Friday 1 November 2013

Resepi sempoi dan mudah ,langkah demi langkah; sup ayam berkentang & ayam goreng mencongkam

Dua hari lepas balik kerja aku singgah my mydin beli  sedikit barang basah dan kering. Semenjak Firdaus ada dirumah  aku kena pastikan yang  kedua-dua barang tu sentiasa mencukupi. Bila  semua bahan mencukupi nak masak apa pun senang. Aku ni pantang sikit....bila  tengah syok syok masak tetiba ada satu bahan tak cukup  masa tu otomatik  aku angin satu badan ...mood memasak terus  menjunam....

Pagi tadi mood memasak aku  dah terlebih......
Bahan-bahan
1)6-7 ketul ayam sederhana besar dicuci berseh
2)3 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih dan 2 cm halia  dihiris/mayang
3)1 sup bunjut adabi
4)800ml air
5)3 biji kentang sederhana besar dikupas kulit dan dipotong baji
6) sebatang kayu manis dan sekuntum bunga lawang
7)Sedikit hirisan daun saderi
8)Garam
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan hiris, sup bunjut, kayu manis dan bunga lawang  hingga naik bau
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan air diikuti dengan kentang dan ayam.
3)Reneh sup ayam dengan api perlahan  hingga ayam dan kentang empuk
4)Kaup sebarang buih dan minyak daripada sup ayam mengunakan senduk
5)Akhir sekali perasakan dengan garam.Tutup api dan taburkan dengan  daun saderi.
Sup ayam berkentang

Ayam goreng mengcongkam
Sementara menunggu sup ayam tadi masak sepenuhnya kita boleh tanak  nasi dan perap ayam goreng mengcongkam dulu : )

Bahan-bahan
1)6-7 ketul ayam sederhana besar dicuci berseh dan digaul, secubit lada sulah berperisa,garam  dan rempah kari .(instead of kunyit)
2)4 ulas bawang putih dan 2 cm halia dihiris dan dikisar kering
3)4 sudu besar tepung jagung
Cara menyediakannya
1)Perap ayam yang telah digaul garam, rempah kari dan secubit lada sulah berperisa bersama bahan kisar
2)Perap selama 30 minit
3)Gaulkan ayam yang telah diperap dengan tepung jagung dan goreng  hingga garing
Goreng dalam minyak panas sehingga garing tetapi dengan mengunakan api sederhana
Ayam goreng mencongkam jiwa nama diberi :  )

Percayalah sambal belacan dan sup ayam sangat memerlukan antara sama lain : )

Bahan-bahannya
1)segengam cili api merah(saper suka pedas boleh buh sepikul)
2)3 biji cili besar merah
3)3 cm belacan- dibakar sedikit
4)4 biji limau kasturi dibelah dua
5)gula dan secubit serbuk perasa
Cara menyediakannya
1)Kisar kering cili api, cili besar  dan belacan hingga lumat
2)Masukkan ke semua bahan kisar tadia ke dalam mangkuk
3)Perahkan limau kasturi
4)Perasakan dengan gula dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
by hook or by crook seisi rumah kena  makan sayur
Firdaus  kalau makan nasi kena ada sup atau  tomyam  berladung  : )






Tarikh : 1 November 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa Juadah makan tengahari





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )