Showing posts with label sardin goreng cili. Show all posts
Showing posts with label sardin goreng cili. Show all posts
Monday, 20 June 2016
lauk kering dan bercili ; menu pilihan juadah sahur
Salam Ramadhan, Selamat berpuasa pada rakan blogger semua. Muah ciked kat blog sendiri.
Sebulan sudah blog cik ina tak berupdate. Apa dah jadi ni? Tulah asyik berinstagram je hampir terlupa dengan blog sendiri kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa lagi lah takde masa nak update blog.
Berbalik pada tajuk entri ; diam tak diam 15 hari sudah kita semua berpuasa . Para ibu mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk juadah berbuka & bersahur kan. Para bapa duk diam di situ. Para ibu tak payah nak pening sangatlah. Masak ikut kudrat memasing . Hari ni cik ina nak kongsi tips memasak dengan pantas buat para ibu yang bekerja yang sibuk mana nak urus anak, urus suami, urus rumah , urus entah apa lagi kan. Insyallah tips berikut dapat membantu serba sedikit
1. Bila ada masa terluang kupas bawang merah & bawang putih , masuk dalam tupperware simpan dalam fridge.[tak payah tupperware sangatlah.Mak simpan dalam bekas microwave je] huk huk huk
2. Kisar cili merah besar & cili api, masuk dalam bekas simpan dalam fridge
3.Kisar cili kering masuk dalam bekas simpan dalam fridge
4.Pastikan sos tiram, sos cili, sos tomato,tomato puri, kicap cair dan kicap pekat sentiasa ada di dalam gerobok para ibu
Ramadhan 13 juadah sahur ; ikan sardin goreng cili & baki lauk berbuka
Sardin goreng cili ni sedap, dapat meningkatkan selera makan waktu sahur. Cara masaknya pun mudah .
Sardin goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1 tin besar sardin[asing ikan sardin dan sosnya]
3 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah] main ambik je stok cili kisar dalam peti ais,senang kan.
5 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [kisar kering]
1/2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ikan sardin.ketepikan
Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau
Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
Masukkan sos ikan sardin, air asam jawa , gula diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga kuahnya sedikit kering.
Akhir sekali masukkan ikan sardin , gaul rata dan angkat.
Masuk hari ke 15 berpuasa baru rasa berselera sikit makan sahur dengan nasi berlaukkan sardin goreng cili.
Ramadhan 14 ; juadah sahur ; ayam goreng cili , kacang panjang goreng cili dan telur dadar
Ayam goreng cili sempoi dan kacang panjang goreng cili adalah juadah sahur feveret anak cik ina.
Ayam goreng cili sempoi
Bahan-bahan
1/2 ayam dibersehkan dan dipotong2 kemudian digaram kunyit dan digaul dengan sedikit sos tiram.
2 sudu besar cili kisar[cili api campur cili besar merah]
3 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih [tumbuk kasar]
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara memasak
Goreng ayam sehingga separuh masak.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan diikuti dengan garam secukupnya. Masak hingga cilinya sedikit kering
Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan cili.
Sekian terima kasih. panjang umur kita jumpa lagi. Semoga bulan Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan kepada semua. Insyaallah.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Thursday, 4 December 2014
Cik senah dan memasak ni memang tak dapat dipisahkan lagi ; berita terkini pasal peti ais cik senah
Salam khamis,
Apa khabar kengkawan semua? diharap semuanya sihat belaka. Lama cik senah tak update blog sebab otak tak berapa nak sihat .Cik senah tengah sedih ni, peti ais peninggalan arwah ayah yang cik senah tatang bagai minyak yang penuh semakin nazak, bahagian atas peti ais tak sejuk seperti biasa. Siapakah yang harus dipersalahkan ?itu rasanya sudah tak penting lagi. Sebenarnya sejak my lovely peti ais rosak ikan, ayam daging , aneka sayur dah jarang bertandang kat rumah. Itulah paling aku terasa sekarang ni. Perlukah aku mencari penganti mu peti ais?Bila ku ingat bila ku kenang my lovely peti ais seusia yuyi cik senah down gilerrr.. Tabahlah wahai hati,, nak beli baru bukan sikit duit. Hasil menoreh cik senah kumpul sikit sikit ,InsyaAllah cukup bulan dapatlah cik senah beli sebijik peti ais baru.
Rutin harian cik senah waktu subuh masa anak-anak cuti sekolah ni(bajet anak 10) kentang ketung ketang kentung seawal 5 pagi. Waktu pagi & tengahari calling calling adik. Setiap hari skrip lebih kurang sama.
cik senah : Assalamulaikum adik, dah bangun?
adik : baru bangun.
cik senah : adik dah makan?tengah buat apa tu?
adik : belum.tengah tengok tv
cik senah : Jangan sepahkan rumah.Lepas makan , tutup tudung saji elok elok ye.
adik : ok
cik senah :Dah kemas bilik
adik : Belum.Tunggulah firdaus syok syok & selesa baru firdaus kemas.
cik senah : ahhh, apa maksud syok syok selesa tu?
adik : lepas firdaus setel main games, tengok video , tengok tv, tu maksudnya selesa
cik senah : ha ha ha cam tu pun boleh .
Sambung cerita pasal memasak. Sementara menunggu peti ais baru sampai makanlah dulu sambal sardin . Lepas ni kengkawan tak payah pelik, dalam minggu ni dua kali dah cik senah masak sardin. Jeng jeng jeng menu yang cik senah masak hari ni, sardin goreng cili bla bla bla bla
Sardin goreng cili api
Timun goreng udang kering
Telur dadar bawang
Telur masin, ek eleh apa kena dengan dua biji telur masin cik senah belah kanan macam sendu je kuningnya.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Wednesday, 12 November 2014
yau mak tam goreng bijan sedap, anak suka suami sayang
Salam rabu,,,
Cak!!!!!! tengah buat apa tu??? apa!!! "tengah buat bodoh" jangan risau odah tak marah pun dengar jawaban tu . entahlah ,hari ni lepas odah nampak jiran sebelah nun usung beg komputer dan peta harta karun odah rasa macam cool sangat-sangat . Ekceli odah memang cool je orangnya. Cuma.... sesekali bila monsun tapioca melanda odah tak boleh nak elak. Tapi biasalah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Ceh wah odah main laut nampak . Sejujurnya, odah dah lama tak main laut asyik main kolam je. Teringin nak mandi laut tapi somi tak bagi .Dia cakap , sekarang ni cuaca tengah tak eloklah, perubahan monsunlah, bla bla bla and bla bla bla ...okey fine. Nasib baik odah ingat akan pesanan arwah mak odah "syurga isteri dibawah tapak kaki suami" terus odah zip mulut, Kalau rasa tak puas hati ,odah bermonolog dalam hati je, tak pun odah ringankan tangan tumbuk sambal belacan. Release sekejap. Kalau tak release jugak pakat masuk dapur, masak lah apa apa yang patut. Jangan tak tahu pulak yang memasak jugak adalah salah satu cara release tension. Jom kita kentang kentung kentang kentung, hehehe, Inilah hasil dari kentangan kentungan odah pukul 5 pagi tadi : )
RESEPI YAU MAK TAM GORENG BIJAN
Bahan-bahan
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau
Sekian terima kasih. Majulah sukan untuk Negara : )

1)yau mak tam secukupnya[1 paket ,lebih kurang 300-400gm]
2)1/2 sudu besar bijan
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)Secubit garam
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak & 2-3 titis minyak bijan dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau dan keperangan
2)Masukkan bijan, tumis hingga keperangan
3)Masukkan yau mak tam dan besarkan api. Tabur garam keatasnya.Kaup balik sekejap dan tutup api
2)1/2 sudu besar bijan
3)4 ulas bawang putih[dicincang]
4)Secubit garam
Cara menyediakan
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak & 2-3 titis minyak bijan dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau dan keperangan
2)Masukkan bijan, tumis hingga keperangan
3)Masukkan yau mak tam dan besarkan api. Tabur garam keatasnya.Kaup balik sekejap dan tutup api
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau
Yau mak tam goreng bijan
Pecahkan 4 biji telur ke dalam sebuah bekas , masukkan sedikit kicap
cair , secubit parsley flakes dan bawang holand yang telah didadu.
Pukul sekata . Panaskan sesudu besar minyak masak dalam kuali..Ratakan minyak dalam kuali dengan memusing kuali . Bila minyak dah panas ,masukkan bancuhan telur. tadi . Masak hingga kedua-dua bahagian. menjadi garing.
Sardin goreng cili ; resepi kat [SINI]
Sekian terima kasih. Majulah sukan untuk Negara : )
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Subscribe to:
Posts (Atom)