulun abaikan rumahku yang  berkepau lampau tu. Anak terunaku yang  terpaksa memegang mesin pemutar kek bila maknya  bizi nak ambik gambar : ) 

Bahan-bahan untuk kek kopi besa besa 
1)250 gm butter scs
2)150-200 gm gula kastor
3)4 biji telur
4)200 gm self raising flour  

5)1/2 tsp double action baking powder
6)1 tbsp  susu ideal
7)1tbsp perasa kopi

Cara menyediakannya

1)Pukul butter dan  castor sugar  hingga kembang
2)Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga habis

3)Masukkan perasa kopi 
3)Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memutar dengan kelajuan tahap 1

5)Masukkan susu ideal sambil memutar dengan kelajuan tahap 1
4)Kacau rata dan masukkan ke dalam acuan yang dah dilengser dengan sedikit butter.Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit

kek kopi siap untuk dibakar
Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius
kek kopi yang dah siap dibakar
kek kopi besa besa ni sedap dimakan bersama  secawan nescafe panas








Date : 11 May 2013,Sabtu

Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa :  Menu minum petang





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang