Friday, 4 January 2013

Resepi di tahun 2013 ; fresh from farm ;Kari ikan tongkol ; sambal belacan

 Dah lama rasanya aku  tak tepek resepi  kat sini. Ingatkan tadi aku nak cerita pasal Daiso , tapi bila segenap  rumah dah terbau  aroma kari ikan tongkol yang aku masak pagi tadi terus aku berkobar-kobar nak cite pasal kari ikan tongkol. Aku tahu ramai yang tak gemar ikan tongkol kerana isinya yang tawar dan keras tapi  jangan khuatir kalau kena gaya masaknya memang sedap. Ikan tongkol ni sedap  dimasak kari selain kari  , ikan tongkol ni juge  sedap jika dimasak  sambal(sambal kering lagi sedap).  Haish tak sabar pulak  rasanya nak makan nasi bersama kari ikan tongkol aku tadi . Ada pulak sambal belacan  mau  bertambah nasi ni.

Dua ekor ikan tongkol , aku lupa reganya tapi jangan risaulah ikan tongkol ni jauh lebih  murah  dari ikan -ikan  lain  diluar sana.
 Sambal belacan wajib ada ; sedikit belacan yang dah digoreng dan 15 biji cili padi merah 
4 biji tomato ceri yang dah digoreng separuh masak. Kisar cili api bersama belacan hingga halus. Kemudian masukkan tomato, kisar sekejap biar semua sebati.  Masukkan bahan kisar tadi ke dalam  bekas. Campurkan dengan sedikit air asam jawa(asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan air suam). Tambah sedikit gula dan secubit kecil serbuk perasa ke dalam cili kisar tadi dan gaul lagi hingga sebati.
 Sambal belacan mabeles 
 
 Bahan aksesori untuk kari ikan tongkol ; 8 biji tomato ceri dan lebih kurang 10-15 biji bendi
Bahagian kepala dan ekor serta sekeping isi ikan aku buat kuah  kari
 
Bahan -bahan tumisan
Bahan-bahan untuk masak kari ikan merah(sebelah kepala & dua ketul isi)

1)lebih kurang 6tbsp rempah kari bancuh ngan air-kali ni aku guna rempah kari babas
2)3 cm halia - dihiris
3)5 ulas bawang putih-dihiris
4)5 ulas bawang merah -dihiris
5)1 tangkai daun kari
6)1 tsp rempah campur(biji sawi dan halba)
7) air asam jawa -Bancuhan asam jawa  sebesar ibu jari  bersama dengan  600 ml air

Cara-cara membuatnya

1)Tumiskan daun kari, rempah campur dan bahan hiris sampai naik bau
2)Tumis rempah kari sampai pecah  minyak diikuti dengan tomato ceri
3)Masukkan air asam jawa-biar agak mendidih
4)Masukkan bendi diikuti dengan ikan tongkol-Biar sehingga  bendi agak empuk 
5)Buh garam dan secubit serbuk perasa 
Kari ikan tongkol-erkkk Alhamdulllah baru je aku layan bersama nasi  dengan sambal belacan
Bahagian isi ikan tongkol aku buat ikan goreng 
 ikan tongkol goreng 
ko mampu  ; siap layan dengan telur masin lagi



Sekian saje cerita aku dan kari ikan tongkol bersama sambal belacan dan ikan goreng tongkol


Dari makcik yang tengah mengindam kari ikan




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .