Sunday 13 December 2020

ayam nanas , aqina farm sedap & juicy selamat dimakan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu

Selamat berhujung minggu sahabat2 semua. Tengah wat apa tu. Makcik baru habis makan sepinggan mee goreng. Syukur Alhamdulillah kenyang. Lambettlah lagi masak juadah tengahari.



Pagi ni makcik wat mee goreng rencah fishball  vege & ayam dada nanas aqinafarm . Makcik love sgt ngan ayam nanas aqina, sedap,juicy, lembut , lazat dan  yg penting ianya  lebih sihat dan  selamat dimakan.

Makcik beli ayam nanas aqina farm melalui online pandamart. Selalunya makcik beli aqina chicken skinless boneless thigh  dan aqina  Chicken cube untuk wat rencah sayur goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, mee goreng dan lain2. Makcik suka jugak beli Aqina chicken whole leg dan aqina chicken chop❤️

MEE  GORENG 
💥BAHAN2
✅Mee kuning 1 1/2 bungkus ,dibasuh dan tuskan
✅Pakchoy
✅Dada ayam nanas dari aqinafarm dipotong kecil
✅sedikit Karamel masakan untuk mengelapkan sedikit warna  mee
✅sedikit maggi cukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
✅Cili kering 5 tangkai
✅Bawang putih 8 ulas
✅bawang merah 2 ulas
💥BAHAN SOS
✅sos tiram
✅sos cili
✅Kicap manis ABC
💥CARA2
Tumis bahan kisar  sampai pecah minyak. setelah pecah minyak masukkan ayam.Kacau sekata.Masukkan bahan sos.kacau hingga kesemua bahan bergaul mesra  kemudian masukkan fishball diikuti ngan mee .Balik2 angkat sehingga kesemua bahan bergaul sempurna bersama mee. Setelah semua bergaul masukkan pakchoy. Balik2 angkat hingga mee lembut  dan masak sempurna.Akhir sekali masukkan sedikit maggi cukup rasa. Balik2 angkat 1/2 minit tutup api.
.

Saturday 24 October 2020

vadei ranggup diluar gebus didalam gitew


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu


Tiber  tekak  makcik nak makan vadei. Malam tadi sebelum masuk  tido makcik rendam kacang dhal , pagi senang keja, tinggal kisar je. Syukur Alhamdulillah , makan 3 ketul ,kenyang perut makcik.


Vadei ranggup diluar gebus didalam.ha ha ha


VADEI
Bahan2
1)1  1/2 cawan kacang  dhal direndam(malam, sebelum tido rendam. Pagi , boleh terus kisar kan)
2)Sedikit soda bicarbonate
Sedikit perasa
3)1 sudu kecil garam
4)1 sudu keci jintan manis
5)1/2 sudu kecil biji sawi
6)1 tangkai daun kari
7)3 tangkai cili kering digunting kecik
8)4 ulas bawang merah dihiris
✍️Rehatkan adunan selama 5 minit sebelum digoreng




.

Friday 23 October 2020

resepi cucur ikan bilis lembut



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu.

Cucur ikan bilis makan bersama sambal pecal aqilah kita pagi ni .  Makcik ngan anak2 berkenan betul ngan sambal pecal aqilah ,rasa pedas manjah, manis , masin  semua cukup. Cara penyediaannya pun  mudah, cuma perlu bancuh ngan air mendidih je.


CUCUR IKAN  BILIS
Bahan2
2 cawan tepung gandum
Sedikit taugeh/kucai(tak letak pun takpe)
1 sudu kecil garam
Secubit soda bicarbonate
Secubit perasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air masak
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
10 ekor ikan bilis
✍️Rehatkan adunan cucur ikan bilis selama 5 minit sebelum digoreng




.

Sunday 18 October 2020

Resepi mee goreng basah rencah sotong



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  sahabat semua. semoga dirahmati Allah SWT selalu.

Sekejap je dah hari ahad, malasnya bila pikir nak keja esok.huk huk huk. Tak tahu nape, semakin umur meningkat ni,  makcik malas nak gi keja. Pakkal ada komitmen yg perlu dilunaskan setiap bulan.Kalau tak dah lama berhenti keja.Sabarlah  wahai hati.

Pagi ni masak apa kita... Makcik goreng mee & goreng telur mata.. Pagi dah goreng mee, lambettlah lagi nak masak juadah tengahari.Siap goreng mee terus makcik ambik semangkuk mee , makan dengan lahapnya. Pagi lagi dah rasa lapar.hurmmm



Bahan2 mee goreng basah rencah sotong . Abaikan telur tu, makcik nak goreng telur mata.

MEE  GORENG BASAH
BAHAN2
1)Mee kuning sebungkus basuh dan tuskan
2)sawi dlm 5 tangkai , basuh dan tuskan
3)taugeh dlm 2 genggam, basuh dan tuskan
4)Sotong dlm 5 ekor ,dibersehkan dan dihiris bulat2
5)sedikit Karamel masakan untuk mengelapkan sedikit warna  mee
6)sedikit maggi cukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
1.Cili kering 5 tangkai
2.Bawang putih 8 ulas
3.bawang merah 2 ulas
BAHAN SOS
1)2 sudu besar  sos tiram
2)2 sudu besar sos cili
3)Kicap lemak manis
Cara2
Tumis bahan kisar  sampai pecah minyak. setelah pecah minyak masukkan bahan sos.Kacau sekata.Masukkan sotong kacau sekejap kemudian masukkan mee.Balik2 angkat sehingga kesemua bahan bergaul sempurna bersama mee. Setelah semua bergaul masukkan sawi. Balik2 angkat hingga mee lembut  dan masak sempurna.Akhir sekali masukkan taugeh. Balik2 angkat 1/2 minit tutup api.


Mee goreng basah rencah sotong. Selamat mencuba.

Thursday 15 October 2020

PKPB Selangor 14.10.2020-27.10.2020


Sejak PKPB  datang lagi, kemain seronok ya budak form 3. Hp, laptop ,hp , laptop.Time wat keja sekolah online, lambettt. Nak kena budak ni.

Monday 28 September 2020

pelan2 kayuh



Assalamulaikum, semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

Bangun pagi tak boleh buat apa, tiber demam, so kena berehat dan kurangkan aktiviti dilaman social. Doakan makcik  cepat sembuh ya. Terima kasih. Hanya saja Allah SWT yg dapat membalas jasa kengakawan semua..

Saturday 26 September 2020

spaghetti aglio olio seafood



Makcik beli bahan2 tuk wat spaghetti aglio olio . Cadangnya esok pagi  nak buat spaghetti aglio olio letak blue mussel meat ,makerel campur salmon.Hentamlah labu, janji anak2b makcik suka.

Minggu lepas makcik  buat spaghetti blue mackerel aglio olio,nanti makcik update ya.


Raffie nuget ayam ranggup, anak2 suka



Assalamualaikum , semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

Tengah buat apa tu. Makcik  baru  siap goreng nuget ranggup raffie.Anak2 makcik suka nuget ni. Hari tu makcik goreng, anak2 makan habis , maksudnya sedap letew. Selalunya makcik goreng 8 ketul , tak habis .Bawak sampai ke petang.

Makcik dah  2 kali beli produk jenama raffie, ayam goreng ranggup & nuget ayam ranggup.highly recommended👍🏼

Goreng nuget dalam minyak panas, Balikkan masa nuget dah bertukar sedikit keemasan

Bila nuget dah bertukar kaler keemasan, bolehlah diangkat

Anak makcik suka makan nuget cicah mayonis & sos cili



Tengahari ni makcik nak masak timun goreng & kerisi goreng cili tumbuk.tingin. Bahan2 dah siap dari mlm semalam.Cadangnya  nak masak pagi semalam, tiber badan tak sihat , tu yg  tunda  hari ni.

Saturday 12 September 2020

Cara mudah masak sup daging sedap guna rempah sup homemade..MANTUL



Sup adalah menu kegemaran anak2 makcik. Hidangkan nasi dengan sebarang sup, sambal cili api kicap atau sambal belacan  dan telur masin ,  bagi anak2 makcik dah cukup sedap. 

Hari ni makcik masak awal. Tiber lapau nasi. Masak  simple2 je,masak  sup  daging campur carrot dan kentang, rebus telur  masin & buat  sambal cili api kicap

Jom masak sup daging guna rempah sup homemade

Bahan2 untuk buat rempah sup  homemade

Bahan rempah yg dah dikisar guna pengisar kering

SUP DAGING
Bahan2 untuk masak sup daging(utk 1/2 kilo daging)
1)1/2 kilo daging tendeloin import , dihiris nipis
2)air secukupnya
3)garam secukupnya
4)kentang 3 biji(anak makcik suka kentang, tu yg letak banyak kentang)
5)1 batang carrot
6)daun sup/daun bawang(makcik takde)
Bahan tumbuk
1)6 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)halia sebesar ibu jari
Bahan rempah sup homemade
1)1 sudu kecil jintan manis
2)1 sudu kecil jintan putih
3)1  batang kecil kayu manis 
4)1 kuntum bunga lawang
5) 3 biji buah pelaga
6)1/2 sudu besar lada hitam
Basuh bahan rempah sup homemade dan tuskan kemudian kisar kering
Cara masak
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
Setelah naik bau ,masukkan rempah sup homemade. Kacau sekata, masukkan sedikit air.Kacau sekata kemudian masukkan daging.Kacau rata supaya daging bergaul dengan bahan tumisan.
Masukkan air secukupnya diikuti dengan carrot dan kentang
Reneh atas api sederhana hingga daging empuk
Setelah daging empuk, perasakan dengan garam secukupnya
Tutup api, akhir sekali tabur daun sup/daun bawang dan bawang goreng

Video cara masak sup daging tekan SINI

Reneh sup daging atas api sederhana

Sup daging otw masak,masa ni boleh masukkan garam.

Sup daging siap, kalau suka boleh tabur daun sup & daun bawang & bawang goreng

Atas meja ; sup daging,   sambal cili api kicap, telur masin . Syukur Alhamdulillah , atas nikmat rezeki yang Allah SWT  bagi pada kita.

Selamat berhujung minggu sahabat semua.

Friday 11 September 2020

Hotel Sunway Clio, hotel terbaik area Petaling Jaya

Bersambung dari entry   gangguan bekalan air  . Pikir punya pikir, akhirnya makcik pilih  hotel Sunway Clio. Makcik booking melalui Agoda. Makcik dah masuk kali ketiga menginap disini, makcik berpuas hati dengan tahap kebersihan hotel, bilik selesa, tak bau kepam.stafnya friendly dan amat membantu . Kelajuan internet dihotel ni amat memuaskan. Yang penting hotel ni link dengan Sunway Pyramid so  senanglah nak beli barang keperluan atau nak gi jalan2 cari makan.

Makcik sampai hotel pukul 2.30 terus ke kaunter check in. Selesai check in, gi bilik , letak bag, terus keluar balik  gi makan kat simply penang.lapau giler, makan cam tak ingat duniya.nanti makcik update ya makan2 kat simply penang.

Sunway Lagoon Water Park ; permandangan dari tingkap bilik 

Sunway Lagoon Water Park ; permandangan dari tingkap bilik 



Sunway Lagoon Water Park ; permandangan dari tingkap bilik 


Bilik deluxe plus  tingkat 16


Budak form 3 ekcited  nak mandi


Budak form 3 je , rajin  membancuh air minuman setiap.kali duk hotel

Makcik suka ambik king bed
Masing2 melayan hp, tv terbiar camtu je


Bilik air berseh  dan wangi

Toilet berseh

Kit mandian tak kedekut.hahaha
Takde motip ambik gambar ni.huk huk huk

Juadah makan malam , ayam kepsi & mee goreng daging food court sunway pyramid.

Dalam tempoh PKPP tiada hidangan sarapan secara buffet, pihak hotel  memilih untuk menghantar sarapan ke bilik.  Menu sarapan yg disediakan banyak dan sedap. Makcik puas hati.

Kemain makan  sambil tengok HP

Budak form 3  cakap sedap nasi lemak hotel sunway Clio : )


Tamat sudah cerita pasal hotel Sunway Clio, sekian terima kasih : )


Hotel Sunway Clio

Wednesday 9 September 2020

Restoran subangku kat Subang Airport



Tanda blogger tegar , mesti banyak  entry yg ditaip dlm draft, mcm makcik.ha ha ha.Korang sabar jap, makcik update satu persatu. Makcik mula ngan entry cerita  buka puasa ramadan 2016, mesti  korang nak  sepak makcik  laju laju kan. Sepak lah makcik tak marah. Huk huk huk

2016  budak form 3 , darjah 5, badan masih bambam. Cik yuyi  baru setahun kahwin

Alo alo budak form 3  omei dan bambamnya  .Masa ni nasi menjadi  peneman setia. Budak form 3 dan nasi berpisah tiada


Atas meja ketam sweet sour, roti mantou goreng, lala steamed ginger & garlic,nasi goreng cina,siakap steamed limau,shark fin soup, ayam goreng.

Kalau korang perasan,  di rumah makcik jarang masak seafood  terutama ketam. Tu yg bila makan kat restoran seafood , cik yuyi order  banyak seafood.

Menu makanan kat sini sedap2 terutama seafood,  harga pun berpatutan .  ,one of the best seafood restaurant in town gitew



Restoran Subang ku
Lot 68, Jalan Lapangan Terbang Subang Terminal 3
47200 Subang
Selangor













Monday 7 September 2020

Sarapan pagi kesukaan anak2, sandwich telur





Bertemu kembali selepas seminggu menyepi. Minggu ni minggu  yg bosan , rumah makcik takde air. Hurmm, malas pikir. Dari petang Jumaat takde air, membawak ke Sabtu. Makcik buntu , selalunya sebelum kejadian  gangguan bekalan air makcik dah stand by beli air kat  tesco online. Tapi kali ni tak sempat, last minit makcik baru tahu Selangor mengalami  gangguan bekalan  air yg berpunca dari pencemaran sungai selangor, berpunca dari sebuah kilang bla bla bla.  Selangor dan Masalah air berpisah tiada. Tak tahu nak wat apa dah. sebelum tidur makcik call tanya beberapa  hotel area Shah Alam & Petaling Jaya ,samada hotel mereka terlibat atau tidak dengan  gangguan bekalan  air.  Cerita pasal hotel, nanti makcik update ya. Ekceli makcik nak cerita pasal sandwich telur sarapan kesukaan anak2 makcik, tiber merapu2 cerita lain plak.

Mudah je cara makcik wat sandwich
Bahan2
Telur(Didihkan air dlm periuk.masukkan sedikit garam. Setelah mendidih ,masukkan telur, rebus  6 minit
Roti
Soft majerin
Mayonis
Black pepper ajishio
Sedikit garam

Lenyekkan telur  dengan garfu sehingga hancur. Setelah hancur, taburkan secubit garam dan  black pepper. Kacau sekata, akhir sekali masukkan sesudu besar mayonis.Kacau sekata

Sapu permukaan roti dengan soft majerin

Letak telur hancur diatas roti, ratakan

Letak sekeping lagi roti atasnya

Siap sandwich telur, kesukaan anak2 makcik


Monday 31 August 2020

Kapitan Hill @ Campenai Parc Residences terbaik di Kuala Lumpur



Selamat meyambut hari kemerdekaan  yg ke 63 buat negaraku Malaysia tercinta.Semoga negara kita terus dilindungi.Amin....

Minggu lepas dah berjalan, jadi minggu ni makcik  duk rumah masak, makan layan netflix je.Pagi ni wat sarapan berat , spaghetti aglio olio & karipap sardin , nanti tengahari tak payah terkocoh2 nak masak juadah makan tengahari. Petang nanti baru masak. Tu pun kalau rajin, malas kalu order je food delivery.

Baru nak melayan cite hindi "Malang" kat Netflix, tiber makcik teringat hari tu dah masukkan gambar jalan2 minggu lepas  dlm draft  blog. Tengah takde wat apa2 ni, baik makcik update kan.

Makcik makan angin 2 hari 1 malam je, omputih cakap Short vacation.ha ha ha. Sebenarnya lebih kepada bosan , malas nak wat keja rumah .Jadi kena duk hotel.Tapi kali ni makcik tak menginap dihotel, menginap di resident.Gara2 terpengaruh ngan cik yuyi lah ni, katanya duk resident ,seronok, tak bosan, terasa mcm duk kat rumah sendiri walaupun realitinya rumah makcik tak seindah resident.huk huk huk. 

Pagi  sabtu tu,  makcik masak nasi lemak, Makcik ngan budah form 3 isi perut dulu sebelum gerak. , Cik yuyi tak biasa makan berat waktu pagi, jadi makcik tapaukan dia nasi lemak tuk makan tengahari. Dalam kul 12 cik yuyi gerak.Sementara menunggu check in , makcik ajak cik yuyi cari makanan & minuman sikit di area Damansara. Lokasi resident yg makcik pilih kali ni  , banyak mall, banyak tempat makan yg sedap2 .Jadi tak payah nak pening2 kepala pikir tempak nak beli barang dan makan kan.

Makcik tak sangka kat  Kuala Lumpur ni , wujud  tempat perginapan yg nyaman,  aman damai dikelilingi pokok2 menghijau.

Guard dan pekerja Campenai Parc resident sgt friendly 

Pencapaian Campenai Parc resident

Permandangan dari balkoni  

Permandangan dari balkoni

Ruang Tamu dilengkapi penghawa dingin , sejuk giler, sofa & TV,bukan kaleng2  ada  banyak siaran astro.

Entah apalah disembangkan  dua beradik ni 



Bilik 1 dilengkapi penghawa dingin, king bed, almari, peti besi, hair dryer, toilet  , shower & bath tub . Yg penting bau wangi bilik besau.

Bilik 2 dilengkapi , penghawa dingin, 2 katil single, toilet, shower.

Bilik 3, dilengkapi penghawa dingin, katil single, toilet , shower. Ekceli makcik booking 2 bilik je, dapat 3 bilik. Okeylah kan. 

Bathroom bilik 1

Bathroom bilik 2

Bathroom bilik 3

Dapur dilengkapi, peti ais, oven, filter water magic, microwave, singki, cawan ,pinggan mangkuk, sudu garpu, kabinet , rice cooker, pembakar roti.
Sesiapa yg memiliki keluarga besar, seronok menginap disini, boleh masak2. Makcik berempat je, malas pulak nak masak2. Cik yuyi bawak kami makan di luar je. Pagi order brekpes guna  grabfood.

Apalah yg dibuat budak form 3 tu???

Microwave & oven nampak old school tapi masih berada dalam keadaan yg baik dan boleh digunakan

Filter air magic, tak payah susah2 beli air mineral

Mesin basuh  siap disediakan mesin pengering baju

Singki disediakan sekali cecair pencuci pinggan bersama span
Ruang makan dilengkapi penghawa dingin, meja makan 

Tak lengkaplah tempat penginapan tanpa swimming pool kan

Budak form 3 dan swimming pool berpisah tiada

Sekian , jumpa lagi dalam masa terdekat, insyaallah



Kapitan Hill @ Campenai Parc Residences
12, Jalan Chempenai, 
Bukit Damansara, 
50490 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan 


Pengikut Tegar : )