Seriously, aku macam tak percaya je ada orang dalam dunia ni yang sanggup mengcreate fake profile sekadar nak mempopularkan blog bisness onlinenya atau ingin menjadikan blognya cepat terkenal.Kenapa, why, kenapa macam tu makcik dabomd.Aku memang salute dengan orang yang ada lebih dari dua blog, kita nak handle satu blog pun susah. Sejujurnya aku mengaku yang aku memang lembab , naif dan belum sampai peringkat nak mengaut keuntungan di atas kesusahan dan penderitaan orang lain. Macam entry semalam, bagi yang belum baca entry semalam aku ada buat entry mengenai
Ms.Arianna Melissa kononnya tuan punya blog Bvlgarigirl , percayalah (sila nyanyi seperti CT Nurhalija)Niat aku tulis entry tu ikhlas,tak de niat pun nak meng up traffic ianya cuma menghilangkan apa yang terbuku di hati ni.
Sebenarnya aku amat terkejut sekali bila mendapat tahu yang empunya blog Bvlgarigirl tak pernah ujud Macam manalah aku tak terkejut dik nun, aku memang dah lama mengikuti blog Bvlgarigirl dan sekali sekala gatal tangan tinggalkan komen.Oh kejamnya kau Ms.Arianna AKA makcik dabomd,mengapa kau pergi ?Di saat aku terbuai -buai dengan kisah cinta ala-ala fairytales antara kau dan Kevin a non kadazan muslim.Buat pengetahuan makcik dabomd, kalaulah dengan menipu orang kita boleh mendapat keuntungan sampai mati dah ramai orang dalam dunia ni lakukan sepertimana kau lakukan.Percayalah, paling lama makcik dabomd kau boleh kaut keuntungan pun dalam masa 8 tahun lepas tu ko jawablah. Cukuplah
Fida Aishah , kacukan melayu-cina-aussie (empunya blog adifstory) sorang saje yang membuat gempar dunia maya.Diharap selepas ini tiada akan ada lagi Fida Aishah no 2, 3, 4, 5 dan seterusnya .Mak penat dik nak melayan perasaan mak yang terbuai-buai dengan cerita cinta ala-ala fairytales ni : )
Ini bukan cerita fairtales ye.this is the reality my story with family mandi manda kat Wet World Shah Alam hari sabtu hari tu*sila terima BI aku seadanya* Lama sungguh dah tak ke sini,kali terakhir aku ke sini masa yuyi dengan gula-gula hacks bersekolah rendah.
Ni bukan Ms.Arianna Melissa dan di sebelahnya itu bukan Clara
"hey, awie kau ingat kau dah cukup ganteng nak mengurat Ms.Arianna makwe kevin tu,"

"apa kena dengan kau ni Maria Mariana 3, tak de angin tak ribut tetiba je kau nak bertunang ngan Awie hujung minggu ni,"
Ini bukan Ms.Arianna Melissa.Hey Arianna AKA makcik dabomb , nama anak aku ni lagi international kalau nak dibandingkan dengan nama watak dalam novel khayalan kau tu."Sabar makcik tempe,"sambil urut dada sendiri.Seriously aku tak boleh tengok muka makcik dabomb, rasa jam tu je aku nak bagi dia makan penendang.Dushum dushum dushum

"tak pelah makanan sendu pun sendulah , rejeki jangan ditolak janji boleh isi perut." Kata Firdaus dalam hati
wild, wild west!!!!! tu ke tangan kevin watak dalam novel fairytales makcik dabomb?
Excuse me , ni bukan bapak kevin bayar dan bukan pak tiri laki mak makcik dabomd yang bayar.Yuyi baik hati nak belanja I makan kat Asiari SACC Mall, alah tempat murah je pun aku bukan Ms.Arianna Melissa yang kaya raya,opsss.
Kata peminum milo ais tegar, apasal kali ni minum nescafee ais pulak
"makcik dabomd, lepas ni kevin tak de joblah selepas novel fairy tales kau terbakar hangus bersama impian bodoh kau tu," kevin seolah-olah hilang semangat
"Bilalah aku dapat naik pelamin dengan Ms.Arianna Melissa,"kata kelvin dalam hati.Haktuiii makcik dabomd
Ms.Arianna opss yuyi and Firdaus, tengah bersantai semntara menunggu makanan yang diorder sampai ke meja
House special fried rice with chicken wings
Special beef noodle soup, entah kenapa aku suka sangat sup yang tak berapa banyak bahan dan tak berminyak macam ni. Citarasa aku dengan yuyi sama.

gula-gula hacks order Seafood fried noodle , dan pengakhiran kepada noodle ni di bawa ke rumah.
Pagi ni aku baru dapat komplen dari
Ms.Limah Melissa, katanya link makcik dabomd dah diprivate. Alah senang je tu bagi pakar IT dah tahap International macam aku ni haktuiiiiii. okey ,Ms.Limah, cuba kau buang satu m kat tengah perkataan mommy, lepas tu baca Selawat InsyaAllah boleh : )
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .