26 August 2024(Isnin) Throwback Syukur Alhamdulillah selesai urusan pindah barang rumah. Masa pindah barang rumah, Daus sekolah. Makcik tak bagi dia cuti, cik yuyi datang temankan makcik. Selepas semua barang rumah sampai, makcik ajak cik yuyi jemput Daus balik sekolah.
Sampai sekolah Daus dalam pukul 2, waktu persekolahan Daus tamat pukul 2.40.Jadi sementara tunggu Daus keluar kami tunggu dalam kereta.
Selepas ambik Daus, cik yuyi ajak makcik makan nasi daun pisang dekat Kanna Bukit Tinggi. Makcik ok je, minggu ni tekak rasa macam nak makan nasi daun pisang. 23/8 Jumaat malam, makan nasi daun pisang BananaBro Aeon B. Tinggi tapi macam rasa tak puas hati. Tak tahu kat mana silapnya
Macam biasa, Kanna curry house tak pernah tak ramai orang. Nasib baik ada meja kosong. Syukur Alhamdulullah.
Lapar bebenor ni Daus
Kanna Curry House @ Bukit Tinggi
20 Lorong Bafu Nilam 34B
Bandar Bukit Tinggi 2
41200 Klang
No comments:
Post a Comment