Showing posts with label Big Apple Donuts Coffee. Show all posts
Showing posts with label Big Apple Donuts Coffee. Show all posts

Saturday, 19 December 2015

Donut, tak jemu buat sebab anak-anak cik ina suka


Salam sabtu, dalam gembira ada duka.

Dah lama rasanya tak mencurah rasa hati di sini. Tak tahu kenapa, tetiba hari ni rasa  macam nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang lagi sedikit nak berkudis dan hampir bernanah tinggal belum pecah .Cik ina ni jenis orang yang susah nak luahkan apa yang terpendam dihati tapi ni bukan bermakna cik ina ni wanita lindungan kaabah ke atau baik hati tak pernah nak marah ke apa.  Cik ina jenis yang tak suka cari masalah dengan kawan  ke, dengan pasangan ke,  dengan sesiapa je. Cik ina jenis tak ambik port,orang  nak tunjuk pandai ke, nak menunjuk harta benda ke, nak ajar cik ina masak ke.  Cik ina okey je .

Cik ina ni jenis orang yang suka buat sendiri semua kerja rumah terutama memasak kecuali kalau tak larat sangat baru cik ina minta tolong anak-anak. Lately, cik ina tak berapa sihat , perlukan rehat, perlukan ketenangan.  Perlukan kedamaian. Di saat ni,macam susah nak fahamkan  orang yang lambat nak faham. Better orang yang susah faham tu hidup sendiri. Semuanya dah terlambat okey bye, cik ina nak pergi buat donut.


Doh donut ; selepas diperap 30 minit

Resepi Donut [Anggaran dalam 12 ketui donut size sederhana]
Bahan-bahan
1)2 cup tepung gandum[haruslah cik ina guna tepung gandum cap blue key]
2)1/2 tbsp gula pasir
3)1 tbsp butter
4)1 biji telur
5)1 1/2  tsp yis kering [cik ina guna mauripan]
6)1/2 tsp garam
7)1 tsp baking powder
8)1 tbsp susu tepung[nak sedap guna susu tepung lemak berkrim]
9)100ml air suam[jangan panas sangat]
Cara-caranya
1)Larutkan air suam dengan gula kemudian masukkan yis, biar sampai berbuih2.ketepikan
2) Satukan semua bahan dalam bekas. Uli sampai gebu dan tak melekat2 kat tangan.Tutup doh dengan kain berseh. Perap doh dalam 30 minit.
3)Selepas 30 minit, bolehlah mula menerap doh mengunakan acuan .Terap sampai habis.Perap lagi selama 30 minit.

 4)Panaskan minyak, goreng donut di atas api sederhana. Terpulang pada citarasa masing-masing , samada nak goreng garing atau tidak. Cik ina suka goreng garing sikit.
5)Topping, terpulang pada citarasa masing-masing. Cik ina gaul dengan gula castor je.

Tadaaaaa, siap donut cik ina






Sekian, terima kasih.Jumpa lagi, InsyaAllah.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 28 June 2014

Projek shopping Raya 2014


Syukur Alhamdulillah , selesai  sudah shopping  baju raya untuk si bongsu. Si sulung , si tengah, si bongsu tak jadi masing masing dah besar  panjang, pandai pandailah shopping baju raya sendiri. Macam geliks pulak guna perkataan shopping sebab tak de benda pun yang aku shopping cuma baju melayu sibongsu,baju keja dan shawl lelong RM10 sehelai je.Ha ha ha ekceli setiap kali raya yuyi yang beli kelengkapan baju raya si bongsu dan si bongsu tak jadi ni tapi tahun ni aku mengoffer diri diri  beli. Tahun aku tak nak bagi yuyi penat nanti balik dari oversea bolehlah dia relax sikit.

Kebetulan hari khamis aku cuti jadi aku ambik kesempatan shopping.Nak jalan sorang rasa kekok,aku cutikan adik .Dah cikgunya cuti  anak murid kenalah dicutikan ha ha ha  .  Memandangkan rumah aku bersebelahan dengan stesen komuter senang sikit nak bergerak ke mana-mana bila yuyi tak de. Destinasi pilihan aku selalunya Shah Alam sebab  senang, turun je stesen komuter Shah Alam banyak teksi dah sedia menunggu di situ.Lagipun tambang teksi dari situ nak ke pusat bandar Shah Alam cuma RM6 berbanding dari stesen komuter Port Klang ke pusat membelah JJ bukit Tinggi atau pusat membeli belah yang berhampiran aku terpaksa membayar tambang teksi RM20 atau RM30.

Bila komuter sampai di Padang Jawa aku terus wasap si bongsu tak jadi ,ajak dating kat SACC Mall .Masa tu jarum jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari sempat lagi aku nak ajak dia dating sebab dia masuk keja pukul 2 petang.Aku tunggu dia kat Asiari,cinabeng kalau aku tahu dia tak nak makan tak kuasa aku nak ajak dia dating.Si bongsu pun tak nak makan ,katanya dah kenyang .Last last aku sorang yang makan.

Sebelum si bongsu tak jadi  berangkat ke tempat kerja ,dia ajak aku masuk Big Apple Donuts,katanya nak tapau 3 ketul donut .Aku layankan je,yang tak boleh blah dengan aku yang perut dah kenyang ni pun boleh membedal 2 ketul donut kat situ.

Gula -gula si manja aka si bongsu tak jadi tapau 3 ketul Big Apple Donuts untuk dibawa ke tempat kerja
 
Si bongsu tak jadi vs real sibongsu
Setelah seharian shopping,sampai je kompleks PKNS si bongsu mengadu lapar tulah padan muka tadi kat Asiari aku ajak makan tak nak. Sejujurnya,tak pandai aku nak cari tempat makan yang lain kat kompleks PKNS ni kecuali kat cafe G-15 yang ada jual  ani sup utara tu je.kelakarkan aku ni.
Perut aku tak delah lapar sangat tapi tetap jugak nak  makan Ani mee sup utara dan minum air tembikai susu



  

Tarikh : 26 June 2014, Khamis
Lokasi : SACC Mall, Kompleks  PKNS Shah Alam







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 29 January 2013

ipen ; Touch me first ; I can read

Selepas 3 hari bermuhasabah diri dari  khamis sampai sabtu akhirya hari minggu  tu  aku keluar dari tempat pertapaan.Lamanya aku bertapa. Entah apa yang  aku buat pun aku tak tahu. Seingat aku adalah  seloyang dua kek gula hangus yang aku buat , Nak kata aku sibuk memasak tak delah kot. Buat apa nak masak sangat pun minggu ni  Yuyi dengan gula-gula hack  tak balik ke rumah  sebab sekarang ni dorang tengah sibuk dengan  urusan pindah   rumah . Jadi,  aku masak  ala kadar je untuk suami dengan Firdaus makan.

Hari minggu selepas keluar dari tempat pertapaan, aku ajak firdaus  jalan -jalan cari sarapan di area kawasan berhampiran dengan taman perumahan tempat aku tinggal(ceritanya akan menyusul kemudian) .Petangnya pulak aku bawak  dia ke  JJ bukit tinggi untuk membeli  buku-buku  cerita Inggeris Firdaus kat kedai buku popular

Hai kejadian ; 27 January 2013 ,hari minggu  .masa ; lebih kurang pukul 5.30 petang

Masa ni budak musyuk tengah selsema teruk
Memandangkan masa tu Firdaus tengah selsema aku rembat sepasang baju sejuk untuk Firdaus .Masa tu gak aku sarung kat dia punya  badan .
spesis posing entah apa-apa : )
Dalam  Popular bookstore, masa ni aku sedang  mendengar penerangan lanjut mengenai ipen dari salah seorang pekerja di situ.

Selepas mendapatkan  ipen idaman hati , Firdaus mengajak  aku  ke tempat wajib Big Apple Donut ; Aku beli 6 ketui donut ,  2 ketui Firdaus makan kat situ yang selebihnya aku bawak balik.ke rumah .
Dalam train komuter dalam perjalanan balik ke rumah


ipen ; Ikuti Testimoni dari  seorang makcik yang kini sedang giat menjalankan perusahaan tempe  
Dengan adanya i-pen ni makcik yang buta bahasa Inggeris  tak perlulah nak   merangkak-rangkak mengajar anak makcik membaca buku cerita  dalam bahasa Inggeris.Mulai sekarang ni  makcik banyak  menghabiskan masa  dikilang tempe makcik. Begitu indah hidup makcik sekarang ni, anak makcik boleh membaca buku bahasa Inggeris dengan pertolangan ipen, makcik pulak boleh meninjau pekerja makcik membuat tempe,tak gitu. Amboi nampak gayanya bertambah majulah perusahaan tempe makcik : )
 happynya  anak makcik tempe
Senangnya membaca buku cerita bahasa Inggeris mengunakan i-pen , kita hanya sentuh sahaja   ipen kat nombor muka surat buku cerita  dan  ipen akan membacakan  ayat demi ayat mengikut perenggan.Part yang paling best ,  objek dalam gambar akan bersuara atau berbunyi bila disentuh dengan ipen..
Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku suka sangat mengumpul buku cerita kanak-kanak dalam  bahasa Inggeris .
ko mampu baju tidur gambar kapal terbang : )


Sekian saje cerita aku , tempe dan ipen



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 21 January 2013

Dari Empire subang ke SACC Mall kemudian ke PKNS dan akhir sekali ke Jaya Jusco Bukit Raja ; misi pencarian kasut cinderellamu-part 1

Hari sabtu 19/1/2013 ; Misi mencari kasut.Kerasnya hati kau anak (Jangan salahkan mak, perkataan tu kau yang ajari.ha ha ha poyooooo) mencari kasut high heel 7 inci dari Empire Subang ke SACC Mall Shah Alam kemudian ke PKNS dan  akhir sekali ke Jaya Jusco Bukit Raja, ko mampu : ) Yuyi bukanlah orang yang cerewet dalam memilih kasut  ha ha ha yang cerewetnya aku .Aku yang tukang pilih kasut untuk dia. Ketinggian kasut , warna kasut dan material kasut adalah perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam memilih kasut.*OMG mata kelip-kelip ke atas tangan ke dada* So inilah kesudahannya  dress merah kepunyaan yuyi telah berjumpa sepasang  kasut high heel 7 inch kaler light gold di Jaya Jusco Bukit Raja : )
Masing-masing kelihatan letih ; Di dalam sebuah kedai kasut kat  SACC Mall Shah Alam-Yuyi masih belum  berjumpa kasut yang berkenan dihati

Misi pencarian kasut ciderella dihentikan seketika  bagi memberi laluan kepada penaja Ani bihun sup utara di Kompleks  PKNS Shah Alam-Abaikan muka budak kelaparan tu.


Misi pencarian kasut cinderella dihentikan seketika lagi  bagi  memberi laluan kepada penaja Big Apple Donut : )
  Big Apple Donut ; donut white cashew,  De La Cheese, Ono Oreo, Alien, Pink Twister, Berry Bambi bersama  tangan yang teruja : )
 Masing-masing tak sabar nak makan  donut ; apasal mata gula-gula hacks semacam je : )
 Perlukah lidah terjuih selepas melihat big apple donut -"poyo."aku bercakap dengan suara serak-serak basah  sambil melibaskan rambut serta menelengkan kepala.

Kalau anda dalam  kategori kurus anda dibenarkan makan lebih dari 3 ketui donut-thank you

Sekian saje cerita aku dan misi pencarian kasut cinderella , jangan lupa ikuti sambungannya esok..................................


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 14 January 2013

Perhimpunan KL112 tak tak aku tak tahu pun ....akhirnya kebenaran itu terbukti jua...................



Abaikan tajuk yang tak berfeadah tu. Berbalik pada cerita  dua hari lepas ; Sumpah aku tak tahu pun hari sabtu hari tu  mereka buat perhimpunan KL112, kalau wa tahu pun wa  tetap mahu keluar .Kalau rasa naik kerete jalan jem aku  boleh naik komuter ye dak, wa tatak fedulik. Serius aku rasa macam dah lama gila tak pergi Shah Alam naik komuter. Kalau tak silap aku last  aku naik tren komuter  pegi Shah Alam masa Firdaus berumur 3 tahun. Dan kebetulan masa  aku nak pergi Shah Alam tu  yuyi memang  tak balik ,   jadi aku pun bawaklah  Firdaus  naik tren  pergi  Shah Alam .

Senang kerja aku semenjak Firdaus dah pandai beli tiket komuter ni , aku tukang  jadi pemerhati dari jauh. Bahagianya ,tak sampai 5 minit menunggu tren komuter pun sampai.Sampai  je kat  Station komuter Shah Alam laju je otak aku  menerawang mengingatkan  kenangan  aku bersilih ganti  menolak stroller Firdaus  dengan gula-gula Hacks.Rasa macam pantas je masa berlalu bila kita sedang berbahagia bersama keluarga yang tersayang .Masa seakan-akan mencemburui kita, pejam celik pejam celik Firdaus dah berumur 8 tahun

So, bila dah dapat peluang keluar berdua dengan Firdaus  apa lagi yang kitaorang boleh  buat kalau tak makan  dan terus makan.Makan sampai tak ingat dunia: ). Maaf kualiti gambar kurang  memuaskan  atas sebab kesilapan teknikal *bajet sebelum ni gambar  kat sini cantik-cantik belaka*

Ni  kali kedua aku makan kat sini, kalau tak silap aku  kali pertama aku makan kat sini tahun lepas dengan yuyi dan gula-gula hacks.




Tetiba je tekak  aku ni nak makan bihun goreng aku orderlah  fried vermicelli  with mum's sambal sauce dan Untuk Firdaus aku orderkan   house special fried rice with chicken wings , aku tamak boleh pulak tambah order Stir  Fried Squid with Lemongrass.  Firdaus dengan nasi mana boleh dipisahkan.


 Minuman pulak aku order   watermelon jus dengan manggo jus,

  Asiari Restaurant

Address:

Lot GF-25 Ground Floor, SACC Mall Jalan Perbandaran 14/9, 40000 Shah Alam, Selangor.

Business hours:

11am - 10pm

Directions:

From the main entrance (next to Pizza Hut), walk straight inside the mall. 





Dari Asiari Restoran aku menuju ke Big Apple Donut & Coffee . Nilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Entah mimpi apa   aku melangkah ke sini ?.
Menyesal beli ais blended sampai dua ,aku  ingatkan ice blended tu dalam bekas  kecik

Kat rumah sambung makan donut lagi : )
Firdaus bersama donut pink twister
cukup untuk 3 orang makan. Pilihan aku mestilah De La Cheese yang ada mewah  taburan cheese

*******************************

Masih lagi dialam fantasi Big Apple Donut ; Petang semalam aku dengan Firdaus mencari   Big Apple donuts di JJ Bukit Tinggi pulak .Sesekali makan tak pelah,pada  aku donut  ni ada sedikit manis , setakat sorang makan dua ketul okeylah  kot. Bila dah sampai JJ tak sah kalau tak singgah kat MPH dan Lavender
 sedaplah tu sampai tak perasan mulut comot cam tu sekali : )
 makan donut sampai tak ingat dunia 
   Firdaus suka  egg tart aku pulak suka yang tengahnya ada cheese tu 
Lavender terbaek


Aku sempat rembat beberapa buah  buku untuk Firdaus kat MPH. Semenjak Firdaus start sekolah ni aku  kena dodoikan mata  Firdaus dengan bacakan dia  buku supaya  dia cepat tidur.



Sekian saje cerita aku , Big Apple Donut & Coffee dan Asiari SACC Mall



Sekadar peringatan buat kita

Jangan cepat melatah, kehidupan kita ni adalah seperti roda yang berputar , sekejap kita berada di bawah dan sekejap kita berada di atas. Jangan ketawa melihat  kejatuhan orang lain , Marilah kita berdoa semoga dia insaf   atas semua  perbuatannya.Kalau kita ada masalah dengan  dia pun janganlah cuba babitkan anak-anaknya  dan keluarganya  yang tak berdosa.





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .