Showing posts with label sardin dalam tin. Show all posts
Showing posts with label sardin dalam tin. Show all posts
Monday, 20 June 2016
lauk kering dan bercili ; menu pilihan juadah sahur
Salam Ramadhan, Selamat berpuasa pada rakan blogger semua. Muah ciked kat blog sendiri.
Sebulan sudah blog cik ina tak berupdate. Apa dah jadi ni? Tulah asyik berinstagram je hampir terlupa dengan blog sendiri kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa lagi lah takde masa nak update blog.
Berbalik pada tajuk entri ; diam tak diam 15 hari sudah kita semua berpuasa . Para ibu mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk juadah berbuka & bersahur kan. Para bapa duk diam di situ. Para ibu tak payah nak pening sangatlah. Masak ikut kudrat memasing . Hari ni cik ina nak kongsi tips memasak dengan pantas buat para ibu yang bekerja yang sibuk mana nak urus anak, urus suami, urus rumah , urus entah apa lagi kan. Insyallah tips berikut dapat membantu serba sedikit
1. Bila ada masa terluang kupas bawang merah & bawang putih , masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.[tak payah tupperware sangatlah.Mak simpan dalam bekas microwave je] huk huk huk
2. Kisar cili merah besar & cili api, masuk dalam bekas simpan dalam fridge
3.Kisar cili kering masuk dalam bekas simpan dalam fridge
4.Pastikan sos tiram, sos cili, sos tomato,tomato puri, kicap cair dan kicap pekat sentiasa ada di dalam gerobok para ibu
Ramadhan 13 juadah sahur ; ikan sardin goreng cili & baki lauk berbuka
Sardin goreng cili ni sedap, dapat meningkatkan selera makan waktu sahur. Cara masaknya pun mudah .
Sardin goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1 tin besar sardin[asing ikan sardin dan sosnya]
3 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah] main ambik je stok cili kisar dalam peti ais,senang kan.
5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [kisar kering]
1/2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ikan sardin.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos ikan sardin, air asam jawa , gula diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga kuahnya sedikit kering.
Akhir sekali masukkan ikan sardin , gaul rata dan angkat.
Masuk hari ke 15 berpuasa baru rasa berselera sikit makan sahur dengan nasi berlaukkan sardin goreng cili.
Ramadhan 14 ; juadah sahur ; ayam goreng cili , kacang panjang goreng cili dan telur dadar
Ayam goreng cili sempoi dan kacang panjang goreng cili adalah juadah sahur feveret anak cik ina.
Ayam goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1/2 ayam dibersehkan dan dipotong2 kemudian digaram kunyit dan digaul dengan sedikit sos tiram.
2 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah]
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ayam sehingga separuh masak.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga cilinya sedikit kering
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan cili.
Sekian terima kasih. panjang umur kita jumpa lagi. Semoga bulan Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua. Insyaallah.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, 17 June 2015
Selamat datang Ramadhan 1436H ,selamat berpuasa semua,kipidap dongibab
Salam Rabu,
Pejam celik pejam celik, esok kita mula berpuasa.Seronoknya bulan puasa, dapat rehat sikit , dapat jimat duit,masa ,tenaga tak payah pening kepala nak fikir ,pagi nak buat sarapan apa? tengahari nak masak apa? merdeka.. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya, InsyaAllah.Kepada semua yang mengenali cik ina terutama saudara mara dan sahabat handai ,sempena menyambut bulan ramadhan esok hari ,cik ina dengan rendah hati ingin memohon maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris perasaan selama kita kenal.
Cakap pasal puasa ni, kalau tak cakap pasal makan memang tak sah. Semalam cik ina masak sardin kicap untuk juadah tengahari. Masakan sardin memang laku kat rumah cik ina terutama masa sahur.
ikan Sardin goreng & kentang goreng
RESEPI SARDIN MASAK KICAP
Bahan-bahan
1)1 tin sardin cap ayam[asingkan ikan dan sos/kuahnya]
2)1 labu bawang holland[dihiris bulat-bulat]
3)3 ulas bawang putih[dihiris]*
4)1/2 inchi halia[dimayang halus]*
5)1 batang kayu manis & 1 kuntum bunga lawang)*
6)6 tangkai cili api[dibelah dua]
7)1/2 sudu besar pada hitam kisar
8)2 biji kentang[dipotong baji]
9)kicap kipas udang lemak manis secukupnya
10)sekeping asam keping
Cara memasak
1)Gorang ikan sardin .Ketepikan
2)Rebus kentang sehingga empuk.Kemudian goreng.Ketepikan
3)Panaskan minyak dalam kuali, Tumiskan bahan-bahan bertanda bintang hingga naik bau.
4)Masukkan sos sardin,kicap kipas udang secukupnya, cili api ,hirisan bawang holland dan lada hitam kisar kemudian kacau, biarkan kuah mendidih.
5)Akhir sekali ,masukkan ikan sardin goreng , kentang goreng dan asam keping . Kacau sekejap, tutup api, angkat dan hidangkan.
Sardin kicap cara cik ina do do cheng
Sardin kicap cik ina judukan dengan hirisan timun jepun dan telur dadar bawang
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Subscribe to:
Posts (Atom)





