Showing posts with label juadah berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label juadah berbuka puasa. Show all posts

Friday, 6 March 2026

Kembali ke Cameron Highlands Selepas 13 Tahun – Singgah Iftar di Stellar GoldenHill Cameron -stellar cafe

 Feb 2026  Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terakhir makcik ke Cameron Highlands pada tahun 2013.Cerita lama makcik masa ke Cameron Highlands tahun 2013 dulu masih ada dalam blog ni. 

Kalau nak baca balik, makcik letak link di bawah:

Cameron Highland 1
Cameron Highland 2

Cameron Highland 3

Masa tu umur Daus baru 8 tahun. Percutian keluarga masa tu memang ada kenangan yang makcik susah nak lupa. Sepanjang perjalanan balik dari Cameron Highlands, Daus pening kepala dan muntah tak berhenti. Dari situ makcik terus trauma sikit dengan jalan berliku Cameron tu. Lepas kejadian tu, makcik memang terus buat keputusan tak nak datang Cameron Highlands lagi.

Diam tak diam, rupanya dah 13 tahun berlalu.

Akhirnya pada bulan February 2026, makcik kembali juga ke Cameron Highlands. Kali ni datang semula bila umur Daus dah 21 tahun. Dah besar panjang dah budak tu, tak macam dulu masa kecil selalu pening kepala bila lalu jalan berliku.

Makcik pun fikir, mungkin dah sampai masa untuk bagi peluang balik ke Cameron Highlands. Nak tengok balik tempat-tempat lama, hirup udara sejuk Cameron, dan tengok sama ada jalan Cameron masih buat makcik trauma atau tak.

Satu hari di bulan February, makcik berbuka puasa di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands. Kat sini ada set menu berbuka, iaitu Menu 1 dan Menu 2. Makcik pilih Menu 1.

Dalam set tu ada soup kambing, ikan patin tempoyak, udang sambal, ayam percik, taufu telur, sayur jawa, rojak buah dan juga ulam-ulaman. Untuk air pula, makcik dan Daus minum teh tarik dengan ais kosong.

Soup kambing memang sedap. Daging dia lembut dan kuah pun padu. Udang sambal pun best, udang fresh dan isi manis. Ikan patin tempoyak pun not bad, kuah dia agak pekat dan rasa tempoyak memang terasa.

Ayam percik tu makcik tak sempat rasa sebab Daus yang makan. Dia kata ok-ok je.

Harga pula bagi makcik berpatutan dengan portion makanan yang dapat. Keseluruhan set memang puas makan dan sesuai untuk berbuka.



Di Stellar GoldenHill bukan sekadar tempat makan sahaja. Kawasan dia agak luas dan ada beberapa kemudahan untuk pengunjung yang datang makan atau menginap.

Di sini ada glamping dengan beberapa jenis khemah, selain caravan untuk penginapan. Ada juga kafe dan kawasan makan dengan konsep santai.

Untuk yang menginap, mereka juga boleh buat BBQ atau steamboat. Selain itu ada juga outdoor cinema dan beberapa aktiviti santai seperti board game, dart dan tengok bintang.

Secara keseluruhan, Stellar GoldenHill memang sesuai untuk datang makan, lepak santai atau menginap sambil menikmati udara sejuk Cameron Highland





Walaupun dah gelap, sempat lagi Daus posing ambil gambar



Dekorasi di Stellar GoldenHill nampak simple tapi cantik. Konsep dia lebih kepada outdoor, jadi suasana memang santai. Meja makan banyak di kawasan luar, jadi boleh makan sambil rasa udara sejuk Cameron Highlands.

Waktu malam suasana lagi cantik sebab ada lampu-lampu hiasan yang digantung di sekitar kawasan. Bila lampu dah menyala, tempat ni nampak cozy dan tenang.

Di kawasan sini juga ada glamping, caravan dan tapak khemah, jadi nampak lain sikit daripada restoran biasa. Keseluruhan tempat dia memang sesuai untuk datang makan sambil lepak santai dengan keluarga atau kawan-kawan.



Kat satu sudut ada juga disediakan bahan bacaan. Kalau nak duduk santai atau tunggu makanan, bolehlah baca-baca dulu



Sementara tunggu makanan sampai, Daus sempat juga ambil sebuah buku 




 Makcik nampak juga orang yang sewa glamping dan caravan santai kat sini. Suasana nampak tenang je, memang sesuai untuk lepak-lepak.






Teh tarik dia kurang kaw sikit, tapi bolehlah. Cuma bagi makcik rasa manis sikit







Daus cakap patin tempoyak dia pun not bad. Kuah tempoyak agak pekat dan rasa sedap juga. Isi ikan lembut, makan dengan nasi panas memang ngam.



Popia dan karipap dia nampak warna tak berapa menarik, tapi rasa dia sedap juga. Kulit rangup dan inti pun ok. Kadang-kadang rupa biasa je, tapi rasa memang sedap






Alamat:
Stellar GoldenHill
Lot 13 & 9, Jalan Golden Hills 1
Golden Hills
39000 Brinchang, Cameron Highlands
Pahang, Malaysia



Friday, 28 March 2025

Sheraton Hotel Petaling Jaya. nak rasa vibe2 buka puasa kat hotel

 22 March 2025-23 March 2025(cerita fresh from farm, sebelum ni asyik throwback je) Salam Ramadhan 

Makcik ajak Daus menginap semalam di Sheraton PJ. Saja lah, rasa bosan berbuka puasa di rumah. Kalau tak silap, tahun lepas pun sama—bulan Ramadan makcik menginap di PJ Hilton. Makcik memang suka duduk di hotel sekitar PJ sebab makcik gemar makan di Restoran Sederhana, yang menyajikan masakan Padang dan terletak berhadapan dengan Hilton PJ

Dulu, makcik rajin berbuka puasa di luar. Tapi sejak dah berumur ni, tak kuasa lagi. Makcik lebih suka bungkus lauk dan berbuka di rumah.

Makcik sampai di Restoran Sederhana dalam pukul 4 petang, waktu tu mereka tengah sibuk membungkus lauk. Makcik pun order lauk-lauk kegemaran makcik dan Daus—ikan, ayam goreng berlado, teri petai berlado, ikan masak lemak (feveret makcik dan Daus, pergh mantap, ambil bahagian ekor), rendang daging, kari kambing, dan terung berlado (tapi sampai hotel tengok tak ada pula). Nasi putih pula makcik beli dua bungkus.Lauk-pauk yang makcik beli boleh dipanaskan semula untuk sahur. Makcik panaskan guna multifunction gaabor.

Lepas buka puasa sekitar 9.30 malam, makcik dan Daus ke Ayu Borneo SS14 untuk urutan kaki dan bahu selama 1 1/2  jam. Balik berurut , makcik singgah di Syed Bistro tapau sayur, roti canai, dan Nescafe tarik.


Sampai di Sheraton PJ pukul 3, terus parking dan check-in


Assalamualaikum 


Daus yg setia menemani makcik. Kalau dia dah ada  gefren , tak tahu lah kan , nak temankan makcik lagi ke idak.he he he


Makcik beli binocular ini di Decathlon tahun ini, sebab yang lama dari Pak Akob dah rosak.


Tak sia-sia beli Gaabor, sangat membantu untuk memanaskan lauk.he he he


Bawak beg besau, mengalahkan org duk hotel  3 4 hari. He he he


Mcm biasalah, toilet dia confirm berseh, cuma makcik tak bolehlah toilet yg takde getah paip 






Makcik book  guest room, tiber harga murah . selalunya Sheraton semedang mahal


Bilik bersih & kemas.
 selimut satin 
Aircond terkunci 19°C, sejuk gila! .best.ha ha ha










Ada bath tub nyah, jarang sgt  rega bilik mur2 ada bath .he he he


Daus suka selimut dia, lembut. Satin nyah kalau tak lembut, tak tahulah kan


Petama kali tengok mini peti ais cemgitu





Daus pakai bag yg cik yuyi bagi makcik. Berkenanlah tu... 



Lauk tuk buka puasa & sahur, beli kat Restoran Sederhana 


Makcik sukalah teri petai ni, pertama kali makan terus jatuh cinta


Perhangat kari kambing tuk sahur. Daus cakap masin, takut makcik nak makan


Masa ni nak sahur


Ikan masak lemak tu sedap. Kuah dia sedap. Tak tahu nak cakap rassa



Juadah buka puasa





Sheraton Hotel Petaling Jaya
Lorong Utara C, PJS 52
46200 Petaling Jaya
Selangor



Monday, 18 July 2016

Puding roti mudah cara cik ina do do cheng


Salam syawal 1437 H 2016.....


12 syawal sudah, baru terkial -kial nak update blog kan. Kepada saudara mara, ada saudara mara ke? hurmmm sahabat handai , rakan blogger semua cik ina mengucapkan selamat  hari raya aidilfitri , cik ina minta maaf  kalau ada salah silap terkasar bahasa selama kita kenal di alam realiti mahu pun di alam maya.kosong kosong ya.

Hurmmm lately ni cik ina bizi sungguh sampaikan nak update blog pun takde masa. Entah apa yang dibizikan pun cik ina tak tahu. Nak kata bizi ngan anak, anak semua dah besau besau. Nak kata bizi kat tempat keja, tipu sangatlah kan. Nak kat bizi layan laki, memang tak ahhh. Kalau korang terperasan semenjak berinstagram cik ina mulai jarang update blog kan.Harap harap selepas ni cik ina semakin rajin ke sini. Banyak sungguh entry yang tengah  queue dalam draft untuk  di publish. Sekarang ni bulan syawal, takpe kan kalau cik ina update entry bulan ramadhan. Pelan pelan kayuh,  dalam hidup ni kita harus berani  menerima penderitaan dan kesusahan tapi biarlah bertempat. Sengaja  menempah penderitaan dan kesusahan, tu bengap bin bahalol  namanya . Allah SWT bagi akal guna bukan letak kat lutut nok. Lari tajuk sudah. Okepylah nak update resepi puding roti  feveret sibusyuk masyam cik ina. Bulan puasa hari tu sempat buat sekali je  insyaallah ada masa nak buat lagi .



Resepi  puding roti[cik ina buat dalam remekin]
Bahan -bahan
8 keping roti putih [sapu butter pada bahagian depan dan belakang kemudian sekeping roti potong  kepada 6 kepingan  kecil]
1 cup whipping cream
1 cup fresh milk
4 biji telur
1/2 cup gula pasir
Sedikit essen vanilla
Sedikit serbuk kayu manis
Kismis secukupnya
Cara membuat
Sapu dalam ramekin dengan  butter.ketepikan
Satukan whipping cream & fresh milk dalam periuk . Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga kita nampak  buih kat tepi periuk.Tutup api ketepikan
Dalam bekas lain pukul telur ngan gula hingga sebati
Tuang susu panas perlahan -lahan ke dalam adunan telur sambil memukul. Masukkan secubit serbuk kayu manis dan sedikit essen vanilla .Kacau rata.
Susun kepingan roti berselang seli dengan kismis
Tuang adunan telur ke dalam ramekin hingga hampir penuh. Taburkan baki kismis diikuti sedikit  serbuk kayu manis & brown sugar yang telah disatukan.
Susun ramekin dalam dulang pembakar.Tuang air panas dalam dulang pembakar
Bakar  guna keadah steam bake pada suhu 170 c selama 40 minit  hingga permukaan puding roti perang keemasan.


Puding roti feveret sibusyuk masyam



Moist sungguh puding roti mak , tak sia sia nok mak  bakar guna keadah  steam bake .lalalala


Bulan ramadhan habis sudah  cik ina masih nak tunjuk  juadah berbuka puasa, tak salah kan.









Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi Insyaallah.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .