Pagi tadi masa dalam kereta kak limah aka dewi penglipurlara
Aku : akak peninglah kak limah bila memikirkan mimpi akak malam tadi .Tak pernah lagi akak mimpi seburuk tu sebelum ni
kak limah aka Dewi : arghhh ko ni kak macam-macam je
Aku : wa cakap lu kak limah, lain macam punya mimpi ,naik meremang bulu roma akak ni.
Kak limah aka Dewi : cer cite cer cite
Aku : budak lelaki mulut longkang cum musuh ketat akak tu putus tunang.
kak limah aka Dewi : bila masa budak lelaki tu bertunang?
Aku : kau ni lemaulah, hari tu kan akak ada cite kat kau yang tunang dia tu pelakon drama spektra tahun 80an.
kak limah aka Dewi : oh ye baru saya ingat, lepas tu apa cer
Aku
: dalam mimpi tu,Lepas dia putus tunang dia terus ucah awek alam
buniannya itu opssss .saper suruh main-main dengan makcik tempe???
Kak
limah aka Dewi : hari tu akak kata nak tunjukkan kat saya nota luahan
cintanya terhadap awek alam buniannya yang akak telah copy paste itu.
Aku : memeh lah kak limah, bawak bertendang ye.Biar akak habiskan cite mimpi ni dulu.
Kak limah aka dewi : okeylah apa terjadi selepas tu?
Aku
: entahlah akak dah banyak lupa.Seingat akak tetiba suasana jadi
gelap dan bila keadaan kembali terang akak lihat budak lelaki yang
putus tunang sedang bersanding dengan awek alam buniannya di atas
pelamin yang tersergam indah. argh ko mampu
Kak
limah aka dewi : simbolik dan puitis serta amat
mendalam sungguh maksud mimpi kau tu kak . Aku yang dah biasa bermain dengan
bahasa putis ni
pun terlalu sukar hendak menafsir maksud disebalik mimpi itu.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .