Monday 30 January 2023

Hari Bahagia anak no 2 . semoga kekal hingga ke jannah

Assalamu'alaikum...Setelah beberapa kali makcik tunda  untuk  update cerita kahwin anak  pompuan  makcik  di sini, dan akhirnya hari ni..... makcik update 

Bertemu  anak pompuan di rumah makcik  pada 13 February 2022, dia bagitau yg dia nak mendirikan rumahtangga.Makcik ok je, dia pun dah 31 tahun .Masa dia datang, dia bawak sekali bakal suami. Dia bawak brownies secret recipe, tu yg pertama dan terakhir. Hari tu .kami berborak panjang. Cite  hal  dulu2.   

Hidup dengan pelbagai pilihan
Memilih tanpa memberi pandangan
Kamu tinggalkan tanpa sebarang tujuan
Rasa keliru dan sedih mula menjelma
Adakah salah beliau ataupun kamu yang tidak dapat menerima? Entahlah....

Makcik pendekkan cerita, majlis nikah sanding anak makcik berlangsung di  Homestay Rumah Liza Pedas. Negeri Sembilan , Nikah sanding pada 14 May 2022  Hari Sabtu. Segala urusan majlis nikah sanding semua anak makcik uruskan.



Anak  makcik ni  banyak ikut muka ayah dia


selepas selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan wang  mas kahwin


 majlis akad nikah, anak makcik dikelilingi bakal mak mertua,  sepupu , mak saudara  dan bapa saudara


Adik lelaki  jadi wali akak. Masuk ni , dah 2 kali   ni jadi wali akak.  kali pertama , jadi wali akak sulung nikah  18 Sept  2015 


upacara terpenting akad nikah, kalau tak silap makcik, sekali lafaz


Syukur Alhamdulillah , selamat atas ikatan perkahwinan, semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, kebaikan dan kebahagian



Semoga diberi keberkatan perkahwinan ini dan kekal hingga ke jannah



Hampir 26 tahun tak jumpa, berjumpa semula dengan mereka dalam majlis perkahwinan anak makcik 

 wali nak jadi bongsu selama2nya. 

Wali



Tunggang langgang gambar makcik



Hampir 26 tahun tak jumpa, berjumpa semula dengan mereka dalam majlis perkahwinan anak makcik


Okey lah cukup setakat ni, makcik sudahi dengan pantun 4 kerat

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi





Pengikut Tegar : )