Abaikan tajuk yang tak berfeadah tu. Berbalik pada cerita dua hari lepas ; Sumpah aku tak tahu pun hari sabtu hari tu mereka buat perhimpunan KL112, kalau wa tahu pun wa tetap mahu keluar .Kalau rasa naik kerete jalan jem aku boleh naik komuter ye dak, wa tatak fedulik. Serius aku rasa macam dah lama gila tak pergi Shah Alam naik komuter. Kalau tak silap aku last aku naik tren komuter pegi Shah Alam masa Firdaus berumur 3 tahun. Dan kebetulan masa aku nak pergi Shah Alam tu yuyi memang tak balik , jadi aku pun bawaklah Firdaus naik tren pergi Shah Alam .
Senang kerja aku semenjak Firdaus dah pandai beli tiket komuter ni , aku tukang jadi pemerhati dari jauh. Bahagianya ,tak sampai 5 minit menunggu tren komuter pun sampai.Sampai je kat Station komuter Shah Alam laju je otak aku menerawang mengingatkan kenangan aku bersilih ganti menolak stroller Firdaus dengan gula-gula Hacks.Rasa macam pantas je masa berlalu bila kita sedang berbahagia bersama keluarga yang tersayang .Masa seakan-akan mencemburui kita, pejam celik pejam celik Firdaus dah berumur 8 tahun
So, bila dah dapat peluang keluar berdua dengan Firdaus apa lagi yang kitaorang boleh buat kalau tak makan dan terus makan.Makan sampai tak ingat dunia: ). Maaf kualiti gambar kurang memuaskan atas sebab kesilapan teknikal *bajet sebelum ni gambar kat sini cantik-cantik belaka*
Ni kali kedua aku makan kat sini, kalau tak silap aku kali pertama aku makan kat sini tahun lepas dengan yuyi dan gula-gula hacks.

Tetiba je tekak aku ni nak makan bihun goreng aku orderlah fried vermicelli with mum's sambal sauce dan Untuk Firdaus aku orderkan house special fried rice with chicken wings , aku tamak boleh pulak tambah order Stir Fried Squid with Lemongrass. Firdaus dengan nasi mana boleh dipisahkan.
Minuman pulak aku order watermelon jus dengan manggo jus,
Asiari Restaurant
Address:
Lot GF-25 Ground Floor, SACC Mall Jalan Perbandaran 14/9, 40000 Shah Alam, Selangor.
Business hours:
11am - 10pm
Directions:
From the main entrance (next to Pizza Hut), walk straight inside the mall.
Dari Asiari Restoran aku menuju ke Big Apple Donut & Coffee . Nilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Entah mimpi apa aku melangkah ke sini ?.
Menyesal beli ais blended sampai dua ,aku ingatkan ice blended tu dalam bekas kecik
Firdaus bersama donut pink twister
cukup untuk 3 orang makan. Pilihan aku mestilah De La Cheese yang ada mewah taburan cheese
*******************************
Masih lagi dialam fantasi Big Apple Donut ; Petang semalam aku dengan Firdaus mencari Big Apple donuts di JJ Bukit Tinggi pulak .Sesekali makan tak pelah,pada aku donut ni ada sedikit manis , setakat sorang makan dua ketul okeylah kot. Bila dah sampai JJ tak sah kalau tak singgah kat MPH dan Lavender
sedaplah tu sampai tak perasan mulut comot cam tu sekali : )
makan donut sampai tak ingat dunia
Lavender terbaek
Aku sempat rembat beberapa buah buku untuk Firdaus kat MPH. Semenjak Firdaus start sekolah ni aku kena dodoikan mata Firdaus dengan bacakan dia buku supaya dia cepat tidur.
Sekian saje cerita aku , Big Apple Donut & Coffee dan Asiari SACC Mall
Sekadar peringatan buat kita
Jangan cepat melatah, kehidupan kita ni adalah seperti roda yang berputar , sekejap kita berada di bawah dan sekejap kita berada di atas. Jangan ketawa melihat kejatuhan orang lain , Marilah kita berdoa semoga dia insaf atas semua perbuatannya.Kalau kita ada masalah dengan dia pun janganlah cuba babitkan anak-anaknya dan keluarganya yang tak berdosa.