Showing posts with label juadah sahur. Show all posts
Showing posts with label juadah sahur. Show all posts

Thursday, 23 June 2016

Juadah sahur memikat selera anak


Salam Nuzul Al-Quran,


Syukur Alhamdulillah, ramadhan 17 sudah. Masa  sentiasa mencemburui, terutama masa kita  bahgia, gembira, seronok. Cuba masa kita susah & derita terasa lambatnya masa beredar..kan.lebih2 lagi  masa menunggu waktu nak balik kerja dalam bulan puasa.  Bila jalan jam hati dah mulai risau, sempat ke masak untuk juadah berbuka? Biasalah para ibu suka merancang dalam bulan puasa ni terutama merancang menu berbuka dan bersahur. Masa tengah bersahur  dah mula fikir nak masak apa untuk  berbuka kan. Baik mengaku cepat!!!!Masa bulan puasa lah memasing rajin masak tahap gaban. Segala tok nenek lauk pauk & kuih muih  kita nak buat.hehehe .Cik ina nak kata rajin masak pun tak .ikut mood jugak. Cumanya  masa bulan puasa ni semangat masak cik ina  lain macam punya mari. Sanggup cik ina bangun 4 suku masak juadah sahur je pun , sanggupkah bangun  buat amal  ibadat, jangan lupa  undi tau ustazah pilihan.......

Hasil bangun 4 suku .

Ramadhan 17 juadah sahur ; ikan selar goreng kicap kering & kacang panjang goreng cili.

Ikan selar goreng kicap kering
Bahan-bahan
3 ekor ikan selar [disiang dan dibersihkan kemudian digaram kunyit]
2 kuntum bunga lawang & 2 biji buah pelaga
5 biji cili api[belah 2]
3 biji bawang [dihiris]
3 ulas bawang putih [dihiris]
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Kicap kipas udang [kuantiti kicap terpulang pada citarasa masing2]
Cara memasak
Panaskan minyak, goreng ikan separuh garing.ketepikan
Tumis bunga lawang, buah pelaga dan bawang hiris hingga naik bau
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos tiram, kacau sekejap kemudian masukkan kicap kipas udang dan sedikit air.Biar kuah kicap sedkit kering
Akhir sekali masukkan ikan goreng diikuti dengan cili api.kacau hingga semua ikan bergaul dengan kicap. Tutup api dan angkat.

****************************************************

Cik ina goreng kacang panjang cili untuk melengkapkan juadah sahur

Kacang panjang goreng cili
Bahan-bahan
10-15 batang kacang panjang[kerat pendek, cuci dan tuskan]
2 biji cili merah besar[tumbuk halus]nak kisar pun boleh cik ina ni spesis malas basuh mesin kisar
2 biji bawang merah& 2 ulas bawang putih[tumbuk kasar]
5 ekor ikan bilis[tumbuk kasar]
Secubit garam & gula
1 Sudu kecil sos tiram
cara memasak
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang tumbuk  & ikan bilis tumbuk hingga naik bau
Masukkan  cili, kacau sekejap kemudian masukkan kacang panjang.
Tabur secubit garam. Goreng kacang hingga separuh empuk.
Masukkan sos tiram dan tabur secubit gula.Kacau sekejap dan terus angkat.









Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi Insyaallah. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada semua.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 20 June 2016

lauk kering dan bercili ; menu pilihan juadah sahur


Salam Ramadhan, Selamat berpuasa pada rakan blogger semua. Muah ciked kat blog sendiri.

Sebulan sudah blog cik ina tak berupdate. Apa  dah jadi ni? Tulah asyik berinstagram je hampir terlupa dengan blog sendiri kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa lagi lah takde masa nak update blog.

Berbalik pada tajuk entri ;  diam tak diam  15 hari sudah kita semua berpuasa . Para ibu mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk juadah berbuka & bersahur kan. Para bapa duk diam di situ. Para ibu tak payah nak pening sangatlah. Masak  ikut kudrat memasing . Hari ni cik ina nak kongsi tips memasak dengan pantas buat para ibu yang bekerja yang sibuk  mana nak urus anak, urus suami, urus rumah , urus entah apa lagi kan. Insyallah  tips berikut  dapat membantu serba sedikit
1. Bila ada masa terluang kupas bawang merah & bawang putih , masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.[tak payah  tupperware sangatlah.Mak simpan dalam bekas microwave je] huk huk huk
2. Kisar cili merah besar & cili api, masuk  dalam bekas simpan dalam fridge
3.Kisar cili kering  masuk dalam bekas simpan dalam fridge
4.Pastikan  sos tiram, sos cili, sos tomato,tomato puri,  kicap cair dan kicap pekat sentiasa ada di dalam gerobok para ibu



Ramadhan 13  juadah sahur ; ikan sardin goreng cili & baki lauk berbuka 

Sardin goreng cili ni sedap, dapat  meningkatkan selera  makan waktu sahur. Cara masaknya pun mudah .

Sardin goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1 tin besar sardin[asing ikan sardin dan sosnya]
3 sudu besar cili  kisar[cili api campur cili besar merah] main ambik je stok cili kisar dalam peti ais,senang kan.
5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [kisar kering]
1/2  sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ikan sardin.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos ikan sardin, air asam jawa , gula  diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga kuahnya sedikit kering.
Akhir sekali masukkan ikan sardin , gaul rata dan angkat.



Masuk  hari ke 15  berpuasa baru rasa berselera sikit makan sahur dengan nasi berlaukkan sardin goreng cili.


Ramadhan 14 ; juadah sahur ; ayam goreng cili , kacang panjang goreng cili dan telur dadar

Ayam goreng cili sempoi dan kacang panjang goreng cili adalah juadah sahur feveret anak cik ina.

Ayam goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1/2 ayam dibersehkan dan dipotong2  kemudian digaram kunyit dan digaul  dengan sedikit sos tiram.
2 sudu besar cili  kisar[cili api campur cili besar merah]
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1  sudu kecil gula
 garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ayam sehingga separuh masak.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga  cilinya  sedikit kering
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan cili.











Sekian terima kasih. panjang umur  kita jumpa lagi. Semoga bulan Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua. Insyaallah.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 22 June 2015

Juadah sahur mudah dan ringkas budak-budak suka

Salam Ramadhan


Sempena  ramadhan bulan yang penuh barakah ni, syukur Alhamdulillah cik ina semakin rajin update blog. Harap kerajinan cik ina berkekalan . Tapi biasalah, bila update blog dalam bulan ramadhan ni  ceritanya berkisar lebih kepada masak,juadah sahur dan juadah berbuka. Cakap pasal sahur ni,ada dua pilihan bersahur. Sahur dengan makanan berat-berat dan sahur dengan makanan ringan dan mudah. Terpulang pada citarasa masing2. Sesiapa yang memilih bersahur dengan makanan berat -berat bolehlah buat nasi goreng cina yang macam cik ina  buat ni.


Resepi nasi goreng cina
Bahan-bahannya
1)4 cawan nasi
2)1/2 biji bawang holand[dipotong nipis]
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)1 keping fish cake[dipotong nipis]
5)3 helai daun kobis panjang[dihiris  nipis]
6)4  biji telur 
7)kicap cair secukupnya
8)lada sulah
9)minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak, tumis  bawang holand  dan bawang putih  hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan fish cake ,kacau sekejap..
3)Masukkan kobis panjang dan kacau sedikit
4)Ketepikan bahan dalam kuali ke  tepi kuali.Pecahkan telur ,biar  ia mengeras sedikit baru dikacau. Biarkan telur  sedikit garing.
5)Masukkan nasi sejuk-Gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul 
6)Perasakan dengan kicap cair dan lada sulah. Titiskan minyak bijan  beberapa titis .
7)Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum.





Cik ina guna kicap cair yuen chun



Nasi goreng cina ni tak pedas sesuai untuk budak-budak

Kalau suka boleh layan nasi goreng cina  bersama kicap cili (Hirisan cili api bersama kicap cair) 


Ayam goreng ni  atas permintaan adik. Buatnya mudah je, suku bahagian ayam belah peha ,  dipotong kecil kemudian dibersihkan dan digaul dengan garam dan rempah kari. Biarkan sekejap kemudian  goreng ayam tadi hingga garing.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 20 June 2015

Rahsia adik kekal bertenaga sepanjang bulan ramadhan

Salam ramadhan,


Bukan rahsia kak ton ye, rahsia adik .Syukur Alhamdulillah hari ni dah  masuk hari ketiga kita berpuasa. Kengkawan tengah buat apa tu? Cik ina tengah update blog. Hehehe. Lepas sahur dan buat apa yang patut buat cik ina terus tidur  dengan adik sampai pukul 11. Bangun tidur terus kemas rumah ,lepas tu basuh kasut sekolah adik. Adik pun tolong  cik ina kemas rumah sekali. Salute adik .bertenaga sungguh dia  dalam bulan puasa ni .Kalau nak bertenaga macam adik , boleh amalkan minum jus tok guru dan makan kurma semasa sahur.


Dah hampir setahun adik amalkan minum jus tok guru,Alhamdulillah adik tak mudah letih dan  takde lagi mengantuk kat sekolah walaupun malam dia  tidur  lewat .


Adik memang tak pernah miss makan kurma semasa sahur dan berbuka puasa.


Adik masa sahur hari pertama puasa. Suker tau tunjuk gigi.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 17 June 2015

Selamat datang Ramadhan 1436H ,selamat berpuasa semua,kipidap dongibab


Salam  Rabu,

Pejam celik pejam celik, esok kita mula  berpuasa.Seronoknya bulan puasa, dapat rehat sikit , dapat jimat duit,masa ,tenaga tak payah pening kepala nak fikir ,pagi nak buat sarapan apa? tengahari nak masak apa? merdeka.. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan  yang baik  agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan lebih  baik dari tahun sebelum-sebelumnya, InsyaAllah.Kepada semua yang mengenali cik ina   terutama saudara mara dan sahabat handai  ,sempena menyambut  bulan ramadhan esok hari  ,cik ina  dengan  rendah hati  ingin memohon  maaf  andai  ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris perasaan  selama kita kenal.

Cakap pasal puasa ni, kalau tak cakap pasal makan memang tak sah. Semalam cik ina masak sardin kicap untuk juadah tengahari.  Masakan sardin  memang laku kat rumah cik ina  terutama masa  sahur.


ikan Sardin goreng & kentang goreng


RESEPI SARDIN MASAK KICAP
Bahan-bahan
1)1 tin sardin cap ayam[asingkan ikan dan sos/kuahnya]
2)1 labu bawang holland[dihiris bulat-bulat]
3)3 ulas bawang putih[dihiris]*
4)1/2 inchi halia[dimayang halus]*
5)1 batang kayu manis & 1 kuntum bunga lawang)*
6)6 tangkai cili api[dibelah dua]
7)1/2 sudu besar pada hitam kisar
8)2 biji kentang[dipotong baji]
9)kicap kipas udang lemak manis secukupnya
10)sekeping asam keping
Cara memasak
1)Gorang ikan sardin .Ketepikan
2)Rebus kentang sehingga empuk.Kemudian goreng.Ketepikan
3)Panaskan minyak dalam kuali, Tumiskan bahan-bahan bertanda bintang hingga naik bau.
4)Masukkan sos sardin,kicap kipas udang secukupnya,  cili api ,hirisan bawang holland dan  lada hitam kisar kemudian kacau, biarkan kuah mendidih.
5)Akhir sekali ,masukkan ikan sardin goreng , kentang goreng dan asam keping . Kacau sekejap, tutup api, angkat dan hidangkan.


Sardin kicap cara cik ina do do cheng

Sardin kicap cik ina judukan dengan hirisan timun jepun dan telur dadar bawang















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .