Mana boleh bagi tahu saper orangnya.............. tak tau berapa ribu orang kat ofis ni yang baca blog aku tapi tak nak mengaku.......hipokrit di situkan?*baca boleh percaya jangan*tapi
lelaki yang membuatkan aku bengang tu memang budak kilang.Budak kilang itu memang luarannya tak nampak jamban tapi mulut dan hatinya ada sedikit jamban *feningkan*
Selepas kejadian
itu , hati ini memang benar-benar mendidih, rasanya mahu saje aku layangkan penumbuk ke muka dan mulut jamban budak lelaki itu. Nasib baiklah belum ada syaitan yang mencucuk-cucuk tangan aku ni kalau tak haish!! haish!!! aku tak tahu apa yang akan berlaku . Selagi boleh sabar aku sabar kalau dah tak boleh sabar garenti aku bertindak mengikut arahan kepala lutut aku. Musibabnya perangai budak lelaki poyo ni."Aku bercakap dengan suara -suara yang serak basah ala macam suara awie tu.hoiiiiiiiiiiiiiiii apahal ni? saper baling selipar lagi ni.kuang ajarkan...........
Petang semalam entah apa yang dah merasuk fikiran aku , balik kerja aku terus suruh suami berhentikan motor kat kedai Acheh , tetiba je mood memasak aku sampai , apalagi jam tu gak tangan aku capai ikan , sotong , dan sayur -sayuran.Yeah !!!!!bila aku tengah marah otomatik kerajinan aku sampai, itulah salah satu sikap aku yang paling buruk yang korang kena tahu selain dari tabiat membasuh tuala mandi setiap hari. Cerita panas ni disambung dan diaktifkan oleh
jin pakai toncit
Balik kerja petang semalam aku masak simple je, aku buat ikan cencaru bakar, sayur pulak aku goreng
kangkung belacan
hasil rembatan dari kedai Acheh yang berdekatan dengan rumah aku
sayur-sayuran wajib ada
Aku bakar ikan cencaru dalam
chefal kesayangan : ) Sebelum ikan dibakar harus ikan itu dibedung mengunakan aluminium foil supaya badan ikan tak melekat didasar chefal kemudian bendung ikan itu dengan sedikit daun kunyit.terimak.Sebelum dibakar titikkan sedikit minyak di atas ikan tadi.
Status ikan cencaru bakar ni macam goreng pun ada. Kasihan bila ikan cencaru bakar dah terlebih bakar : (
Pencicah ikan cencaru bakar ;
Aku ambil 3 ekor sotong buat rencah kangkung goreng belacanku ; Siang sotong , basuh berseh dan sejat airnya

Bahan -bahan tumisan yang akan dikisar kering sederhana halus ; 5-6 biji cili api yang tak berapa pedas , sedikit belacan , 2 biji cili masak, 3 ulas bawang merah dan dua ulas bawang putih .Basuh semua bahan-bahan terlebih dahulu sebelum dikisar. Belacan pun aku basuh boleh gitu.Tak senonohkan perangai aku.
Cara-cara membuatnya
Tumis bahan kisar didalam sedikit minyak panas hingga naik bau dan pecah minyak . guna api sederhana besar. Bila bahan tumisan dah pecah minyak kita masukkan pulak sotong yang dah dipotong dan disejat airnya dan terus besarkan api. Kacau kaup balik sotong tadi kemudian masukkan kangkung yang dah dibasuh dan dituskan.Kacau dan kaup balik, akhir sekali masukkan sos tiram sebagai penganti garam dan serbuk perasa.
kangkung goreng belacanku yang menjadi feveret Firdaus

Sempat lagi aku perhangatkan sambal sardin balance juadah malam semalam
Budak yang tak sabar menunggu aku menyiapkan hidangan makan malam
Laju je Firdaus makan nasi bila ada ikan cencaru bakar dengan kangkung goreng belacan
Sekian saje cerita aku dan juadah makan malam tadi
Sempena esok umat Islam semua menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW marilah sama-sama kita alunkan Selawat ke atas Rasul junjungan kita. Aku tengah beristighfar, cerita budak kilang bermulut jamban aku KIV sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.hoiiii saper baling telur tembelang ni.dush dush aku tengah elak ni, haish nasib baik tak kena kat dress aku.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .