Showing posts with label sarapan pagi. Show all posts
Showing posts with label sarapan pagi. Show all posts

Monday, 29 July 2024

Port sarapan best kat Kelang-Kedai Makan Al Mardinah



27 & 28  July 2024 Sabtu & Ahad,  hujung  minggu, selalunya makcik jarang wat brekpes, kalau tak beli brekpes online, makcik brekpes kat luar. 2 hari berturut2 makcik ngan Daus, kuar bersarapan kat kedai  Al Mardinah  kg  Delek Baru. 

Makanan  kedai  ni semua  sedap, cuma sambal dia sedikit   manis. Ikut masing2, ada yg suka sambal manis, makcik ok je sambal manis  cuma pastikan rasa dan kandungannya seimbang.
 



Kedai ni menarik guna kerusi dan meja kayu


Kat sini ada menu sarapan pagi biasa2 je, nasi lemak, ayam goreng, sambal paru, sambal sotong, lontong, roti canai. Kalau datang sini makcik selalu makan nasi lemak jadi  tak perasan samada mee, bihun, kuey teow goreng ada atau tak. 
 


Daus  minum ais kosong, makcik minum air suam ngan nescafe panas



Roti canai dia sedap, garing,  kuah dal ngan kuah kari  pun sedap


Daus cakap ayam goreng dia sedap tapi tak boleh lawan ayam goreng  warung shahril



Makcik makan nasi lemak  telur mata, sambal paru, ekceli makcik tak berapa suka telur mata  kuning cair,tapi dia dah wat makcik makan jelah. 



Lokasi kedai  betul2 kat tepi jalan, kalau masuk dari  Pelabohan Utara  kedai ni terletak  kat sebelah kanan jalan kampung Delek  Baru, sebelum masjid Nurul Amin. 





Kedai Al Mardinah
Jalan Kampung Delek Baru
Kawasan 7
41100 Klang
Selangor





Saturday, 24 October 2020

vadei ranggup diluar gebus didalam gitew


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu


Tiber  tekak  makcik nak makan vadei. Malam tadi sebelum masuk  tido makcik rendam kacang dhal , pagi senang keja, tinggal kisar je. Syukur Alhamdulillah , makan 3 ketul ,kenyang perut makcik.


Vadei ranggup diluar gebus didalam.ha ha ha


VADEI
Bahan2
1)1  1/2 cawan kacang  dhal direndam(malam, sebelum tido rendam. Pagi , boleh terus kisar kan)
2)Sedikit soda bicarbonate
Sedikit perasa
3)1 sudu kecil garam
4)1 sudu keci jintan manis
5)1/2 sudu kecil biji sawi
6)1 tangkai daun kari
7)3 tangkai cili kering digunting kecik
8)4 ulas bawang merah dihiris
✍️Rehatkan adunan selama 5 minit sebelum digoreng




.

Friday, 23 October 2020

resepi cucur ikan bilis lembut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu.

Cucur ikan bilis makan bersama sambal pecal aqilah kita pagi ni .  Makcik ngan anak2 berkenan betul ngan sambal pecal aqilah ,rasa pedas manjah, manis , masin  semua cukup. Cara penyediaannya pun  mudah, cuma perlu bancuh ngan air mendidih je.


CUCUR IKAN  BILIS
Bahan2
2 cawan tepung gandum
Sedikit taugeh/kucai(tak letak pun takpe)
1 sudu kecil garam
Secubit soda bicarbonate
Secubit perasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis
✍️Rehatkan adunan cucur ikan bilis selama 5 minit sebelum digoreng




.

Sunday, 18 October 2020

Resepi mee goreng basah rencah sotong



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu.

Sekejap je dah hari ahad, malasnya bila pikir nak keja esok.huk huk huk. Tak tahu nape, semakin umur meningkat ni,  makcik malas nak gi keja. Pakkal ada komitmen yg perlu dilunaskan setiap bulan.Kalau tak dah lama berhenti keja.Sabarlah  wahai hati.

Pagi ni masak apa kita... Makcik goreng mee & goreng telur mata.. Pagi dah goreng mee, lambettlah lagi nak masak juadah tengahari.Siap goreng mee terus makcik ambik semangkuk mee , makan dengan lahapnya. Pagi lagi dah rasa lapar.hurmmm



Bahan2 mee goreng basah rencah sotong . Abaikan telur tu, makcik nak goreng telur mata.

MEE  GORENG BASAH
BAHAN2
1)Mee kuning sebungkus basuh dan tuskan
2)sawi dlm 5 tangkai , basuh dan tuskan
3)taugeh dlm 2 genggam, basuh dan tuskan
4)Sotong dlm 5 ekor ,dibersehkan dan dihiris bulat2
5)sedikit Karamel masakan untuk mengelapkan sedikit warna  mee
6)sedikit maggi cukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
1.Cili kering 5 tangkai
2.Bawang putih 8 ulas
3.bawang merah 2 ulas
BAHAN SOS
1)2 sudu besar  sos tiram
2)2 sudu besar sos cili
3)Kicap lemak manis
Cara2
Tumis bahan kisar  sampai pecah minyak. setelah pecah minyak masukkan bahan sos.Kacau sekata.Masukkan sotong kacau sekejap kemudian masukkan mee.Balik2 angkat sehingga kesemua bahan bergaul sempurna bersama mee. Setelah semua bergaul masukkan sawi. Balik2 angkat hingga mee lembut  dan masak sempurna.Akhir sekali masukkan taugeh. Balik2 angkat 1/2 minit tutup api.


Mee goreng basah rencah sotong. Selamat mencuba.

Saturday, 26 September 2020

spaghetti aglio olio seafood



Makcik beli bahan2 tuk wat spaghetti aglio olio . Cadangnya esok pagi  nak buat spaghetti aglio olio letak blue mussel meat ,makerel campur salmon.Hentamlah labu, janji anak2b makcik suka.

Minggu lepas makcik  buat spaghetti blue mackerel aglio olio,nanti makcik update ya.


Raffie nuget ayam ranggup, anak2 suka



Assalamualaikum , semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

Tengah buat apa tu. Makcik  baru  siap goreng nuget ranggup raffie.Anak2 makcik suka nuget ni. Hari tu makcik goreng, anak2 makan habis , maksudnya sedap letew. Selalunya makcik goreng 8 ketul , tak habis .Bawak sampai ke petang.

Makcik dah  2 kali beli produk jenama raffie, ayam goreng ranggup & nuget ayam ranggup.highly recommended👍🏼

Goreng nuget dalam minyak panas, Balikkan masa nuget dah bertukar sedikit keemasan

Bila nuget dah bertukar kaler keemasan, bolehlah diangkat

Anak makcik suka makan nuget cicah mayonis & sos cili



Tengahari ni makcik nak masak timun goreng & kerisi goreng cili tumbuk.tingin. Bahan2 dah siap dari mlm semalam.Cadangnya  nak masak pagi semalam, tiber badan tak sihat , tu yg  tunda  hari ni.

Monday, 7 September 2020

Sarapan pagi kesukaan anak2, sandwich telur





Bertemu kembali selepas seminggu menyepi. Minggu ni minggu  yg bosan , rumah makcik takde air. Hurmm, malas pikir. Dari petang Jumaat takde air, membawak ke Sabtu. Makcik buntu , selalunya sebelum kejadian  gangguan bekalan air makcik dah stand by beli air kat  tesco online. Tapi kali ni tak sempat, last minit makcik baru tahu Selangor mengalami  gangguan bekalan  air yg berpunca dari pencemaran sungai selangor, berpunca dari sebuah kilang bla bla bla.  Selangor dan Masalah air berpisah tiada. Tak tahu nak wat apa dah. sebelum tidur makcik call tanya beberapa  hotel area Shah Alam & Petaling Jaya ,samada hotel mereka terlibat atau tidak dengan  gangguan bekalan  air.  Cerita pasal hotel, nanti makcik update ya. Ekceli makcik nak cerita pasal sandwich telur sarapan kesukaan anak2 makcik, tiber merapu2 cerita lain plak.

Mudah je cara makcik wat sandwich
Bahan2
Telur(Didihkan air dlm periuk.masukkan sedikit garam. Setelah mendidih ,masukkan telur, rebus  6 minit
Roti
Soft majerin
Mayonis
Black pepper ajishio
Sedikit garam

Lenyekkan telur  dengan garfu sehingga hancur. Setelah hancur, taburkan secubit garam dan  black pepper. Kacau sekata, akhir sekali masukkan sesudu besar mayonis.Kacau sekata

Sapu permukaan roti dengan soft majerin

Letak telur hancur diatas roti, ratakan

Letak sekeping lagi roti atasnya

Siap sandwich telur, kesukaan anak2 makcik


Wednesday, 26 August 2020

resepi spaghetti aglio olio dengan mussels




Spaghetti aglio olio dengan mussels
 
Hari ni makcik masak spaghetti aglio olio dengan mussels  ngan  goreng crispy wanton . Senang keja makcik. Bila di kira2 dalam bulan ni  dah  2 & 3 kali makcik masak spaghetti aglio olio . Ha ha ha.Spaghetti aglio olio ni kira feveret anak2 termasuklah makcik


Spaghetti  aglio olio  dengan mussels
Bahan2
Spaghetti rebus dlm air mendidih yg dicampur garam(makcik guna angel hair)
mussel (makcik guna IQF blue mussels meat frozen)
Bawang putih cincang
Cili flake(makcik gunting  cili kering halus2)
fresh parsley
1/2  ketul kiub pati ayam
Lada hitam kisar(takde takpe)
Minyak zaitun

Kalau nak tengok lebih terperinci cara masak spaghetti aglio olio dengan mussels,boleh tekan link dibawah

⬇️⬇️⬇️⬇️

Sunday, 16 August 2020

Minggu yg bosan


Semangat pagi ni bangun wat ulunthu vadai , goreng crispy wonton ayam. Ulunthu vadai sedap makan ngan chutney kelapa, tapi nak wat cam mana kat rumah takde kelapa .Makan jelah camtu.

Hari ni takde mood nak masak juadah makan tengahari jadi kenalah keluar gi beli lauk pauk kan .Di Port Klang ni  aku tak berapa tau kedai makan yg jual lauk pauk kecuali kedai minang. Nak beli online tak banyak pilihan almaklumlah kawasan rumah aku ni di ceruk ulu tempat jin bertendang.huk huk huk

Saper yg berminat nak wat sendiri ulunthu vadai, aku ada  tepek resepi di bawah, buat jgn tak buat ya☺️
👇👇👇

ULUNTHU VADAI
BAHAN-BAHAN
✅1 cawan urad dhal(kacang dhal putih)[rendam 4-5 jam]
✅1/2 biji bawang besar[potong dadu]*
✅1 tangkai daun kari[dihiris  halus]*
✅1 tangkai daun ketumbar[dihiris halus]*
✅3 biji cili hijau [hiris halus]sesuai  selera kalau suka pedas boleh lebihkan cili*
✅1 sudu kecil jintan  manis[kisar halus]*
✅1/2 Sudu kecil soda bikarbonat*
✅Garam secukupnya*
✅Sedikit perasa*
CARA MEMBUAT
✅Toskan kacang dhal yng telah direndam, kisar  hingga halus.Tambah sedikit air untuk mengisar .Jangan tambah banyak air takut nanti adunan terlalu lembik, susah nak bentuk.
✅Masukkan  kacang dhal yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan yg bertanda bintang *.Gaul sebati.
Perasakan dengan garam secukupnya
✅Rehatkan adunansekurang -kurangnya 30 minit
✅Panaskan minyak dengan api sederhana
✅Bentukkan adunan seperti donat, kalau nak buat bentuk lain pun boleh☺️ dan gorengkan sehingga kekuningan. Bentuk adunan atas daun pisang supaya senang dibentuk
✅Toskan minyaknya dan hidangkan panas panas bersama chutney kelapa.

Hasil tangkapan dikedai minang. Masa nilah nak makan lauk eksotik kan.  Yg makannya cuma 2 org je jadi lambettt lagi aku nak masak lauk eksotik.

Tuesday, 19 April 2016

Roti/bun burger homemade, DIY , semua orang boleh buat


Salam petang selasa, meroti kita : )


Roti : kegilaan cik ina sekarang ni. Bukanlah terror sangat buat roti tapi okeylah janji ada rasa roti , lembut , dan boleh dimakan.Janji , lepas sarapan pagi atau minum petang keluarga . Siapa yang sebelum ni buat roti tapi tak berapa nak jadi  roti dan tak  berapa nak lembut , hanya boleh ditatap tapi  tak boleh dimakan, jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi sehingga berjaya.Kalau boleh, uli dan ramas-ramas doh  depan tv sambil tengok sinetron. Tak moh tension-tension. InsyaAllah roti tu  akan jadi roti, lembut kebabom.


 Rupa doh selepas direhatkan sejam

Resepi roti/bun burger
Bahan-bahan
250gram tepung high protein*
50gram tepung gandum*
2 sudu besar susu tepung penuh krim[cik ina guna susu nespray]*
1 sudu kecil garam*
1 biji telur[kacau, tinggalkan sedikit untuk buat sapu atas permukaan roti]*
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu besar margerin/mentega
100ml air

Untuk kilatkan roti bagi nampak cantik
Baki telur dicampur dengan 1 sudu kecil fresh milk dan secubit gula. Kalau takde susu segar, korang bancuh je  1 sudu kecil susu tepung penuh krim dengan sedikit air dan secubit gula

Cara membuat
Bancuh air suam[lebih kurang 50ml] dan gula kemudian letak yis.Kacau dan biar hingga berbuih.ketepikan
Dalam satu bekas, satukan bahan bertanda bintang.Masukkan bancuhan air gula dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.Air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil yang memuaskan.Pandai-pandailah adjust doh, kalau lembik ,tambah tepung sikit dulu , uli sampai doh tak melekat kat tangan. Mak uli pakai tangan nok sebab malas nak basuh mixer. Saper ada bread maker lagi senang kerja.
Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut.
Rehatkan doh selama sejam. Tutup dengan kain atau plastik
Selepas sejam,uli roti sekali lagi dan bahagikan doh. Bulatkan mengikut besar yang korang suka
Atur roti dalam loyang yang telah dilengser mentega. Perap sehingga roti naik 2 kali ganda
Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan atas roti
Bakar selama 18 ke 20 minit.
Selepas diangkat masa roti tengah panas,sapukan mentega atasnya supaya nampak kilat



Roti homemade mungkin tahan sehari dua  sebab tak diletakkan sebarang  bahan pengawet. Selepas 2 hari , jika  masih ada baki roti jangan dibuang. Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan  dalam fridge.Kalau nak lebih selamat, buat roti untuk sekali atau dua kali makan.*tangan didada mata ke atas*

Roti/bun tadi boleh  buat  egg benjo atau burger, terpulang pada citarasa masing-masing

Heavennya rasa dapat makan benjo dan minum teh 0. Abaikan cawan yang tak berpiring .Biasalah tu cawan dan piring tak reti duduk setempat.hukhukhuk







Sekian terima kasih, panjang umur jumpa lagi.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 26 November 2015

Mari belajar membuat apam tepung beras aka nasi


Salam  khamis,



Jumlah pengunjung hari ni setakat pukul 1 petang( tahu, tahu ramai blogger di  di luar  sana  pengunjung blognya berjuta  tapi korang bagilah cik ina peluang kali ni je nak nak  show -off .la la la la



Cantik tak  rumah baru cik ina? Jenuh cik ina bertukang, kalau tak cantik tak tahulah. Sempena rumah baru,  jumlah pengunjung   mencecah 2,006,599 setakat hari ni, cik ina belanja semua orang  resepi apam tepung beras. Suka tak? Apa bisik-bisik tu?.  Korang cakap apa ni? ek eleh cik ina apa barang resepi apam. Belanjalah makan pizza ke KFC ke. Takpe lah kalau tak suka .Janji cik ina ikhlas.huk huk huk


Apam tepung beras ni salah satu kuih kegemaran  anak bongsu.


RESEPI APAM TEPUNG BERAS aka NASI
Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
1 tsp yis mauripan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(kalau nak tak nak manis sangat, kurangkan gula sedikit je. Apam ni kalau tawar sangat pun tak sedap.
Cara menyediakannya
1)Dalam satu bekas lain satukan  tepung beras , tepung gandum dan yis.*
2)Kisar nasi ngan 1 1/2 cawan air  sehingga  hancur. Setelah hancur, masuk gula dan kisar hingga sebati
3)Selepas itu kisar bersama bahan bertanda bintang hingga halus
4)Perap dalam bekas bertutup  selama 4 atau 5 jam. Sebelum dikukus  taburkan eno kaler biru, kacau rata dan biar sekejap.
5)Panaskan pengukus dan balut tutupnya dengan kain.Tuangkan  adunan perapan dalam acuan. Kukus selama 15 hingga 20 minit dalam api yang besar.



Jika suka boleh bahagikan 2 & 3 adunan dan warnakan 




Apam ni sedap dimakan bersama  kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam,tapi sebelum tu kelapa parut  hendaklah dikukus dulu sekejap agar tak cepat basi.  Kawan ofis cakap hijau  apam cik ina  hijau pas. Takbirrrr














Sekian, InsyaAllah jumpa lagi. Assalamualaikum.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 11 June 2015

Koleksi sarapan kegemaran keluarga ; sandwich ala benjo


Salam hari khamis,

Rasanya dah lama cik  ina tak tepek  resepi dekat sini. Hari ni tetiba gedik nak tepek resepi sandwich ala benjo yang cik ina buat untuk sarapan pagi tadi. Resepinya mudah, sedap dan
berkhasiat (berkhasiat cara cik ina do do cheng  lah kan)

Resepi sandwich ala benjo
Bahan-bahan
1) 6 keping roti massimo dengan  germa gandum  dibakar  depan belakang, kalau boleh sedang sedang garing .Ketepikan.
 

2)3 biji telur , digoreng mata kerbau.Ketepikan.
3)Sedikit hirisan timun
4)sedikit hirisan bawang holland
5)Majerin
6)Mayonis
7)Sos cili


Cara menyediakannya
1)Susun roti dalam pinggan.Susunkan sebelah menyebelah
2)Sapu mayonis  pada sekeping roti,lagi sekeping sapukan majerin.Letak telur mata kerbau.Susun  hirisan timun  serta hirisan bawang diatasnya.Akhir sekali letakkan sos cili.
3)Katupkan roti .Jika suka boleh potong 2.


Sandwich ala benjo sedap dan mudah dibuat.Jangan  tak cuba.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 26 April 2015

tauhu sumbat cik ina do do cheng sedap dan mudah disediakan,langkah demi langkah


Salam sabtu


Rasanya lama jugak blog cik ina do do cheng  tak update kan?tetiba rasa rindu dengan blog sendiri.Maunya tak rindu,blog ni dah menjadi separuh dari nyawa cik ina. Tanpanya aku lemah pasti tak berdaya bak lirik lagu mahakarya cinta faizal tahir. Blog ni adalah segalanya dalam hidup cik ina selain anak-anak ,tanpa blog ni siapalah cik ina.Terima kasih kerana terus   menyokong blog cik ina do do cheng, Sebagai menghargai sokongan korang semua cik ina belanja resepi tauhu sumbat.hehehe,fresh from farm,tauhu sumbat  brekpes pagi tadi.


Resepi tauhu sumbat cik ina do do cheng
bahan-bahan
1)3 ketul tauhu[dipotong kepada bentuk segitiga kemudian dibelah dua.


 2)1/2 batang timun jepun[dihiris nipis kemudian dimayang halus seperti batang mancis
Cara menyediakannya
1)panaskan minyak ,goreng tauhu sampai garing
2)sumbatkan  hirisan timu ke dalam tauhu tadi. Susun tauhu sumbat dalam pinggan
Resepi sos tauhu sumbat cik ina do do cheng
1)4 biji cili besar merah[dicuci berseh dan dihiris nipis]
2)3 ulas bawang putih
satukan bahan-bahan diatas dan kisar  hingga  halus.ketepikan
3)3 sudu besar sos cili
4)garam dan gula secukupnya
cara memasak
1)Masukkan cili  kisar dan sedikit air ke dalam periuk.Masak hingga naik bau cili.
2)Masukkan sos cili,kacau sekata.
3)perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga agak pekat.

Hidangkan tauhu sumbat cik ina do do cheng bersama sos cili cik ina do do cheng.mantop .


Tetiba pagi ni tekak cik ina nak brekpes bihun goreng   dengan  tauhu sumbat





Teruskan menyokong blog cik ina do do cheng  #blogcikinadodocheng .kahkahkah,Jumpa lagi.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 16 April 2015

Resepi rendang daging pedas, langkah demi langkah


Salam Khamis,


Entah apa puncanya, cik senah sendiri kurang pasti .di ofis semalam seharian cik senah sakit pinggang .Sakit tak tertahan , malamnya cik senah  terpaksa  pergi klinik. Lepas kena enjet dua das,syukur Alhamdulillah rasa lega sikit sakit cuma rasa  lalok .Tapi nasib baik  yuyi ada,boleh jugak tengok tengokkan cik senah.

Cik  senah keluar dari klinik pukul 9.30 malam.Masih awal,adik tamat kelas mengaji pukul 10. Sementara tunggu adik keluar kelas,yuyi bawak  pusing -pusing sekitar tempat mengaji adik. Sebelum balik ke rumah kitaorang sempat makan dulu. Sampai rumah cik senah terus fengsan.Nasib baik dapat MC boleh fengsan lebih sikit. Okeylah kengkawan ,cik senah baru lepas makan ubat  mata ni dah semakin mengantuk. Cik eenah masuk tidur dulu. Selamat malam semua. Jangan lupa baca doa sebelum tidur . Kepada mereka yang tak rasa mengantuk lagi,sudi sudilah layan resepi rendang daging pedas cik senah. Ekceli resepi rendang daging pedas ni   yuyi yang request .



Brekpes cum juadah makan tengahari  cik senah, nasi goreng kampung dijudukan dengan telur goreng, timun dan rendang daging pedas

Resepi rendang daging pedas
Bahan-bahan
1)900 grams daging lembu[tak sempat cekau daging fresh kat pasar,cik senah guna daging frozen je]
2)5 ulas bawang merah*
3)1 labu bawang putih*
4)6 batang serai*
5)1 ketul  halia sederhana besar*
6)1 ketul lengkuas sederhana besar*
7)Kunyit hidup sebesar ibu jari*
8)3  sudu besar kerisik
9)6 tangkai cili  api + 10 tangkai cili kering[dikisar basah]
10)1/2 kotak santan M&S[sumpah rasa santan segar sebenar]
11)1 helai daun kunyit[disiat-siat]
12)Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1)Potong daging sederhana besar kemudian dibasuh berseh dan dituskan.Ketepikan
2)Kisar basah bahan - bahan yang bertanda  * .Ketepikan
3)panaskan minyak dalam kuali(cik senah guna pemanggang ajaib),tumiskan bahan  bertanda * yang telah dikisar hingga naik bau dan agak garing.
4)Tumiskan cili  kisar hingga  pecah minyak
5)Masukkan daging diikuti dengan kerisek. Kecutkan sekejap
6)Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kacau sebati
7)Masukkan santan M&S dan Daun kunyit. Masak hingga daging empuk dan bumbunya sedikit kering




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 13 August 2014

Tepung goreng ranggup zaman sekarang VS tepung goreng original dolu dolu

Salam Syawal.........................

Saper suka makan goreng pisang ???angkat tangan. Saper suka makan goreng pisang cicah sambal belacan?? Jangan ketawa ye..yang suka makan goreng pisang cicah sambal belacan tu akulah orangnya. Okeyy. Aku nak tanya  ni, korang kan, kalau goreng pisang ke keledek ke keladi ke korang prefer guna  tepung goreng ranggup ke atau tepung goreng original dolu dolu (tepung gandum plus tepung beras)? Kalau aku lah kan, aku prefer guna tepung goreng original dolu-dolu,  sebabnya
1) Aku tak berapa reti nak bancuh tepung goreng ranggup
2)Tak berapa suka serdak- serdak goreng pisang
3)Entahlah, aku rasa tepung goreng ranggup macam banyak serap minyak
Tapi apa apa pun tepuk dada tanya selera, semua tu terpulang pada selera masing-masing.Setiap orang selera berbeza -beza jadi  please lah  respect each other selera , barulah cool
*please respect omputih tahap A level aku *


 Aku dengan bangganya mengunakan tepung gandum bunga cempaka.Wahai blue key , cap sauh ampunkanku.

Berhati-hati memilih pisang. Pisang yang comel , berkulit halus mulus tidak semestinya  menjanjikan rasa pisang yang sedap manis dan lemak berkrim .Kadang-kadang  pisang yang tak berapa nak comel dan berjeragat tulah yang sedap tapi yang pasti sekarang ni, susah dah nak dapat pisang mentah especially pisang nangka.

 Bancuhan tepung goreng pisang original dolu dolu


Bahan -bahan
1)Tepung gandum
2)Tepung beras
3)Sedikit garam
4)Sedikit gula
5)air
Kuantiti tepung bergantung kepada kuantiti pisang
Cara menyediakannya
1)Satukan  kesemua bahan ke dalam satu bekas
2)Bancuh dengan air hingga mendapat kepekatan sesuai



Petang minggu tu kan hujan,perghh sedap gilerrr waktu hujan  makan goreng pisang.


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .