Wednesday, 6 March 2013

Royal Selangor Yacht Club,mee hailam terbaek

Aku ingin menyintaimu dengan sederhana dan seadanya .Maafkan aku wahai  suami, aku hampir lupa tentang besdaymu .Jangan kata aku sengaja tidak mengingatkannya.  Aku tahu aku tak sempurna, aku tahu aku keras kepala, sepatah kau cakap sepuluh patah aku jawab .Tapi aku baik hati kan kan, aku rajin masakkan kan . Maafkan aku jika aku bukan isteri romantik yang kau idamkan selama ini. Aku juge bukan seorang yang pandai mengekspresikan kasih sayang,  tak pandai nak tunjukkan kasih sayang pada suami dan anak-anak  walaupun aku tahu aku sayang sangat sangat ketat ketat dengan mereka. Akhir kata semoga hidupmu diberkati Allah SWT, dimurahkan rezeki dan   dipanjangkan umur.Amin Terima kasih kerana sudi belanja isterimu makan .

Cerita dua hari lepas  ; Lokasi : Royal Selangor Yacht Club Peristiwa ; makan-makan -Berfikir secara sihat walafiat , aku dapat masuk dan makan di sini atas tiket suami aku kerja dekat -dekat sini.

Gambar agak tidak memuaskan ,masa ni bateri kamera low jadi aku ambik gambar mengunakan handphone

Firdaus tak biasa minum fresh orange yang sedikit masam.Suami aku kata omputih memang tak suka minum manis.
Walaupun dimana dia makan , tak boleh tinggal nasi goreng cina
Salah satu posing feveret Firdaus
 
Aku order Fish & chip
Terbaek mee hailam yang suami aku order ni. Tetiba je aku rasa menyesal  order Fish & Chip


Jarum jam  mencecah hampir pukul 10.30 malam, esok Firdaus sekolah kena balik cepat. Sebelum balik aku  tapau sebungkus bihun goreng  dan  mengambil beberapa keping gambar Firdaus dan kawasan sekitar situ.
Sukanya tengok air



kapal layar mewah dan bot mewah

Posing terakhir sebelum balik

Sambil hentak- hentak kaki, Pening , tak tahu nak belikan  hadiah apa untuk besday suami kali ni.Hey !!makcik tempe macamlah kau pernah belikan hadiah besday untuk suami kau?? kwang kwang kwang , Alah relexlah , dua bulan lepaskan  aku ada  belikan dia Kickers Posh Bag , tu kira hadiah harijadilah kan?kira aci lah aku buatkan dia kek  besday je.
 
aku buat  kek butter blueberries sebagai asas kek besday
Kemudian aku make up kan menjadi kek butter blueberries cheese tabur
Sepotong kek butter  blueberries  cheese tabur (amboiii panjangnya nama kek) sebagai tanda cinta kasih sayang pada suamiku. panggggg makcik tempe sejak bila kau pandai menjiwangkan diri ni.Tak bagi can langsunglah korang ni.



Jumpa lagi..............





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .