Wednesday, 2 January 2013

Bayar buku dan yuran sekolah online.

 Boleh ke bayar buku dan yuran sekolah online?. Kalau boleh , akulah orang yang pertama  bayar guna online. Haish time cuti hari tu ingat nak beli buku biasalah tu  bila anak kita tinggal sorang je yang bersekolah mana nak ingat semua tu.  Pagi ni aku suruh Firdaus lengang kangkung je ke sekolah apa barang hari pertama  nak belajar -belajar bagai.Masa aku sekolah dulu hari pertama, kedua dan ketiga  sekolah adalah  hari untuk berkenalan dengan kengkawan dan  masa rehat pulak  pulun main batu seremban tak pun galah panjang. yang ado.

Percubaan untuk beli buku tulis dan buka kerja gagal. Malas nak tunggu, kedai buku sekolah buka pukul 9.30 pagi. Sementara menunggu  kedai buku sekolah buka, kitaorang jalan-jalan cari makan  kat Mcdonald. Aku paksa juge anak pegi Mcdonald, bak kata yuyi dia tak biasa  bersarapan omputih ni.
Putera bongsu semangat sekolah dihari pertama

Sementara menunggu kedai buku sekolah buka
mereka berdua tak besa bersarapan omputih, cuba kalau dapat nasi lemak laju je
 Filet O Fish kegemaran aku
 Gula-gula hack baru je baik demam, sekarang ni masih makan ubat .Tak macam aku memang liat nak makan ubat.
 Klise sangat gambar ni.Hampir tersadai di Mcdonald angkara kereta yang bertanda anak panah sesuka hati parking.Perbuatan yang  sangat menganiaya.

Lepas makan di Mcdonald , kitaorang  pegi kedai buku sekolah Firdaus pulak, kasihan masih gagal untuk membeli sebarang buku  akhirnya kitaorang pergi  intai Firdaus kat kantin.Nilah hasilnya.Malas aku nak beratur panjang sekadar nak beli buku latihan je.
 Abaikan  makcik yang bertudung cokelat dan berbaju merah tu..
Skema ; siap pegang sapu tangan tu. Jangan jeles sapu tangan tu pemberian bos besar  . Bonus dapat 4 bulan tu yang kena kipas lebih sikit.


Sekian saje cerita aku , Mcdonald dan sekolah Firdaus.



Dari makcik yang tak suka beli pakaian dan kasut online.




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang