Showing posts with label Kedai Duandee. Show all posts
Showing posts with label Kedai Duandee. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

kedai Duandee,koleksi kedai seafood pilihan keluarga


Ahlan wa sahlan  (أهلاً و سهلاً) ya Ramadhan


Hari jumaat ,,yuyi ambik aku balik kerja.Dari tempat kerja yuyi berlezup terus pergi sekolah adik. Sampai je sekolah adik,ngam ngam  cukup time budak balik sekolah,jadi tak payahlah duk melangut lama kat situ.Lepas tu,yuyi terus bawak kitaorang pergi kedai makan tak jauh dari sekolah. Masa tu perut aku  lapar semacam,ha ha ha rasa tak sabau je tunggu makanan sampai atas meja.Ni kira JJCM terakhir kitaorang  sebelum melangkah bulan Ramadhan.

 Amboi adik senyum sampai ke telinga bila dapat makan

 Sambal belacan dimana -mana.Part sambal belacan aku bagi  5 ♥,kira tak sia sialah  tebalkan muka mintak sambal belacan .
 Nasi goreng cina & sup ekor.Ha ha ha kasihan adik,dia nak makan tomyam dengan nasi tapi aku  order  sup ekor.Terpaksalah dia ambik sup je ekornya aku  makan.Aku bagi 5♥ ,sup ekor terbaek
 Ketam masak cili haish berat mata memandang berat lagi mulut yang makan ,  tak tahu nak bagi rating,okeylah jujur cakap,keujudannya sekadar menumpang nama keluarga ketam.korang faham tak?tak faham tak pelah.Bintang pejam celik pejam celik.

Telur bistik mewah aksesori &  kailan masak ikan masin.
Aku bagi 3 ♥ ,harap lepas ni boleh kurang aksesori atas telur  bistik  yang agak mengelirukan .
Minuman kegemaran sepanjang zaman ,sirap ais & barli ais.Aku bagi 4 ♥ air je pun tak kan fail kot, cuma yang fail kat sini part meja, berdanau giler sampaikan nak letak siku pun gelikss,harap dapat sental meja tersebut bagi berseh lepas ni ye.


Rating keseluruhan aku bagi  5 ♥,hopefully dimasa akan datang kedai ni lebih alert bab kebersihan meja .



Okeylah kengkawan,,,cukup setakat ni ye, nanti ada masa aku update lagi.Akhirkata majulah sukan untuk negara.












Tarikh : 20 June 2014, Jumaat
Lokasi : kedai Duandee Pelabohan Kelang










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 7 May 2014

JJCM, Kedai Duandee ; sup ekor sedap

Rasanya dah lama aku tak strory mory pasal jalan-jalan cari  makan.Dah naik jemu  cerita pasal memasak, sesekali nak jugak tukar cerita pasal jalan jalan cari makan ke ? Pasal anak ke? pasal ayam itik kat kampung, itu pun kalau ada ayam itik ,tak de nak buat macam mana?......he he he saje merapu dipetang hari.

Berbalik kepada tajuk entry,,, petang semalam selepas aku menerima rawatan diklinik & di SPA perut  terasa agak lapar ....yuyi memang nak bawak aku & gula gula hack pergi makan,tapi memandangkan lagi 1/2  jam pukul 6.30 petang waktu  adik  balik dari sekolah  alang alang tungu jelah adik balik sekolah nanti boleh makan sekali.


Budak baru balik sekolah kehausan, penuh perasaan menyedut air barli.Seingat aku ni kali pertama kali adik  mintak  air barli

Adik suka sangat makan nasi goreng cina yamg disimbahi tomyam.Nasi goreng cina banjir tomyam.....lagilah dia suka


Gula-gula  suka sangat makan  daging black pepper dengan nasi putih

Kailan ikan masin


Abaikan kaki yang tak di undang tu : )

Rasanya ni pertama kali  yuyi  order sup ekor  kat sini, layan jugak, okey lah daripada sup buntut aka sup ekor wafarofoengfeng penfenyetfet
Telur Bistik.....sedap,  belum pernah  buat lagi  telur bistik macam   ni di rumah

Ketam 3 rasa, biasalah , yuyi  memang tak sah kalau tak order ketam setiap kali makan kat kedai seafood
Sup ekor salah satu sup feveret aku selain daripada sup ayam kampung








Tarikh :  6 May 2014, Selasa
Lokasi : Duandee Pelabuhan Kelang












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 12 October 2013

Duandee oh Duandee

Petang jumaat minggu lepas yuyi dengan gula-gula hacks pick up aku balik kerja dan lepas tu kami  terus  pergi makan malam kat Duandee.Kami makan bertiga je ,malas nak balik rumah ambik Firdaus semenjak pembinaan jambatan di Pelabuhan Utara ni sedang rancak dijalankan  banyak  jalan yang ditutup terutama jalan menuju ke jalan rumah aku jadi bila  banyak jalan ditutup dah tentulah jalan jam sana sini dan   jalan yang  paling terbaek betterlah duk diam-diam  menikmati juadah makan malam kat Duandee ye dak?.Telur bistik Duandee sedap, saper pandai buat telur bistik ???,meh sini ajar  makcik tempe.
sirap limau ais 2 , milo ais satuuuuuuuuuuuu
Sotong goreng tepung dengan kailan ikan masin

Tomyam seafood
Ketam masam manis,  bila yuyi sebut je  ketam masa tu gak aku nak ketuk  kepala dia.
Telur bistik, aku perhatikan kuah/sosnya lebih kurang sama je dengan kuah/sos  ketam masam manis.glurppp




Tarikh : 4 Oktober, Sabtu
Lokasi : Kedai makan Duandee Pelabuhan Kelang
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 23 April 2013

Di persimpangan dilema,antara Diet dan Duandee ?????

Hari jumaat minggu lepas yuyi ambik aku balik  kerja.Dalam kereta, yuyi tanya aku nak makan kat mana?Aku cakap kat dia yang aku tak tahu nak makan kat mana. Dia  cadang  nak tapau nasi ayam  makan kat rumah je . Katanya sekarang ni dia nak diet , badan dia  dah  macam kena pam. Aku perhati badan dia ................tetiba je terpacul dari mulut aku "jom makan Duandee." "jom mak," dia jawab spontan."hurmmmm diet sangattttt," bisik hati kecilku.









Merenung masa depan yang belum pasti

"mak, jerawat ni penaik seri wajah,"yuyi ingatkan aku.

hitam putih kehidupanku


Tengok gula-gula hacks , berat badan maintain je

minuman ; barli ais dan milo ais
Daging masak merah, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, tomyam seafood , ketam masak tiga rasa ,inikah juadah makan malam yang sesuai  untuk orang yang sedang diet?"bisik hati kecil ku .










Tarikh : 19 April 2013, Jumaat
Lokasi ; Duandee , Pelabuhan Kelang
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 20 February 2013

Ye ke , Arianna Melissa Bvlgarigirl,kevin dan clara going shopping shopping and urut kaki

Nak cerita fantasi sangat, ambik kau makcik tempe.Huk huk huk aku  tahu perasaan orang tertipu tapi dalam kes Ms.Arianna Melissa ni aku tak terasa pun yang aku  "tipah tertipu" cuma  hati aku saje terasa sedikit tergeram sebab pernah tersedih dan tersimpati selepas membaca cerita fairy tales Arianna dengan kevin a non muslim kadazan man di blognya http://bvlgarigirl.blogspot.com. Suatu ketika dahulu aku juge pernah membuat  review pasal blog Ms.Arianna Melissa  di  SINI.

Jom kita tengok apa yang  Ms. Arianna Melissa , Kevin dan clara buat  di Jaya Jusco pada  hari  kedua  cuti tahun baru cina yang lepas. Ambik kau nak sangat cerita fairy tales.huk huk huk
 Adakah ini Ms.Arianna Melissa tuan punya blog Bvlgarigirl? Kalau ya, dia memang suka habiskan masa senggangnya di  foot reflexology bersama Kevin. Haish!!!! kenapa Clara muka ala -ala macam lelaki. Ini Clara ke lilly anak momy lilly?

Selepas keluar dari foot reflexology, kevin ajak Ms.Arianna Melissa dan Clara tengok movie Hantu kak limah 2 , dasatkan tetiba je melayan movie melayu si Kevin ni.Sebelum movie bermula mereka semua makan-makan .

ye ke, Clara suka makan telur tiga suku  bersama kicap cair?

Diet gilaaaaaa , Ms.Arianna Melissa makan rojak je sementara menunggu movie  hantu kak limah 2, husin,Mon dan jin toncit start  pukul 4 petang.
Ms.Arianna makan bihun sejemput je,la patutlah kurus
Arianna merenung masa depannya yang kurang pasti , Clara pulak tengah renung apa tu???
Demi cinta Kevin pada Ms.Arianna Melissa , dia sanggup terbang dari  Sabah ke Kay ELL di tengah malam pada hari pertama tahun baru cina.Hebatkannnnnn
 alah,kevin ni main sorok-sorok kat belakang tiket wayang pulak
Clara suka main games dalam troly  ye?

Baiknya hati Ms.Arianna Melissa belanja Kevin makan malam kat Duandee
Kevin  tak akan  pernah berhenti berharap
Kuang ajarlah siMelissa ni telur dah tinggal separuh pun nak ambik gambar
Clara ngantuk ye, ala cian-cian


























Arianna dan kevin seperti belangkas opss yuyi dan ketam tak boleh dipisahkan

Tamat sudah cerita Fairy tales buat hari ni.

Kamonlah Arianna bvlgarigirl yang ku puja dari tahun 2008 , sila buat pencerahan buktikan yang kau bukan makcik demuk yang nak lakukan bisnes onlinenya .Arianna, I love your lovey dovey story. Tapi kalaulah betul Arianna ialah  makcik demuk itu, pesan makcik tempe
1)jadilah diri sendiri
2)Percayalah Allah SWT telah aturkan yang terbaek buat kita
3)Gunakanlah kepandaian yang kita ada ke jalan yang sepatutnya

Mungkin selepas apa yang berlaku  aku kena berhenti membaca blog yang berunsurkan fairy tales . kah kah kah,Aku frust sangat sebab tak sempat nak tengok Ms.Arianna Melissa dengan kevin naik pelamin anganku musnah. .Ekceli  she's a good writer, tetiba je aku speaking selepas dapat tahu yang Arianna tak ujud. . Seriously, aku tersangatlah malu  kalau yuyi tahu yang aku percaya bulat-bulat cerita bvlgarigirl ni, aku dah boleh bajet dia  mesti akan cakap "ni semua poyo" blog bvlgarigirl abahmu"  huk huk huk

Kalau sesiapa yang tak tahu hujung pangkal cerita ini , sila ke link di bawah


1)Kerana akaun Nuffnang
2)taste alas meja mommytolily & bvlgarigirl sama uol
3)Hasil CSI uols
4)Misteri bvlgari girl terbongkar


The moral of the story ,  aku  tak marah pun pada Ms.Arianna Melissa,aku agak mungkin dia hanya memenuhi tuntutan fitrah manusia yang selalu inginkan yang sempurna , cantik, baik, kurus ,kaya raya , terpelajar atau   orang kay Ell .




BYE BYE BYE





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 4 February 2013

Petai padi dan Duandee

Hari Jumaat selepas balik kerja aku dengan sipumpkin pergi makan kat Duandee.Dolu-dolu  aku tak berapa suka makan kat sini sebab pilihan menunya tak banyak dan masakannya seperti ada sesuatu yang kureng dan agak tidak menepati citarasa.Tapi dua minggu lepas masa aku makan kat sini bersama anak-anak,  aku agak terperanjat , menunya dah bertambah, yang pasti setiap hidangan yang disajikan enak dimakan serta menepati citarasa tekak keluarga aku. Tomyam , sotong goreng tepung ,ayam goreng kunyit  dan ketam goreng cili adalah  antara menu yang paling sedap aku rasa di sini.  Sebelum balik , aku tapaukan  nasi goreng cina dan ayam goreng kunyit untuk  suami dan Firdaus.Yang penting masa rehat tadi aku sempat racun fikiran kak limah dan Ratu kebaya supaya dorang  membawa family dorang  makan -makan kat Duandee .*tetiba je tumbuh tanduk*


 kangkung goreng belacan dan sotong goreng kunyit, sotong yang menimbulkan tanda tanya.Mana tak nya aku order sotong goreng tepung tapi kenapa yang datangnya  sotong goreng kunyit labuuuuuuuuuuuuu.time ni kitaorang cool je
 maaf ye , sipumpkin baru je sound aku sekejap ni, dia minum  nenas ais bukan  limau ais  dan aku pulak minum  barli ais
telur dadar dan tomyam terbaek


Sempat lagi aku  merembat barang basah dan kering kat kedai berhampiran sementara menunggu suami datang jemput.


Petai mata kecik macam ni   petai padi ,katanya arwah ayah aku.

Bahan-bahan basah dan kering yang sempat aku rembat, tetiba je tekak teringin nak makan sambal ikan bilis petai.Cerita pasal sambal petai akan bersambung kemudian...........










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 22 January 2013

Mulut longkang okeylah sikit dari mulut jamban ; gelilah dengan kawan lelaki aku yang 24jam update status kat facebook ni

 Bersambung cerita di sini, Hoiiiiiiiiiiiiii  berapa banyak selipar korang nak baling kat aku ni?  Sabarlah dulu sambungan cerita Duandee terpaksa aku hentikan seketika bagi memberi laluan kepada cerita yang lebih penting dan hot gitu. Gara-gara  budak hafiz ni aku kena KIV cite Duandee. Apa kena ko Hafiz meroyan atau dah lama hidup. Kenapa lu lebih sudu dari kuah?Gua  tak cari pasal dengan lu . Gua  cuma cari pasal  dengan  awek alam bunian lu . Wak lu , kenapa lu up status  kat facebook  "gua  pompuan bermulut longkang" . Kalau gua pompuan bermulut longkang, lu jantan mulut jambans.  hei!!  lu dah bikin  gua panas.Gua tak kacau lu beb.Gua pandang lu kecik besar kecik besar . Boleh tak lu jangan bagi gua  berfikir sebagai seorang ganster yang mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi hero KL Ganster 50. 

Gua tahulah lu frust dengan mak we alam bunian lu yang dah ada kekasih hati.Come to papa , meh nangis kat bahu papa, ala cian busyuk , frust ye. Itu lu punya pasal, gua tak de mengena dalam lu punya cerita. Gua tak pedulik , gua tengah panas ni. Gua dah copy paste segala pengakuan berani mati  lu yang cintakan  awek alam bunian dalam diam" Seriously lu memang jantang bermulut haram jadah jadam jadom kaho na pyar hai. Lu ingat dengan  mengikat pertunangan dengan seorang  pelakon spektra tahun 80 an , lu  boleh menutup spekulasi percintaan lu dengan awek alam bunian tu. .Cian tak de pelakon lain ke  yang lu nak ambik jadi tunang ?


Gua tak boleh cite-cite lebih pasal lu lah, Gua fening , gua rasa nak tampar mulut jamban lu 44 kali.Gelis tau I bila lelaki macam u  suka  sangat nak update status kat Facebook.opss gua lupa lu ada update status masa  lu   jatuh terhentak terduduk kerana  terpijak kulit pisang abu yang  gua baling?  milo ais lu yang sedap tu ada lipas?

Luahan hati panas terpaksa dihentikan  seketika bagi memberi laluan kepada cerita aku dan family makan-makan di Duandee pada petang 18 January 2013

Dah macam kiah propa

pengacau kucing tegar

hye, kenal saya tak ?

Oppa gangnam style
pengila cekak rambut tegar

Gula-gula hacks memang tak boleh berpisah dengan milo aisnya
Tomyam seafood
 sotong goreng tepung terbaek
 Kailan goreng belacan
 Telur bistik 
 yuyi dengan ketam tak dapat dipisahkan 
 motip makan sambil memerhatikan kucing
 dua orang budak yang dari pagi belum makan lagi : (



Sekian saje cerita aku, Family makan-makan di Duandee  dan jantan mulut jamban





Gua tengah tenang ni, gua nak lupakan awek lu yang macam ramlah ram dan lu yang macam Hafiz.Bukan apa bila gua ingat pasal lu, gua rasa jam  ni gak gua nak tarik rambut lu yang ketak-ketak tu kemudian tendang vontot lu 44444 juta kali sampai pipih vontot lu.boleh?





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .