Tuesday, 1 January 2013

Party sambutan tahun baru 2013 bersama rozita che two

 Banyak kau punya party .Selamat tinggal tahun 2012, Selamat datang tahun baru  2013. Cerita pasal celebrate New year , ye aku mengaku yang seumur hidup aku belum pernah lagi celebrate new year, jadi aku tak dapatlah nak bercerita lebih-lebih pasal celebrate new year ni. Tak celebrate bukan  bermaksud yang aku marah atau tak suka orang yang  celebrate new year , Rasanya tak salah pun  kalau nak pergi celebrate tapi pandai-pandailah kita menjaga adab dan tata susila kita  sebagai masyarakat  timur .

Bebalik pada cerita party sambutan tahun 2013 yang aku adakan malam tadi ; hebak-hebak belaka dalam pada  deman selsema tu aku boleh pergi meredah hujan renyai mencari satay dan yong tau fu sup Marisa. Bukan aku je demam , anak-anak aku pun demam sekali , hebak betul  penangan tahun baru.

Satay ayam opss terlupa pulak tambah gula kat belakang perkataan ayam  tu: (  tak sesuai tau , sangat menganiaya rozita che two.
 Set 1 untuk 3 orang makan.ha ha ha ha 
 Yong tau fu sup Marisa ; layan 
Budak yang menyangka  sessi persekolahan 2013 yang akan bermula 2/1/2013 akan ditangguhkan   akibat banjir. *sangkaan yang tak senonoh*



Setiap orang ada impian dan harapan setiap kali tahun baru tak terkecuali  juge dengan aku. Impian dan harapan aku tak delah mengunung sangat cuma membukit je.

1) Moga anak-anak dan suami  dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah SWT
2) Moga anak-anak aku dan suami beroleh kebahagian di akhirat dan dunia.
3)Alam sekitar, bukit -bukau dan gunang- ganang kita kekal terpelihara  . Sesungguhnya Allah SWT menjadikan bukit -bakau dan gunung- ganang sebagai pasak bumi yang meneguhkan kedudukan bumi. *nak sangat duk tempat tinggi pegi buat rumah  atas pokok* aku marah ni, sila takut.





Sekian saje cerita aku ,party tahun baru 2013 dan impian dan harapan tahun  2013 untuk masa ni...........next entry  kita cerita pulak mengenai "back to school fashion 2013" *mesti korang ada rasa loya tekak macam nak muntahkan*






Dari makcik yang sedang terharu (hampir menitiskan air mata) bila bukak inbox dapat ucapan Selamat tahun baru 2013 dari Datuk Teh Kim Poo.*aku tengah tunggu najib & kak ros   bagi ucapan"Selamat tahun baru 2013* #hebakhebakbelaka#





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .