10 April 2024 1 Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2024, makcik menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandai ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah laku yang tidak disengajakan. Seperti tahun2 sebelumnya insyaallah makcik beraya dirumah je, tunggu anak, menantu ngan cucu datang beraya
9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam kul 8 pagi. Sampai RNR Nilai , rasanya Nilai, makcik lupa. Faktor usia kot. Singgah sekejap, isi perut . Makcik makan nasi lemak ngan Nescafe panas. Tak sedar diri minum manis. ha ha ha Dalam kul 11.45 sampai Melaka kat area kedai roti canai arang , Cik yuyi terus call kedai roti canai kayu arang tanya bukak lagi ke tak. Rezeki kitaorang, kedai bukak lagi . Ekceli kedai tu tutup kul 12. Gambar makan2 kat roti canai kayu arang tak tahu kat saper.Kalau jumpa makcik update pasal kedai roti canai arang tu ya.
Lepas makan roti canai kayu arang, menantu terus shoot ke double tree Melaka , check in. Berehat jap solat, dalam kul 3.30 kuar makan kat Atlantic nyonya restoran.
Posing mak2
Atlantic Nyonya restoran ada 3 cawangan kat Melaka
Tengok dekorasi restoran, kat dinding dia lekat dulang dulu2 , tiber teringat dulang arwah mak, tak tahu gi mana dulang tu sekarang. Dulu time kenduri tak yah pinjam jiran guna dulang sendiri.
Buku menu makanan
Cik yuyi cakap lepas ni boleh repeat Melaka 2 hari 1 malam. Cukuplah wat ghaso2. Gi lama2 bosan
Menu untuk 8 orang makan termasuk 2 org budak tecit , telur dadar, sambal sotong petai, cili padi petai ikan bilis, cencaluk, sambal belacan, acar nyonya, Jenahak nyonya asam, Lorbak, Ayam pong teh, Salad hijau goreng
Jenahak nyonya asam ok lah cuma cair sikit
Ayam pongteh untuk budak tecit
Salad hijau goreng
Special pineapple rice, makan camtu je pun sedap
Acar nyonya, masam sikit
Lorbak dia sedap
Asam udang dengan nenas, sesuai selera.Sedap
Nyonya cendol tuk cik yuyi , ada durian , untuk besan yg besha
Tanda blogger tegar , mesti banyak entry yg ditaip dlm draft, mcm makcik.ha ha ha.Korang sabar jap, makcik update satu persatu. Makcik mula ngan entry cerita buka puasa ramadan 2016, mesti korang nak sepak makcik laju laju kan. Sepak lah makcik tak marah. Huk huk huk
2016 budak form 3 , darjah 5, badan masih bambam. Cik yuyi baru setahun kahwin
Alo alo budak form 3 omei dan bambamnya .Masa ni nasi menjadi peneman setia. Budak form 3 dan nasi berpisah tiada
Atas meja ketam sweet sour, roti mantou goreng, lala steamed ginger & garlic,nasi goreng cina,siakap steamed limau,shark fin soup, ayam goreng.
Kalau korang perasan, di rumah makcik jarang masak seafood terutama ketam. Tu yg bila makan kat restoran seafood , cik yuyi order banyak seafood.
Menu makanan kat sini sedap2 terutama seafood, harga pun berpatutan . ,one of the best seafood restaurant in town gitew
Restoran Subang ku
Lot 68, Jalan Lapangan Terbang Subang Terminal 3
47200 Subang
Selangor
Yuyi ngan family setiap hujung minggu bermalam kat rumah mamy. Kalau takde aral melintang petang sabtu sampailah dorang kat rumah . Dorang sampai je selalunya terus bawak mamy keluar beli barang keperluan rumah . Barang basah macam ikan, ayam , sayur mamy tak beli, cik yuyi beli untuk mamy kat pasar rumah dia . Hari sabtu dia hantar ke rumah mamy.
Selalunya lepas beli barang kita orang gi JJCM. Mamy nak throwback sikit JJCM bulan 11 tahun lepas masa ni shopink kat sunway pyramid. Lepas shopink cik yuyi ajak makan kat bubba gump, katanya dah lama tak makan kat situ. Kalau tak silap mamy last kitaorang makan kat bubba gump tahun 2012 kat curve Damansara.
Gud job budak upsr sentiasa komited dengan tugas sebagai photographer. Huk huk huk. Sejak usia mamy makin kertu ni , mamy malas dah nak ambik2 gambar. Sekarang ni tugas ambik gambar mamy serah kat budak upsr ngan cik yuyi
signage atas meja ni kalau merah tulis stop forrest stop untuk panggil waiter, ada satu lagi signage biru tulis run forrest run untuk suruh waiter blah cepat
Menantu mamy makan chicken fingers
Dapat kid meal free dengan setiap main course dewasa. Budak upsr makan southwestern fried chicken, gambar lupa ambik. Portion besar , budak upsr makan tak habis siap tapau bawak balik
Chocolate chip cookie sundae, lepas makan mamy rasa macam hilang sebelah kaki
Cik yuyi makan salmon & veggie skillet
Masa ni mamy tengah tak sedap badan, takde selera nak makan. Mamy bagi cik yuyi je order tuk mamy. Dia order kan mamy fish & chips.Mamy makan pelan2, syukur Alhamdulillah kenyang .
21 November 2016.....tarikh yang mungkin aku takkan lupakan sampai bila-bila . Tarikh yang sungguh menguji naluri keibuan Memandangkan aku jenis yang agak kurang gemar berkongsi cerita-cerita sedih & duka kehidupan makanya biarlah kejadian yang berlaku pada tarikh tersebut aku simpan kemas dalam lipatan sejarah hidup aku .Syukur Alhamdulillah, selepas 8 bulan dari tarikh berlakunya kejadian segalanya pulih seperti sedia kala dengan izin Allah SWT.
Cerita pasal blog ; lama sungguh blog aku ni terbiar tanpa diberi perhatian .Seriously, aku kecewa deñgan diri sendiri. Aku tak update blog serajin dulu. Harap-harap lepas ni aku akan lebih rajin dan lebih bersemangat untuk mengupdate blog aku yang tak seberapa ni. Insyaallah.
Ok, kembali kepada tajuk entri ; setelah sekian lama tak melibatkan diri dalam menjayakan hari kantin/usahawan sekolah , akhirnya pada 13 Nov 2016 aku , cik yuyi dan suaminya datang bersama sibusyuk masyam untuk turut sama memeriahkan hari kantin. Memang tersangatlah happening melihat pelbagai gerai antaranya gerai burger, gerai nasi ayam, gerai buah-buahan, gerai ayam goreng & kentang goreng, gerai pelbahgai minuman gerai pelbagai kuih muih dan macam-macam lagi. Selain tu terdapat aktiviti permainan, antaranya rumah hantu, rumah sesat, pemainan dalaman dan macam-macam .Yang bestnya siap ada zoo mini lagi.boleh gitu.
Jom layan gambar yang sempat aku ambik sepanjang hari kantin berlangsung.
nampak tak??? sibusyuk masyam berbaju kuning tengah happy giler mak dengan akak layan dia hari ni.
Rambang mata tengok makanan, habis kupon RM30, topup lagi kupon
Pestime tengok zoo mini.tetiba aku jadi teruja...
Sekian terima kasih, nanti kalau ada masa aku update lagi.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Cerita JJCM malam minggu; Petang sabtu, selepas puas berlegar -legar tanpa tujuan di OU Damansara, perut masing-masing mula berkeroncong terutama perut sibusyuk masyam. Dia asyik mention jew dia last makan pukul 1 lepas balik tusiyen. Aku cakap kat dia , bulan puasa tahan lapar jew sahur subuh berbuka malam . Adik mula tarik muka. Saje jew aku mengusik. Sementara cik yuyi belum decide nak makan mana? Aku belikan dulu adik 5 ketui kuih buat lapik perut di nyonya kalers.
Selepas berhempas pulas berfikir, akhirnya cik yuyi cakap dia nak makan kat lala chong ara Damansara. Aku memang malas ahhh nak fikir makan mana . Penat, aku tukang makan jew. Kalau tak silap aku, tahun lepas dia pernah ajak aku makan kat sini tapi masa tu tutup. Dari OU nak ke lala chong dekat lah sikit.Cuba dari rumah aku, fikir 2 3 kali nak pegi .
Pengantin lama : )
Muka orang tak sabar tunggu makanan sampai
Sementara menunggu makanan yang kita order siap , dorang hantar kacang dan jeruk mangga asam boi dulu.
Ayam lemon , nasi goreng cina dan lala kam heong terbaek
Ketam sweet & sour , feveret cik yuyi. Kalau ke restoran seafood tak sah cik yuyi tak order ketam.
Butter prawn berkuah, feveret menantu dan anak. Bihun goreng tu aku order tapi berusik pun. Tetiba rambang tekak, nasi nak bihun goreng pun aku nak. Akhirnya...tapau bawak balik rumah.
Lepas ni boleh makan kat sini lagi. Servis tip top , makanan & minuman cepat sampai dan seafoodnya fresh, harga berpatutan , pelayannya mesra alam .Dan yang penting tempat cuci tangan dan tandasnya berseh. Sorry.... perangai aku ni buruk sikit, aku suka nak mengukur tahap kebersihan tempat makan dari toilet.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Sebenarnya aku nak bawak sibusyuk masyam mandi manda masa cuti sekolah hujung tahun 2016 tapi tergendala sebab keluarga aku ditimpa sedikit ujian dari Allah SWT . Hampir dua bulan sudah sejak peristiwa 21.11.2016 yang lalu, Syukur Alhamdulillah segalanya beransur pulih.
Berbalik kepada tajuk entry, memandangkan hari Isnin cuti CNY, pagi ahad , semalam aku ambik kesempatan membawa ahli keluarga mandi manda kat Wet World Shah Alam. Bunyik ahli keluarga macam ramai kan. Sebenarnya takde lah ramai sangat , cuma 4 orang jew.
Sampai Wet World lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kalau hari cuti tak payah cakaplah, memang panjang giler orang beratur nak beli tiket . Nasib baiklah cik yuyi dengan somi rajin nak beratur.Sementara menunggu dorang beratur beli tiket cik yuyi suruh aku dengan si sibusyuk masyam duduk dalam kereta.Hurmmm lega, semenjak dua menjak ni kaki aku bukan larat sangat nak berdiri lama-lama...
Setiap kali ke sini, cabana silver no 4 menjadi pilihan cik yuyi kerana sewanya berpatutan dan yang penting terletak berdekatan dengan locker, kaunter masuk dan bilik persalinan. Tapi semalam bila tengok cabana silver no 4 tu, aku kecewa, harganya naik 2 kali ganda kononnya dinaik taraf menjadi cabana gold sebab ditambah kerusi rotan, peti ais kecik & peti keselamatan . Houk aloh , macam tak berbaloi jew bayar mahal duduk tak sampai 8 jam. Apa kejadahnya pulak nak berpeti ais bagai bukannya nak bermalam kat situ kan. Jadi, cik yuyi sewa cabana silver jew , harga okey yang penting ada kipas dengan lampu.
Aku jadi penunggu cabana jew. Lately ni , tak berapa sihat jadi tak larat nak mandi manda. Tulah bila jadi penunggu asyik makan jelah kerja aku. Lagilah dalam ni banyak tempat beli makanan .Tapi of cos lah harga tu memang mahal dari biasa. Sebekas bihun goreng atau nasi lemak sekali dengan tin air RM9. Nak kata rasa sedap sangat takde lah , kata orang boleh makan lah. Cuma aku nasihat jagung RM5 secawan tu jangan beli tawar hebeh.
Aku sendiri tak paham macam mana aku boleh nak beli nasi lemak kat dalam wet world ni.
Berendam puas-puas dik, lepas ni tak tahu bila lagi dapat berendam lepas ni..
Sementara temankan aku beli makanan sempat lagi dia berendam,hurmmm
Dah lama kan aku tak tepek bideo . Insyaallah selepas ni aku akan lebih aktif mengambil bideo dan menepek di sini.tetiba kan... Itu janji aku , Insyaallah.
Kaplamyanga dalam air pun nak meeting, biasalah kan
Sibusyuk masyam tunjuk skil mengisi air dalam baju .hehehe
Akak adik sama naik
Cukup setakat ni je untuk hari ni. Nanti ada masa aku update lagi. Sekian terima kasih.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .