Friday 25 April 2014

Koleksi Juadah kegemaran keluarga ; Resepi ayam goreng sos tiram ; langkah demi langkah

Hye kengkawan,mari ambik kesempatan update blog kejap. Disebabkan ada yang request resepi ayam goreng sos tiram ni aku cubalah jugak  untuk meluangkan masa mengupdate blog aku yang berapa best ni.hehehe. Adik mariya jangan lupa cuba tau resepi ni,nanti bila dah masak jangan lupa hantar kat cik ina cikit ye..Jangan marah  , makcik celaner   saje je  gurau gurau


  
Sos tiram jenama maggi  adalah diantara sos tiram kegemaran aku selain daripada sos tiram jenama LIFE

Resepi sawi batang putih goreng fishball

 Bahan-bahan
1)3 pokok sawi batang putih[dicuci berseh dan disiang kemudian tuskan]
2)4 ulas bawang putih[dikupas kulit dan dicincang sederhana halus]
3)6 ketul fishball kecik[dibelah dua kemudian potong kecil]
4)dua sudu besar sos tiram
5)Air secukupnya
Cara menyediakannya
1)Panaskan 1 sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bawang putih hingga agak garing
2)Masukkan fishball, tumis sekejap
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
3)Masukkan sawi , goreng secara kaup balik mengunakan api kuat  sekejap.Kemudian masukkan sos tiram , kacau sekejap
4)Sebelum diangkat masukkan sedikit air
 
 Sawi batang goreng  fishball

RESEPI AYAM GORENG SOS TIRAM
 
Bahan-bahan
1) Separuh ekor ayam dipotong sederhana besar[dicuci berseh]
2)*5 ulas bawang merah[dihiris 
3)*4 ulas  bawang putih[dihiris]
4)*Sedikit bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
5)*2 cm halia[dihiris bulat-bulat]
6)10 tangkai cili padi[dibelah dua]
7)1/2 sudu kecil gula
Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ya
8)3 sudu besar air asam jawa
9)3 sudu besar sos tiram 
10)1/2 cawan air


 Ayam yang telah siap digoreng
Cara menyediakannya

1)ayam digaram kunyit dan digoreng garing.Ketepikan
2)Panaskan dua sudu besar minyak masak yang dicampur dengan sedikit minyak bijan, tumis bahan  bertanda bintang hingga naik wangi dan garing
3)Masukkan sos tiram kacau rata , kemudian masukkan  air asam jawa ,cili padi dan gula.Biar mendidih sekejap
4)Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata
5)Sebelum diangkat masukkan 1/2 cawan air.
 
Ayam goreng sos tiram






Tarikh : 25 April 2014, Jumaat
Lokasi : Rumahku syurgaku





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 24 April 2014

Resepi petola goreng suhun yang sedap kebabom ; koleksi juadah kegemaran keluarga

Yeah hari ni aku update blog .Apasal?????? korang tak percaya.. Sila percaya . Kat luar sana cuaca sejuk tu yang  datang mood aku nak update blog kot.Ha ha ha.okeylah aku terus terang , 2, 3 hari ni  di sebelah  kanan kepala aku ni sakit berdenyut-denyut macam nak kena kanser pun ada نعوذ بالله من ذلك. choiii tu yang hari ni tak larat nak bebel panjang .Jom cekidaut my petola goreng suhun

RESEPI PETOLA GORENG SUHUN



 Bahan-bahan
 1)3 batang petola size sederhana[dikupas kulit dan dibasuh,kemudian petola dibelah dan dipotong menyerong]
2)Secekak suhu direndam dan dituskan
3)1 biji telur
4)1/2 gengam ikan bilis[dibasuh berseh dan dituskan]
5) ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang halus] 2 ulas bawang merah kecik[dihiris nipis]
6)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
 1)Panaskan dua sudu besar minyak masak  yang telah dicampur dengan sesudu kecil minyak  bijan,  tumiskan  ikan bilis  hingga  naik wangi.Ketepikan ditepi kuali
2)Tumis bawang hingga naik wangi.Bila dah naik wangi , tumis semula ikan bilis  tadi
3)Pecahkan telur dalam kuali, kacau  biar garing
4)Masukkan petola, kaup perlahan secara kaup balik petola hingga lembut, ko adooo.
5)Masukkan suhun.Kacau sebati.
6)Sebelum diangkat perasakan dengan garam dan serbuk perasa [jika suka]
[Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ]
Beginilah rupanya  petola  yang telah siap dibujilkan
Jeng jeng petola goreng suhunku, cuba ye jangan tak cuba


 Ayam kampung  2 ekor kalau tak silap  RM40  , aku beli kat pasar Tani area rumah JLO
Arwah mak aku cakap bukan aku cakap ye, untuk mendapatkan ayam rendang yang sedap dan lebih bumbu, pastikan bahan bumbu  adalah dari bahan segar dan mencukupi, lagi banyak bahan lagi bertambah sedap rendang kita.
He he he arwah mesti  tambah  cili kering yang dikisar bersama sedikit  cili api ke dalam bumbu rendang , tujuan dia nak bagi rendang rasa pedas sikit.
Bahan -bahan bumbu rendang ayam kampung ku.,ekceli aku tak suka guna daun limau purut tapi  cari  daun kunyit tak de habis ,terpaksalah buh  daun limau purut.
Arwah mak aku  cakap, bukan aku cakap ye, untuk mendapatkan rendang yang  beraroma harum dan sedap pastikan bahan bumbunya  ditumis hingga naik wangi dan pecah minyak. Nak resepi ke? tak payah lah ye,. aku percaya ramai kat luar sana  dah terror  masak rendang , sesiapa yang tak terror atau tak berapa nak terror cubalah bagi terror ye .
Rendang ayam kampungku tak cukup kering,its okey  this one good for cicah roti .omputih sangat.













Tarikh :  13 April 2014, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .


Wednesday 23 April 2014

Koleksi juadah kegemaran keluarga ; resepi ikan tongkol goreng cili, jangan pandang sepi

Salam kengkawanku semua......hurmmm rindunya dengan blog sendiri. Terkenang-terkenang. Maunya tak terkenang, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencurah rasa dan suka duka kehidupan dan sidia yang mengajar aku makan ikan tongkol  buat kali pertama. Sweet kan, bertambah sweet bila ikan tongkol tu sidia panggil  ikan kayu...very the kayu  .  tapi yang pasti sidia yang aku maksudkan disini bukan Aaron Aziz  hurmmm  perlu  ke aku   nak bagitahu  sidia yang sebenar. Ha ha ha Tak de koje cari koje , mehlah sambung  cite pasal ikan tongkol .Aku tahu ramai yang tak gemar ikan tongkol tapi  tak kisahlah Asalkan me and family happy dan suka dengan sambal   ikan tongkol  ni ..... cukuplah ye dak.
Ikan tongkol  sekilo RM10 dan ikan kembung harganya tak ingat pulak , aku beli kat kedai Acheh  area rumah aku. Jangan heran sangatlah  kengkawan ku semua , jika satu hari nanti ujud  pasaraya acheh yang besar dan tersergam indah  kat  sini.....

Pinggan plastik yang cantik menawan  hadiah beli mister potato, itu je aku nak bagitahu.da dadi dadu dada.
Timun judu ngan sambal belacan perghhhh sedap  laki lalu kat belakang pun tak perasan.
sambal belacan besa besa, bancuh ngan air asam jawa je
kari ikan tongkol, tinggal seciput pun nak tayangkan???.
 ikan tongkol goreng cili
Bahan-bahan
1)3 ekor ikan tongkol  bersize sederhana [Isi ikan dibersehkan dan dipotong sederhana besar secara menyerong]ketepikan bahagian kepala , simpan dalam esbok
2)15 tangkai cili kering[Gunting cili kering, rebus dan kisar  halus]
3)3 ulas bawang putih & 5 ulas bawang merah kecik [dikupas kulit, hiris, dan dikisar kering]
4)dua sudu besar sos tiram
5)1/3 (suku cawan) air asam jawa
6)Garam dan gula secukupnya
Cara menyediakannya 
1) Ikan digaram kunyit  kemudian goreng hingga garing
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan bawang bertukar kekuningan
3)Masukkan cili kisar , tumis hingga pecah minyak
4)Bila bahan tumis tadi dah garing atau pecah minyak , masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih
5)Masukkan sos tiram, kacau sekejap
6)Masukkan garam dan gula secukupnya(agak agak je  buh garam tu sebab sos tiram dah masin)
7)Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi dan  kacau sekejap dalam seminit , kemudian angkat


Adik suruh aku masukkan nasi putih dalam lebihan sambal yang  dalam kuali. Tung tang tung tang tung tang aku kacau ,siap,  adik, nah!!!!!! ambik nasi ni...........







Tarikh : 22 April 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 18 April 2014

Tips ngetop ; Cara mudah meningkatkan pengunjung blog; entry khas untuk blogger pemalas tahap cipan nak update blog

Tajuk yang ado...dah lama tak update blog  .Ko mampu tetiba update  0 entry "cara mudah meningkatkan pengunjung blog". Mamposs  terbako blogger  kat luar sana  bila terbaca tajuk entry aku ni . Ada aku kesah , rasanya tak salahkan  blogger senior ceh wah senior  tetiba baik hatilah sangat nak bagi tips  kat blogger seangkatan . Blogger baru duk diam-diam kat tepi sana ye   . Bagi blogger   sendu pemalas tahap cipan  bukan mudah nak dapat visitor  yang  beribu-riban sehari  terutama unik visitor . Setelah menjalankan kajian secara membuta tuli  terhadap instagram dan twitter  cehh wahh, aku dapat satu kesimpulan bahawa  dua rangkaian laman sosial ini  sedikit sebanyak membantu kita untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung  blog kita .jadi pada  blogger yang  malas nak update blog tapi  masih berkeinginan untuk meningkatkan pengunjung blog,caranya sangat mudah . tak perlukan modal bagai , kengkawan hanya perlu

1)buka akaun twitter

2)buka akaun Instagram


  kalau tak de  aral melintang sekurang-kurangnya  sehari   2 & 3 gambar aku tepek kat instagram . Setiap kali update aku  terus tekan button share to  facebook & twitter .





Okey tenang kengkawan, setelah  selesai  membuka akaun Instagram serta  mengemas kini  apa yang yang patut, kengkawan  hendaklah  menyediakan dua  ruangan untuk instagram dan twitter   kat pages didalam blog kengkawan  -Rujuk anak panah berwarna  merah menunjukkan  ruangan untuk instagram makcik manakala anak panah berwarna  cokelat menunjukkan ruangan untuk twitter makcik. "Untuk pengetahuan kengkawan"   kebanyakan orang di luar sana  terutama pengguna  instagram suka terjah  instagram  rakan blogger melalui link instagram diblog. The moral of the story Jika malas nak update blog, upadate je instagram,InsyaAllah  anda pasti mendapat jumlah pengunjung yang  sama banyak seperti ketika anda rajin update blog



Sedih , terpaksa bergandingan semula dengan chow yuen fatt  kekasih gelap aka kekasih awal dan akhirku  bagi mengelak diganggu   lelaki mantop, lelaki jual ubat kuat , lelaki tunjuk anu, lelaki gersang , lelaki nak kahwin lebih dari 4, &  lelaki yang suka judge a makcik by its skirt,  whatever di Instagram


Selamat tinggal avatarku yang lama
















Okeylah kengkawan cukup setakat ni je lah entry aku , akhir kata majulalah instagram  dan twitter  untuk blog






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday 12 April 2014

Koleksi sarapan kegemaran keluarga ; resepi nasi goreng kampung awesome

Apa nak jadi dengan makcik cleaner ni, sejak berinstagram pemalas nak update blog. babab  kang baru tau. Blog makcik  dah fofular nak oiiii  , jadi tak perlulah nak update setiap hari.*tutup mata katup telinga tangan hisap curut* Janganlah sentap dengan statement aku. Saper yang dah lama mengikuti blog nie mesti dah faham dengan perangai aku  tapi pada yang baru mengikuti  blog  nie .. "Welcome to my blog caca marba" sure  belum tahu perangai sebenar aku kan...okey first sekali  nak bagitahu ,  aku suka makan nasi goreng kampung dan second aku suka  masak nasi goreng kampung. Sudi- sudikanlah cuba resepi nasi goreng kampung awesome aku nie...

Resepi nasi goreng kampung awesome
Bahan-bahan 
1)nasi sejuk[Gaul lebih kurang 6 cawan nasi dengan sedikit garam]
2)5 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih [dikisar kering]
3)15 tangkai cili api [dikisar kering]
4)Segenggam ikan bilis[basuh, tuskan airnya dan dikisar sederhana halus]
5)2 biji tomato[dipotong 6 bahagian]
6)3 biji telur
7)garam dan serbuk perasa secukupnya jika suka
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kisar hingga naik bau
2)Tumis cili api kisar hingga pecah minyak
3)Masukkan ikan bilis kisar diikuti dengan tomato, tumis hingga  agak layu dan naik bau
4)Pecahkan telur, kacau hingga garing
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau ya
5)Masukkan nasi sejuk yang telah diderai, gaul sekata dan goreng , goreng hingga keluar aroma harum nasi goreng kampung awesome ko ado,masa mengoreng guna api besar ye kengkawangku semua. *mata pejam tangan pegang sudip*
6)sebelum angkat bubuh sedikit serbuk perasa ,pandai -pandailah stabilkan rasa ye


nasi sejuk
Goreng nasi  hingga keluar aroma harum ye


My bento aka lunch box yang awesome *mata pejam tangan pegang bento*













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday 8 April 2014

Koleksi siri bercakap dengan gambar-siri 1- suka bakar kek tapi tak suka makan kek

Tajuk entry hari ni mengambil inspirasi dari koleksi siri bercakap dengan Jin-Tamar Jalis.*motip malas nak menaip panjang lebar*




 Budak suka bakar kek tapi tak suka makan kek bersama dengan budak yang  suka makan kek kaler putih.he he he












Tarikh : 5 April 2014, Sabtu
Lokasi : Rumahku syurgaku












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday 6 April 2014

juadah fofular dikalangan rakan facebook : resepi timun goreng tanpa taucu

Tajuk tak henggatkan.Ekceli  sorang je yang minat dengan timun goreng yang aku  up kat facebook semalam, tapi biasalah uolls macam tak kenal pulak , aku ni kan pengup tegar. hehehe,apa pun timun goreng aku yang tak berapa nak gah telah mendapat perhatian nok. The moral of the story timun dah tak boleh dipandang remeh manalah tahu kita kehabisan sayuran ataupun tak tahu nak masak apa timun antara sayur kita boleh masak sebagai juadah makan tengahari ye dak.

Okeylah, to my lovely rakan facebook yang ada bertanyakan resepi timun goreng tu,sudi sudikanlah ye ambik resepi timun goreng aku yang tak berapa nak gah ni.


Ikan cencaru berjaket goreng khusus untuk ibu ibu yang agak malas membuang jaket pada ikan cencaru yeah yeah .
Aku syak telur sambal  adalah menu yang sentiasa menjadi pojaan hati setiap kanak kanak di muka bumi 
Bahan-bahan
1)sebatang timun bersize bersederhana[dibasuh, belah dua dan dihiris nipis
2)4 ulas bawang putih[dikupas kulit dan dicincang sederhana halus]
3)1/2 genggam ikan bilis
4)garam dan serbuk perasa secukupnya
5)sedikit air
Cara -cara menyediakannya(masa mengoreng guna api sederhana dan sentiasa dikacau)
1)panaskan 1 sudu minyak,tumis ikan bilis hingga naik bau dan ketepikan ditepi kuali
2)masukkan bawang putih cincang,tumis hingga agak garing
3)masukkan timun,goreng hingga empuk
4)perasakan dengan garam dan serbuk perasa
5)akhir sekali masukkan sedikit air, kacau sekejap dan angkat




Akhir sekali macam biasalah,model kipas susah mati blog cik ina do do cheng, adik yang sentiasa ceria bila menghadap makanan.







Tarikh : 5 April 2014
Lokasi : rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday 4 April 2014

Dari rumah teres setingkat pindah ke banglo 3 tingkat, Kalau dah rezeki tu tak ke mana kan....

Bersambung dari cerita di SINI,  dari black canyon Coffee  mereka yang nak membeli tikus opsss hamster tu menuju ke   Pet Lover Centre , tak elok  perkataan  tikus tu bakal  mengundang  kemarahan pencinta hamster seantero dunia. Cerita pasal cik ti haiwan berbulu  ni  tak boleh cerita lebih- lebih nanti ditakuti akan  mengundang kemualan dan kegelian tekak  je.

PET  LOVERS CENTRE
Mereka sedang membayar harga hamster dan berdiskusi tentang masa depan hamster mereka
Tuan hamster
Pada mulanya mereka  nak bagi nama Johnny ,tetapi setelah perbincangan dibuat  dan melihat kepada semua  aspek , mereka sebulat suara bersetuju  mengunakan nama  STUART   *mata pejam kaki rasa nak pijak hamster*
Untuk permulaan ,cuma perlukan beli rumah teres setingkat untuk tikus opssss hamster, esok  esok ada rezeki lebih bolehlah beli rumah yang lagi besar tak gitu cik yuyi.

Rezeki oh rezeki , kekadang dia datang tanpa diundang, tak sampai sebulan nok dah tukar rumah baru., banglo 3 tingkat lagi, ko mampu. High test sangat si stuart ni.


 Tuan hamster bersama hamsternya  yang bernama  "STUART"
 Lokasi :  Rumah peminat tegar hamster

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday 3 April 2014

Thai prawn spring roll ; popia udang sedap kat Black Canyon Coffee

Nak  dimarah dah besar, marah kang takut sentap pulak.Aku cuma  mampu menjeling  je  ke arah mereka berdua. Eeehh geram gila , bila yuyi bagitahu aku  tujuan utamanya  ke Jaya Jusco  semata-mata nak mencari seekor hamster untuk adik buat teman masa cuti sekolah.Oh tidakkkk,  aku geli dan kurang suka haiwan  berbulu  .Okeyyy fine  jom belanja makan dulu  makan sebelum cari hamsterr . Cite hamster kemudian sambung kang kembang tekak terus tak lalu makan.

  Letih konon, dapat hamster terus hilang letih




 Thai style fried rice with prawn
 
 Yuyi mesti orderkan aku  Chicken soup,mestilah kan saper lagi yang tahu makanan  kesukaan mak kalau bukan anak sendiri .
  Black canyon chicken chop,belum pernah aku temui  seumpamanya sebelum ini.Chicken chop penuh misterikan???
 Chicken tomyam soup, perghhh sedap dimakan dengan  Thai style fried rice
 Thai prawn spring roll, apasal sedap sangat ni..
 Menu wajib order; Stir -fried mixed vegetables in oyster sauce









Tarikh : 21 March 2014, Jumaat
 Lokasi  : Restoran Black Canyon Coffee, Jaya Jusco .Tinggi





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )