Sunday 6 January 2013

kuih abuk-abuk sagu biji versi tak cukup gegirl

Semenjak   ratu kebaya  rajin  membelikan   kuih abuk-abuk untuk rakan ofis dan semenjak itulah keinginan aku untuk membuat kuih abuk -abuk  dengan air tangan sendiri  semakin  meruap-ruap. Walaupun aku suka kuih ni , rasanya seumur hidup sekali je aku pernah buat. Tapi oleh kerana zaman sekarang ni  semakin  susah kita nak mencari orang yang menjual kuih kampung semacam ni maka aku terpaksalah  merajinkan diri untuk membuatnya sendiri . Nak buatnya tak delah renyah sangat cuma kita perlu ada kesabaran dan sifat kegegirlan yang tinggi.

Oleh kerana semangat nak membuat kuih abuk-abuk  semakin merupa-ruap jadi seawal pagi lagi aku  dah merayap ke rumah jiran untuk mengambil  daun pisang. Nasib baiklah  jiran-jiran  taman perumahan tempat aku tinggal ni rajin bercucuk tanam kalau tidak jangan haraplah nak jumpa daun pisang di awal-awal pagi begini. Berdasarkan  dari congakan aku yang tak bertauliah hampir 80% rumah dikawasan taman ni  ada menanam pelbagai tanaman dapur seperti  pokok pisang , limau purut,  serai , kunyit ,daun pandan dan lain-lain.

Berbalik pada tajuk cerita ; pertama sekali sebelum kita hendak membuat kuih abuk-abuk kita kena la sediakan dulu daun pisang yang telah siap dilayur.ni bagi mengelakkan daun pisang mudah koyak.
Cara membungkus kuih abuk-abuk bergantung kepada kreativiti korang.Oleh kerana tangan aku ni  tak cukup gegirl maka aku terpaksalah  membungkus kuih abuk abuk seperti membungkus   kuih koci.(Aiman tak kisah janji kuih abuk -abuk aiman sedap)
 Simpang perenangkan: {
1)Entah berapa gram sagu biji ni pun aku tak tahu. Aku main rembat je dari esbok.Dari tilikan aku  beratnya dalam anggaran 200 grams. Basuh  sagu biji tadi dan letakkan di dalam tapis.
 
2)kelapa parut  (putih sahaja)dari sebiji kelapa digaul  dengan sedikit garam
Ikut citarasa masing-masing samada nak mengunakan gula merah atau gula melaka.Gula melaka dipecah-pecahkan .

cara-cara membuatnya

1)Gaul hingga sekata bahan 1 dan  2 
2)ambil daun pisang , letakkan sesudu besar sagu (sagu yang dah digaul kelapa dan sedikit garam) 
3)Letakkan  4 ketulan kecil gula melaka
4)Tutup  gula melaka tadi dengan 1/2 sudu besar sagu kemudian balut bungkusan kuih abuk-abuk seperti membalut bungkusan kuih koci  
5)Kukus sehingga masak selama 15 minit - 20 minit
 
ni kuih abuk-abuk yang masih di dalam proses dikukus.he he  he sekali pandang macam kuih koci , dua kali pandang macam nasi lemak.Nampak sangat aku  kerastangan. Di pertengahan proses  mengukus baru aku  teringat yang penutup kukus aku  tak alas dengan kain tuala. Apa lagi Gigih aku ambik kain tuala  untuk alas penutup kukus. Macam tu pun bolehkan?
Walaupun wajah mu tak melambangkan kuih abuk-abuk sagu yang dibuat oleh tukang buat kuih profesional tak pe......... janji rasamu sedap .
Pada rakan ku sekelian ,Jangan khuatir , kuih abuk-abuk ni tak berapa manis .


Sekian saje cerita aku dan kuih feveret

Dari pengemar kuih tradisional melayu





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )