Salam petang selasa, meroti kita : )
Roti : kegilaan cik ina sekarang ni. Bukanlah terror sangat buat roti tapi okeylah janji ada rasa roti , lembut , dan boleh dimakan.Janji , lepas sarapan pagi atau minum petang keluarga . Siapa yang sebelum ni buat roti tapi tak berapa nak jadi roti dan tak berapa nak lembut , hanya boleh ditatap tapi tak boleh dimakan, jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi sehingga berjaya.Kalau boleh, uli dan ramas-ramas doh depan tv sambil tengok sinetron. Tak moh tension-tension. InsyaAllah roti tu akan jadi roti, lembut kebabom.
Rupa doh selepas direhatkan sejam
Resepi roti/bun burger
Bahan-bahan
250gram tepung high protein*
50gram tepung gandum*
2 sudu besar susu tepung penuh krim[cik ina guna susu nespray]*
1 sudu kecil garam*
1 biji telur[kacau, tinggalkan sedikit untuk buat sapu atas permukaan roti]*
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu besar margerin/mentega
100ml airUntuk kilatkan roti bagi nampak cantik
Baki telur dicampur dengan 1 sudu kecil fresh milk dan secubit gula. Kalau takde susu segar, korang bancuh je 1 sudu kecil susu tepung penuh krim dengan sedikit air dan secubit gula
Cara membuat
Bancuh air suam[lebih kurang 50ml] dan gula kemudian letak yis.Kacau dan biar hingga berbuih.ketepikan
Dalam satu bekas, satukan bahan bertanda bintang.Masukkan bancuhan air gula dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.Air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil yang memuaskan.Pandai-pandailah adjust doh, kalau lembik ,tambah tepung sikit dulu , uli sampai doh tak melekat kat tangan. Mak uli pakai tangan nok sebab malas nak basuh mixer. Saper ada bread maker lagi senang kerja.
Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut.
Rehatkan doh selama sejam. Tutup dengan kain atau plastik
Selepas sejam,uli roti sekali lagi dan bahagikan doh. Bulatkan mengikut besar yang korang suka
Atur roti dalam loyang yang telah dilengser mentega. Perap sehingga roti naik 2 kali ganda
Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan atas roti
Bakar selama 18 ke 20 minit.
Selepas diangkat masa roti tengah panas,sapukan mentega atasnya supaya nampak kilat
Roti homemade mungkin tahan sehari dua sebab tak diletakkan sebarang bahan pengawet. Selepas 2 hari , jika masih ada baki roti jangan dibuang. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam fridge.Kalau nak lebih selamat, buat roti untuk sekali atau dua kali makan.*tangan didada mata ke atas*
Roti/bun tadi boleh buat egg benjo atau burger, terpulang pada citarasa masing-masing
Heavennya rasa dapat makan benjo dan minum teh 0. Abaikan cawan yang tak berpiring .Biasalah tu cawan dan piring tak reti duduk setempat.hukhukhuk
Sekian terima kasih, panjang umur jumpa lagi.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .