Salam Selasa,
Dengar cite po po po (maaflah mulut cik senah ni berat nak teruskan perkataan tu. Sukar sesukar rasanya) aka sipenyebar & siperakam video zamani legend sudah dimaafkan oleh tuan punya badan . Tulah, lenkali sebelum buat tu fikir dulu guna otak, bukan kepala lutut. Ni cik senah nak pesan , Kalau dah rasa diri kita ni susah sangat nak buat kebaikan, janganlah buat jahat walaupun sekali . Salute dengan Zamani sebab baik hati nak maafkan sipenyebar & siperakam. Dan sedikit nasihat kepada sipenyebar & siperakam ,jadikan peristiwa tu sebagai iktibar agar tidak mengulangi kesilapan sama waima kepada mat pit bawah jambatan,mat rempit dan pesalah -pesalah yang lain. Cik senah sentiasa percaya yang kekerasan, keganasan, membuli ,mengherdik & memaki hamun bukan cara yang sesuai untuk mendidik dan memberi peringatan kepada pesalah terutama pesalah remaja~Cik senah sentiasa memerhati dari jauh~
Okeylah kita tinggalkan dulu cerita zamani legend & video,marilah mari kita melayan gulai daging cik senah. Gulai daging really make me gelak gelak broken perut(oh my english).OMG masa somi menambah lagi gulai daging ke dalam pinggannya dia tanya cik senah "yang!!kat mana beli daging kambing ni? Cik senah glurpp telan air liur yang takde.Ek eleh apa kena somi cik senah ni nyanyuk ke?atau mungkin gulai daging cik senah terlampau sedap sampaikan dia tak dapat beza daging kambing dengan daging lembu.
Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit : )
RESEPI GULAI DAGING CARA CIK SENAH
Bahan-bahan
1)Anggaran 800gm-1kg daging lembu dibersehkan,kemudian dipotong kecil dan digaul bersama serbuk kunyit
2)rempah 4 beradik [bunga lawang ,jintan manis ,jintan putih , cengkih, kayu manis & buah pelaga] dan daun kari
3)5 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 2cm halia, 2cm lengkuas,1cm kunyit hidup, 2 [dikisar halus]
4)5 sudu besar cili kisar
5)4 sudu besar rempah kari-dibancuh dengan sedikit air
6)asam keping[sekeping]
7)800ml santan[santan dari sebiji kelapa]
8)2 biji kentang-dikupas dan dibelah dua
9)1 sudu besar gula merah
9)1 sudu besar gula merah
10)garam secukupnya
Cara-cara memasak
1)Tumis rempah 4 beradik [bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga] dan daun kari hingga naik bau
1)Tumis rempah 4 beradik [bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga] dan daun kari hingga naik bau
2)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing
3)Tumis cili kisar hingga pecah minyak
4)Kemudian masukkan rempah kari- Tumis sekejap
5)Masukkan daging-Gaul rata dan biar daging mesra dengan bahan rempah.
6)Masukkan santan diikuti dengan kentang- Biar kentang agak empuk
7).Perasakan dengan 1 sudu besar gula merah dan garam secukupnya
7).Perasakan dengan 1 sudu besar gula merah dan garam secukupnya
Ehem ehem my gulai daging
Gulai daging dengan sambal belacan ibarat irama dan lagu ianya tak dapat dipisahkan
Dah lama rasanya cik senah tak goreng bayam. Bayam goreng
Takde ulam-ulaman, timun pun dah okey : )
Sedapnya makan nasi dengan gula daging, kena pulak ada ikan masin,somi duk sebelah pun tak perasan.
Setakat ni je cerita cik senah untuk hari ni. Cik senah akan update lagi jika ada masa terluang. Akhir kata majulah sukan untuk negara.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .