Saturday, 28 February 2015

Rancangan last minit : berkelah di air terjun Sg.Gabai

Salam Sabtu,,

Entry  di sini  cik senah  bagitahu tak nak update cerita berkelah dekat Air terjun  Sg.Gabai masa cuti tahun baru cina kan,  tetapi selepas menjumpai dalam hp gambar  masa berkelah hari tu tetiba cik senah berubah fikiran dan sekarang nak update cerita berkelah itu.


 
Macam-macam ada.Abaikan juadah yang agak berselerak di situ. Nasi lemak air tangan cik senah dilupa jangan.
 

Tu dia jejaka tampan di sebalik pokok. Kasihan gula-gula hacks malam semalam jatuh motor dekat roundabout rumah yuyi. Nasib baik luka sikit je.

Alo lo lo so shuwittt, adik makan ayam goreng

Suatu masa dulu,gula-gula hacklah yang paling manja dalam ramai2 anak cik senah. Tapi semenjak dia dah besar  dah kurang sikit manja.








 Sekian saje cerita perkelahan cik senah bersama family di Air Terjun Sg.Gabai semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya mengupdate blog hari ni.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 25 February 2015

Vivo , the best pizza in Malaysia!!! tempat relax


Salam Rabu semua!!!!!!!

Seperti biasa setiap tahun ,cuti tahun baru cina  cik senah & family tak berjalan kemana-mana  cuma  rabu petang lepas kerja cik senah & family  terus  pergi rumah mil . Petang rabu  tu rumah MIL ada buat makan besar sempena malam tahun baru cina(cerita makan besar  InsyaAllah next entry cik senah cerita)  . Kemudian ,keesokannya   anak cik senah  yuyi pulak ada jemputan  kenduri doa selamat sempena bakal mak mertuanya nak pergi umrah. Petang habis kenduri doa selamat yuyi terus balik ke rumahnya. Pada sebelah malamnya,takde angin takde  ribut,tiba-tiba  yuyi telefon ajak cik senah pergi  mandi manda dekat  sg.gabai. Hehehe , kebetulan esok paginya  cik senah memang nak buat  nasi lemak  jadi  cik senah bawaklah  nasi lemak tu  untuk makan kat air terjun, cehhh wahhh. Cik senah minta maaf, takde entry pasal mandi manda sg .gabai.(just for info, sg.gabai masa cuti memang terserlah kegabaiannya) Cerita hari jumaat done. Hari sabtu pagi adik mengaji macam biasa,petangnya shopping barang dapur dengan yuyi kat Jusco Bukit Tinggi. Hari minggu , operasi mengemas laman rumah dengan yuyi.Fuh!!!!!tetiba cik senah rasa  penat  main dengan tanda koma sampai mati pun tak habis. Ekceli cik senah  prefer lagi  tanda noktah . Sungguh terserlah kezaliman cik senah. Teruskan  bertabah cik senah. Kadang-kadang  Allah SWT ,hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat . Puas kita mencari di mana matahari , rupa-rupanya Allah SWT nak hadiahkan kita pelangi yang indah.InsyaAllah.


Vivo, habuan setelah penat mengemas laman rumah
encem tak abang sado???
New York Caramel Cheesecake, cik senah bagi 10 bintang!!!!
Citrus Heaven & Bananarama-
Carbonara Linguine, 4 kali suap terus sengkak perut sebab kenyang sangat
Hawaii 8" inchi cik senah bagi 10 bintang
Baked chicken chop with black pepper sauce
Cajun Spice Wing










Cik senah rasa cukup setakat ni  saje untuk  hari ni, nanti ada masa cik senah roger roger.








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 18 February 2015

Ayam goreng mengcongkam style cik senah,langkah demi langkah

 Salam  Rabu,

Takziah kepada keluarga  Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Semoga  Allahyarham telah pergi dalam khusnul khatimah dan dicucuri rahmat Allah SWT ,Al .Fatihah. Melihat di TV1 lautan manusia mengiringi  jenazah Allahyarham Tuan guru Nik Aziz ke kubur, cik senah  teramat sebak dan mengalirkan air mata. Ternyata mereka semua amat menyanjungi keperibadian  Allahyarham. Umat Islam negara ni telah kehilangan tokoh ulama dan pemimpin yang berpengaruh dan disegani. Pemimpin silih berganti,tapi Almarhum Tuan guru Nik Aziz tiada galang ganti. Walaupun Allahyarham sudah tiada dan telah meninggalkan kita tapi segala pengorbanan dan  jasa Allahyarham akan sentiasa tersemat dihati kita semua.



Masa cik senah di dalam bilik tengah sebak & sedu sedan  menonton secara langsung upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Tuan guru Dato Nik Aziz , tetiba suami terjengul muka pintu.Dia tanya cik selalunya cik senah masak nasi berapa cawan . Cik senah cakap buat apa nak masak nasi, pagi tadi cik senah udah masak nasi goreng. Haouk aloh ingatkan apalah yang penting sangat.Kacau daun je suami cik senah ni,tak bolehlah nak feeling sebak jap.Selang beberapa minit,suami terjengul lagi.. Dia tanya bila cik senah nak goreng ayam?. Sekejap lagi adik dah nak balik sekolah  .Cik senah cakap baru pukul 11,kalau goreng awal sangat nanti  sejuk tak sedap makan. Tetiba je kan suami tukar job. Cik senah terus melangkah keluar dari bilik. Takde mood dah nak tengok tv. Baik cik senah pergi goreng ayam.



RESEPI AYAM GORENG MENGCONGKAM
Bahan-bahan
1)1/2  ekor ayam dipotong sederhana besar
2)2 cm halia[dikupas kulit]*
3)4 ulas bawang putih[dikupas kulit]*
4)1 biji telur
5) 1 sudu besar rempah kari
6) 3 sudu besar tepung gandum & 3 sudu besar tepung  beras
 Cara menyediakannya
1)Ayam dicuci berseh dan digaram kunyit
2)Kisar  bahan bertanda bintang bersama sedikit air hingga halus.Ketepikan
3)Didalam satu bekas, Satu ayam, bahan kisar dan rempah kari. Gaul rata.Perap ayam  sekurang-kurangnya 1/2 jam
4)Gaul ayam yang telah diperap bersama telur kemudian gaul pulak dengan  tepung
 
5)Goreng  ayam dalam minyak yang banyak dan betul2 panas
Cubalah resepi ayam goreng style cik senah ni : )











Cukup setakat ni saje pengkongsian cik senah untuk hari ni,  bila ada masa lapang nanti cik senah update    lagi. Sebelum terlambat cik senah ingin mengucapkan  Happy Chinese New Year  kepada semua penganut agama Buddha. Berhati-hatilah ketika memandu sempena perayaan tahun baru cina ni. Pandu  cermat jiwa selamat














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 12 February 2015

Kupang goreng cili cik senah style, cuba jangan tak cuba


Salam Rabu,



Sebenarnya bila difikir- fikir balik, cik senah macam tak percaya yang lepas balik kerja semalam  cik senah boleh sental jamban dan lantai dua bilik air sekali gus. Cik senah memang macam tu,bila dalam situasi  stress, marah, terperanjat, trauma, geram dan seumpama dengannya,  otomatik  cik senah jadi rajin. Cik senah dapat rasakan yang otak ,kaki dan tangan cik senah lebih aktif dari biasa bila berada dalam situasi tersebut. Kalau boleh satu rumah cik senah nak sental.Tapi yang pasti masyarakat sekeliling dan keluarga bukanlah penyumbang utama kepada situasi tersebut. Malam, selepas memuntahkan segala yang mendera , baru terasa penat, lenguh kaki tangan. Adik prihatin, dia siapkan tempat tidur. Kami sempat berbual-bual sebelum lelapkan mata

Adik :  Mak, firdaus tanya sikit boleh?

cik senah :  tanyalah.apa dia

Adik : betul ke mak makcik cleaner

cik senah gelak tutup mulut : haishh mana adik tau ni?

Adik : firdaus tengok kat instagram  mak. mak tulis makcik cleaner

cik senah : ohhhh dah pandai skodeng instagram mak ye. Apasal, firdaus  malu  mak, makcik cleaner. Sampai hati firdaus malu mak cleaner .firdaus malu jugak ayah keja boatman.

Adik buat muka geram  : makkkk, saper cakap firdaus  malu, firdaus  konpius je

cik senah : Nape  firdaus konpius.

Adik : Ingat tak masa firdaus kecik dulu mak pernah  bawak firdaus pegi ofis mak.

cik senah : hurmmm ingat  nape??

Adik : Firdaus tengok mak keja taip taip. Bila mak keja cleaner

cik senah :  mak boleh taip mak boleh cleaner , semua boleh

Adik buat muka geram : mak , janganlah main main

cik senah : okey fine,  mak nak tanya ni, firdaus malu tak  bagitau  kawan firdaus mak keja celaner.

Adik :  nape nak malu, kecualilah mak suruh rahsiakan  pekerjaan mak. Tapi firdaus nanti cakaplah ngan kawan firdaus, sekarang ni mak firdaus keja cleaner nanti lama keja mak naik pangkat.

cik senah gelak dalam hati : dah lah adik baca doa tidur..Dah pukul 11 ni dah boleh tidur , esok pagi nak sekolah.

Mimpi makcik cleaner kita malam ni : )

 Nota kaki, nobody's perfect 10, jadi tak perlu rasa down bila orang lain merendah-rendahkan keupayaan kita. Selagi hayat dikandung badan teruskan berbuat kebaikan dan mengisi ilmu didada. #memenuhilmudidadaitupenting. #tuntutlahilmuwalaukenegaracina


Ermm  nak cerita apa lagi ya????lepas cerita pasal makcik cleaner , cik senah  cerita pasal boatman lah pulak ye . Malam  dua hari lepas, somi aka boatman  bawak  balik kupang. Dia sendiri cari  kupang tu. Hati cik senah di dalam berbunga gembira. Tak moh tanya dia macam -macam. Nak tunggu dia jawab perut kenyang jadi lapar. Spesis somi cik senah tanya sepatah jawab sepatah. Better cik senah fikir nak masak apa kupang tu.


Anggaran 1/2  kilo kupang


RESEPI KUPANG GORENG CILI CIK SENAH STYLE
Bahan-bahan

1)kupang [dibasuh berseh dan disejat airnya]
2)halia sebesar ibu jari [dihiris bulat-bulat]*
3)2 batang serai[dititik]*
4)5 biji bawang merah[dihiris nipis]*
5)5-6 ulas bawang putih[diketuk dan di buang kulit]*
6)3 sudu besar serbuk rempah kari [dibancuh dengan air]
7)15 tangkai cili kering[rendam dengan air panas dan dikisar kering]
87)3 sudu besar sos tiram
9)1/2 sudu kecil gula

Cara memasak
1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda bintang  hingga naik  bau dan agak garing
2)Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak
3)Masukkan rempah kari  dan sos tiram[tumis sekejap]
4)Masuk kupang dan 1/2 sudu kecil  gula[gaul sekata]. Tutup kuali dengan penutup dan biar sehingga kupang masak[ kupang akan ternganga bila  dah masak]
6)Tutup api. Sedia untuk dihidang.



















Cukup setakat di saje perkongsian cik senah untuk hari ni. Kalau ada masa lapang nanti cik senah update lagi .Sekian  terima kasih.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 9 February 2015

Khunthai Authentic Thai Restaurant ; menunya sedap & harganya pun murah


Salam Isnin,


Satu hari tu , cik senah sembang kosong dengan kawan sementara nak sampai ke rumah. Terlampau seronok bersembang tak sedar tersembang bab rumahtangga .  "akak percaya suami akak tak?" Tiba-tiba terpacul pertanyaan tu dari mulut kawan sepersembangan. Cik senah terus pandang ke luar tingkap kereta. Soalan itu cik senah biarkan  tanpa jawapan. Buat pertama kalinya dalam hidup cik senah diaju soalan sedemikian rupa. Cik senah buntu, tak jawab salah, jawab lagi salah .Sejujurnya ,cik senah  takde jawapan untuk soalan tu. hurmmm cik senah mampu cakap "Wallahu A'lam Bishawab"

Next question,,, "cik senah dekat mana  restoran Thai yang paling best , sedap dan murah?" Laju  cik senah jawab."Jom lah makan kat Khunthai Authentic Thai Restaurant ,murah, sedap, servis cepat,pekerja peramah,  menu pun banyak pilihan. Untuk pengetahuan korang,minggu ni je dah dua kali cik senah & family makan kat sana.tu belum minggu lepas , minggu sebelum sebelumnya.ha ha ha ha.  Lagi satu , kalau rasa nak berpeleseran di tepi sungai langat sebelum hidangan sampai ke meja bolehlah makan di Khuntai Klang

Khuntai 
Kampung Ayer Hitam
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
Open daily :  11am to 12am
H/P : 012-5153081
Tel : 03-30813308

Untuk yang pertama kali nak ke Khuntai Klang dan tak expert dengan jalan  di  Ladang ladang  kelapa sawit kat Malaysia ni  dinasihatkan datang sebelum  pukul  7.  InsyaAllah anak cik senah dah expert tapi setakat ni belumlah  lagi pergi sana waktu malam. hehehe,jangan mare.

Cintailah sungai kita, kalau bukan kita saper lagi?



ek eleh nak main tarik tangan pulak
adik ko jangan nak poya sangat boleh tak?
Jus Honey dew, Jus watermelon, Jus Umbra & sour plum & plain water

 Steamed Lemon Siakap Fish
Stir fried prawn in kam heong sauce
Stir fried lala ginger
Stir fried crab salted egg, ermmm mau kasi berapa bintang ya??? berapa ??? cik senah  kasi 5 bintang
Khuntai fried chicken wing
Tomyam mixed seafood
Kailan salted fish




 
Tak dapat naik tuk tuk kat Thailand , naik kat  khuntai  pun jadilah : )








Cukup sampai sini saje perkongsian cik senah dengan kengkawan untuk hari ni.  Kalau ada masa lapang  nanti cik senah  update lagi. Akhir kata dari cik senah, majulah sukan untuk negara.



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang