Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

Friday, 30 January 2015

Bekal untuk adik


Salam Jumaat,


Dulu masa adik darjah 1-3 sekolah belah petang  dia bawak bekal  yang ringan2   ke sekolah  sebab   dia  dah makan tengahari  sebelum pergi sekolah .Berbeza dengan tahun ni ,adik darjah 4 sekolah belah pagi dia dah cakap awal -awal nak bawak bekal nasi sebab tak nak brekpes sebelum ke sekolah. Katanya  perut dia rasa tak sedap bila makan awal pagi.

Masa adik darjah 1 cik senah  pernah tanya dia  kenapa nak bawak bekal,kenapa tak beli je makanan kat kantin. Adik jawab malas nak beratur beli makanan. Tahun berikutnya cik senah aju soalan yang sama. Jawapan yang sama adik beri,malas nak beratur beli makanan.Minggu lepas cik senah tanya lagi  soalan  sama.Adik tak jawab, dia cuma suruh cik senah fikir kalau sehari dia belanja RM2 untuk beli makanan,dua hari,tiga hari, setahun , dua  tahun, tiga tahun,kiralah berapa dia kena habiskan duit untuk beli makanan. Cik senah pandang dia kecik besar kecik besar je.Kecik lagi dah pandai berkira. Cik senah cakap kat dia bila besar nanti kalau adik tak jadi gabenor bank negara atau  menteri kewangan  tak  tahulah mak nak cakap apa.kah kah kah #adikgabenorbanknegara2020   #adikmenterikewangan2020


Nah ,cik senah belanja sikit resepi ikan makerel goreng cili aka masak sos

 kobis cina goreng

 Ikan makerel goreng

RESEPI  IKAN MAKEREL GORENG  CILI AKA MASAK   SOS
Bahan-bahan
1)1 ekor ikan makerel bersize sederhana
2)10 tangkai cili api[kisar hingga halus guna mesin pengisar kering]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar sederhana  halus guna mesin pengisar kering ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7) Sedikit air
 8)1/2 sudu besar gula
Cara memasak
1)ikan makerel dibersehkan kemudian  dipotong menyerong. Garam kunyitkan ikan kemudian gaul ikan dengan sedikit tepung jagung. Goreng ikan hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air. Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan makerel goreng dan  kaup balik  dalam sekejap.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.


 Bekal adik ke sekolah  tiga hari lepas, nasi goreng
 Bekal adik ke sekolah  semalam , nasi putih, ikan makerel masak sos & ulam timun


Bekal adik ke sekolah hari ni, nasi putih ,,,telur sambal & kobis cina goreng






Cukup setakat ni saje perkongsian cik senah untuk hari ni. Sekian, terima kasih.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 9 March 2014

Air tebu Wak Jai ; Fresh from farm


Rutin hujung minggu aku,bawak adik naik basikal keliling kampung. Selalunya akak ikut sekali tapi minggu ni dia tak balik sebab  peod jadi  terpaksalah keliling kampung  berdua je dengan adik. Hampir setiap minggu akak ada kat rumah  ni ,bila dia takde tu terasa  jugak . Lainlah  gula-gula hack dia memang jarang balik jadi takde lah terasa sangat. Diam tak diam dah hampir sebulan  tak jumpa gula-gula hacks, terasalah juga tapi nak buat macam mana dia baru kerja susah nak dapat cuti kalau dapat cuti pun hari selasa je.



Dalam gambar ada jari, jeng jeng jeng,rumah korang ado pengkalan mcm ni....
Ha ha ha adik naik angin bila aku ambik gambar dia tengah makan,mahunya tak naik angin dah lah   member  lapar, lagi2 tengah  panas.





Cuaca panas sangat , adik minum banyak air.  Ni first time aku tengok  dia minum  sekali  4 jenis  air ,air laici, air sirap, air suam dan susu suam
 
 Buah cempedak yang telah ditebuk tupai. Haishhh konpius ni pokok cempedak ke pokok nangka??
  Setiap kali  melalui jalan ini, memang tak sah atau tak  lengkap kiranya kitaorang  tak singgah beli air tebu dan kerepek wak Jai
air tebu wak Jai  fresh memang pekat warna air tebunya  terbaek
Bukan ladang tebu Chuping Perlis
Kerepek berperisa asli hasil tangan orang kampung





Tarikh : 8 March 2014, Sabtu
Rumahku syurgaku















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 25 February 2014

Penangan Osman baku

Selasa malam lebih kurang pukul 9.30 ,tengah relax tengok tv dengan adik(firdaus)

Aku : adikkkkkk ko tengok cite apa ni ???? Tukarrr.

Adik: Osman baku. Best.banyak ajar  kita bahasa malaysia dan peribahasa.

Aku : eerrrrr ye ke?

Adik : mak tak percaya tengoklah dulu.

Aku : okey.

Kalau korang nak tahu, menonton osman baku secara rutin adalah rahsia disebalik kejayaan adik mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan Bahasa Malaysia .la la la *sila baca dengan sebutan baku*