Dia dah tentulah masih mencari-cari jalan keluar dari kegelapan dan kebinasaan, habis kau yang rasa suci dah jumpa jalan keluar tu masih mahu menjerumuskan diri kau ke dalam kegelapan dan kebinasaan , kenapa? Apakah kau merasa bangga megah bila dapat mengaibkan dia atau kau gembira melihat dia jatuh tersungkur. Kita bukan tuhan Siapakah kita dan kau untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Boleh tak kau pergi mirror diri kau dulu
mirror mirror on the wall
aku baik sangat ke?
dah tentu mirror tu bagitahu
kau pun dulu pernah je berdua dengan orang yang kau maki cerca tu kutuk anak, mak dan bapak orang lain.Jangan ingat orang lain tu boleh lupa.
Masa tu kau nak cakap apa? Tetiba je bajet kau marah orang kutuk keluarga kau. Kau boleh melenting & marah bila kau rasa kau memang tak pernah kutuk maki hamun dan cerca keluarga orang lain. Aku ingat juge sikit -sikit apa yang kau buat tu. Aku lebih kasihan kat kau dibanding dengan orang yang kau kutuk tu, kau ni sebaya anak aku muda sangat masih belum cukup makan garam.Apa kata kau ambik nasi panas kau gaul sikit garam dan tambah air sikit lepas tu kau suap kat mulut kau. Masa tu kau baru tahu macam rasanya makan nasi bersama air garam. Aku ingat lagi kata suami aku , "hari ni aku pukul kau, esok aku boleh duduk semeja makan dengan kau" Teramat mendalamkan maksud dia tu.
Kalau kau ada anak, suami, mak dan ayah , orang lain pun ada juge, oleh itu sila pastikan kau berfikir baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita tak dapat jangka hati dan perasaan orang, kalau dia boleh ambil kutukan , caci maki kau sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula meneruskan kehidupan syukur Alhamdulillah tapi bagaimana kalau dia benci dan menyampah dan pada ketika itu syaitan menjalankan peranannya menghasut dan menguasai hatinya, maka dia akan bertindak mengikut arahan kepala lututnya. Tetiba muka kau yang licin halus mulus esok lusa jadi sopak dek kena simbah acid cuka getah*penyimbah masih ada hati dan perasaan sebab tu dia guna cuka getah je* la la la , yang paling dahsyat lagi berita pukul 8 malam keluar berita *aku tengok berita pukul 8 malam je*
Seorang wanita yang telah berkahwin diculik dan di ro*** (kalau yang ro sorang tak pe kalau kena ro beramai-ramai, tak hancur) dan dibakar hidup-hidup
pesanan yang sesuai *Ingatlah orang tersayang, Berhati-hati dijalan Raya*
Cerita diujudkan gara-gara
1)Aku tak dapat mengdownload gambar ikan cencaru bakar dengan pantasnya *ek eleh* kerana broadband aku kehabisan gigabyte nak beli gig pun rugi sebab esok dah 18 hb setiap 18hb celcom akan reset semula kadar pengunaan kepada 0
2)aku ada sedikit kesal dengan perbuatan orang yang menganggap dirinya suci dan berlagak menjadi tuhan nak menjatuhkan hukuman sesuka hati. Kau lupa ye, bukankah suatu waktu dahulu kau dan orang yang kau hukum tu bersekongkol untuk menghentam aku dan keluarga aku.Aku diam tapi aku catat dalam buku nota. Oleh kerana kau sebaya yuyi aku abaikan , bak kata suami aku "dia muda lagi budak baru nak hidup ,bagilah dia peluang hidup lama sikit"
Tapi Alhamdulillah orang yang busuk sangat yang kau benci (kau kata ye) ada juge hati nak datang menghulur salam kemaafan kat aku. Samada dia ikhlas atau tidak itu antara dia dengan Allah SWT.
Sekian saje, aku tak boleh bagi lebih-lebih kan terlepas kepada episod yang tidak diingini.
Pesanan khidmat masyarakat ini di bawa oleh iniblogcikinadodocheng.blogspot.com
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .