Thursday 25 April 2024

Ee Ji Ban Chicken rice ball- Haniz Zalikha pernah makan kat Ee Ji Ban ya

 10 March 2024 Ahad  Lepas check out dari double tree Hilton  Melaka , menantu bawak gi makan kat Ee Ji Ban Chicken Rice Ball. Sejujurnya, makcik pestime dengar nama Ee Ji Ban. Masa cik yuyi cakap dlm kereta pasal Ee Ji Ban, makcik terpinga2. OMG, seriuslah makcik tak tahu tempat makan viral, selalunya makciklah org first tahu benda2  viral sebelum anak makcik tahu. Makcik tanya cik yuyi, mana dia tahu pasal  Ee Ji Ban. Dia cakap dia tahu dah lama dari blog Hanis Zalikha. Terus makcik google Ee Ji Ban Hanis Zalikha. Ha ha ha




Depan kedai terpampang gambar Hanis Zalikha tengah makan. Kalau tak jumpa kedai Ee Ji Ban, tak dapatlah makcik nak menolong dik nun. 



Gambar lama, masa Hanis Zalikha belum bertudung. 


Ayam sedap juicy





Chicken rice ball dia sedap


Besan tingin nak makan asam pedas ikan jenahak. Kita orang makan nasi ayam jew. Sebelum gerak gi sini dah brekpes nasi lemak, tu yg tak boleh nak makan lebih2. 


Lepas makan terus gerak gi Uniqlo. Besar betul Uniqlo kat Melaka. 




Semenjak Daus kenal ngan   uniqlo, kalau boleh  head to toe dia nak beli kat Uniqlo. Dia sambar sehelai smart  ankle pants tuk pakai gi sekolah. Besan beli beg uniqlo.  Cik yuyi beli pajamas tu anak dia. Cik yuyi ngan Uniqlo berpisah tiada. Walaupun Uniqlo ni sedikit mahal tapi berbaloi  material basic t shirt  cutting cantik. Bahagian leher terletak elok walaupun dah cuci banyak kali.  Sumpah, basuh banyak kali, warna tak pudar. Betullah kata pepatah, alah beli menang memakai. 







Ee  Ji Ban
Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3,
Taman Melaka Raya
75000 Melaka







Wednesday 10 April 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024



10 April 2024  1 Syawal. Selamat Hari Raya Aidil  Fitri  2024, makcik menyusun  sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandai ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah laku yang tidak disengajakan. Seperti tahun2 sebelumnya  insyaallah makcik beraya dirumah je, tunggu anak,  menantu ngan cucu datang beraya





Bapa ngan anak






Juadah  1 syawal, nasi himpit, ayam masak merah, kuah kacang, karipap ikea ngan rendang daging kambing, 




Dah lama makcik tak membaking, beli biskut tunjuk2 je



Wednesday 27 March 2024

Roti canai kayu arang, Bachang Melaka .Tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu


9 March 2024  Sabtu  Sambungan  dari cerita   kat  SINI .   Walaupun nak mencari kedai Roti Canai Kayu  Arang tempat dan jalannya sempit tapi berjaya jugak sampai ngan selamat. Syukur  Alhamdulillah ,  Parking senang. Ada banyak space dan boleh parking dekat tepi jalan utama. Menantu parking berdekatan dengan  kedai cenderamata dan kraftangan. Sementara menunggu  dorang beratur ambik nombor, makcik singgah jap kedai kraftangan, belek2 handbag . Dah belek2 , makcik letak balik dan keluar . Kalau ikut  kehendak ,  memang nak beli. Sekarang ni makcik cuba belajar membeli ikut keperluan.    


Kedai cenderahati dan kraftangan 



Rambang mata makcik tengok handbag


Datang sini terus beratur di kaunter, jgn ambik tempat dulu sebab kaunter yg akan bagi nombor meja lepas order.




Kedai sempoi .Banyak vendor berbeza kat tempat ni macam satay, ayam gunting, nasi lemak, roti kukus  dan makanan lelain. Lain kali nak datang lagi. nak cuba menu kat vendor   lain plak




Meriah ramai org .Beratur lama sikit tapi makanan cepat sampai. Masa gi sini , perut  masih kenyang jadi masih lagi boleh bertenang tengok org ramai beratur 




Dalam  sehari berapa banyaklah kayu arang dia habiskan???


Roti canai betul2 dimasak mengunakan  kayu arang selalu guna gas



Rasa roti canai tau kan   roti canai.ha ha ha. Setiap orang punya citarasa dan pandangan berbeza jadi mari kita raikan perbezaan itu.  Makcik suka roti canai dia garing, tak berminyak , ada aroma asap dan arang.   



Harap maaf, gambar caca marba. Menantu tukang order. Dia order  roti canai  kosong, roti telur , roti sarang burung ayam ngan makanan tuk budak tecit.





Korang kalau datang sini jgn lupa order  roti canai sarang burung dia semua sedap







Kedai Roti Canai Kayu Arang
459, Kampung Bakar Batu
75350 Bachang
Melaka



 
























 



Friday 15 March 2024

Atlantic Nyonya Restaurant -Authenthic nyonya cuisine- Percutian santai2 2 hari 1 malam di Melaka

 9 March 2024 Sabtu.  Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan  anak,  menantu, besan dan cucu.  Gerak dari bangi dalam kul 8  pagi.  Sampai RNR Nilai , rasanya Nilai, makcik lupa. Faktor usia kot. Singgah sekejap, isi perut . Makcik  makan  nasi  lemak ngan Nescafe panas.  Tak sedar diri minum manis. ha ha ha   Dalam kul 11.45 sampai Melaka kat area kedai roti canai arang , Cik yuyi terus call kedai roti canai kayu arang tanya   bukak lagi ke tak. Rezeki kitaorang, kedai bukak lagi . Ekceli  kedai tu  tutup kul 12. Gambar makan2  kat roti canai kayu arang tak tahu kat saper.Kalau jumpa  makcik update pasal kedai roti canai arang tu ya.

Lepas  makan roti canai kayu arang, menantu terus  shoot ke double tree Melaka , check in. Berehat jap solat, dalam kul 3.30 kuar makan kat  Atlantic nyonya restoran.




Posing mak2


Atlantic Nyonya restoran ada 3 cawangan  kat  Melaka 


Tengok dekorasi  restoran,  kat dinding dia lekat  dulang dulu2  , tiber teringat dulang arwah mak,  tak tahu gi mana dulang tu sekarang. Dulu time kenduri tak yah pinjam jiran guna dulang sendiri.


Buku menu makanan

Cik yuyi cakap lepas ni boleh repeat Melaka 2 hari 1 malam. Cukuplah wat ghaso2. Gi lama2 bosan



Menu untuk 8 orang makan termasuk 2 org budak  tecit  ,  telur dadar, sambal sotong petai, cili padi petai ikan bilis, cencaluk, sambal belacan, acar nyonya, Jenahak nyonya asam, Lorbak, Ayam pong teh, Salad hijau goreng




Jenahak  nyonya asam ok lah cuma cair sikit



Ayam pongteh untuk budak  tecit




Salad hijau goreng




Special pineapple rice, makan camtu je  pun sedap 




Acar nyonya, masam sikit



Lorbak dia sedap


Asam udang dengan nenas, sesuai selera.Sedap


Nyonya cendol tuk cik yuyi , ada durian , untuk besan yg besha







Atlantic Nyonya Melaka Raya
100, Jalan Merdeka
Taman Merdeka Jaya
75000 Melaka



Tuesday 12 March 2024

Daging masak merah ala Thai. Mudah masak dan sedap

 7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali  makan kat kedai tomyam asyiklah  dapat daging  keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.



Daging masak merah ala thai 



sos tuk masak daging masak merah ala thai



Bahan2 tuk masak daging masak merah ala thai




Makcik beli daging  Aus chuck block kat AEON  , Insyaallah lembut. Rebus daging  selama 15 minit.Masa merebus letak sos labu thai  bagi daging jadi sedikit merah2 gitew.Takde sos labu thai boleh letak sedikit perwarna merah. Simpan sedikit air rebusan daging



Selepas 15minit angkat daging. Biar sejuk lepas  tu hiris daging nipis


Goreng daging seminit lepas tu angkat


Tumis bawang holand, bawang putih , daun limau purut dan serai hingga naik wangi dan layu



Lepas semua bahan layu, masukkan sos ikan, sos cili sos tiram, sos labu, sedikit air rebusan daging. Masukkan semua sayur.Biar kuah mendidih dan sayur lembut. Akhir sekali masukkan daging, cili api dan hirisan bawang holand.Perasakan ngan garam, gula dan perasa secukupnya.Masak dlm seminit , boleh tutup api .


DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan2
Daging (Makcik guna daging Aus chuck block dlm 300gram, conform lembut)
Sedikit air rebusan daging
Sos labu thai(makcik beli kat shopee)
Sos tiram
Sos ikan
Sos cili
Cili kisar
Daun limau purut
Serai
Bawang holand
Bawang putih
Cili api
Kobis bunga
Kacang panjang
Carrot
Garam, gula dan perasa secukupnya








Monday 11 March 2024

Selamat berpuasa bulan Ramadhan 2024

 11 March 2024. Esok 1 Ramadhan 2024. Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semoga Allah SWT memberikan  kekuatan dan ketabahan  kepada kita dalam menjalankan ibadah puasa.



Tulang lembu, ayam, udang & ikan cencaru


Dalam peti ais makcik,  dah takde stok bahan2 basah. Jadi pagi tadi lepas sarapan, daus  bawak makcik gi kedai acheh beli barang basah. Makcik beli sekali lauk pauk tuk makan tengahari .Balik umah tinggal masak nasi je.

Thursday 7 March 2024

Dolly dim sum , pestime makan terus suka

 24  Feb 2024 Sabtu -  Petang tu masing2 penat terutama cik yuyi penat melayan  sikakak ngan siadik  mandi pool, jadi  tak larat nak keluar dari Aloft gi  cari makan. Lepas mandi pool terus naik bilik.  Cik yuyi  tidurkan siadik.  Dari kat pool  mata  siadik mcm  tak boleh bukak dah, senyum pun dah kureng lebih kepada muka lesu. Tak sampai beberapa minit  dia  menyusu pastu terus lelap . Siakak tak nak tido. Dia lukis apa ntah kat buku . Siakak suka melukis. Cik yuyi ada  masukkan dia kelas art

Lepas siadik bangun tido, kitaorg gi  jalan2 cari makan kat nu sentral. Aloft ada connecting ke Nu  Sentral dan KL Sentral .Tak sampai 2 minit berjalan, sampai Nu  Sentral .cik yuyi ajak makan kat Dolly Dim Sum. Makcik terus onzz. Tak pernah lagi makcik makan kat sini. 





Dolly Dim sum Nu Sentral  Shopping Mall




Ramai jugak org makan kat sini


Tukang order cum tukang bayar




Crispy shrimp cheong fun  sedap sangat




Cik yuyi makan Cantonese style yin -yang noodles(egg gravy served dengan udang, sotong, fish ball dan wawa kobis






Royal golden fried rice, ekceli   served ngan  udang, cik yuyi suruh dorang tukar kepada ayam.





Siganature egg custard bun  dalam ada flowing salted egg yolk caramel. serius sedap.Pestime makan terus suka sampai tak cukup seketul





Makcik ngan Daus makan Wok fried beef kway teow.  served dengan premium  Australian ribeye tersembunyi  di bawah kway teoy ya.....




Prawn cheong fun tuk  baby  girl no 2.  Tengok pun terliur



Szechuan dumpling (prawn dumpling drizzled in a spicy tangy sauce) 





Dolly Dim Sum
Nu Sentral Shopping Mall
LG43,201
Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

Pengikut Tegar : )