Yuyi belanja makan di restoran berdekatan dengan ofis aku saje. Aku suruh dia order makanan untuk cukup 3 orang makan je. Tak nak lah membazir nanti tak habis tak de saper nak makan. Dia order nasi goreng cina dengan sedikit lauk pauk.
mango chicken
kangkung goreng belacan
lala goreng cili kering
Pada waktu malamnya pulak besday girl (opsss tangan letak kat dada mata terkelip-kelip pandang atas)diraikan dalam suasana meriah di Royal Selangor yacht club.Ko mampu , alah setakat makan nasi goreng cina , Hokkien mee dan chicken chop semua orang pun mampu.*majlis harijadi makcik tempe cum makcik fasha sandha haruslah vogue* Terima kasihlah buat suami tersayang kerana sudi belanja makan serta bagi hadiah spek mata hitam ala-ala JLO. Jangan marah noh adik tak berkesempatan memakai cermin mata hitam tu lagi. *muntah adik konon*
Harijadi saper ni? Apasal pulak Firdaus yang terlebih gembira
Chicken chop untuk suami, ni pun dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar
Balas dendam , hari tu aku tak dapat merasa makan hokkien mee.Pembetulan, kat buku menu tulis hokkien mee bukan mee hailam
Saper punya besday ni? Apasal pulak Firdaus yang dapat makan sekerim
Sebelum balik ke rumah kita menghabiskan masa dengan mengambil gambar .Daulat Tuanku, Semoga Negara Malaysia ni akan terus aman damai
Macam nampak hantu je
Acara bebas sebagai penutup majlis sambutan harijadi *woiiii apa ni apasal baling batu*
Sekadar luahan perasaan
Terima kasih kepada Dato Teh Kim Po , sepupu tersayang, rakan facebook Datin Limah, hidd mihat,Putu Bambu, Tengku Aini Omar, Tengku Marina Hunny, syeloma kitchen, Hasnita Noor Hassan, kak Yang, Nazlila Sungip , Rozilayati Mazuwan, Julia Ayu , Cempaka sari, Angeline Yan, Cik Pah Kardshian dan ramai lagi,(kalau aku nak sebut satu persatu sampai esok pun tak habis) yang sudi mengucapkan selamat hari lahir kepada aku.opss terlupa pulak pesanan buat dato Teh Kim Poo ; tak kan wish je kot .Mana hadiahnya?