Monday, 7 January 2013
Status pemilik blog malam ni................
Rock will never die , aku setuju sangat dengan statement cheryl samad pengacara Anugerah Juara Lagu yang ke 27 tu. Cuma yang aku tak setuju lagu Mohd Faizal Maas menang tempat ketiga. Lagilah bila lagu dia tu dibawa oleh penyanyi yang aku memang tak berapa nak berkenan . Ha ha ha kepada peminat penyanyi tu tolong jangan marah dengan statement aku ni. Biasalah tu politik ada dimana-mana saje. Tapi aku still berasa gembira bila lagu ombak rindu pulang dengan tangan kosong. Itu yang penting. *mata pandang atas tangan di dada*
Bila melihat persembahan Amy Search dan Joey BPR tadi otak aku duk menerawang teringat peristiwa aku bersama 3 orang teman sebilik curi-curi keluar asrama hanya semata-mata untuk menyaksikan dorang buat persembahan kat tapak fun fair. Jangan pandang keji ye, zaman aku dulu fun fair meriah happening gitu. Sila percaya , masa aku kat funfair tu,amy search yang pada masa tu berbaju lengan panjang putih dan berseluar ketat kaler putih berbelang hitam lalu kat depan aku . Tak sia-sia aku curi-curi keluar asrama.
Sekian saje cerita aku dan Anugerah Juara lagu ke 27.............
bye bye bye bye
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .