5 Apr 2025 - 7 April 2025 (Sabtu-Isnin)
Takkan lah ye kitaorang dari Klang ke Sekinchan semata-mata nak makan seafood ye dak Memang taklah, nyah. Sementara Daus tunggu result STPM dan kerja part-time kat 7-Eleven, masa yang tepat makcik ajak dia jalan-jalan. Dia pun tak pernah lagi pergi kawasan sawah padi dan desa-desa. Kalau ada pun, sekejap je di sini, tu pun masa dia kecik. Ha ha ha. Esok dia dah start belajar, malas nak kacau dia. Jadi hari ni kita manfaatkan je masa — jalan-jalan tengok sawah, hirup udara segar, ambik gambar cantik, dan opcos , makan seafood sedap! Santai habis, nyah
Kitaorang sampai Sekinchan dah petang, almaklumlah tunggu Daus habis kerja pukul 2, kalau tak silap makcik. Sampai homestay dalam pukul 5 petang. He he he, makcik ajak Daus duduk homestay — layan je, janji bilik ada tingkap nampak sawah padi menghijau. Nasib baik padi tengah menghijau, cantik mata memandang!Lepas settle check in, semua, makcik ajak Daus jalan-jalan sekitar homestay dulu. Ambik angin petang, hirup udara segar, dan sempat snap beberapa gambar sawah yang luas menghijau. Lepas tu, baru kitaorang gerak cari tempat makan seafood — memang heaven lah rasa seafood segar sambil layan pemandangan sawah yang terbentang hijau, sejuk je mata memandang. Angin lembut pun meniup perlahan, buat suasana rasa tenang gila.
Tempat yang selesa dan tenang


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)





No comments:
Post a Comment