Friday 19 January 2018

Restoran Santan Bangi-Nasi lemak saiko kini di buka


Restoran Santan Bangi

*_Kini Di Buka_*📢

Restoran : *Santan - Nasi Lemak Saiko* 🍽

Hari : Sabtu

Tarikh : 20/01/18i

Waktu Operasi : 5 p.m - 1 a.m

5 Vendor Utama *SANTAN*

*Nasi Lemak Saiko*
 🍗🍳🍛🥤 _Hidangan *Nasi Lemak Daun Pisang* dengan lebih 21 jenis lauk ; Sambal Sotong, Kerang, Udang, Rendang Ayam, Ayam Goreng Rempah, Sambal Telur Puyuh, Begedil, Paru Goreng, Sotong Goreng Tepung Crispy & banyak lagi..._

*Satay Salam*
🥩🍗 _Satay Ayam, Daging & Kambing dengan resepi asli dari Kajang dan Banting_

*Western CT Kitchen*
🥩🍔🍟 _Chicken Chop, Lamb Chop, Prawn Cocktail, Steak, Burger & banyak lagi hidangan Western yang melelehkan air liur anda_

*Selera Darul Naim*
🍜🍲🍤 _Hidangan COLEK Kelantan ; Sotong, Ikan, Keropok Lekor, Cucur Udang & hidangan istimewa Char Kuey Teow Kerang_

*Desserts*
🥧🍦🍰 _Akhiri hidangan Tuan/Puan dengan Brownies Aiskrim dan Waffle Aiskrim kami yang di bakar "fresh" dihadapan pelanggan_

*Lokasi:* 📍
Teras Jernang.Berhadapan dengan lot kedai-kedai dan sebelah Homestay Warisan. https://g.co/kgs/vRndzk
📞0196428684 / 01119779791

👉http://SantanNasiLemakSaikoLokasi.wasap.my http://SantanNasiLemakSaikoLokasi.wasap.my ▶ Click untuk tanya lokasi
















Sunday 14 January 2018

Sardin campak2 feveret anak


Hari ni budak form 1 ada gerko , sibujang keja pagi jadi mamy kenalah bangun awal  wat brekpes ngan masak lauk bekal sibujang  nak bawak gi tempat keja.  Ikut badan tak larat rasa  nak tido terus tapi tak sampai hati plak nak biar dorang keluar rumah ngan perut kosong. Mamy gigihkan jugak diri  ni bangun masak. Mamy masak yg sempoi2 je, nasi goreng campak2, telur mata goreng kicap, sardin goreng campak2, lepas tu mamy masak nasi sikit . 

Tempat mamy duk ni hujan tak benti2 , cuaca sejuk  macam duk london .Air paip pun sejuk. Bercinta nak mandi.  Sejuk2 semedang perut  lapau, masing2 duk berulang makan. Sementara menunggu cik yuyi datang bawak mamy gi shopink barang dapur ,  diam tak diam 3 kali mamy makan nasi . Lepas shopink barang dapur , cik yuyi bawak mamy makan kat black canyon, nasi jugak mamy tala. Hurmm  tak tau nape , ni pestime mamy dalam sehari 4 kali mamy makan nasi. Ni semua gara2  sardin campak2 hahaha


Sardin campak2




Sardin goreng cili api campak2
Bahan2
1 tin sardin besar[asing sos]
10 tangkai cili api
1 biji tomato belah 6
Garam dan perasa secukupnya
Asam jawa secukupnya
Bahan hiris/tumis
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara2
Tumis bahan hiris , cili api dan tomato hingga layu
Masukkan ikan sardin, masak hingga agak garing
Masukkan sos sardin dan asam jawa
Perasakan dengan garam dan perasa  secukupnya
Masak hingga  kuah sardin agak pekat
Tutup api dan angkat

JJCM di Bubba Gump Shrimp Co, Sunway Pyramid


Yuyi ngan family setiap hujung minggu bermalam kat rumah mamy. Kalau takde aral melintang petang sabtu sampailah dorang kat rumah .  Dorang sampai je selalunya terus bawak mamy keluar beli barang keperluan rumah .  Barang basah  macam ikan, ayam , sayur mamy tak beli,  cik yuyi beli untuk mamy kat pasar rumah  dia . Hari sabtu dia hantar ke rumah mamy.
Selalunya lepas beli barang kita orang gi JJCM. Mamy nak throwback sikit  JJCM bulan 11 tahun lepas masa ni shopink kat sunway pyramid. Lepas shopink cik yuyi ajak makan kat bubba gump, katanya dah lama tak makan kat situ. Kalau tak silap mamy last kitaorang makan kat bubba gump tahun 2012 kat curve Damansara.

Gud job  budak upsr  sentiasa komited dengan tugas sebagai photographer. Huk huk huk. Sejak usia mamy makin kertu ni , mamy malas dah  nak ambik2  gambar. Sekarang ni tugas ambik gambar mamy serah kat budak upsr ngan cik yuyi



signage atas meja ni kalau merah tulis stop forrest stop untuk panggil waiter, ada satu lagi  signage biru tulis run forrest run  untuk suruh waiter blah cepat



Menantu mamy makan chicken fingers


Dapat kid meal free  dengan  setiap main course dewasa. Budak upsr makan southwestern  fried chicken, gambar lupa ambik. Portion besar , budak upsr makan tak habis siap tapau bawak balik


Chocolate  chip cookie sundae, lepas makan mamy  rasa macam hilang sebelah kaki

Cik  yuyi makan salmon & veggie skillet



Masa ni mamy tengah tak sedap badan, takde selera nak makan. Mamy bagi cik yuyi  je order tuk mamy. Dia order kan  mamy  fish & chips.Mamy  makan pelan2, syukur Alhamdulillah kenyang . 

Tuesday 9 January 2018

Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018



Cepat sungguh masa berlalu. Mamy rasa macam baru semalam tahun 2012  mamy teman sibongsu gi hari  orientasi tahun 1 pejam celik pejam celik jumaat lepas 29.12.2017 mamy teman sibongsu gi hari orientasi  form 1 plak. Maka pada tahun 2018 bermulalah kehidupan siboungu sebagai pelajar sekolah menengah. Mamy tak tahu nak cakap sedih ke gembira ke terharu ke , yg pasti dah besar dah sibongsu mamy. OMG habis sekolah jadi org bujang plak. Mamy keseorangan menghabiskan sisa2 kehidupan bertemankan kenangan indah semasa anak2 mamy kecil. Dah lah tak nak cite lagi ,mamy sedih.



Throwback tahun 2012 , di hari orientasi tahun 1 sibongsu. Demoknya sibongsu masa ni. Ekcited sungguh cik yuyi sibongsu masuk tahun 1


Acara wajib, balik dari orientasi gi makan2

Throwback  29.12.2017 hari orientasi form 1 sibongsu

Sibongsu semakin kuwus almaklumlah budak2 baru nak up

Budak form 1 ngan pak akob . Pak akob gigih menahan nafas untuk menyembunyikan perut yg semakin membuncit.hahaha

Budak2 baru nak up


Acara wajib balik dari orientasi gi makan2 





Mamy terjebak ngan kfc chizza ala pizza, ni semua gara2 iklan tv.sumpah sekali jelah mamy beli.tang mana pizzanya???

Pengikut Tegar : )