Thursday, 28 November 2024

Aruan tasik, Jenahak hasil pancingan pak akob dan rakan2 kembali-resepi kari aruan tasik

 27 Nov 2024 Assalamualaikum. Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing   Pak Akob  dan hasil  pancingannya. Tiba-tiba hari ni, tergerak hati nak bercerita. Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya  ialah pada tahun 2014. Bukanlah makcik tak nak berkongsi, cuma sejak 2014, Pak Akob memang kurang aktif  memancing.

Hari  Sabtu, Pak Akob beritahu Makcik, hari Ahad dia nak bawa  bos dan kawan bos pergi memancing  . Kalau makcik  tak silap dengar, mereka keluar memancing berempat, Pak akob,kawan pak akob, bos  dengan kawan bos. Hasil memancing hari Ahad mereka dapat ikan jenahak, talang dan aruan tasik

Pada tengah hari Isnin, Pak Akob menyiang dan memotong ikan aruan tasik serta ikan talang. Selepas selesai, dia balik ke rumah dan menyimpan semua ikan itu ke dalam peti sejuk beku.

Makcik sampai rumah sekitar pukul 7.30 malam. Bila Makcik buka peti sejuk beku, ikan aruan tasik masih belum keras sepenuhnya. Jadi, Makcik keluarkan ikan itu dan pindahkan ke peti sejuk bawah untuk memudahkan urusan memasak esok pagi tanpa perlu nyah beku.



Di sebelah kiri , bos Pak Akob, manakala di sebelah kanan pula kawan bos Pak Akob, kalau tak silap makcik. Jadi, cuba teka yang mana satu Pak Akob. Tiber!




Hasil pancingan pak akob dan kawan2 



Ikan talang kelihatan di bahagian atas, diikuti ikan jenahak yang agak terselit di tepi sebelah kiri, manakala di bahagian bawah sekali, terdapat ikan aruan tasik.

















Dah  lama tak tengok aruan tasik, tiba-tiba terasa teringin nak makan kari aruan tasik tanpa santan, dengan rasa masam-masam yang menyelerakan. Pagi tadi, makcik masak aruan tasik tanpa santan, lebihkan asam seperti yang diidamkan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Syukur Alhamdulillah!

Resipi Kari Ikan Aruan Tasik Tanpa Santan

Bahan-bahan:
Ikan aruan tasik – basuh bersih dan gaul dengan garam kunyit
Terung hijau thai– belah dua
Pes asam jawa Adabi
air secukupnya
Daun kari
Halba campur
2 bungkus kecil serbuk kari ikan Adabi – bancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan hiris:
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis halba campur, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan garam untuk perasa.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan pes asam jawa diikuti dengan air secukupnya.
4. Biarkan kuah mendidih. Apabila mendidih, masukkan terung dan masak hingga separuh empuk.
5. Masukkan ikan aruan tasik dan serbuk perasa. Masak selama kira-kira 6 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Tutup api dan angkat. Kari ikan aruan tasik siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Monday, 25 November 2024

Waffle HongKong Ice Cream sedap di Ao Nang Landmark Night Market

 26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di Sini.  Malamnya kami pergi  Ao Nang Landmark Night Market. Kami pergi berasingan. Daus  membonceng makcik naik  motor. Besan dengan topa  naik tuktuk. . Menantu membonceng cik yuyi dengan  anak2 naik motor. Kami semua berjumpa  di Ao Nang Landmark Night Market. 

Ao Nang Landmark Night Market  memang penuh dengan kemeriahan. Kalau dekat Malaysia ni kita  panggil pasar malam. Banyak  gerai-gerai berwarna warni  dihiasi lampu neon terang, mencipta suasana meriah . Bau pelbagai jenis makanan, seperti pad thai, sate ayam, dan pencuci mulut seperti mango sticky rice,  menggamit selera pengunjung.

Pelbagai hiburan jalanan seperti persembahan muzik akustik dan seni jalanan turut menambah keceriaan malam. Selain makanan, terdapat juga gerai yang menjual cenderamata unik, pakaian, dan aksesori buatan tempatan. Ao Nang  Landmark Night Market sebuah pengalaman yang wajib dirasai.




Di satu sudut pasar, makcik tertarik dengan  sebuah gerai yang menjual waffle, dijaga oleh seorang anak muda bersama ibunya. Tanpa berfikir panjang, makcik  terus mendekati gerai tersebut, tertarik dengan pelbagai topping menarik yang dipamerkan.

Pasangan ibu dan anak ini bukan sahaja berniaga untuk mencari rezeki, tetapi juga membawa aura kekeluargaan yang mesra. Pengunjung yang berhenti membeli bukan sahaja menikmati makanan, tetapi juga mendapat pengalaman melihat keakraban dan usaha gigih keluarga ini



Daus kata waffle dia sedap dan rangup, ice cream dan coklatnya pun sedap. Dia cakap macam pertama kali makan waffle sesedap itu.

Makan waffle sambil berjalan di sekitar Ao Nang Night matket  terasa seperti menikmati pencuci mulut di tempat yang sempurna. Selain menjadi sajian yang lazat, ia juga  waffle Hong Kong ice cream sebagai pencuci mulut terbaik!




Rajinnya, muda-muda lagi sudah pandai membantu ibu berniaga.


Di sebelah gerai waffle terdapat gerai ice blended yang diusahakan oleh kakak kepada peniaga waffle.sempat kan makcik interview. Ha ha ha


Gerai ini menawarkan waffle dengan pelbagai pilihan topping dan aiskrim, menjadikannya tarikan istimewa untuk pencinta makanan manis.



Sampai saja di Ao Nang Night Market, terdapat mercu tanda besar, tapi makcik tak pasti  kepala merah tu  apa.



Sebaik je sampai  di sini, Daus beritahu makcik yang dia nak bergerak solo. Makcik tak kisah, budak dah besar, sesekali nak masa bersendiri. 


Ke hulu ke hilir dengan kamera, tapi mana gambarnya, Daus?


Tak pasti tembakan siapa yang paling padu sampai berjaya dapat patung  coklat itu.ha ha ha



Permainan api dan pantai berpisah tiada







Makcik tak ingat apa yang dia jual, tapi kalau dah ingat nanti, makcik akan datang balik ke sini








Comel pulak, tak tahu apa motif Daus ambil gambar dia



Seriusnya menantu makcik



Masing-masing mencuba nasib demi mendapatkan anak patung coklat . hehe!


Selepas menjelajah hampir kesemua gerai, perut pun mula terasa lapar. Menantu membawa makcik dan besan ke gerai menjual makanan. Memang rambang mata  dengan banyak pilihan makanan. Cuma kena mencari dan memilih yang halal. Makcik nampak satu gerai yang menjual set nasi, terus sasarkan gerai tu. Makcik beli 4 set nasi – untuk besan, Daus, Topa, dan makcik sendiri. Ada 2 set nasi ayam pad kra pao dengan telur mata, dan 2 set nasi black pepper chicken dengan telur mata. Makanan untuk cik Yuyi dan anak-anak, menantu yang belikan. Sayangnya, tak ada gambar makanan, masing-masing dah lapar dan terlupa nak ambil gambar. Kalau ada pun, cuma satu gambar je, Daus sempat ambil gambar makanannya, nasi ayam black pepper dengan telur mata.


Makcik lebih banyak menikmati suasana di Ao Nang Landmark Night Market daripada sibuk mengambil gambar. Makcik  terpesona dengan cahaya lampu yang berwarna-warni, aroma makanan yang enak, setiap gerai menawarkan sesuatu yang menarik, dari makanan laut segar hingga barangan kraftangan. 









Ao Nang Landmark Night Market
Ao Nang
Mueang Krabi District,
Krabi 81000, Thailand